
KUALA LUMPUR 14 Sept - Sambutan Hari Kemerdekaan selama 54 tahun ternyata sia- sia jika benar Tanah Melayu tidak pernah dijajah, seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto) berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa hakikat kehadiran British di Malaya adalah kerana mereka bertindak seperti penjajah sekali gus bersetuju dengan kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British, tetapi menegaskan hakikatnya, sultan-sultan akhirnya bertindak mengikut arahan British. Menurut Mohamad Sabu, kenyataan Mahathir itu juga disifatkan hanya mahu mempertahankan MPN sekali gus sebagai cubaan meyakinkan rakyat yang semakin keliru dengan sejarah tanah melayu. "Andaian itu adalah cubaan mereka (Umno) untuk lari daripada kenyataan bahawa Malaysia ini tidak pernah dijajah. Sekirannya itu andaian mereka, sambutan hari kemerdekaan adalah sambutan yang main-main selama ini," katanya ketika ditemui diluar perkarangan Mahkamah Sesyen Jenayah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas menghadiri perbicaraannya dan 44 yang lain berhubung kes Himpunan Aman Rakyat Membantah Kenaikan Harga Barangan Dan Perkhidmatan (PROTES), semalam. Mahathir dilaporkan berkata, secara teknikalnya memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah kerana Sultan telah memutuskan untuk menjemput British manasihat baginda berkenaan pentadbiran negara ini. "Kita secara teknikal tidak pernah terjajah. Apa yang kita lakukan adalah sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke mari dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Dalam kata itu, kita tidak dijajah. "Seperti di Pulau Pinang, kita dibayar supaya memberikan mereka stesen untuk berdagang... Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka beroperasi seolah-olah kita dijajah". tambahnya.
Kenyataan Mahathir Menghina Pemimpin UMNO
Jumaat lalu, Zainal berkata, berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. Menurut Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pemerintahan British sebelum ini hanya bertindak sebagai Perdana Menteri yang menasihat Sultan. "Ia hanyalah andaian Tun Dr mahathir, seperti negara kita hari ini, Yang Dipertuan Agung adalah pemerintah dan penasihatnya adalah Perdana Menteri, tetapi yang menjalankan tugas eksekutif adalah Perdana Menteri, Yang Dipertuan Agung adalah penaung, begitu jugalah situasinya pada zaman dahulu, apabila British bertindak sebagai penasihat jadi mereka adalah pemerintah kepada negara kita dahulu." kata beliau. Katanya lagi, kenyataan Mahthir itu bukan sahaja mengelirukan malah ia memberi kesan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ekoran keliru dengan fakta dan kesahihan teks pelajaran mereka. "Situasi ini amat mengelirukan, saya cadangkan agar peperiksaan SPM dan lain-lain ditangguh supaya sejarah dikaji semula kerana pelajar menjadi keliru apabila profesor-profesor yang pakar dalam sejarah kononnya memberi pandangan bertentangan dengan apa yang ada dalam teks pelajaran mereka," kata Mat Sabu lagi.
Kenyataan Mahathir Menghina Pemimpin UMNO
Jumaat lalu, Zainal berkata, berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. Menurut Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pemerintahan British sebelum ini hanya bertindak sebagai Perdana Menteri yang menasihat Sultan. "Ia hanyalah andaian Tun Dr mahathir, seperti negara kita hari ini, Yang Dipertuan Agung adalah pemerintah dan penasihatnya adalah Perdana Menteri, tetapi yang menjalankan tugas eksekutif adalah Perdana Menteri, Yang Dipertuan Agung adalah penaung, begitu jugalah situasinya pada zaman dahulu, apabila British bertindak sebagai penasihat jadi mereka adalah pemerintah kepada negara kita dahulu." kata beliau. Katanya lagi, kenyataan Mahthir itu bukan sahaja mengelirukan malah ia memberi kesan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ekoran keliru dengan fakta dan kesahihan teks pelajaran mereka. "Situasi ini amat mengelirukan, saya cadangkan agar peperiksaan SPM dan lain-lain ditangguh supaya sejarah dikaji semula kerana pelajar menjadi keliru apabila profesor-profesor yang pakar dalam sejarah kononnya memberi pandangan bertentangan dengan apa yang ada dalam teks pelajaran mereka," kata Mat Sabu lagi.[Apa yang jelas, kenyataan Dr.Mahathir itu sebenarnya sengaja menghina pemimpin UMNO terdahulu terutamanya "Bapa Kemerdekaan" Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj itu sendiri sebenarnya. Mahathir "Mudah Lupa" dan seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata ketika mengeluarkan kenyataan itu. Sepatutnya, ahli-ahli UMNO berbondong-bondong perlu membuat laporan polis terhadap Mahathir sama seperti apa yang dibuat terhadap Mat Sabu sebelum ini. Soalnya, kenapa mereka menikus dan tidak berani?. Mana pergi Ibrahim Ali dan Perkasa?. Mana pergi NGO-NGO yang kononnya membela pejuang kemerdekaan?. Patutlah diakhir hayatnya Tunku tidak diraikan sebagai pejuang. Malah, beliau disisihkan seolah-olah bukan pemimpin UMNO. Apatah lagi ketika itu beliau bersama Tengku Razaleigh Hamzah dalam Parti Melayu Semangat 46. Benarlah kata Mat Sabu, jika negara kita tidak pernah dijajah maka kenapa perlu dilaungkan "merdeka, merdeka, merdeka" pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka itu agaknya?. Merdeka apa yang diraikan pada setiap tahun, jika kenyataan Mahathir ini diambilkira?. Bukankah ia jelas mengelirukan rakyat Malaysia, terutamanya pelajar sekolah sekarang ini].












10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Keling sama keling, satu lunas, cari dua lunas lagi, game lah.
Yang penting apa?
TERUS PANGKAH DACING.
Tidak-tidak... JANGAN!
Tapi-tapi... TOLAK TEPI!
-CerminHikmat-
Yang penting apa?
TERUS PANGKAH DACING (BN)
Tidak-tidak... JANGAN!
Tapi-tapi... TOLAK TEPI!
HIDUP BN!
HIDUP BN!
HIDUP BN!
-CerminHikmat-
tak habis2 la dia orang ni.....apa ke bodoh nya jadi pemimpin....cuba la tengok2kan masalah rakyat kat ceruk kpg
Kalau gitu, JANGAN KITA LAUNG MERDEKA.!. SAMPAI SAJA 31 OGOS KITA SEBUT DINAUNG..!. DINAUNG.Fening. fening. P.Ramli kata.
kita laung MATIKAU...
Makin merepek pemimpin2 UMNO ni. Hanya kerana x nak kalah hujah dengan Mat Sabu, macam-macam menda mengarut keluar dari mulut mrk. Ternyata sekarang sapa yang putar belit sejarah dan menipu rakyat Malaysia.
Tukar saja Hari Merdeka itu kepada Hari UMNO!!!!
Wednesday, September 14, 2011 9:21:00 AM, ko nak lari dari sejarah sebenar ker?..sejarah yang ditidakkan..kalau korang betul,apa nak takut?
Bila dikatakan tidak pernah dijajah, maka ahli UMNO Lama cuma mengambil alih kuasa menasihat raja dari British tanpa perlu perjuangan kemerdekaan. Sekadar rundingan saja. Kemudian disambung oleh UMNO Baru tajaan Mahathir.
Bila tidak dijajah maka tiada perjuangan, apabila tiada perjuangan bermakna tiada peperangan, yang ada hanya rundingan. Itu sebabnya Pulau Batu Putih hilang kerana kebijaksanaan rundingan UMNO Baru dengan Singapura. Disebabkan kebijaksanaan rundingan UMNO Baru dengan Singapura maka Tanjung Pagar hilang dari sejarah.
Mereka cakap tak ubah macam guruh berdentum-dentum dilangit tapi hujan tak jadi. Sama lah seperti Muhyiddin mengutuk Mohamad Sabu, bila diajak berdebat berkaitan kepentingan rakyat dan negara dengan serta merta jadi takut, kecut telor, tunding jari pada orang lain supaya berdebat.
Kenapa takut debat..? Bukan pakai senjata api, atau menggunakan parang sewaktu berdebat. Cuma bercakap macam melakukan rundingan saja seperti Tunku Abd. Rahman dengan pengawai British…?
Ini menunjukkan bahawa mereka tidak ada roh perjuangan seperti Mat Indera yang disebut oleh Mohamad Sabu sebagai pejuang kemerdekaan. Hidup ahli UMNO Baru hanya tunggu peluang ambil kesempatan saja.
Kenapa tiba-tiba UMNO Baru jadikan isu komunis sebagai senjata untuk menembak sapa saja yang mengitiraf Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan?
Heboh satu dunia kononnya komunis itu tidak beragama, amat zalim dan kejam, mahu merampas kuasa raja. Orang islam dipaksa makan babi, anak kecil dibaling kedalam api... dan berbagai lagi.
Persoalannya ialah siapa yang menyokong dan mengagongkan komunis?
Pakai baju berwarna kuning berlogo Bersih 2.0 haram, salah, tangkap. Sokong perhimpunan Bersih 2.0.. salah, haram, dituduh hidupkan idealogi komunis nak lawan agong... tangkap.
Apakah dalam pandangan pemimpin UMNO Baru beranggapan semua rakyat Malaysia hari ini boleh ditakutkan dengan momokan komunis ? Siapa yang kesah dengan komunis ? Tapi bila ditunjukkan bahawa UMNO Baru sendiri mengadakan hubungan komunis China, maka dijawabnya pula bahawa mereka berkawan dengan komunis baik bukan komunis jahat.
Pertanyaan kepada PM dan menteri pertahanan, kalau komunis itu wujud semula di Malaysia apakah tentera darat, laut dan udara sudah bersedia berperang dengan komunis menggunakan peralatan perang yang bernilai berbilion ringgit dengan penyelenggaraan peralatan nya sentiasa meningkat setiap tahun ?
Rakyat Malaysia hari ini majoritinya lahir selepas 1957 yang tidak pernah mengenal apa itu komunis. Kalau komunis yang Mohamad Sabu tidak sebut itu jahat, apakah UMNO Baru yang akan mengadakan pilihanraya ke 13 lebih baik dari komunis atau lebih teruk dari komunis baik ?
Ada sesiapa yang ada fakta untuk membandingkan kejahatan, kezaliman antara komunis dengan UMNO Baru ?
Post a Comment