PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, September 30, 2011

Memalukan: "Jabatan Pelajaran Negeri Pahang", Biarkan Risalah Hasutan Di Edar Dalam Program Anjurannya Di Hotel Vistana Kuantan Rabu Lalu

KUANTAN, 30 Sept - Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) digesa tidak menjadikan bidang perguruan dan pendidikan sebagai alat untuk tujuan politik mana-mana pihak. Ini berikutan tindakan mereka membiarkan edaran risalah berbaur hasutan yang memburukkan pembangkang (Pakatan Rakyat) semasa program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia di Hotel Vistana dekat sini Rabu lalu (28 Sept). Program sehari itu dirasmikan oleh YB Dr.Mohd Fuad Jarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran sendiri. Menurut sumber, antara penceramah jemputan pada majlis itu ialah Prof. Dato' Dr.Siddek Baba, Profesor Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Difahamkan, pihak JPNP selaku penganjur telah memaksa lima orang guru dari setiap sekolah di seluruh negeri Pahang untuk hadir ke program berkenaan. Apa yang mendukacitakan ialah program yang kononya atas nama Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang berbentuk ilmiah itu akhirnya jadi gelanggang pihak tertentu untuk menabur risalah fitnah yang berniat jahat terhadap pemimpin pembangkang di negara itu. Apa yang berlaku sungguh mendukacitakan dan amat memalukan seluruh warga pendidik itu sendiri. Tindakan biadap dan keterlaluan untuk kepentingan politik kepartian tidak wajar dibawa ke dalam program seperti itu. Apatah lagi mereka yang hadir adalah bertujuan untuk mengambil ilmu berguna tentang pendidikan itu sendiri. Selain bahan risalah yang memburukkan pakatan Rakyat serta VCD, pihak terbabit juga dipercayai telah mengadakan ceramah yang bukan untuk pemantapan guru tapi penuh tohmahan kepada Pakatan Rakyat. Program tersebut diadakan pada waktu sekolah dan ia telah mengakibatkan guru terpaksa tinggalkan pelajar mereka semata-mata menghadiri program itu.


Risalah hasutan yang jelas untuk memesongkan minda golongan pendidik

Bukti, menunjukkan betapa rosaknya mentaliti pihak terbabit sebenarnya
[Soalnya, kenapa ini harus berlaku pada sebuah jabatan yang dinaungi oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sendiri?. Sudahlah sebelum ini insititusi pendidikan dan sekolah telah digunakan sewenangnya untuk menjalankan berbagai aktiviti politik parti pemerintah. Kini. lebih dasyat lagi bila edaran risalah seperti itu dilakukan. Mereka menganggap guru-guru yang hadir pada majlis itu adalah golongan "terencat akal" yang tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Apakah ini mentaliti golongan terbabit dalam memajukan bidang pendidikan di negara kita?. Apa yang berlaku ini seolah-olah jelas membuktikan kepada kita bahawa sememangnya Pilihanraya Umum ke-13 kini semakin hampir].

11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Kalau X jahat & BODO,
Bukan United Myanmar & Nepal Organization la namanya....

Anonymous said...

risalah macantu untuk pak cik dan mak cik felda bolehlah, IAB janganlah letak intelek guru macan JKKK dan ketua cawangan UMCO

Anonymous said...

Tak tumbuh tak melata, yak sungguh orang tak kata.. Benda dah memang busuk dan buruk tak usah marahlah apabila orang kata busuk. Anda simpan telur dan daging busuk sembunyi dalam ketayap/serban, orang tak nampak tapi bau hapak dan busuk keluar juga, tak harapkan orang kata harum wangi? No way la bongok!

dulu aku umno said...

UMNCOpRONO ni memang jahat sebab gurunya YAHUDI Laknattullah.

Anonymous said...

No way bongok, lagilah bongok, dah merintah negara 55 tahun apahal bangkit hal bahasa melayu, melayu lemah apa UMCo buat 55 tahun sampai bahasa BM dan melayu dan jadi lemah lu pikir lah bongaok, adakah selama ini pas/pkr/dap perintah malaysia ?????

Anonymous said...

KALAU DIBIARKAN LEBIH LAMA LAGI UMNOAPCOPORNO NI MEMERINTAH, BUKAN SAJA HUTAN BALAK, PASIR BESI DAN TANAH HABIS DIKEBAS, NAMPAKNYA JABATAN KERAJAAN PUN SEMUNYA NAK DIUMNOKAN SAMPAI CIKGU2 DAN CIKGI2 NI NAK DIBODOHKAN MCM TERNAKAN2 UMNO YG DI KAMPUNG2 TU.

YG ORG KAT JAB PELAJARAN TU PULAK JGN LAH SENGAJA NAK JADI KELDAI UMNOAPCOPORNO. CERDIKLAH SIKIT, AWAK SEMUA TU ORANG BERSEKOLAH.

AWAK ORANG KENA INGAT, SEKARANG NI INDON, MYANMAR, NEPAL DAN BANGLA DAH SENANG2 DIJADIKAN WARGANEGARA UTK UNDI MENANGKAN UMNOAPCOPORNO.

KALAU AWAK ORG MASIH TAK MAU BANGKIT DAN TERUS JADI BAGHAL UMNO, ALAMATLAH TAK LAMA LAGI PUAK2 PENDATANG JEMPUTAN UMNO TU YG AKAN GANTI AWAK ORAG KAT JAB PELAJARAN!!!

dulu aku umno said...

Apa kata kita hantar MEMORANDOM kepada PM supaya negara ini kita serahkan saja pada warga asing.

Sabah Sarawak kita bagi kat Pilipina dan Indonesia.

Semenanjung kita bagi kat Bangladesh, Nepal, Myanmar dan Vietnam.

Kita penduduk asal jadi penumpang.

Anonymous said...

Semua penceramah yg datang cerita hal negara. Tranformasi pendidikan, 1 Malaysia. perpaduan dan kesatuan supaya kita semua berjaya. Bila ada dialog cik gu tanya , orang jawab.... dia kata politik. Oiii bodoh punya cikgu/pengetua. orang tanya jawab. bila tanya jawab. Mana ada orang tanya hal itik orang jawab hal ayam.. Itulah kalau jauh perjalanan kepala pening makan panadol sebelum jadi BABGGANG. lEPAS TU MENGAKU PANDAI

Anonymous said...

Kepada orang yang komen di atas, Ingatlah bahawa orang yang pandai dan berilmu tidak akan berkata dengan bahasa seperti anda berkata. Komen yang anda berikan juga menunjukkan anda emosional dan anda merendah-rendahkan orang lain terutamanya peneroka felda dan jika anda seorang guru, ia menunjukkan sifat bongkak dan sombong anda...

Anonymous said...

Sampailah masa guru guru diberi penerangan tentang perkara sebenarnya yang berlaku dalam politik negara supaya tidak terpesong dengan biawak biawak yang hidup selesa dengan menjilat kemanisan yang telah diperjuangkan bangsa melayu

Biawak ini tidak sedar bahawa pakatan mereka adalah untuk memunahkan dan mengkhianati bangsa nya sendiri dengan mengikut rentak dan dogma parti DAP yang anti melayu

Orang melayu tidak akan diam dan percayalah jika seruan datang selepas ini pengkhianat bangsa tak kira sesiapa mereka akan menerima habual yang setimpal

Anonymous said...

cikgu-cikgu, jangan emosional sangat. Niat JPNP baik tapi kamu dah fikir yang bukan-bukan. Bila kepala otak asyik nak protes je, yang baik kata tak baik. Fikiran kamu penuh dengan kebencian. Kalau dah tak tahan dengan kerajaan BN, letaklah jawatan sebagai guru. Kerja dengan pembangkang, boleh?