PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, September 28, 2011

N.Surendran, Keputusan Inkues Ahmad Sarbaini Sukar Untuk Di Percayai & Jelas Tidak Konsisten !!

SHAH ALAM, 28 Sept - Keputusan mahkamah koroner semalam yang mendapati kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamad pada 6 April lalu sebagai nahas kerana terjatuh dari aras tiga bangunan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai sukar dipercayai demikian jelas Naib Presiden PKR, N Surendran (foto). Surendran berkata keputusan tersebut malah tidak boleh diterima ekoran ia tidak konsisten dengan fakta kes. "Mahkamah koroner memaksa kita untuk percaya bahawa Sarbaini yang secara sukarela datang ke pejabat SPRM di Cheras, kemudiannya mahu melarikan diri dengan merangkak keluar dari tingkap di aras tiga."Tiada penjelasan diberikan tentang bagaimana dan mengapa rakaman CCTV selama 22 jam dipadam, yang mana ianya memaparkan detik-detik di mana Sarbaini menemui ajalnya", katanya dalam satu kenyataan. Mahkamah koroner semalam memutuskan bahawa kematian pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamad pada 6 April lalu adalah satu kemalangan. Surendran bagaimanapun berkata perkara yang paling membimbangkan adalah tindakan SPRM sepanjang kes Sarbaini. "Sebagai institusi awam utama yang dibiaya sepenuhnya dengan wang rakyat, keutamaan SPRM seharusnya adalah untuk mendapatkan kebenaran perkara tersebut, menghukum mereka yang bertanggungjawab dan melaksanakan reformasi untuk mengembalikan keyakinan rakyat," katanya. Sebaliknya dalam kes seperti ini, Surendran menyifatkan SPRM bertindak seperti individu yang terdesak untuk membersihkan namanya walau dengan apa jua cara sekalipun. tvsnews

[Nampaknya, satu lagi keputusan inkues yang menimbulkan keraguan selepas apa yang berlaku kepada inkues Teoh Beng Hock. Banyak keraguan dan kemusykilan rakyat masih belum terjawab dalam kes ini. Soalnya, apakah kreadibiliti kerajaan dapat dipulihkan apabila pihak terbabit sering mencari alasan untuk menolak kemungkinan ada usaha keraguan dalam kes-kes segini. Memang benar, tuduhan yang dibuat kononnya mangsa membunuh diri terlalu sukar untuk diterima oleh sesiapa pun malahan ahli keluarga mangsa yang terbabit. Tidak mungkin ada manusia yang akan membunuh diri di satu tempat terbuka atau pejabat awam melainkan lokasi yang sulit dan tidak diketahui oleh orang ramai. Mana mungkin ada orang datang jabatan kerajaan kemudiannya membunuh diri dengan begitu mudah. Jika itu keadaannya maka jabatan kerajaan sudah menjadi lokasi yang tidak selamat lagi buat rakyat. Apakah ini adil untuk rakyat?].

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Agaknya yang berikut ini lagi mudah dan gampang dipercayai?

1. Lagenda 16 SEptember.
2. Mitos 'Hari Ini Anwai jadi PM, Esok Harga Minyak Turun'.

Kita hanya nak tumpang ketawa...
Huhuhuhu...!

Anonymous said...

Biarlah ianya mejadi sejarah. Suatu ketika nanti boleh dibuka balik atau dikaji semula kebenarannya.Tapi jangan lupa dunia dan sampai kepenghujungnya. Kebenaran diketepikan, Konspirasi ingin dinafikan.