PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, September 28, 2011

Panas: Apakah Motif 'Pertemuan Sulit' Duta Besar Amerika Dengan Pemimpin Pembangkang Pahang

KUANTAN, 28 Sept - Ramai yang terkejut dengan tindakan Duta Besar Amerika Syarikat, Paul W.Jones (foto) telah mengadakan satu pertemuan sulit "tertutup" dengan kempimpinan pembangkang (Pakatan Rakyat) Pahang di Hotel Hyatt dekat sini semalam. Tidak diketahui apakah hasil pertemuan tersebut, namun ia sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan sebenarnya. Apakah ia tanda sokongan pihak terbabit kepada pembangkang dalam usaha mengambilalih tampuk kepimpinan negeri ini pada Pilihanraya Umum akan datang agaknya. Namun, butir-butir bertemuan gagal diperolehi setakat ini. Apa yang pasti ia kemungkinan besar menjurus ke arah itu agaknya. Dalam pertemuan semalam, antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang), Ustaz Yusuf Embong (Timbalan Persuruhjaya PAS Pahang) dan YB Leong Ngah Ngah (Pengerusi DAP Pahang). Turut hadir ialah Ahmad Nizam Hamid (Timbalan Pengerusi PKR Pahang), Kamarul Hatta Ali (SAMM Pahang) dan lain-lain pemimpin. PDO tidak dimaklumkan tentang pertemuan tersebut setakat ini. Cuma kami menjangkakan ia sebagai tanda awal sokongan pihak kedutaaan ke arah perubahan politik baru di bumi Pahang.

Duta Besar AS bergambar dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Pahang

[Pertemuan sulit ini pastinya menggusarkan Kerajaan Negeri Pahang terutamanya pimpinan UMNO BN sebenarnya. Apatah lagi disaat bahang pilihanraya umum ke-13 yang kian terasa sekarang ini. Apakah pembangkang dilihat bakal menakluki Pahang pada PRU itu nanti agaknya. Jika ini berlaku, sudah pastilah ia satu keputusan yang cukup bersejarah kerana Pahang adalah negeri kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Nampaknya, ada agenda besar yangs edang dirancang untuk tujuan tersebut. Namun, ramai juga yang musykil dengan pertemuan sulit ini. Mereka gusar, ada sesuatu perancangan dan strategi licik antara pembangkang dengan Kedutaaan Amerika bagi tujuan memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di negeri ini pada PRU-13 nanti. Apapun, maklumat lanjut pertemuan ini akan dimaklumkan kemudian]. sumber

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Ternakan-ternakan UmnoApcoPorno sudah pasti akan terkejut beruk dengan perkembangan ini. Sekali gus mereka sudah pasri terasa amat bimbang bahawa selepas ini tiada lagi tuan-tuan yang akan memberi makan dan memulihara mereka selama ini!

Maklumlah, adat orang kena bela memang gitu.

Ibarat jin yang tuannya tak lagi bagi makan telur, maka telurnyalah yang akan dimakan!

Anonymous said...

PR berhati-hatilah dgn kuasa2 asing ni...jgn yg diekndong berciciran yg dikejar hilang ntah kemana...

Anonymous said...

Suka benor budak PKR nak jadi sekutu US ikut langkah Wak Sodo yg jadi agen US.Gara-gara US, Iraq sampai hari ini bermandi darah,walau pun US sudah keluarSekarang Libya pula bakal menghadapi nasib yg sama,hasil kerja sekutu US.Kau semua tak nampak ke bagaimana US menjahanamkan umat Islam di Iraq?.Biar lah Najib dan Rosmah je yg tergila-gilakan galmour di US.

Untuk kepentingan ekonomi,boleh lah berbaik dgn US,tapi jangan sampai tergadai body,macam Wak Sodo tu.Kalau Wak Sodo jadi PM,sah M'sia akan jadi balaci US.Kat Thailand pun video Wak sodo ada,kat US tentu lah lebih lagi.Ada yg dalam gengaman CIA agak nya,dia orang buat dek je sampai masa jeng,jeng,jeng. Itu yg aku takut Wak Sodo jadi PM ni,biar Nik Aziz atau Hj.Hadi.Kalau Mat Sabu 2X5 je.