KUANTAN, 28 Sept [9.00 am] - Seorang lagi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang dikenakan tindakan displin yang memungkinkan mereka akan dipecat dari parti itu hari ini tampil dan mendedahkan dia akan membuat laporan polis terhadap pihak yang menuduhnya menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Beliau ialah Abd Rahman Othman (foto) atau lebih dikenali sebagai Bob Rahman yang merupakan bekas Naib Ketua PKR Cabang Pekan. Dalam kenyataannya, beliau mengesyaki ada pihak-pihak tertentu sedang cuba untuk menjatuhkan maruahya dengan tuduhan tersebut. Beliau kecewa kerana pihak terbabit hanya ingin menghukumnya berdasarkan beberapa laporan tidak berasas oleh pihak-pihak tertentu yang memusuhinya. Beliau turut mendedahkan beberapa kepincangan yang berlaku dalam tindakan PKR Pahang terhadap pemilihan PKR Cabang Pekan yang akan diadakan Oktober ini. Berhubung dengan isu pemecatan beliau, Bob Rahman mendakwa semua itu adalah satu perancangan jahat untuk menjatuhkan beliau dan menganggap pihak terbabit supaya jangan mencari pasal dengannya. Beliau juga ada mendedahkan akan membuta laporan polis terhadap pihak-pihak tertentu dan menggesa PKR Pusat menangguhkan Pemilihan Cabang Pekan pada 2 Oktober ini. Ikuti kenyataan beliau selanjutnya.[Sesuatu perlu dilakukan jika mahu memulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap PKR di Pahang. Jika tidak, rakyat gusar dua parlimen yang dimenangi oleh parti itu pada PRU12 lalu iaitu Indera Mahkota dan Kuantan akan jatuh semula ke tangan UMNO BN pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. PDO akan melaporkan maklumat lanjut tentang isu ini dari masa ke semasa. Ia sebagai ikhtibar dan pengajaran kepada mana-mana pihak yang tidak jujur dan cuba membuat onar dalam perjuangan masing-masing. Ingatlah, PKR harus benar-benar berubah jika ingin pulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap parti itu. Harapan besar untuk mengambil alih pentabdiran Kerajaan Negeri Pahang kini terbuka luas sebenarnya. Namun, jika masalah dalaman masih gagal diselesaikan dengan sebaik mungkin maka kita khuatir impian tersebut akhirnya akan berkecai dan terkubur begitu sahaja. Laporan seterusnya akan menyusul].












4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Mengapa mesti hairan...
PKR itu kan PARTI KELENTOING RAKYAT..
Hanya orang terencat akal, diulang TERENCAT AKAL saja yang masih terus 'bercinta' dengan PKR.
Kenapa la pkr ambik makhluk sampah macam bob rahman jadi ahli. Orang pekan kenal sangat dengan dia ni. Politik cari makan. Tak mustahil jual parti kalau dapat ketua pkr pekan.
Dalam pas dia tak boleh nak menipu. Orang pas taknak tegur pkr dulu sebab nanti akan menguris hati pkr. Sekarang sudah terbukti yang bob rahman ni memang jenis anjing tersepit.
Jenis kaki karaoke dan kahwin 2 yang penuh kontroversi. Orang kampung semua kenal perangai buruk bob rahman ni.
PKR dan PAS Parti ststus tong sampah, diulang TONG SAMPAH. Lalu kenapa harus persoalkan apabila ada ahli berstatus sampah sewperti Bob Rahman?
Umno pulak parti apa. Parti minyak wangi ke...?
Post a Comment