PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Tuesday, September 27, 2011

Peguam Lynas Nafi Bekas PM "Mahathir" Sokong Projek Itu Kerana Anaknya Punyai Kepentingan !

Lynas Corporation Ltd menolak dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad menyokong loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang itu, kerana anak sulungnya, Datuk Mokzhani mempunyai kepentingan dalam projek berkenaan. "Kontrak itu ... yang bernilai keseluruhannya kira-kira RM9.1 juta mewakili sebahagian kecil daripada pendapatan tahunan Kencana Petroleum Bhd," kata peguam Lynas Andrew Arnold dalam sepucuk surat hari ini. "Ia sangat tidak betul... bagi mencadangkan Mahathir akan tahu ataupun mengambil berat tentang kontrak yang agak kecil dan tidak seberapa yang dibuat oleh anak syarikat Kencana Petroleum Bhd." Mokzhani Mahathir (kiri) adalah Ketua Pegawai Eeksekutif Kumpulan Kencana Petroleum Bhd, yang anak syarikatnya diberikan kontrak dalam proses tender terbuka oleh Lynas. Khamis lalu, kumpulan aktivis alam sekitar Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) mendedahkan bahawa syarikat itu berjaya mendapat kontrak untuk mereka bentuk, memasang, membekalkan talian, keluli karbon dan tangki keluli tahan karat. Sehubungan itu, Lynas menuntut permohonan maaf berhubung dakwaan itu dan tuntutan lain oleh SMSL yang dilaporkan dalam sebuah portal berita. Dakwaan lain yang disangkal oleh Lynas adalah bahawa HSBC Bank Australia telah menjual sahamnya dalam syarikat itu yang bernilai jutaan dolar bagi elakkan publisiti buruk. mkini



[Patutlah Mahathir beriya-iya benar sokong Lynas mutakhir ini. Rupanya syarikat anak beliau mempunyai kontrak dalam projek terbabit. Jika inilah keadaannya, maka sudah pasti mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan dalam Lynas menyokongnya. Tapi anehnya, ada juga pihak yang menolak Lynas tetapi masih mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. PDO sedang menyiasat dan akan membongkarkan syarikat terbabit dalam masa terdekat ini. Jika benar dakwaan itu, maka sesuatu yang amat malang bagi mereka kerana telah menipu rakyat bila depan menyokong bantahan tetapi dibelakang pula menyokong projek Lynas. Itu khianat kepada kepercayaan rakyat namanya!. Kenapa ini harus berlaku?].

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PemikirpolitikJerantut said...

Mohon Link Tuan,
http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/