
KUANTAN, 14 Sept - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob (foto) menegur sikap sesetengah pihak yang menegur sikap segelintir pihak yang cuba mempolitikkan sejarah kemerdekaan negara. Beliau turut berkata bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan negara melibatkan pelbagai kaum sebenarnya. "Perjuangan Kemerdekaan juga turut disertai oleh orang-orang bukan Melayu. Pengasas, pemula dan yang lebih tampil ke hadapan ialah orang Melayu. Kemudian ianya turut disertai oleh orang - orang bukan Melayu terutamanya dari kaum Cina dan juga India," tegas beliau ketika menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Negara di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah dekat sini kelmarin. Program yang dianjurkan hasil kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu telah dihadiri oleh lebih daripada 2000 orang Veteran Askar Melayu dan juga Bekas Polis serta Home Guard dari seluruh negeri Pahang. Program itu diadakan sebagai pengisian kepada sambutan bulan Kemerdekaan Negara kali ke 54 yang akan diraikan pada 16 September ini. Diantara pengisian Program ialah Sesi Pengkisahan daripada tiga orang Veteran Askar Melayu dan juga Pegawai Polis, Forum Sejarah dan Perasmian Penutup oleh Menteri Besar. Adnan turut luangkan masa beramah mesra dan memberi sumbangan kepada para peserta di akhir program itu.

Adnan sedang beramah mesra dengan beberapa orang peserta yang hadir
Video ucapan MB ini adalah ehsan blog www.semuthitam80.blogspot.com

Adnan sedang beramah mesra dengan beberapa orang peserta yang hadir
Video ucapan MB ini adalah ehsan blog www.semuthitam80.blogspot.com
[Dalam ucapannya juga Adnan ada menyebut bahawa keganasan komunis di negara ini bukan sahaja menyebabkan orang Melayu yang menjadi mangsa tetapi juga kepada kaum lain, terutamanya kaum Tionghua (Cina). Menurut beliau, kenyataan itu perlu diterima oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang kekeliruan dikalangan rakyat dimasa akan datang. Terkadang ada benda yang kita perlu terima hakikat dan ada yang tidak boleh diterima. Namun, harus diingat bahawa perpaduan rakyat amat perlu diutamakan pada masa ini jika tidak mahu negara kita terus dijajah lagi. Penjajahan alaf baru bukan lagi dalam bentuk kekerasan, malahan juga menerusi ideologi dan fahaman tertentu. Hanya rakyat yang bijak sahaja dapat menilai serta membuat pertimbangan dengan sewajarnya isu ini].












2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Adnan ni tahu tak,pendatang asing(Cina dan India) yang dibawa masuk oleh Inggeris untuk bekerja dilombong-lombong bijih timah dan diestet-estet getah,jadi warganegara hanya tahun 1948 satelah dikuatkuasakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu(PTM).Kesatuan Melayu Muda(KMM)lahir tahun 1937, pimpinan Ibrahim Hj.Yaakub sudah mula nak merdeka.Macam mana "pendatang asing" berjuang nak merdeka kalau depa belum lagi jadi warganegara anah Melayu?Kalau ikut perjuangan Parti Perikatan (lambang kapal layar)itu sudah ketinggalan zaman.
Tahniah! Tok nang, "Perjuangan Kemerdekaan juga turut disertai oleh orang-orang bukan Melayu. Pengasas, pemula dan yang lebih tampil ke hadapan ialah orang Melayu. Kemudian ianya turut disertai oleh orang - orang bukan Melayu terutamanya dari kaum Cina dan juga India," statmeng yang amat bernas.kalau boleh letak sekali nama-nama pejuang bukan melayu tu.
Post a Comment