Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat Alaf Baru !! DISINI
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


October 17, 2011

MB Pahang Dijangka Melawat Tapak Kilang Proses Bijih Besi Phoenix Lake Di Sri Jaya Minggu Depan !

KUANTAN 17 Okt - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (foto) dijangka melawat tapak kilang pemprosesan bijih besi Phoenix Lake Sdn. Bhd., yang mengakibatkan banjir lumpur di kawasan terbabit minggu depan. Menurut beliau, kejadian yang berlaku di sekitar Srijaya, Maran baru-baru ini adalah takdir kerana pihak pengurusan syarikat terbabit sudah mengikuti spesifikasi yang ditetapkan. Beliau berkata, syarikat perlombongan tersebut sudah melaksanakan satu prosedur sempurna, namun, malangnya kejadian tanah runtuh berlaku di situ. "Saya sudah melihat laporan mengenai operasi perlombongan itu dan mengakui syarikat berkenaan menjalankan kaedah betul termasuk penggunaan kolam rawatan yang mengeluarkan air bersih," katanya kepada pemberita. Minggu lalu, Kumpulan ZCM memohon maaf kepada penduduk di sekitar Sri Jaya, Maran berikutan insiden banjir lumpur Ahad lalu yang berlaku disebabkan dinding salah sebuah kolam di tapak kilang pemprosesan bijih besi milik anak syarikatnya pecah. Presidennya, Datuk Seri Tan Hoe Beng berkata, pihaknya mengakui kejadian di kilang Phoenix Lake Sdn. Bhd. yang berkeluasan 68.26 hektar itu telah menjejaskan aktiviti penduduk dan pengguna jalan raya di sekitar kawasan perlombongan itu. Dalam pada itu, Adnan juga memuji tindakan syarikat terbabit memberi pampasan kepada penduduk terbabit yang terlibat dalam kejadian tersebut. Katanya, bagaimanapun syarikat tersebut perlu membuat kajian dan ujian bagi mengukuhkan kolam bagi pastikan kejadian seperti itu tidak berulang.

[Tindakan Menteri Besar Pahang ini adalah wajar bagi memastikan peristiwa yang sama tidak berulang lagi pada masa akan datang. Amat mengejutkan apabila sebuah kilang memproses bijih besi yang dikatakan telah mengikut segala peraturan dan syarat-syarat yang ditetapka tiba-tiba berlaku kejadian seperti itu. Mujurlah tidak ada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian tersebut. Jika tidak sudah pasti sesuatu yang lebih buruk akan dapat disaksikan. Kerakusan pihak berkenaan mengerjakan lombong-lombong terbabit juga perlu diberi perhatian. Memang awalnya mereka mengikut prosedur, tetapi bila tidak dipantau terkadang mereka akan membuat kerja tanpa berpandukan prosedur yang telah ditetapkan. Inilah yang terjadi dalam insiden banjir lumpur di Sri Jaya, Maran sebenarnya].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Nasib baik lombong bijih..kalau Lynas..lu pikirlah sendiri..

Anonymous said...

Hahahahaha....
Itulah CARA Rakyat MALAYSIA bekerja.. Kalau LYNAS mampuslah orang di Gebeng, Sg.Ular, Baserah tu..
Hehehehe...TAKDIR...apa lg nak kata..
SBB itu lah yg. BAHAYA/high-RISK jgn dibuat di PAHANG ni..
BONGOK SANGAT KE RAKYAT PAHANG NI...FIKIR2LAH SENDIRI.

Anonymous said...

kenapa pahang banyak memberi bijih besi kepada individu.sepatutnya bijih besi ni dimajukan negeri bg menambah pendapat negeri sdn.bukan masuk duit poket individu.pasti pendapatan negeri bertambah.bukan defesit saja mcm sekarang.dah la pahang mundur mcm pekan koboi.mcm negeri miskin padahal hasil bumi kaya.mane silapnya..sama2 kita renungkan..

Anonymous said...

KALAU NAK TAU...
bILA SESORANG TU DAH BUAT TAK BETUL/BUAT SALAH/ATAU TERBABIT DGN ISU TU.. AKAN CEPAT2 LAH DIA NAK TENGOK.SBB HATI HITAM DIA TAK TENTERAM. TERINGAT AKU MASA BANJIR BESAR DIKUANTAN ESP.GUGUSAN SUNGAI ISAP 2002, BILA DISIASAT RUPANYA AKIBAT BALAK2 HANYUT/SAMPAH KAYU KAYAN..SO CEPAT2 JE ,SATU MAT TU,HINGGA SANGGUP MEREDAH AIR KE SG.ISAP KONON SIMPATI, SBB BALAK DIA PUNYA, RENONG-RENONG KAN LAH...

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter