PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Sunday, October 30, 2011

Panas: Si 'Papa Gomo' Di Kutuk Oleh Pemimpin BN Sendiri Gara-Gara Siar Berita Palsu Terhadapnya !

Berita paling menarik untuk diperkatakan hari ini ialah berkenaan dengan kes Blogger Sensasi Pro UMNO yang bernama Papa Gomo (foto) dikutuk oleh pemimpin kerajaan sendiri. Selama ini, apa saja kenyataan dan tulisan blogger terbabit disokong dan disanjung umpama "dalil" buat penyokong mereka. Malah, para pemimpin mereka juga bertepuk tangan dengan menerima apa saja yang diperkatan oleh beliau selama ini. Baik isu agama, perkauman, seks dan segala-galanya. Namun, tiba-tiba sahaja nama Papa Gomo dikaitkan dengan blogger yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden Parti Gerakan iaitu parti komponen BN. Pemimpin terbabit iaitu Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh Papa Gomo yang memuatkan artikel dalam laman blognya yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada PRU akan datang. Sambil menepis laporan itu, Tsu Koon menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar. Beliau berkata, penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya. "Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu... ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya. "Setiausaha Akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Terbuka Deepavali Parti Gerakan di Menara PGRM dekat Cheras hari ini.


Bukti kenyataan Koh Tsu Koon yang kutuk Papa Gomo di Utusan Online

[Teguran Koh Tsu Koon terhadap Papa Gomo ini sungguh menarik untuk kita perkatakan, kerana selama ini ramai penyokoong UMNO BN yang begitu taksub dan percaya dengan apa saja pendedahan yang dibuat oleh blogger terbabit. Terbaru, isu video seks yang kononnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang wanita Cina yang heboh diperkatakan baru-baru ini. Papa Gomo antara blogger yag dilihat mendapat mandat untuk memainkan video-video sensasi menerusi laman youtube yang disiarkan juga di blognya. Malahan, paparan itu sungguh menarik kerana disaat video yang asal sepatutnya berada dalam simpanan pihak polis selepas ia diserahkan oleh Datuk Eskay dan Trio Datuk T. Maka, dengan pendedahan Koh Tsu Koon itu jelas membuktikan kepada kita bahawa itulah sikap sebenar blogger Papa Gomo itu rupanya. Fikirkanlah].

5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

koh tsu koon patut saman jaa papagomo.. atau pun mungkin ini perang saraf dalam umno sendiri untuk singkirkan presiden gerakan?

ermm... semakin menarik.

Anonymous said...

biarkan,biarkan....biarkan mereka terjun dgn labu2nya....hahaha....

Anonymous said...

dulu parti PR ckap percacai najis ni penipu,pembohong,kaki fitnah, tak percaya,skrg dah kena batang hidung sendiri baru nk mengelabah....bengong!!!!

Anonymous said...

PAPAGOMO TU TERNAKAN PELIHARAAN UMNO DGN NASIHAT APCO. BILA DIA TULIS MCM TU, ADA SEBABNYA, MUSLIHATNYA DIA DIARAHKAN SENDIRI OLEH THINK-TANK UMNO DGN NASIHAT APCO.

ADA SESUATU YG DIKEHENDAKI UMNO ATAS NASIHAT APCO, APABILA TERNAKAN PELIHARAANNYA MENULIS BEGITU!!!

Anonymous said...

kris menikan tuanya, adoiyai..