
KUANTAN, 31 Okt - Orang ramai disekitar bandar ini mengge Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) digesa bertindak untuk menghalang penganjuran Konsert Elton John (foto) yang dijadualkan akan diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 22 November 2011 ini. Biar apa pun jawapan dan alasan yang diberikan oleh sesetengah pihak, namun pencegahan itu adalah lebih perlu sebenarnya. Tidak timbul konsert beliau hanya untuk "Non Muslim", lantaran mahu dibenarkan ia diadakan. Kerana apa yang pasti dalam kes-kes terdahulu, terutamanya konsert artis-artis barat jelas menyaksikan majoriti yang hadir adalah orang Melayu yang rata-ratanya dipercayai beragama Islam. Malah, perlu difahami bahawa Sir Elton John tidak sesuai untuk berada di negara ini. Beliau adalah pengamal "homoseks" yang terang dan nyata. Maknanya jika dibenarkan dia beraksi di negara ini, maka Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sering menjadi pemimpin Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Membenarkan beliau mengadakan persembahan di negara ini, bermakna kita telah menjatuhkan maruah dan imej negara di kalangan negara-negara Islam. Tambahan pula Elton John pengamal "seks songsang" yang sanggup berkahwin dengan pasangannya. Beliau dikatakan telah mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005, selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis. Anak mereka, Zachary Jackson Levon John, dilahirkan melalui ibu tumpang pada 25 Disember 2010 di California. Bayangkan, apakah manusia seperti ini mahu diagungkan dan dibawa ke negara kita?. Bukankah ia jelas akan merosakkan nama negara sebagai sebuah negara Islam yang dipimpin oleh orang Melayu Islam. Apakah tidak cukup lagi dengan berita "sembilan pasangan ditangkap khalwat" di beberapa buah hotel murah selepas mereka selesai menyaksikan Konsert Gegaria Metro di Temerloh kelmarin?.

Konsert Gegaria di Temerloh meletup bila sembilan pasangan ditangkap
khalwat di beberapa buah hotel murahan sekitar bandar Temerloh

Maka, apakah penyanyi seperti ini yang rela berkahwin sesama jenis pula
mahu dibawa ke sini?, berapa ramai lagikah pasangan yang buat maksiat

Konsert Gegaria di Temerloh meletup bila sembilan pasangan ditangkap
khalwat di beberapa buah hotel murahan sekitar bandar Temerloh

Maka, apakah penyanyi seperti ini yang rela berkahwin sesama jenis pula
mahu dibawa ke sini?, berapa ramai lagikah pasangan yang buat maksiat
[Sebagai sebuah agensi kerajaan yang ditugaskan menjaga hal ehwal agama Islam di negeri ini, maka adalah menjadi tanggungjawab Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengambil tindakan tegas. Memang agak sukar untuk JAIP membuat tindakan kerana kuasa agama di Genting Highlands amat terhad sebenarnya. Namun, memandangkan pusat peranginan itu terletak dibawah Majlis Daerah Bentong (MDB) dan berada dalam negeri Pahang maka mereka harus berusaha melakukannya dalam apa jua cara sekali pun. Demi kesucian agama Islam dan menjaga maruah negeri ini yang diperintah oleh orang Melayu maka konsert tersebut wajar dibatalkan. Tambahan pula, sekarang ini umat Islam sedang mengerjakan ibadah Haji di Mekah. Maka kesucian Islam itu haruslah dipelihara. Ditambah lagi dengan berita Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dikhabarkan akan turut menunaikan fardhu haji dalam masa terdekat ini, maka sebagai pemimpin yang berasal dari Pahang beliau juga harus bertindak. Peliharalah hati dan perasaan umat Islam daripada menjaga hati beberapa kerat peminat Elton John yang akan membanjiri konsertnya itu].












11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Elton John buat konsert bukannya bagi tazkirah...kalau bagi tazkirah gerenti JAIP ambil tindakan punya pasal Pahang ni 'TAZKIRAH' aje takleh yg lain2 boleh.....
...koi setuju ngan awok weh, Cekak Musang. Mende Pahang ni memang gitu loh dulu, kini dan selama deme tu yg mnjadi kepalanya.
hari konsert tu nanti, umat islam jgn pi genting. kalau runtuh bukit tu.. naya je.
ye betoi ngat cekak musang. buat la mende len xde helnye. keknye mengkala wok takziroh je kene le. minung arok xpe ande yg tolong ampunkan...hahaha...
Negara ISLAM ke benda....gaya ni....cunit.....!ketua nya HAMPAS...!
lereng bukit genting, kebelakang ni sering runtuh2 babpe?
Seronoknya gi konsert. Amannnn jee...Sambil menambahkan koleksi dosa dan maksiat.
Cuma tak seronoknya kalau gi kuliah agama takut kena tangkap dan masuk lokap..
Salam semua,
Benda macam ni kenalah tanya Mufti tersohor Pahang tu..
Al-Ustaz abd.Rahman Al-Hafiz, Kot-kot bolehje..
Cuma Tazkirah sewaktu Tarawih je tak boleh..
Pass tu Allah Taala bagilah Ganjaran Banjir Besar pulak kat Kuantan ni.. Ok le tu..
Klik Sini: http://www.youtube.com/watch?v=W-zT2vmph90&feature=player_embedded
Alaih...eltonjon tu datang sekali je buat konsert ke genting tu aukmeng rioh rendah....apekehei dengan tempat berjudi tu dah berkurun lamenye ape jaip buat.....senyak...je...??
Ramailah warga Malaysia ikut cara hidup Elton John....Berlaga Antan....!
Post a Comment