PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Sunday, October 30, 2011

Panas: Penyokong Negeri Sembilan 'Cedera' Akibat Di Belasah Gara-Gara Bakar Bendera Terengganu !

Seorang lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan. Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan. Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu. Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul. MiloSuam


Apakah inisiden seperti ini wajar berlaku dalam negara kita agaknya

[Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku di negara kita hari ini. Soalnya, kenapa ia boleh terjadi sedangkan rakyat kita dikenali sebagai berhemah dan berakhlak mulia selama ini. Tindakan membelasah seseorang sesuka hati dengan membelakangkan peraturan dan undang-undang adalah satu usaha yang jelas mendukacitakan. Dalam masa yang sama, tindakan provokasi membakar bendera juga tidak sepatutnya terjadi. Sesiapa pun yang sudah kecewa akibat pasukan mereka tewas akan bertambah sedih apabila bendera negeri mereka diperlakukan sedemikian rupa. Kesimpulannya, beradap dan jangan lakukan tindakan biadap dalam bersukan. Maka kelak, diri sendiri jua yang akan "terima akibat" akhirnya].

15 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

padan muka

hitch said...

Budak2 pantai timur mmg kurang ajar..especially dari Kelanatan dan ganu.....

tgok ajela defend N9 kena sepak dgn goalkeeper kelantan...sapa nama dia Halim sapi??..atau Halim babi??...

Anonymous said...

xpayoh la beria amat weh!bukanya dapat duit nyokong kuat amat....

Anonymous said...

hitch

Rasanya puak mu la yang kurang ajar.Kalau tak buat salah ore tak behe, beruk hitch.

Dah mu rasa berani bak pa tak lawe.

Anonymous said...

Dia mabuk agaknya.....sebab jadi gitu...!

Anonymous said...

Kepada hitch tu jangan celupar mulut kata budak pantai timur kurang ajar.....ajar dulu budak n9....jangan mempermainkan maruah negeri orang dengan membakar bendera....kalau orang bakar bendera n9 kamu tengok saja ke?takdo tolo ko??????

Anonymous said...

budak hitch yang kurang ajar patut kena ajar cam budak yang bakar bendera gak

Anonymous said...

Ini mesti angkara BN/UMNO....

kedah mai said...

Betul ke bakar bendera?????atau hati terbakar...buatlah macam-macam alasan...kita kenal perangai orang pantai timur...berlagak pandai dan kuat....tapi kuat pada maksiat je!!!!

Anonymous said...

budak hitch..mung tunggu,penyokong kelantan dan terengganu akan bergabung untuk bakor bendera n9 pulok...bodo,bangang,piang,mung ning x dok maruoh ke...bendera negeri adalah maruah negeri....ke mung ning anok luor nikoh...

Anonymous said...

ayoh seluruh penyokong terengganu dan kelantan..kita penuhkan stadium masa perlawanan sumbangsih tahun depan..bawa bendera n9 byk2..kita pakat bakar..kita tengok mcm mana muka puok2 n9 bila tengok bendera negeri mereka dibakar....

pak cu rantau panjang said...

kedah mai ....
kalu mupun rasa berani . mu mai ke kelate tahun depe. Ikut rombongan puak mu.
aku tiak2 tahun gi tepak mu

Anonymous said...

woit, bodo penyokong Ganu ni..
setakat Bakar bendera je??
Ciss kalu aku,,,bakar orangnya sekali.. Nama dah bakar, bakar abis jelah...bodo,bodo,bodo!!!!

Anonymous said...

penyokong n9 x yah bangga sgt dpt jadi juara PM sbb yg score gol kemenangan mlm tu pun org ganu..nk harapkn pemain n9 sdiri mcm hampeh...main ngan artis boleh la....

penyokong setia kejor yob kejor

Anonymous said...

betul2..aku sokong pendapat penyokong setia kejor yob kejor..sapa lagi kalu bukan 2 beradik kembar tu...main mcm hampeh..glamour je lebih...buat malu la...nasib baik ada org ganu tolong score...