Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA PARA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM SEANTERO DUNIA
061114Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Duit Raya Terhebat !! DI SINI
310814Promosi Lampu Hiasan Dari Kedai Lampu2u, Khas Untuk Hari Raya DI SINI



October 14, 2011

Panas: Takungan Air Lombong Bijih Besi Pecah Di Maran, Kerajaan Negeri Pahang Di Harap Berhati-Hati Luluskan Permohonan Di Kawasan Tadahan

MARAN, 14 Okt - Kerajaan Negeri Pahang diharap bertanggungjawab sepenuhnya atas musibah yang menimpa lebih seribu penduduk di dua ladang di Sri Jaya dekat sini kelmarin. Ini kerana gara-gara kerakusan kerja perlombongan bijih besi di kawasan terbabit menyebabkan penduduk terputus hubungan akibat banjir lumpur. Kejadian yang telah didedahkan oleh Buletin Utama TV3 malam itu dipercayai berpunca daripada takungan air sebuah lombong bijih besi yang pecah di situ. Kawasan ladang terabit dipenuhi dengan lumpur hingga menyebabkan penduduk terpaksa berhadapan dengan berbagai masalah sampingan yang lain. Tambah menyulitkan jalan dari ladang berkenaan dan pekan Sri Jaya ditenggelami lumpur dan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan ringan dan hubungan penduduk terputus sama sekali. Ia menyebabkan kira-kira 50 pelajar sekolah menengah dan rendah dari dua ladang serta kampung berdekatan tidak dapat ke sekolah seperti biasa. Mereka termasuk enam pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Rata-rata penduduk yang dihubungi menyatakan rasa kekecewaan atas kejadian yang berlaku. Malah mereka kecewa dengan sikap Pejabat Tanah Dan Galian Pahang (PTG) yang dilihat gagal memantau aktiviti perlombongan secara telus. Banyak kawasan tadahan air diluluskan hanya kerana ia dipohon oleh "proksi" yang berkaitan. Di fahamkan, lombong berkenaan adalah merupakan kawasan milik seorang tokoh politik setempat, dan kami sedang menjejaki pemiliknya untuk didedahkan kepada umum. Isu lombong bjih besi kini menjadi panas selepas kejadian terbaru ini. Kami juga akan membongkarkan beberapa aktiviti rasuah dan penyelewengan berkaitan enam jabatan dalam memastikan kelulusan yang berkaitan. Malah difahamkan, banyak lombong kini menjadi permainan "adik beradik" kepada beberapa orang tokoh politik dan juga orang kuat di Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Apakah mereka harus dibiarkan sesuka hati mengaut keuntungan jutaan ringgit, sedangkan rakyat terus dihimpit kemiskinan sekarang ini?.


Lumpur membanjiri kawasan kediaman penduduk di ladang berkenaan

Lokasi kejadian banjir lumpur yang disebabkanoleh lombong berkenaan
Sila KLIK SINI untuk menonton laporan eksklusif Buletin Utama TV3
Rakyat harus tahu semua ini, jika tidak banyak sumber hasil galian di negeri Pahang ini akan dirompak sesuka hati oleh pihak yang sama sejak sekian lama sebenarnya. Mereka sewenangnya menjadikan hasil bumi di negeri ini sebagai "harta mak bapak mereka". Ayuh bongkarkan!. Paling menyedihkan ada pemimpin UMNO di Pahang yang memohon lombong sehingga berpuluh-puluh kawasan atas nama yang berbeza. Difahamkan juga pada masa ini ada lebih dari 4,000 permohonan yang sedang diproses oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pahang. Itu belum termasuk ribuan lagi yang sudah dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk diangkat ke Mesyuarat Exco Kerajaan Pahang bagi kelulusan. Pendek kata, rakyat Pahang "makan habuk dan debu", sebaliknya beberapa kerat pemimpin, kroni serta proksi mereka kaya raya.

[Kerajaan Negeri Pahang digesa lebih berhati-hati meluluskan kawasan perlombongan kepada orang ramai. Ini kerana, banyak pihak yang kini menjadi "jutawan segera" akibat kelulusan projerk tersebut. Malah ada diantara mereka langsung tidak mempunyai jasa kepada rakyat dan bermewah-mewah selepas mendapat beberapa konsesi lombong di Pahang. Soalnya, kenapa Kerajaan Negeri Pahang begitu muda meluluskan kawasan berkenaan?. Kes yang berlaku di Sri Jaya ini harus dijadikan ikhtibar kepada semua pihak agar ia tidak berulang kembali. PDO akan membuat laporan eksklusif tentang aktiviti perlombongan bijih besi ini dalam masa terdekat. Kita tidak mahu hasil mahsul rakyat Pahang diberikan sewenang-wenangnya kepada pihak-pihak tertentu. Malah, mereka mengaut keuntungan yang cukup lumayan sedangkan hasil kepada Kerajaan Negeri tidak seperti yang diharapkan. Inilah yang menyebabkan ekonomi negeru merudum sedangkan proksi dan kroni mengaut keuntungan berlipat ganda. Malahan ada laporan mengatakan kegiatan perlombongan itu saja telah mendatangkan keuntungan ratusan juta kepada pihak terbabit, sedangkan Bajet negeri Pahang senantiasa defisit jutaan ringgit. Negeri papa kedana tetapi pihak terbabit kaya raya mengaut untung untuk anak cucu mereka!].

11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Miecyber said...

Mungkihkah Loji Lynas juga akan menjadi bala kepada rakyat Pahang nanti ....


Kantoi
Taman Negara Package
Travel Online Shopping

Ngah Phg said...

Berpuluh2 lori besar utk lombong besi ini hari2 melalui jalan dari segamat kekuantan yg menyebabkab jalan rosak berlubang2 yg merosakkan kenderaan rakyat.

Anonymous said...

Sudah masanya rakyat menukar kerajaan negeri yang semakin angkuh pimpinan Adnan yang merasa negeri Pahang dia yang punya. Jika rakyat terus merelakan diri diperbodohkan oleh kerakusan kuasa Adnan ini, teruslah melihat kroni kaya raya , rakyat papa kedana....

Anonymous said...

jangan lupa...biji besi tu..aku nak jugak..dapat tahi besi pun tak pe....jgn kaya sorang saje

Klulusan .. YH Dato' PTG bawa ke mesy MMK

Anonymous said...

jangan lupa...biji besi tu..aku nak jugak..dapat tahi besi pun tak pe....jgn kaya sorang saje

Klulusan .. YH Dato' PTG bawa ke mesy MMK

org maju said...

Ape duk bising2 kan itu dikatakan pembangunan....nanti negara mundur pulak broo.....

hitch said...

Apa2 loji pun xpayah bukak la....mintak jea duit kat fuziah debab...sbb dia byk duit....!

Kas Jtut said...

cermin kereta aku pecah kena batu dari trailer bawa bijih kat Gambang..deme kaya duit aku lebur.. pastu kena lg sekali kat Gambang nasib baik tak kena cermin..

Anonymous said...

PAHANG DARUL- RASUAH..
Tak Fakam lagi ke wahai rakyat PAHANG.
1} LORI TRELER 4-5 exel (panjang tak sukat pulak) - Bergerak banyak MACAM SEMUT...Dari Muadzam,Dari LIPIS/RAUB,dari LUIT, dari SRI JAYA dan banyak lg lah...BAWA BIJIH
2) LORI BALAK - Ada yg sambung DUA macam kereta-api, pun ada berduyun-duyun dari CERUK DAERAH..
3) KELAPA SAWIT - Cam tu jugak,lori macam BAS 2TINGKIAT bawa sawit..
4) GETAH BEKU...GITU JUGAK-Wow kalau lalu,kalahkan wangian DKNY ke,POISON,BURBERY apa sajalah..
5) BANGUNAN BURUNG WALIT - bERIBU di Pahang ni..Memekak lebih 40dsb kuatnya, mangkok ayun tu pasang..
6) LYNAS - BERPULUH jutaRM hasil kalu jadi buka...tapi aku xsetuju, punca membunuh macam kat sri jaya tu...malaysia boleh, apa suka je..
...........AKIBAT.....JALANRAYA SELURUH PAHANG ROSAK,,, JADI JALAN MAUTTT......PIKIR LAAA....
....KIRA/CHEKING DUIT DALAM PERBENDAHARAAN PAHANG (AN) ada berape sen, malah berhutang dgn.PUSAT.....KEMANA PERGINYA DUIT-DUIT INI...
Patutnya PAHANG ni DAH MENGGUNUNG DUIT NYA...Rakyat tak susah, Sekolah dapat freee,biasiswa freee, malah duit poket lagi...
......FIKIR2LAH WARGA PAHANG... hidup BANGSA mu di TANGAN mu..Hindari/cegahlah RASUAH yang dilaknati ALLAH...
Sesiapa saja yg tak mengakuii pekara diatas dia akan dilaknati ALLAH dan katakan TIDAK kepada perasuah2 ini...
MUGA KITA YG BERIMAN INI DILINDUNGI ALLAH... dan biarlah mereka yg membaca warkah ini akan tersedar dari lamunan dan kembali kejalan yg benar...

Anonymous said...

bontot sepol pecah kena liwat nuar ada sapa kesah?

Anonymous said...

Jgn cepat meltah weh. Kwn tak kisah kalau Pahang ni ada byk lombong. Akan tetapi ada byk persoalan perlu dijawab oleh pihak tertentu;
1. Lori yg membawa bijih besi ni tak pernah ikut sukatan had berat permit agaknya. Jalan rosak. Berapa agak nya kerajaan Pahang dpt mengutip cukai dari roadtax lori, bijih yang dermasyhuribawa, cukai2 lain dibandingkan dengan kos yg terpaksa kerajaan tanggung untuk repair jln yg rosak tu?
2. Pihak JPJ dan Polis Trafik tu mkn gaji buta ke? Kalau mereka ni buat kerja dengan betul, pasti lori2 berkenaan ikut peraturan. Mcm ada unsur2 rasuah di sini.
3. Macam biasalah YB2 Pahang ni. Sifat tamak memang dari dulu lagi termasyhurnya. Jgn salahkan menteri besar. Dia hanya jlnkan tugas.
4. Pemimpin di Pahang ni kena tukarlah. Yg ada sekang ni, rakus2 belaka. Balak dia nak, besi dia nak, emas dia nak, tanah dia nak, sumer dia nak. Bila org kg mintak, jgn harap boleh dapat.
5. Kalau dengan BN kita tak dapat apa2 sedangkan kita mohon dan berharap, ikut saluran sebenar lebih baik kita pangkah lambang lain, dah tentu tak dapat dan tak sakit hati.
BAGI KAT PEMBANGKANG DALAM 4/5 PENGGAL TENGOK. BIOR DIA ORG SIASAT APA JUGAK KES RASUAH SELAMA INI DAN BATALKAN MANA2 YG SEDANG BEROPERASI. BIOR PADAN MUKA MASING2.

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]