Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

PAS Pahang Anjur 'Sambutan 60' Tahun Peringkat Negeri Di 'Tapak Kompleks PAS Kerdau' 26 Okt Ini!

TEMERLOH, 15 Okt - PAS akan mengadakan Sambutan 60 Tahun Peringkat Negeri Pahang 26 Oktober di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau di sini dengan tema “Sejarah, merealisasikan langkah ke Putrajaya”. Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, program akan dirasmikan Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu dan Kerdau dipilih kerana PAS Pahang diasaskan di situ pada tahun 1955 oleh Pesuruhjayanya yang pertama Allahyarham Mohd Yassin Salleh. "Program akan bermula daripada 25 Oktober lagi dengan pameran sejarah dan jualan serta ceramah pada sebelah malamnya oleh Salehuddin Ayub, Saifuddin Nasution dan Hishamuddin Rais. “Keesokan harinya akan berlangsung sukan rakyat melibatka Pasti, aktiviti konvoi ARC dan motivasi kepada isteri pimpinan PAS Pahang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. “Majlis perasmian akan bermula jam dua petang oleh Timbalan Presiden sementara Naib Presiden PAS Sallehuddin Ayub akan membentangkan satu kertas kerja selepas itu,” katanya dalam sidang media selepas selesai mesyuarat AJK Harian PAS Pahang di pejabat PAS dekat sini kelmarin. Tambahnya, pada sebelah malam akan ditayangkan pengkisahan sejarah PAS Pahang, anugerah tokoh dan anugerah jasamu dikenang kepada tokoh-tokoh terpilih. Kemuncaknya ialah ceramah umum oleh Mohamad Sabu, beliau sendiri dan beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat. “Matlamat sambutan yang penting ini ialah bagi mencetuskan semangat bagi menghidupkan gelombang pilihan raya umum (PRU) 13 dengan memobilisasi semua peringkat penggerak dan petugas parti,” katanya. Sebarang pertanyaan untuk penyertaan, perniagaan dan sebagainya bolehlah menghubungi urusetia di talian 09-2965143. sumber

[Sambutan 60 tahun PAS peringkat negeri Pahang ini dijangka meriah dengan berbagai acara yang disediakan oleh pihak penganjur. Krew PDO akan berada dilokasi terbabit untuk memantau acara sambutan tersebut. Kerdau banyak meninggalkan memori kepada kami dan semua pihak kerana disitulah berlakunya Pilihanraya Kecil yang terakhir dalam negara kita sebelum Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Pastinya ia banyak memberi lakaran sejarah buat mereka yang pernah bertandang ke situ. Apapun, inilah masanya kita boleh melihat apakah UMNO BN sudah menjanjikan segala apa yang ditawarkan kepada rakyat pada PRK itu dulu. Pekan Kerdau yang dulunya usang dengan dinding papan apakah kini sudah berubah menjadi bangunan batu atau masih seperti dulu agaknya. Apapun, selamat ulangtahun PAS ke 60, semoga arus perjuangan dapat terus disemarakkan lagi selepas ini dalam merealisaikan hasrat untuk menawan negeri Pahang daripada BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini sebenarnya].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

ami said...

Yb Kerdau Syed ibrahim kenapa sekarang susah nak nampak batang hidung. Sibuk sangat ke..Masa pilihanraya kecil dulu, siang malam keluar tv buat pelbagai kenyataan. Lepas pelihanraya kenapa sepi. Apakah ini mentaliti yb umno. Hanya berkokok ketika pilihanraya.

hitch said...

lain kerja xdela kalo PASial buat sambutan.....kutuk,maki,keji,hina,umpat,mencarut......itulah berok2 ni tau....korg lihat ajela nanti....

Anonymous said...

kah..kah..kah..woooiii ami kalo ko punya pemimpin sush sgt nak tgok muka..jgn salahkan UMNO la....dah mmg mentaliti pemimpin ko mcm tu.....dapat kuas terus lesap...nnti dah dkt PRU dia muncul la dgn muka seposen dia tue.....!lain kali ko undila mangkok tu lagi.......padan muka ko....

Anonymous said...

Saturday, October 15, 2011 12:42:00 PM

Yang ko kata PASsial tu apa cerita..?

Ayat pujian ke tu..?

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]