PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Sunday, October 30, 2011

Profesor Aziz Bari Buat Laporan Polis Tentang Isu Peluru Dan Nota Ugutan Di IPD Gombak Pagi Tadi!

KUALA LUMPUR, 30 Okt - Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari (foto) hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini bagi memberi keterangan susulan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam. Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis “jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti” itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping, Perak. Aziz kini disiasat pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya menyentuh titah Sultan Selangor berkenaan kes Gereja Methodist Damansara Utama, awal bulan ini. “Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut . . . pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan,” katanya. Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini. Tindakan Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai “kurang ajar”. Polis mengesahkan peluru yang diterima Aziz adalah jenis caliber 9mm dan motif pihak tertentu menghantarnya masih dalam siasatan. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan daripada Aziz pada pukul 7.00 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.


[Apa yang terjadi kepada Profesor Dr.Aziz Bari ini adalah satu lagi siri tindakan ganas dan keterlaluan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Harapan kita agar pihak polis dapat melakukan siasatan yang telus dan rapi terhadap insiden ini. Kita tidak mahu golongan akademik dihalang dari mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya. Apakah budaya seperti ini harus dibiarkan begitu sahaja?. Bagaimanakan jika sesuatu yang buruk terjadi kepada tokoh akademik itu nanti. Apapun, kita yakin rakyat Malaysia majoritinya amat kecewa dengan apa yang terjadi. Marilah sama-sama kita membina sebuah negara Malaysia yang lebih aman dan sejahtera. Keharmonian negara perlu dipelihara sekarang].

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

umno dulu sekalang pkr said...

RAMALAN KAJI CUACA MEMAKLUMKAN BAHAWA PRU13 NANTI BERKEMUNGKINAN HUJAN PANEH, MENANDAKAN UMNO (BN) AKAN TUMBANG.

SEKIAN TERIMA KASIH
RAMALAN KAJI CUACA
BUKAN RAMALAN NOMBOR EKOR