pahangdaily pahangdaily Author
Title: Adnan Yaakob, UMNO Pahang Serahkan Kepada PM Tentukan Parti Mana Bertanding Di Kuantan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN 5 Nov - Badan Perhubungan UMNO negeri menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan ...

KUANTAN 5 Nov - Badan Perhubungan UMNO negeri menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan parti komponen yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuantan dalam usaha merampas kembali kerusi itu daripada pembangkang. Pengerusinya, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) berkata, beliau sebenarnya tidak gemar untuk mengganggu formula yang telah ditetapkan pada pilihan raya umum lalu tetapi jika dengan mengubahnya boleh membawa kemenangan, maka ia perlu dilakukan. “Kuantan pada asalnya ditandingi UMNO, kemudian baru MCA. Kita ikut Perdana Menteri. Saya sendiri tak suka nak ganggu kuota. “Pada saya kalau berpandu pada kuota, kita boleh menang, jangan usik. Tetapi kalau dengan mengubah kuota itu kita boleh menang, maka kita kena ubah. Itu sahaja pendirian saya,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Aman Palestin oleh Yayasan Pahang di sini semalam. Sebelum ini Pengerusi MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker bersedia untuk menukar kerusi Parlimen Kuantan dengan UMNO tetapi mereka mendapat kerusi Indera Mahkota sebagai ganti. Sementara itu, Adnan berkata, apa yang pasti kerusi Parlimen Indera Mahkota akan terus ditandingi UMNO dan peluang untuk merampasnya dilihat cerah. Katanya, bagaimanapun untuk kerusi Parlimen Kuantan, ia akan menyaksikan satu tentangan sengit berikutan senario politik semasa termasuk isu kontoversi Lynas sekarang.

“Daripada dua kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang di Pahang, Indera Mahkota cerah tetapi Kuantan akan menyaksikan persaingan sengit. “Kuantan kita kena lawan lebih sikit sebab isu pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas yang mendapat bantahan penduduk Cina yang mendakwa ia bahaya sedangkan tidak,'' jelasnya. Menurut Adnan, kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan perlu dimenangi semula BN kerana secara umumnya peluang untuk berbuat demikian lebih cerah kerana ia ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR). “Daripada dua parti pembangkang lain iaitu DAP dan Pas, peluang dengan PKR lebih cerah. Jadi daripada 31 kerusi PKR yang menang masa pilihan raya lalu, dua adalah di negeri ini iaitu Kuantan dan Indera Mahkota, maka kita pastikan ia kembali kepada kita dan ia bukan mustahil. “Apa pun kita sedang bersiap menuju pilihan raya. Bila pilihan raya kita tak tahu, macam mati juga, yang pasti ia berlaku, maka kita kena bersiap. Ini termasuk nak menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kita kalah seperti Semantan dan Beserah,'' jelas MB Pahang itu lagi.

[Apa yang jelas dapat disaksikan ialah pembangkang (Pakatan Rakyat) terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berpotensi besar untuk terus mengekalkan kuasa mereka di Parlimen Kuantan untuk penggal yang kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Ia berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dilakukan terhadap suara rakyat terutamanya masyarakat kaum Cina yang 80% menolak kerajaan BN kerana tidak mendengar rintihan rakyat dalam isu Lynas. Soal pembangunan dan ekonomi yang lebih diutamakan, sedangkan majoriti rakyat tidak bersetuju kilang itu didirikan sebenarnya. Atas faktor itu juga, mungkin UMNO punya alasan kukuh untuk mengambil semula kuota kerusi Parlimen Kuantan daripada MCA. Namun jika isu ini gagal diselesaikan secara profesional, besar kemungkinan bukan saja parlimen dikekalkan malahan kesemua kerusi DUN dalam parlimen Kuantan juga boleh jatuh ke tangan pembangkang pada kali ini. Oleh itu, mereka perlu berhati-hati sekarang jika tidak mahu sesuatu yang lebih buruk terjadi kepada BN PRU-13 nanti].

Advertisement

Post a Comment

Rakyat M'sia said... Saturday, November 05, 2011 7:11:00 AM

Klu kat Ktn ni BN letak la sapapun org dah x suka, silap2 ngan kerusi Dun pun terlingkup.

Anonymous said... Saturday, November 05, 2011 9:49:00 AM

Baju Bantah LYNAS....kat mana boli beli....Kat Kuantan....nak juga pakai kat Temerloh ni....ari Raya Aji ni....!

Anonymous said... Saturday, November 05, 2011 8:35:00 PM

Orang JAHAT memerintah....macam2 perkara dia buat....janji dia HIDUP...orang lain lantak MAMPUS....

Anonymous said... Sunday, November 06, 2011 1:57:00 PM

AKU TAK HAIRAN KALAU ORANG MELAYU TETAP SOKONG UMNONOK DALAM PRU AKAN DATANG... MEMANG DARI SEGI SOSIOLOGI ORANG MELAYU BANGSA YANG PALING SENANG DIPERBODOHKAN.... ENGKAU DAPAT APA ???? LIHAT PEMIMPIN UMNONOK KAYA RAYA... BERJUANG MEMPERGUNAKAN KEBODOHAN BANGSA SENDIRI UNTUK MENDAPAT PROJEK DAN TENDER... KAYAKAN KELUARGA DAN KRONI... YANG BODOH ORANG MELAYU DI KAMPUNG DAN FELDA... SEPATUTNYA BEENDKAN UMNONOK...

 
Top