
KUANTAN, 29 Nov - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) digesa menyiasat satu laporan ketidakpuasan hati ramai kontraktor kantin sekolah-sekolah agama seluruh Pahang akibat tindakan "pihak tertentu" mengatur kontraktor terpilih untuk "tender kantin sekolah-sekolah agama Pahang musim 2012". Difahamkan, semua tender kantin sudah pun tamat pada tahun ini dan sepatutnya MUIP seperti biasa akan membuka tender baru untuk dipohon oleh kontraktor-kontraktor terbabit. Namun, anehnya pada kali ini "tender dibuat secara runding terus" oleh Pejabat Kewangan Negeri Pahang. Difahamkan sebelum ini MUIP hanya mengeluarkan hebahan dan tender sebaliknya peruntukan diperolehi daripada Kerajaan Negeri sendiri. Namun, kali ini ia agak mengejutkan bilamana tender tidak lagi dikeluarkan sebaliknya pejabat Kewangan Negeri mengawal proses tersebut. Daripada sumber maklumat yang diperolehi, terdapat campurtangan yang begitu jelas oleh Pegawai Kewangan Negeri Pahang sendiri iaitu Dato' Norzan Bin Hj.Ahmad (foto) yang dipercayai menganugerahkan "tender runding terus" kepada proksi-proksi "isteri muda"nya. Menurut seorang saksi, beliau amat kecewa dengan senario yang berlaku ini. Ia jelas menggambarkan betapa teruknya sikap pegawai kerajaan menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat. "Sudahlah tender dibuat secara runding terus kali ini, malah harga tender juga dinaikkan secara tidak munasabah (RM2.00 satu kepala). Bayangkan berapa ratus ribu pelajar-pelajar sekolah agama di seluruh negeri Pahang ini?. Semuanya dikontrol oleh mereka. Sedangkan jika kami masuk tender sekali pun, mereka mahu agar harga direndahkan .. tiba-tiba tender runding terus mereka naikkan harga sedemikian rupa. Ini jelas satu lagi bukti penyelewengan yang nyata sebenarnya", kata kontraktor itu. Kemungkinan satu laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibuat oleh mereka terhadap dakwaan ini.
[Difahamkan, banyak syarikat yang mendapat projek tender tersebut secara "runding terus" adalah dimiliki oleh proksi isteri beliau. Jika sebelum ini, rakyat melihat Rosmah Mansor mengawal projek-projek kerajaan pusat. Kini ia menular pula ke negeri Pahang, hingga projek tender kecil seperti ini pun mahu dikawal oleh mereka yang berkuasa. MUIP digesa mengambil tindakan segera untuk memberi hak kepada semua kontraktor masuk tender secara terbuka. Pegawai Kewangan Negeri Pahang tidak wajar campurtangan dalam hal ehwal yang membabitkan sekolah agama seperti ini. Malah difahamkan antara syarikat yang dipercayai mendapat tender runding terus itu ialah NS Jaya Enterprise yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan isteri pegawai terbabit. Hak rakyat tidak wajar dinafikan, dan mereka tidak perlu menunjukkan kuasa walau pun mereka ada kuasa. Justeru itu, diharapkan agar perkara ini diselesaikan dengan segera sebelum laporan lanjut yang lebih panas menyusul. Sudah tiba masanya rakyat mengetahui kebenaran daripada terus takut dibelenggu penyelewengan oleh mereka yang "gila berkuasa"].












18 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
ni la projek yang payah nak dapat..kalau yang tender makan asrama pun lagi payah kalau orang bawahan ni nak mohon..nak submit borang hantar putrajaya pulak kene hantar la sama itu uwang.celok sana sini..kaya berduit la orang putrajaya yang handle bhg makan kantin asrama ni.
Klu bukan HAK kita.. jgn lah kita ambil...
Klu memang dasar perangai Umno... begitulah sampai bila-bila...
Konon pejuang Melayu, hakikatnya pengkhianat melayu... yang betul2 layak, dikhianati akibat kuasa...
Nampaknya UMNO sudah mengutamakan "Politik Penyedap" - Ini juga namanya Politik Aji-no-moto.Yang jadi "penyedap" sama ada isteri atau suami,makan diutamakan.Shahrizat bantu suaminya dapatkan pinjaman RM250 juta dan Big Mama isteri Najib tak usah kiralah - apa sahaja.Sekarang poliik ni dah berjangkit kepada kaki-tangan awam.
Sapa tak sayang bini beb......bini muda lak tu.....he he he
itu gunanye bini muda yek hehehe
Kalau report kat SPRM, nanti SPRM kata kami TAKDE kuasa hu..hu..
Syukur.... Satu demi satu KEBEJATAN UMNO/BN ALLAH tunjukkan sebelum PRU 13...
Kalau rakyat tak boleh berfikir,baik jadi lembu feedlot Syarizat aja....Ada kelas juga, duduk kondo 13.4 juta......
Ya...rakyat bawahan UMNO dah mula fikir...mana aci pemimpin atasan kaut jutaan..aku pun nak jugak...ha ha...UMNO dari PM sampai kepada JKKK nak pulun duit rakyat....sebab tu yang benar2 nak aktif UMNO ni sebenarnya nak rebut habuan saja...dosa belakang kira....selamat bertugas SPRM...harap selesai dalam masa 2 minggu dan sumbat mereka dalam lokap sebelum PRU 13..
PAHANG NI TAK HABIS2 RASUAH...
DOA BIAR TUHAN TURUN BALA KAT DEPA TU... MARI SEMBAHYANG HAJAT RAMAI2...
BILA LAGI SPRM NAK MASUK NI...
MASALAHNYA SPRM PUN DAH DI SOGOK MASUK KELAB SUKAN RM 60,000.00 OLEH MB PAHANG SENDIRI ....(pdo cakap)
KURANG ASAM BETULLAH... NAK PERCAYA KAT SAPE LAGI WOII RAKYAT PAHANG !!!
BALAK HABIS
BIJIH HABIS
EMAS HABIS
TAHIK LYNAS PUN AMBIK...
dia orang dah pakai TELUS dan MULUS E-TENDER mana bole cilok camtu aja....hati-hati ada orang akan kena saman juta-juta nanti baik tarik balik dan minta maaf.
YELAH BETOI JUGAK..GUNA E TENDAR KAN..PASTU SISTEM RANDOM TERKENA KAT BINI SDN..AYOYO BAI JANGAN MARAH SAMA ITU ORG MA..MARAH SAMA SISTEM E TENDER MA..KASI SAMAN SAJA E TENDER MA..KASI ITU SISTEM MASUK LOKAP MA..KASI HANTAM ITU SISTEM..OII SISTEM PUN MANUSIA YANG BIKIN LA BRO..ITU CORDING SAJA BOLEH KASI ADJUST LOR
Bro...rasanya MUIP x terlibat tender2 makan ni...JAIP kot andai Sekolah-Sekolah ni....check balik bro! ok chow! fakta orang pas ni kene kemas bro...tq
Apa salahnya....bini dia kerja sendiri....kedai sendiri....bukan kerja Gomen....syaratnya laki dia kena keluar masa mesyurat....tu..! baru betul.....!
http://batutepijalan.blogspot.com/2011/12/program-melawan-hari-ini.html
Nak repot SPRM,sampai muntah darahlah ko orang buat repot takkan adanya disiasat.Nak mampus siasat orang penting,kalau yang buat kerja tu ahli cawangan PAS belum sempat lagi tukang repot melangkah keluar pejabat SPRM,siasatan akan dimulakan kononnya nak menegakkan keadilan.Bukan setakat dapat tender kantin sekolah agama sahaja,ruang niaga di rawat dan rehat tol pantai timur ahabis dibelasahnya apa cerita,nasib la awok me,orang Pahang.
ye ke...ada je adun umno kene siasat sprm di pahang...macam blog tukul besi..tapi cerita x habis da.....
penipu cerita ni... proses tender makanan ni melalui proses pemilihan yang melibatkan ramai individu dalam Lembaga Tawaran negeri... Tender ni sepatutnya berakhir pada akhir tahun ni... MMK dulu bersidang bersetuju untuk melanjutkan tempoh tender selama dua tahun bagi mereka yg bagus.. kalo tak bagus terminate... ape ke halnye dengan isteri muda YB PKN pulak... pelik tol lah.. buat fitnah..... ish.. takde maknenya secara rundingan terus... korang ni dengar cerita ke berkhayal..... nak wat cerita tu agak2 la..... fitnah betolllll....
sedikit pembetulan,Betul la MMK yg buat keputusan,tapi kena fikir sebaliknye,kesemua kontraktor yg sepatutnye tamat pada dis 2011 telah dilobby oleh orang "TENGAH" dgn kuat utk disambung kontrak 2 TAHUN dgn KENAIKAN nilai tender, secara kebiasaanya tender hanya disambung utk 1 thn shj, mana mungkin SEMUA kontraktor tu cemerlang. jadi cuba teka tekalah siapa org TENGAH itu yg dpt kaut DUIT dari setiap kontraktor.
Post a Comment