PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, November 21, 2011

PKR Dedahkan Lebih Banyak Penyelewengan NFC Suami Shahrizat Guna Dana Awam Tunai Umrah !

KUALA LUMPUR, 21 Nov - PKR hari ini mendedahkan lebih banyak berhubung apa yang didakwa mereka sebagai penyelewengan dalam pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada projek penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan. Kali ini, setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution (foto) berkata bahawa NFC memperuntukan RM31,580 bagi Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran menunaikan ibadah umrah. Saifuddin juga mendakwa dana awam itu juga disalurkan kepada dua syarikat yang mana Mohamad Salleh mempunyai kepentingan. Mohamad Salleh adalah suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Dalam bidasan terbarunya itu, Saifuddin berkata PKR mempunyai bukti kukuh bahawa arahan untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010 itu dikeluarkan oleh pejabat Mohamad Salleh, sendiri. "Ia (dana awam itu) juga digunakan untuk menubuhkan Biofuture Global (M) Sdn Bhd dan Meatworks Singapore Pte Ltd," katanya. Sehubungan ini, Saifuddin menggesa polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat transaksi dan urusniaga NFC dengan tumpuan diberikan kepada aktiviti perniagaan dengan National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) serta dua buah syarikat dari Singapura itu.

[Nampaknya, isu NFC ini bakal menjerat Ketua Wanita UMNO Sharizat Jalil. Walau atas apa jua keadaan sekali pun. memang rakyat perlu tahu bahawa Shahrizat terlibat dengan projek suaminya itu. Penyelewengan terus didedahkan bagu membuktikan bahawa memang terdapat rahsia besar disebalik projek itu sebenarnya. Soalnya, kenapa ada pihak yang beriya-iya mahu pertahankan isu ini sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawa memang ada penyelewengan yang nyata terhadap projek ini sebenarnya. Semoga rakyat dapat menilai dengan bijak isu ini dan melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang hendaknya].

12 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Saya penyokong Umno,tapi jika benar-benar ada penyelewengan saya turut membantah dalam soal ini.Saya mencadangkan suami Sharizat sendiri meminta agar pihak polis atau SPRM membuat siasatan mereka demi menjaga nama baik mereka dan memastikan apa yg di katakan oleh 3 stooges dari PKR tidak benar.Berani kerana benar,jangan bersikap seperti Ketua Umum mereka yg sentiasa berdolak dalih dalam kes sodomi dan video seks nya.

Saya juga tidak mahu issu ini menjadi beban kepada Umno,kerana perjuangan Umnolah lebih penting bukan individu atau keluarga.

Anonymous said...

Kalau dalam PKR ada 3 stooges, umno mesti all stooges.

Reformis Anak Muda said...

Perjuangan Umno????? anak muda dah meluat dgn Umno ni... Pengkhianat Melayu... dah lebih 50 tahun Umno parti melayu perintah negara ni.. bagi kuasa, duit berlambak dgn hasil bumi.. masih lg Melayu kaum termiskin di negara ni... penagih paling ramai kat negara ni... bohsia buang anak paling ramai kat negara ni.. duduk rumah setinggan tepi sungai melayu paling ramai...Perjuangan apa??!!! dari nenek moyang sampai cucu cicit.. Melayu akan di tipu oleh Umno..

ROMPINMENDERITA said...

Saifuddin macam tak tahu perangai pemimpin UMNO.

UMNO dari dahulu, kini dan selamanya akan mempertahankan pemimpinnya walau sebesar mana kesalahan mereka selagi mereka tidak melawan.

Kalau kali ini Sharizat dikehendaki berundur demi menjaga nama baik UMNO, jangan risau kat Jat, gelaran Tan Sri akan menyusul. Lepas tu, kak Jat boleh memilih mana-mana kerusi empuk Pengerusi GLC terkemuka negara dengan gaji yang lumayan, cuma kurang glamour aje...

Lihat Tan Sri Isa Samad, selepas dijatuhkan hukuman rasuah,beliau memegang jawatan tertinggi FELDA.

Tan Sri Rahim Tambi Chik, selepas diselamatkan oleh AG, walau gadis yang dirogolnya serta neneknya mendakwa dengan bukti,(orang kata muka anak tersebut macam Rahim Tamby Chik)beliau bebas kerana "tiada bukti kukuh" DNA anak tu tak releven...... Akhirnya jadi Pengerusi RISDA.

Jadi, kak Jat jangan risau ya....
Saifuddin tu saja nak bergurau....
Hidup UMNO..... Hidup LEMBU.....
BOO..........(Bunyi Lembu duduk Kondo.....)

dulu aku umno said...

-Memang betul kalau nak senang cara UMNO ialah,

-Buat salah kuasa atau salah laku.

-Kemudian diminta berhenti.

-Seterusnya ditawarkan jawatan besar dalam GLC Kerajaan dan dapat puluhan ribu gaji.

-Mudahkan....? as easy as ABC.

-Penyokong UMNO dapat apa..?

Anonymous said...

Rasanya PRU12 dulu rakyat dah tolah dia ni,tapi dapat jadi menteri lagi,ambil peluang lah!
Ha!apa kata............

Anonymous said...

anon 7:31,
Anak muda yg sekolah ke tidak?.kalau tak sekolah patut lah benci Umno,sebab tak merasa sekolah,maktab atau universiti yg saja di tubuhkan oleh Umno utk menempatkan geng Melayu lemah yg mampus tak memulas masuk U kalau bersaing secara meritokrasi.anak muda yg tak dapat kerja atau berpendapatan rendah? memang pun benci Umno sebab dah macam macam peluang di buka tapi tak berjaya juga sebab lemah sangat dan pemalas.atau anak muda yg masuk u,tapi malas nak bayar hutang ptpn,jadi marah pada Umno?.

Melayu PR memang melayu yg tak cermin diri,berkawan dgn dap tapi tak berusaha macam puak dapa.bila mundur dan susah semua salahkan umno padahal dir sendir jenis pemalas.

Anonymous said...

CABAR SPRM TANGKAP...
BEKAS PRESIDEN FILIFINA TU PUN RAKYAT DIA SANGGUP TANGKAP..
ITU PRESIDEN YG LEBIH COMEL DRP SHARIZAT..
SALAH TETAP SALAH..
JGN JADI SPRM COWBOY....
TUNGGU APA LAGI ??????
SETAKAT MENTERI AJE..CISSSSS...

Anonymous said...

Sharizat tu.....kalau tengok betul2....tenung betul2....mata,hidung,mulut,kulit.....melayu ke.....??ni lah sebenarnya keturunan turun temurun dari Raja mandeliar yang menghuruharakan melaka....dan zaman ni orang melayu umno teima lagi spesis ni......umno....umno...tak belajar dari sejarah

ATASPAGARPHG said...

ANON 12.22

Sebelum kau tanya ,"anak muda yang sekolah ke tidak?", elok kau dulu pergi sekolah.

Menubuhkan UNIVERSITI, MAKTAB ATAU SEKOLAH itu adalah tanggungjawab KERAJAAN YANG MEMERINTAH...

Jadi, siapa sahaja memerintah, adalah menjadi TANGGUNGJAWABNYA menyediakan keperluan rakyat itu.

Aku tak salahkan kau (sebab kau selama ini DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN UMNO yang beri fakta BODOH itu!!!!)

Bak kata omputih, "Talk because you have something to say, not because you must say something", nanti orang kata awak tu tak gi sekolah.

Buka HATI dan MINDA luas-luas, jawab soalan berikut secara JUJUR...

KALAU KAU KATA HANYA UMNO AJE YANG TAHU BUKA UNIVERSITI, SEKOLAH DAN MAKTAB, ADAKAH,

1.ADAKAH Maktab , universiti dan sekolah kat SINGAPURA, UGANDA, BANGLADESH,UTOPHIA DAN segala negara di muka bumi ini UMNO yang buka ????

Konklusinya, setiap KERAJAAN YANG MEMERINTAH AKAN MENJALANKAN TANGGUNGJAWABNYA MENYEDIAKAN KEMUDAHAN RAKYATNYA. Aku kesian dengan mak cik, pak cik, nenek, atuk kat kampung yang tak sekolah tinggi DIKELENTONG HIDUP-HIDUP OLEH pemimpin kau orang.....

Anonymous said...

anon 12.22 tu adalah tipikal mentaliti ahli umporno. bodoh nak mampus. mujurlah spesis begini dah makin kurang sekarang, sebab tu umporno ambik warga indon dan bagla beri ic dan layak mengundi

Anonymous said...

SPRM serupa dengan SPM....