KUALA LUMPUR, 28 Dis - Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini mengemukakan satu lagi aduan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berhubung pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPFB). Presiden ANAK, Mazlan Aliman (foto) berkata, aduan itu dibuat kerana badan yang dianggotai peneroka itu tidak berpuas hati dengan penjelasan SKM sebelum ini, berhubung pelantikan tersebut. "Kita minta satu pendirian daripada SKM sama ada Isa benar-benar (menjadi) ahli koperasi Felda," katanya kepada pemberita selepas menghantar aduan berkenaan di pejabat SKM, Kuala Lumpur. Penjelasan SKM berkenaan didakwa bercanggah dengan satu surat perdana menteri bertarikh 15 Ogos yang menyatakan bahawa Isa merupakan pengerusi KPFB. Sedangkan, jawapan yang diberikan SKM dalam satu surat bertarikh 10 November lalu menunjukkan Isa belum disahkan sebagai pengerusi KPFB, kata Mazlan. Malah, surat SKM itu juga tidak menyebut mengenai status keahlian bekas MB Negeri Sembilan itu sebagai ahli KPF, kata Mazlan lagi. Tambahnya, penjelasan itu perlu memandangkan pelantikan Tan Sri Isa mempunyai kaitan dengan penyenaraian satu lagi anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd ke Bursa Malaysia.
"Haramjadah" Menimpa Najib & UMNO Lagi, Dikencingkan Di Himpunan Jutaan Belia
-
Cukup memalukan. Dengan aksi ghairah dan tidak senonoh inilah ditemui di
dalam satu acara di Himpunan Jutaan Belia yang berlansung di Putrajaya
semalam.
M...
4 minutes ago












2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
MACAMNANA NAK LAWAN..
SEMUANYA GOMEN "bn" BAYAR GAJI, ADA SUMPAH TAAT SETIA LAGI..
SO CUCUK HIDUNG LA...
BAWA KE BAR CONSUL ,UK SAJE, BARU JALAN..
ACUAN "MALAYSIA" TERBAIK DINIA..
SUPAYA SENANG KELUAR DUIT, JENTIK JE.. WOWW..
Inilah akibat bila kuasa jatuh kepada samseng. Buat keputusan suka hati tanpa ingat mandat diberi oleh rakyat.
Post a Comment