PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, December 19, 2011

Majlis Perbandaran Kuantan, Di Gesa Memantau Kebanjiran Warga Asing Buka Perniagaan Di Sini

KUANTAN, 20 Dis - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa menjalankan operasi bersepadu memantau kebanjiran warga asing berniaga di bandar ini. Senario itu jelas dapat dilihat sekarang, begitu ramai peniaga asing terutamnya dari Thailand diberi ruang sebebas-bebasnya untuk jalankan aktiviti perniagaan mereka di sini. Akibat kegagalan mengawal mereka, ramai peniaga Melayu yang kini akhirnya terpaksa "gulung tikar" dan berhenti terus dari berniaga kerana tidak mampu lagi bersaing dengan pihak terbabit. Sepatutnya, pihak majlis tempatan mengawal jumlah pembukaan premis perniagaan kepada warga asing. Jika dibiarkan, lama kelamaan segala sumber ekonomi akan dikawal oleh mereka. Sudahlah di Kuantan kini begitu banyak resoran mamak dan sebagainya. Akibat kealpaan, ia menjejaskan usaha kerajaann untuk melahirkan lebih ramai usahawan Melayu berjaya dalam bidang ini. MPK juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga tempatan yang "memajak" lesen perniagaan mereka kepada warga asing terutamanya dari Thailand. Senario ini jelas dapat dilihat di mana-mana sekarang ini. Malah, premis milik MPK sendiri pun kini diuruskan oleh peniagaa asing. Sedangkan sewaktu memohon tapak, tertera syarat warganegara asing tidak dibenarkan dan mana-mana peniagaan yang meng"alibaba"kan lesen perniagaan mereka, maka premis itu akan ditarik balik. Tapi, undang-undang serta syarat itu sekadar tinggal "kenangan" semata-mata. Tiada tindakan tegas dan profesional dilakukan. Malah terdapat dakwaan ramai kakitangan MPK sendiri yang menggunakan proksi untuk mendapat premis terbabit untuk disewakan kepada warga asing dengan harga yang berlipatkali ganda. Inilah yang mengecewakan ramai pihak sebenarnya. Justeru, Kerajaan Negeri Pahang harus mengambil langkah wajar untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan segera. Ke mana arahnya peniaga Melayu jika dibiarkan?. Mereka bukan tidak boleh berniaga, tetapi mereka tidak mampu membayar sewa premis dengan harga yang tinggi seperti peniaga asing terbabit. Akhirnya pemilik premis menyewakannya kepada peniaga asing agar mereka juga mendapat mengaut keuntungan yang lebih.


Bukti, restoran Phuket milik peniaga asing Thailand di Tanjung Lumpur

Bukti, restoran Patayya di Teluk Chempedak yang diuruskan peniaga asing

[Senario yang berlaku ini jelas sekali melambangkan bahawa pihak MPK tidak bertindak tegas dalam melaksanakan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan selama ini. Mereka hanya beriya-iya "menjadi profesional" dalam isu saman menyaman dan mahu rakyat mengikut undang-undang. Tapi bila bab-bab gerai MPK sendiri diuruskan oleh warga Thailand, maka akhirnya mereka terpaksa menikus dan membiarkannya. Lihat apa yang berlaku dalam foto diatas?. Kuantan sudah benar-benar menjadi "Hatyaii Pantai Timur" seperti yang digembar gemburkan. Lihat di Teluk Chempedak, Sungai Kita dan banyak lagi. Semuanya disewakan kepada orang luar yang kononnya pekerja mereka. Apa MPK buat? Ada berani ambil tindakan dengan merampas semua premis itu selepas pemilik asal tidak lagi berniaga. Kenapa MPK tidak merampas premis itu dan memberi peluang kepada orang lain pula untuk berniaga. Kenapa harus diberikan kepada orang luar?. Bukankah ini akan merugikan ekonomi kita?].

7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

MPK digesa menjalankan operasi bersepadu memantau kebanjiran warga asing berniaga di bandar ini. Senario itu jelas dapat dilihat sekarang, begitu ramai peniaga asing terutamnya dari Thailand diberi ruang sebebas-bebasnya untuk jalankan aktiviti perniagaan mereka di sini. Akibat kegagalan mengawal mereka, ramai peniaga Melayu yang kini akhirnya terpaksa gulung tikar dan berhenti terus dari berniaga kerana tidak mampu lagi bersaing dengan pihak terbabit.
Keadaan ini dapat dilihat juga di Medan Selera Taman Sepakat. Keadaan ini diburukkan lagi apabila ketiadaan tandas di situ yang mengakibatkan pengunjung 'SEGAN SILU' untuk menjamu selera walaupun pekara ini telah dibangkitkan berkali-kali.
Kenapalah sebuah tandas kecil pun tidak mampu diujudkan di situ. Rasanya di Taman Sepakat lah satu-satunya Medan Selera yang tiada tandas.

Anonymous said...

Alahai....dah bertahun aku dengar kes Taman Sepakat punya medan ni takda tandas...harap minta kerjasama Roadcare sedekahkan sikit tanah untuk tandas...wahai Roadcare...kasihanilah kami nak berak dan kencing...

Tentang peniaga Thailand...tanya org2 tertentu yang jaga bahagian tertentu mcm mana mereka boleh luluskan...dan adakah mereka dapat bahagian yang tertentu kerana buatkan kerja yang tertentu ini..

Tapi mereka akan jawab....org atas dapat makan juta2 kami yang di bawah ni nak juga rasa ....ha3...inilah senario biasa abad ini.....cari makan.

Anonymous said...

peniaga taman sepakat tu pakat2 la kumpul duit.untung sebulan puluh ribu takkan nak kumpul duit buat tandas pun kedekot.infak la harta sikit.nanti ditarik nikmat tu baru tau.untung nak,takda tandas bising.kalau dah kedekot kencing dalam botol je la.kami yang makan kat situ bukan guna tandas pun,tu pun datang makan kejap jer.korang jugak yang payah nak buang air..betol tak..apa salah sebulan share rm50 sorang buat sikit2..ni la asyik nak subsidi jer.

Anonymous said...

Sikit hari lagi Restoren TIBET....pulak.....atau Restoren Soto Batak.....!

Anonymous said...

mamat bodoh cerite pasal politik dlm org cerite masalh rakyat setempat...memang celaka lah org yg mencelah tak tahu tempat...aku doakan dari ko sampai keturunan ko bodoh memanjang..hehehehe

HJBENUSBENTONG said...

ITULAH kalau MB tutup mata aja... Tak tahu nak selesaikan masalah depan mata. Kalau tak ada apa2 muslihat, kenapa 'takut' ambil tindakan terhadap pendatang tu. Kita bimbang pendatang yang berniaga tu adalah "pengundi import" UMNO/BN macam kes ramai orang Kemboja di Parlimen Pekan-Tuk Jib.

Nak ambil tindakan terhadap pendatang tu, bimbang rahsia mereka pula dibongkar pendatang tu... Mana2 tempat di Pahang ada peniaga import mcm ni....

Anonymous said...

Isu orang luar dah jadi satu hal.Saman letak kereta satu lagi. Apa kata kita sama-sama hantar MEMORANDUM tentang isu tiada tandas di Medan Selera Taman Sepakat.
Medan Selera Taman Sepakat tiada tandas?.Ini amatlah memalukan sebenarnya. Bayangkan, sebuah medan selera (foodcourt) tiada tandas. Maka, apakah akan terjadi kepada para pelanggan yang mahu membuang air kecil atah lagi air besar di situ. Sudah pasti mereka terpaksa mencari jalan lain untuk "melepaskan hajat". Ini sememangnya amat memalukan dan tidak wajar berlaku. Masalahnya kenapa pihak MPK tidak mahu membina tandas di kawasan terbabit?.Persoalannya, kenapa begitu sukar untuk mendengar rintihan para pelanggan dan juga peniaga di situ. Kami tidak tahu, apa lagi yang difikirkan mereka kerena pembinaan sebuah tandas awam bukanlah memerlukan kos hingga mencecah jutaan ringgit. Inilah yang sungguh memusykilkan orang ramai.