PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, December 31, 2011

Lim Guan Eng, Kejayaan Dapat Di Nikmati Melalui Kekuatan, Jujur Serta Bijak Dalam Segala Urusan!


PULAU PINANG, 31 Dis - Setiap kejayaan hanya akan dapat dinikmati oleh mereka yang bekerja kuat, jujur dan bijaksana dalam mengendalikan setiap urusan hidup. Demikian antara intisari yang terkandung dalam ucapan Perutusan Tahun Baru 2012 Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melalui kenyataannya kepada media. Berikut adalah ucapan penuh beliau. Selama hampir 225 tahun sejak Pulau Pinang mula muncul dalam persada dunia, nasibnya telah mengalami kemakmuran dan juga kemerosotan. Pulau Pinang makmur apabila kita sedar bahawa sesuatu negeri tanpa apa-apa sumber asli haruslah bergantung kepada sumber manusia dan pembangunan modal insan. Pulau Pinang merosot apabila kita lupa bahawa sumber keistimewaan negeri kita merupakan tenaga, kepakaran dan daya kesusahawanan rakyat kita. Walaupun kerajaan-kerajaan yang telah memerintah Pulau Pinang selama 225 tahun ini telah mengambil pelbagai haluan yang berlainan, negeri kita masih lagi kukuh kerana hubungan sesama rakyatnya yang dijalinkan melalui darah, diuji masa dan didorong oleh semangat hormat kepada kepelbagaian. Tradisi keharmonian dan saling hormat-menghormati di antara pelbagai etnik dan budaya yang dilambangkan dalam pembinaan masjid, gereja, kuil-kuil India dan Cina di sekitar kawasan yang berdekatan, telah diiktiraf oleh UNESCO apabila George Town diberi status Bandar Warisan Dunia pada 7.7.2008. Untuk sebab ini, kita yakin Pulau Pinang mampu mengalahkan golongan pelampau yang menggunakan emosi jijik dan juga mengatasi golongan rasis yang menakutkan rakyat dengan ancaman sama ada untuk mendominasi atau didiskriminasikan. Mari kita bebaskan diri daripada sikap-sikap pengabaian, tidak peduli dan tidak toleransi. Pulau Pinang hendak memeluk masa depan. Untuk sebab ini, Pulau Pinang bercita-cita untuk menjadi sebuah negeri yang pintar dan bertaraf antarabangsa demi berdaya saing dalam dunia globalisasi. Sebagai negeri yang tiada sumber asli, kita harus membangunkan sumber manusia dengan melatih, melatih semula, mengekalkan dan menarik modal insan. Pulau Pinang harus memeluk masa depan yang mapan dengan perumahan mampu milik dan kawasan-kawasan hijau yang lebih. Kita harus memeluk teknologi hijau masa depan, terutamanya tenaga boleh diperbaharui serta tenaga solar.


Pulau Pinang terus maju dan makmur dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat

Sementara inisiatif hijau akan berterusan, perumahan mampu milik juga diberi kepentingan. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan jumlah terbesar di kalangan semua kerajaan negeri di Malaysia, iaitu sebanyak RM500 juta untuk Dana Perumahan Mampu Milik demi memastikan anak-anak kita akan dibesarkan dalam keadaan yang selesa dan bermartabat. Kita harus memeluk masa depan tanpa kemiskinan. Pulau Pinang telah menjadi negeri pertama untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009 dengan pemberian bantuan kewangan sosial. Tahun depan, kita akan memastikan bahawa setiap keluarga di Pulau Pinang akan menerima pendapatan minima sebanyak RM600 sebulan. Pulau Pinang juga mempunyai hasrat untuk menjadi negeri pertama di Malaysia untuk membasmi kemiskinan menjelang 2015. Kita harus memeluk masa depan yang selamat di mana kadar jenayah adalah rendah dan bandaraya kita selamat untuk wanita dan kanak-kanak. Sementara pihak polis di Pulau Pinang telah bekerja keras untuk mengurangkan kadar jenayah, Kerajaan Negeri juga telah memainkan peranan dengan memasang CCTV dan memulakan program polis masyarakat untuk menjadikan Pulau Pinang negeri yang paling selamat di Malaysia. Kita harus memperbaharui semangat kerja yang kuat, jujur dan bijak. Hanya melalui penubuhan institusi dan kewujudan peluang boleh kita mencetuskan inovasi yang berteraskan teknologi, nilai tambah yang tinggi dan ekonomi berasaskan pengetahuan. Kita harus memeluk masa depan yang berintegriti dan bersih. Mengikut laporan Global Financial Integriti yang berpusat di Washington, dari tahun 2000-9 Malaysia telah kehilangan satu dekad dek korupsi berjumlah RM1,007 bilion melalui penyelewengan wang haram. Sebaliknya di Pulau Pinang, kita telah mencapai lebihan bajet setiap tahun dan berjaya menyelamatkan Majlis Perbandaran Seberang Perai daripada kemuflisan sejak mengambil alih Kerajaan Negeri dengan pengamalan pentadbiran yang berasaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabel, Telus) yang telah diiktiraf oleh Transparency International. Mari kita memeluk masa depan yang lebih bersih, hijau dan selamat dan yang membawa rezeki kepada mereka yang bekerja secara keras, jujur dan bijak. Selamat Tahun Baru 2012!

[Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng yang terus melaksanakan segala agenda perubahan buat seluruh rakyat Pulau Pinang, biar pun diserang bertalu-talu oleh UMNO BN melalui media arus perdana. Ternyata, rakyat Pulau Pinang sebenarnya lebih selesa berada di bawah Pakatan Rakyat berbanding ketika BN berkuasa sejak sekian lama. Kini kemakmuran dan kejayaan dan dikecapi oleh Pulau Pinang terus meningkat dari masa ke semasa. Melihat kepada senario ini, maka kami menjangkakan rakyat akan tetap setiap dibawah pemerintahan Lim Guan Eng selepas ini. Segala tohmahan dan provokasi yang dilakukan oleh "budak-budak nakal upahan UMNO BN" rupanya tidak sedikit pun menimbulkan kesan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Malah terbaru, pemimpin muda MCA bersama penyokongnya telah meninggalkan parti itu dan menyokong pembangkang. Ia membuktikan semua golongan mula yakin dengan ketelusan dan keterbukaan yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam merealisasikan agenda perubahan selepas PRU13 ini nanti].

18 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Cina mana bleh buang arak, judi, betina. Tu pun korang nak sokong.

Anonymous said...

Bukaklah kasino kat penang tu. Bru bleh bersaing ngan singapore ke macau ke

Anonymous said...

Takde juujurnya. Kalu tak tipu banyak tipu sikitpun adalah jugak. Bukan namanya apek kalu tak menipu.

Anonymous said...

Menda dah maju. Cuma duk atas kerusi je.

Anonymous said...

Menda dah maju. Cuma sikit2 penambahbaikan je.

Anonymous said...

Apa kata pasni Guan Eng gi tutup kedai nombor ke, pub ke, atau rumah urut kat Penang.

Anonymous said...

Pastikan diri kita menjauhi arak,judi dan betina daripada salahkan sesiapa kerana azab kubur kita yang kena tanggung bukan kerajaan Pulau Pinang atau KM

APEKMUSLIMROMPIN said...

Engkau orang suruhlah UMNO tutup dulu KASINO kat Genting dan macam2 tempat maksiat BARULAH suruh LGE tutup benda2 haram tu.

KALAU UMNOpun yang beragama Islam tidak mendaulatkan ISLAM, jangan nak suruh orang bukan Islam pulak tegakkan syiar ISLAM....

Anonymous said...

Dah tau DAP tak bleh nak tutup semua tu. Maknanya sama jelah DAP ngan UMNOnya.

Anonymous said...

Ada pulak azab kubur kita je yg kena. Kerajaan Penang dan Km tak kena. Mana tok guru ko blajar ni. Kafir laknat takde azab kubur dah, terus neraka jahanam tempatnya.

Anonymous said...

http://www.blogger.com/comment.do

Anonymous said...

Belum pun Islam LGE mengaku mahu menjejaki sebaik Khalifah Umar Abdul Aziz mentadbir negeri, Sebaik Hajjah Rosmah Mansor balik haji lempar penutup aurat, wal hasil balik asal... MANA LEBIH BAIK ?

Anonymous said...

'Assammualaikum' Lim Guan Eng...
'Alhamdulillah' Lim Guan Eng...
'Daulat' Mr Karpal Singh...
'Allahu' Ambiga...

Anonymous said...

'SELAMAT SEJAHTERA' NIK AZIZ NIK MAT!

Anonymous said...

Laknatullah ala anon 11:10pm haramjadah mu anak setan sial babi mapuh mu

Anonymous said...

Anon Sunday, January 01, 2012 9:00:00 AM....

Kalau Badut Anwar Bin Ibrahim dapat title 'insan istimewa anugerah iblis'...

Nik Aziz diiktriraf 'samatara nabi'....

Lim Guan Eng diberi prioriti 'khalifah'...

Maka anon Sunday, January 01, 2012 9:00:00 AM pula sedah semestinya layak menerima penghormatan sebagai 'INSAN BUSUK TERKUTUK ANUGERAH SYAITAN'

Suke tak...?

Anonymous said...

apa kurangnya orang melayu mengaku Islam yang terkenal dengan Mat Rempit, Bohsia, perogol, perompak, fasik, perasuah dan pelbagai maksiat yang ditegah oleh Allah swt jika hendak dibandingkan dengan orang kafir?

Sesungguhnya orang-orang Melayu yang mengaku Islam adalah lebih hina di sisi Allah swt daripada orang kafir yang beragama

Anonymous said...

'orang kafir yang beragama'?? apa benda pula ni? lu punya kepala ada hotak ka atau belacan busuk?