PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, December 28, 2011

Panas: 'Dua Kenyataan Berbeza', Rakyat Kuantan Keliru 'Notis Gangguan Bekalan Air' JBA Pahang !!

KUANTAN, 28 Dis - Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang memaklumkan gangguan air akan berlaku mulai jam 8.00 pagi hingga 12 tengah malam mulai hari semalam 27 Disember hingga hari ini, 28 Disember 2011. Gangguan tersebut berpunca daripada kerja-kerja penyelengaraan mekanikal dan elektrikal di Rumah Pam Kobat. Antara kawasan terlibat ialah di seluruh Jalan Kuantan By Pass dari Lapangan Terbang hingga ke Sempadan Chendor termasuk kawasan Perindustrian Gebeng. Seluruh Jalan Gambang dari bandar Kuantan hingga Simpang Gambang termasuk Universiti Malaysia Pahang (UMP). Seluruh Jalan Kuantan-Pekan dari Simpang Cherok Paloh ke Tanjung Lumpur. Seluruh Jalan Sungai Lembing dari Indera Mahkota sehingga Bukit Kuin dan seluruh Bandar Indera Mahkota. Sekitar Jalan Beserah, Jalan Hj.Ahmad, Jalan Lim Hoe Lek dan Jalan Hj.Junid, Sekitar Jalan Pelindung dan Sekitar Teluk Chempedak. Sekitar kawasan Alor Akar, Tanjung Api, Galing, Air Putih dan juga di sekitar Bukit Sekilau.

[Notis ini sebenarnya telah disiarkan di dalam media arus perdana termasuk akhbar dan radio mulai semalam. Namun ramai pihak yang terkejut dan kecewa apabila notis yang diedarkan sebelum ini menyatakan bekalan air hanya akan terputus mulai jam 8.00 malam hingga 12.00 malam pada Rabu (28 Disember). Notis tersebut telah ditandatangani oleh Pengarah JBA Pahang sendiri dan ditampalkan di papan kenyataan masjid-masjid dan surau seluruh Kuantan. Namun, masalahnya kenapa tiba-tiba pula air tiada sejak awal pagi (27 Disember) tidak seperti pada notis. Bahkan, paling menyedihkan mereka turut kecewa kerana sebagai sebuah badan kerajaan yang kononnya mahu dikoporatkan mulai tahun 2012 ini JBA Pahang gagal batalkan notis asal (pembetulan) yang diedarkan sebelumnya. Harap JBA Pahang lebih berhati-hati keluar notis selepas ini].

12 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

JBA NI BETUL2 MENYUSAHKAN ORANG LA, MACAMANA NAK JADI BADAN KORPORAT- BENDA2 BODOH PUN TAK BOLEH NAK SETTLE..
ADA PENGUMUMAN DI TAMPAL KAT MASJID.. MULANYA TAK ADE AIR 28.12.2011 (RABU)JAM 8.00pm-12.00 MALAM SAHAJA. PENGARAH JBA YG SAIN NYA..TIBA2 PAGI TADI TIADA AIR. BENGONG JUGA PENGARAH BARU JBA NI..TAK CHECKING STATEMENT NYA.
KALAU BATAL..BUATLA SURAT SUSULAN PEMBATALAN. KALAU AKU ADA KILANG BESAR SAHLAH AKAU SAMAN NIE..
kuncu2 JBA pergilah cheking MASJID mana yg diTAMPAL kenyataan tu sekarang..kalau benda ni tak betul!!! Ciss menyusahkan saja,nasib kat masjid ada air tangki utk wudu".

Anonymous said...

haitttt pahang kan nak JUAL AIR. porrahhhh

Anonymous said...

teman tk paham cara kerja JBA Pahang.Bila musim hujan masa tu baikki pam sungai kobat.bekalan air putus.makan gaji buta ke pengarah JBA !tak kan tiap tahun pam rosak.

Anonymous said...

alaaa, baru skrg ke nk bg info, mane sempat nal simpan air da.. lainkali, britau lh awal2...

Anonymous said...

kan ke pahang bagi subsidi bil air..ok la tu hehehe

tak pernah undi umno said...

ntah le JBA aku baru nak nak basuh kete & toto anak aku gan water pressure aku yg baru beli...

Anonymous said...

ini semua disebabkan JBA sudah diUmnokan, inilah jadinya. Semua kerja dah nak dilembukondokan

bosan dah said...

DAH 54 TAHUN MERDEKA...MASALAH AIR TIADA SEPATUTNYA TIDAK TIMBUL.

MACAM ZAMAN JEPUN PULAK, MALU KALAU NEGARA LAIN DENGAR.

DIMANA JURUTERA ATAU IR KITA YANG DIKATAKAN HEBAT2 TU.

TAKKAN DALAM MENGURUSKAN PENYELENGGARAN TIDAK TAHU BAGAIMANA UNTUK MENGATASI MASALAH PEMBEKALAN AIR BERTERUSAN.

BUAT LAH DUAL SISTEM PEMBEKALAN...SATU OPERASI DAN SATU LAGI STANDBY.

BARU LAH TIADA GANGUAN BEKALAN.

ALASAN BIJAKSANA DARI JBA MESTI TERJAWAB...MASALAH TEKNIKAL LA APA LAH. SEMUA TU ALASAN LAMA DAH.

NANTI RAKYAT TUKAR KERAJAAN JE PRU 13 NI..........

Anonymous said...

bunyinya mcm SYABAS takde masalah je kan... memang pun pahang ni bodoh, jual air kat selangor. selangor tu guna air untuk bela babi je. korang tak pk ke, mungkin pam rosak sebab perbuatan manusia sekeliling yg takde civic conscious! mungkin bukan sebab pam je, boleh jadi sebab tangki pecah ke... dan tak mustahil jugak org yg takde civic conscious tu org pas pis pus!

lembu tak beranak, salah umno.
ayam tak bertelur, salah umno.
pisang tak berbuah, salah umno.

hidup asyik nak cari salah org je. nik ajis tak ajar untuk bersabar ke dan mengucapkan alhamdulillah untuk setiap musibah yang menimpa?

korang nilah baru namanya CILAKO!

umno totok said...

ORANG MELAYU JADI BODOH, SALAH UMNO.....

MACAM KAMU...LEMBU...LEMBU...LEMBU

Anonymous said...

Balik kita gali perigi...macam belum Merdeka....pakai pump eletrik kat rumah....macam setengah tempat di Terengganu....JBA tak laku...!

kak Embun said...

Masa ada air pernah tak ucap terima kasih pada JBA.Kena sekali sekala,kecoh.Tangki simpanan air kat rumah kasi besarlah sikit.2 hari tiada air tiada masalah.Astro tiap bulan boleh bayar.