PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, December 28, 2011

Panas: "Kontraktor Kecewa", Fuziah Salleh Gagal Langsaikan Bayaran Ubah Suai Rumah Ayahnya!

KUANTAN, 28 Dis - Seorang kontraktor bumiputera semalam mendedahkan yang beliau amat kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh (foto) yang dipercayai "gagal" melangsaikan baki hutang ubahsuai (renovate) rumah ayahnya di Medan Tok Sira dekat sini. Kerja-kerja ubah suai dipercayai menelan belanja sehingga RM150 ribu, yang dipercayai di uruskan oleh Fuziah. Rumah berkenaan menjadi persinggahannya setiap kali beliau balik menjengok rakyat di parlimennya. Fuziah dikatakan membesar di rumah itu sejak sekian lama. Menurut kontraktor terbabit, Fuziah gagal melunaskan bayaran baki berkenaan walau pun sudah beberapa kali diminta. "Sebagai Wakil Rakyat yang bergelar Ahli Parlimen, Fuziah tidak wajar bersikap begini .... ada saja alasan yang diberikan bila saya nak jumpa dan minta baki bayaran yang dijanji. Dah banyak kali, bukan sekali. Inikah sikap sorang wakil rakyat?. Sia-sia saja saya mengundi beliau pada PRU12 dulu", kata kontraktor terbabit yang tidak mahu namanya disiarkan. "Saya lihat dia (Fuziah) sengaja mengelak dan tidak mahu jelaskan hutang tersebut. Malah, bila dihubungi dia selalu tutup telefon bimbitnya atau tak mahu angkat panggilan saya. Saya harap rakyat Kuantan sedar kesilapan mereka memilih Fuziah. Saya rasa jika beginilah sikapnya maka beliau bukanlah orang yang layak untuk diangkat sebagai wakil rakyat lagi selepas ini. Hutang tak bayar, ada hati dia mahu menjadi pembela rakyat", katanya dengan marah.

[Pihak kami masih belum dapat info sepenuhnya berkenaan isu ini. Namun, secara dasarnya jika ia ada kebenarannya maka Ahli Parlimen Kuantan terbabit wajar membuat tindakan segera sebelum Pilihanraya Umum akan datang. Fuziah menang PRU-12 bagi kerusi parlimen Kuantan bila mengalahkan bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Fu Ah Kiaw. Kemenangan itu, walau pun dilihat terlalu hebat namun ramai pihak yang secara jelas mengatakan Fuziah menang atas "undi ehsan" pengundi Melayu UMNO yang tidak suka kepada calon MCA itu. Lantaran itulah mereka memberi undi protes kepada Fuziah, sedangkan di ketiga-tiga DUN dalam parlimen terbabit mereka mengundi calon BN. Isu terbaru ini, biar pun kecil namun ia sedikit menjejaskan kepercayaan rakyat Kuantan terhadap Fuziah sebenarnya. Kami akan mendapatkan penjelasan lanjut dari beliau terhadap isu ini dalam masa terdekat. Apapun, beliau harus sedar bahawa peluangnya untuk menang masih ada jika tiada isu-isu panas yang boleh menghilangkan sokongan rakyat terbanyak terhadap dirinya!].

16 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Inilah 'hati budi' sebenar di sebalik topeng wajah yang kononnya menjadi pembela nasib rakyat yang tertindas. Soalnya siapa sebenarnya yang menindas? Ingat kes LYNAS? Fuziah dengan lantang dan dengan pelbagai cara menghasut dan membuat provok menentang projek tersebut. Tapi dalam waktu yang sama Fuziah sebenarnya mengetahui malah ada senarai nama-nama 'besar' dari kalangan pembangkang sendiri yang terlibat dengan projek LYNAS? Makhluk jenis apa Fuziah ini?

Anonymous said...

KITA PERCAYA, FAUZIAH AKAN BAYAR DUIT TU...CUMA MASA NI DIA TAK ADE DUIT.. SABARLAH DULU.
KERAJAAN PAHANG PUN.. TAK BAYAR KE KONTRAKTOR BALAK rm 60,000,000.00 (ENAM PULUH JUTA).. WALAUPUN MAHKAMAH TINGGI ARAHKAN BAYAR...
TAK ADE DUIT LAGI, TAPI BELUM BENGKRAP LAGI..tunggu je la..
...TAKPE, FAUZIAH TAK RASUAH, MACAM KHIR TOYO, ISA SAMAD dan lain2 lagi tu.
kalau betul FAUZIAH nak duit, dia SOKONG je LYNAS dapat berjuta lagi..
Tapi syabas dia masih BERSIH.. TAK TERIMA RASUAH.

Anonymous said...

Ya betul tu. Tak ada sesuatu yang lain melainkan BETUL dan BENAR belaka. Pokonnya jika orang itu seorang pemimpin/penyokong PAS/PKR, confirm dia betul dan TIDAK AKAN pernah buat salah. Contohnya Badut Anwar Bin Ibrahim dan 'nabi' Nik Aziz.

Tak begitu?

Anonymous said...

Boleh caye ke berita cam nih nih. Berita seperti di atas bukan dituju kepada penduduk Kuantan tapi untuk pembaca luar yang tak tahu hujung pangkal dan langsung tak kenal ahli keluarga Fauziah.

Sape punyer krojer nih. Pecacai upahan ke...?

AWAS..!!!
Orang luar yang berhajat singgah di mana-mana dalam kawasan tadbiran MBK. Saman parkir menanti anda jika tidak membeli kupon atau bertanyer orang sebelum memakir. Aku antara mangsa-yer baru-baru nih.

Aku dari sebuah kampung di Terengganu. Penguatkuasa tuh boleh cakap... "...mengapa encik tak tanyer orang sebelum parking..". Lalu aku tertanyer-tanyer, istem yang pelik kah atau pengamal-nyer yang bingong..? Salah ke komen aku nih..?

Apa pandangan anda..?

Ampun maaf, kepada aku itu salah satu petanda Barisan Nasional nak dihantar oleh pengundi ke PUSARA pada PRU-13 nanti. Sebab mereka dah tak boleh nak nilai sistem mana yang paling baik dan berkesan serta mesra pelanggan.

Anonymous said...

Tolong "BANG"...
Jangan cakap "nabi nik aziz' walaupun cara sindir/gurau..nanti terpesong AKIDAH you...
Jangan BUAT MAIN2...sedih aku baca KOMENTAR2 yg menulis BEGITU.
JAGA2 'bang'..aku cuma perINGATkan saja yg betul/yg batil. Kesalahan2 yg tanpa disedari olih umat ISLAM yg JAHIL. Nauzubillah & beristifarlah !!!
MAAF !!!!

Anonymous said...

Sahlah kontraktor ni upahan Umno, yg sengaja ditonjolkan utk tutup isu Umno yang bawa masuk Lynas utk kepentingan perut masing-masing.

Teorinya mudah jer, sesapa nak duit upah daripada Umno sekarang ni, reka2 jer citer buruk2kan pimpinan Pakatan!

Anonymous said...

AKU DAH MASAK DENGAN PERANGAI KAK G NIE...TAK HERAN PUN KALAU DIA BERPERANGAI MACAM NIE

Anonymous said...

apa la.. artikel camni pun admin leh siarkan.. ketandusan berita ke admin?? kalau dia x bayar pun biar la dia jer yg setel ngan kontarktor tu.. byk lg berita yg berkaitan masalah rakyat yg boleh diketengahkan.. harap next time admin x payah la nak masukkan berita2 yg bersifat memalukan maruah peribadi org lain

Anonymous said...

haha adoi apela..kalau dah takde duit tak payah la nak buat rumah tu..benda basic jer weh..takat 3/4 ribu tu ok la ni dah ratus ribu silakan bayar hutang anda ayoyo.adoi dah tau nak p kolumpo bawa duit 5 hengget mane la cukup.

Anonymous said...

PRU13 nanti undilah calon UMNO/BN kerana UMNO kuat rasuah dan bolih bayar semua hutang serta bolih buat negara BANKRUPT yang menyebabkan 28 juta rakyat merempat bukan satu orang sahaja yang tak dapat duit. L E M B U, SCORPENE (Altantuya), SUKOI,ZAKAT,SYABAS, CINCIN dan lagi dan lagi dan lagi.

pekan said...

itu menunjukan pemimpin pebangkang tiada duit..ha ha ha

Anonymous said...

Nanti Fuziah jd mb pahanglah. Dah dpt kontrak berjuta2 baru bleh bayar kat kontraktor. Bukan tu je sepuluh banglopun bleh beli.

Anonymous said...

Bagus lah ada cita begini kuar.. Baru kita tahu keperibadian YB kesayangan kita.. Nape perlu off hp n avoid mamat contractor tu?

Anonymous said...

sila baca jawapan YB Fuziah yg telah disiarkan di dlm blog PKR Pahang di http://pkrnegeripahang.blogspot.com

Anonymous said...

Anon Wednesday, December 28, 2011 11:03:00 AM...

Orang yang 'menyamatarafkan' atau 'menabikan' ulama TALAM DUA MUKA itu pula TIDAK terpesong akidahkah?? Atau anda sekadar mahu mengesahkan bahawa apabila seseoranbg itu menjadi penyokong PAS maka secara AUTOMATIK dia akan mendapat ANUGERAH PIN KEAL' yang akan menjadikannya tidak tertakluk kepada murkan Allah, lalu dia bebas 'menjatuhkan hukum' mengikut seleranya??

Anonymous said...

Orang yang 'menyamatarafkan' atau 'menabikan' ulama TALAM DUA MUKA itu pula TIDAK terpesong akidahkah?? Atau anda sekadar mahu mengesahkan bahawa apabila seseoranbg itu menjadi penyokong PAS maka secara AUTOMATIK dia akan mendapat ANUGERAH PIN KEBAL' yang akan menjadikannya tidak tertakluk kepada murkan Allah, lalu dia bebas 'menjatuhkan hukum' mengikut seleranya??