PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, December 28, 2011

Panas: Memalukan, Solat Jumaat Di Masjid Negeri Itu Pun Tetap Di Saman Oleh Penguatkuasa MPK !

KUANTAN, 28 Dis - Seorang bekas pegawai kerajaan hari ini mendedahkan bahawa tindakan saman parking Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sememangnya sudah melampau dan ditahap yang cukup memalukan. Beliau terkejut kerana kenderaannya di saman ketika beliau sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini beberapa minggu yang lalu. "Bayangkan, betapa drastiknya MPK nak cari duit. Orang tengan bersolat pun mereka nak saman. Tak fikir ke masalah parking yang tidak cukup ketika itu. Saya agak lewat tiba, dan letakkan kereta saya di kawasan hentian bas pokok buluh berhampiran masjid terbabit. Alangkah terkejutnya saya selepas solat, tiba-tiba saya lihat ada kertas saman MPK pada cermin depan kereta saya. Padahal, ketika itu memang parking tak cukup dan ada kenderaan lain di kawasan itu", katanya. Beliau juga hairan, kenapa ada sebuah lagi kenderaan mewah yang diletakkan dibelakang keretanya tidak pula di saman. "Kenapa takut saman kereta mewah, adakah sebab orang tu Dato' Datin atau pengawai tinggi kerajaan?. Jika mahu kuatkuasa peraturan, biarlah adil untuk semua. Jangan perturan yang terpilih macam ni. Ada hati nak suruh saya bayar saman. Sampai mati pun saya tak akan bayar. Dah lah mereka yang lelaki meronda-ronda waktu solat Jumaat untuk saman kenderaan jemaah. Gila punya kerja MPK! kalau ye pun kawasan utama macam hospital dan karangan masjid tak payah la saman itu pun nak saman. Lawat orang sakit dengan solat bertemu Allah bukan pergi lepak kat Disko", kata beliau lagi.

[Nampaknya, ternyata tindakan MPK ini sudah terlalu melampau. Jika waktu orang solat Jumaat pun mahu disaman maka apakah lagi yang mahu kita perkatakan agaknya?. Malah, ramai juga yang terkejut bila Penguatkuasa MPK hanya berselera menyaman kenderaan biasa sahaja, sebaliknya bola melibatkan kenderaaan mewah yang mereka tidak pasti siapa pemiliknya masing-masing menikus dan takut untut saman. Mungkin kerana mereka gusar jika pemilik kenderaan itu adalah sahabat kepada pegawai-pegawai besar termasuk YDP MPK sendiri agaknya. Apakah begini caranya kuatkuasakan undang-undang?. Pilih yang mana senang untuk dijadikan mangsa, dan lepaskan yang mana dilihat golongan berada yang boleh memudaratkan pekerjaan mereka. Jika ini keadaannya, ternyata Penguatkuasa MPK terbabit tidak jujur dalam menjalankan tugas. Tindakan saman di waktu solat Jumaat juga sungguhg mengejutkan dan tidak patut berlaku dalam negara kita. Namun, inilah dia Penguatkuasa MPK yang dibangga-banggakan sangat kononnya bekerja dengan jujur, amanh dan berdisplin. Sampai waktu solat Jumaat pun mereka tergamak menyaman!].

13 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Ana pun kena kat Masjid Negeri ni...nak kencing aja....tak sampai 15 minit.....dah kena.....dia orang cukup cekap...munkin dia pakai TROPONG agaknya.....!kalau nak tau.....cuba intip.....lepas letak kereta.....mesti bolih jumpa Si Baju Biru tu.....!Lain kali jangan masuk bandar Kuantan.....!biar Lembu yang masuk....!

Anonymous said...

hai bertalu talu mpk kene barape minggu ni

Anonymous said...

APE SUSAHNYA BANG "PRU-13" NI, PILIH LAH KERAJAAN BARU...
SEMUA STAFF DGN. DATOK ZUL SEKALI TU..KITA BAGI PENCEN KEKAL..
TAK USAHLAH NAK LAWAN2 "BUAT KERJA BODOH"...KUASA DITANGAN ANDA ...!!!
TAK FAHAM2 RAKYAT KUANTAN NI...
TAK LAMA LAGI..2,3 BULAN JE LAGI...SABAR,SABAR,SABAR....
AKU KAT SABAH TAK KENA PUN KERJA BODOH MACAM NI..

Anonymous said...

MAJLIS PALING KEJAM MPK

Anonymous said...

MPK SIAL!!!!!!

Anonymous said...

Ko sumpah seranah orang. Takut2 mati tak sempat mintak maaf nanti taulah nasib ko dlm kubur....

Anonymous said...

apsal nak minta maaf...dah mereka zalim kat kita...pegi mampus lahh

Anonymous said...

zalim x zalim....peraturan tetap peraturan....hang tuh p mampus,,,, idup nyusahkn org....bodo tuh la... blajr xabz mmg bangang....

Anonymous said...

memang peraturang tetap peraturan. Tetapi yang buat peraturan tu tak ikut sangat peraturannya..... aku ni tak habis belajar... tapi tak bermakna tak tau belajar......

Anonymous said...

bagi aku MPK ni dah menjadikan saman parking tu sebahagian dari LUBUK untuk meraih pendapatan....dan sebahagian besarnya pulak dibelanjakan untuk YDP dgn pegawai pegawainya ke luar negara...buat apa pergi ke luar negara kalau sekadar nak ambik bhgn dalam konvensyen ke, pertandingan ke ...membazir...dapat duit dari memeras cara halus RAKYAT PAHANG......

Anonymous said...

weh...gitu ggaya rupanye MPK ni yeh. Koi tak tau lalu sbb dok atas Gunung Senyum, tak nye kena parking, boh lah kete ke moto ke...sampai jas pun x apa. Ini misti bahana KERAjaan yg mmrentah/meratah gamaknya. Koi x sokong lalu klu bgini....

Anonymous said...

saya jugak pernah disaman ketika singgah solat fardhu zohor disitu 1 masa dulu apabila saya datang dr JB.
Sngat suprise bagi saya apabila ada resit saman yang terselit cermin kereta...
Pelik rasanya MPK ni.. org singgah solat dan park di depan masjid pun masih nak saman...??
persoalannya..dimanakah kawasan parking masjid negeri yang tersergam indah itu... tak kan le setiap kali org nak nak singgah solat (memenuhkan saf yg mmg payah nak penuh tuh) pun kena saman..?

Anonymous said...

MPK memang ada staff ramai yang buat keje mnyaman....duit punya pasal, orang susah xpeduli...