KUANTAN, 28 Dis - Bila berbicara bab saman parking, pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dengan bangganya menuduh mereka yang mahu mengadakan demontrasi "Protes Rakyat" pada 30 Disember 2011 ini sebagai tidak mahu membayar saman. Malah ada pegawai MPK yang secara lantang mengatakan "jika tidak mahu ikut peraturan lebih baik tinggal di hutan". Kononnya, semua rakyat perlu patuh kepada undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah ditetapkan. Malah, mereka dengan sombong mengatakan MPK menjalankan kerja berasaskan undang-undang dan segala peraturan yang telah ditetapkan. Seolah-olah MPK kononnya mematuhi syarat dan peraturan yang dipertakan itu, tambahan pula mereka mengatakan yang MPK telah mendapat anugerah ISO. Malah dalam laporan Dasar Kualiti MPK sendiri ada meyatakan "Perkhidmatan yang diberikan hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan". Soalnya sekarang, kenapa peraturan dan undang-undang itu hanya diberi penekanan kepada rakyat dalam bab-bab "saman parking" semata-mata, tetapi dalam isu lain MPK gagal mematuhi perturan yang mereka gubal sendiri itu. Apakah maknanya semua ini?. Kita mengambil contoh dalam beberapa isu yang pernah kami dedahkan seperti : Majlis Perbandaran Kuantan, Di Gesa Pantau Peniaga Asing (Thailand), MPK Tidak Patuhi ISO, Biarkan Gerai MPK Di Usahakan Peniaga Asing, Lulus Permit Peniaga Thailand , Bukti MPK Tidak Profesional dan banyak lagi. Jika benar MPK kononnya mahu rakyat ikut peraturan tentang "Saman Parking", kenapa mereka gagal mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh mereka sendiri agaknya. Malah, ramai pihak yang terkejut dan tertanya-tanya kenapakah pihak MPK boleh meluluskan sebuah bangunan untuk diduduki, sedangkan ia tidak mempunyai lorong belakang (26 kaki) seperti kebiasaanya. Berdasarkan kepada undang-undang dan syarat, sesebuah bangunan kediaman atau perniagaan perlulah mempunyai lorong belakang sebelum kebenaran menduduki (CF) itu dikeluarkan.

Pemandangan kedudukan Block A & B bangunan Kuantan Center Point
yang mencetuskan kontroversi itu, bagaimana CF boleh diluluskan?


Mustahil, bangunan tersebut sudah lama siap tapi lorong belakang tiada
SPRM, sila siasat siapa yang telah meluluskan bangunan ini agaknya
Namun, ia tidak berlaku kepada Majlis Perbandaran Kuantan kerana bangunan yang dimaksudkan sudah lama diduduki sedangkan tiada lorong belakang. Mungkin ia yang bertama di Malaysia agaknya. Kami mengesyaki mungkin ada unsur penyelewengan dalam kelulusan pelan bangunan berkenaan. Bangunan yang dimaksudkan ialah Block C, Center Point Jalan Hj.Abd Rahman Kuantan. Tinjauan kami mendapati, sememangnya sejak dari awal pembinaannya lagi memang bangunan tersebut tidak mempunyai lorong belakang. Bayangkan jika berlaku kebakaran atau kecemasan sudah pasti ia akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penghuninya. Bangunan tersebut menempatkan beberapa buah pusat hiburan (karaoke), pusat siber, kedai bundle, restoran, pejabat peguam dan lain-lain lagi. Malah, Unit Letak Kereta MPK juga terdapat di bangunan tersebut. Soalnya, kenapa pihak berkenaan terlepas pandang akan perkara ini agaknya?. Malah paling mengejutkan di bangnan yang sama menempatkan sebuah pejabat bekas Ahli Majlis MPK dan juga pusat siber milik Pegawai MPK sendiri. Apakah mereka ini terlepas pandang, atau sengaja buat tidak tahu.


Kedudukan lokasi tapak berkenaan dari arah depan bangunan Block C
anak panah dibelakang pusat siber IQ yang dimiliki oleh Pegawai MPK

Terbukti, foto bangunan Block C yang dikatakan tiada lorong belakang itu
Apa akan terjadi sekiranya berlaku kebakaran atau pun sebagainya kelak
[Justeru itu, kami amatlah berharap agar pihak MPK dapat memantau perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai yang meluluskan pelan bangunan terbabit. Sedangkan terbukti nyata ia tiada lorong belakang seperti syarat yang telah ditetapkan oleh mana-mana Majlis Tempatan itu sendiri. Amat memalukan bila melihat situasi ini sebenarnya. Bayangkan selepas lebih 10 tahun didiami, rupa-rupanya baru ada yang tersedar bangunan tersebut tidak mempunyai lorong belakang. Apakah ada unsur rasuah dalam kelulusan pelan bangunan tersebut agaknya. Jika inilah senario yang berlaku, maka sudah pastilah ia akan mencemarkan nama baik Majlis Perbandaran Kuantan malah Kerajaan Negeri itu sendiri sebenarnya. Oleh itu, satu siasatan yang telus dan rapi perlu dilakukan untuk membongkar kes ini dengan sebaik mungkin hendaknya. Mana mungkin perkara sebegini boleh terlepas pandang bagi semua Majlis Tempatan yang hebat seperti MPK ini. Mereka menggunakan undang-undang yang kerasa terhadap mana-mana pihak yang mahu membina atau menyambung kediaman masing-masing. Pelan disemak dengan rapi dan teliti sebelum kelulusan dibuat, kenapa ia boleh terlepas?]












8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Itulah keangkuhan manusia yg diberiakn sedikit kuasa malah mereka lupa kepada yg paling BERKUASA, bertindak bagai kuku besi .... mcm ketam ...
INILAH jadinya bila MPK dipenuhi kroni UMNO/BN yang sewenangnya menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan pribadi.
RAKYAT mahu PAHANG ditadbir oleh PAKATAN RAKYAT dan kita berharap keseimbangan idealogi antara tiga parti terbesar iaitu PKR/PAS dan DAP dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. RAKYAT Pahang cemburu dengan negeri PR seperti SELANGOR yang lebih menjurus kepada KEBAJIKAN RAKYAT bukan kebajikan kroni...
RAKYAT Pahang sudah benar2 benci dan meloya dengan gaya pentadbiran MB Tok Nan yang tidak banyak menjaga kebajikan rakyat selain merasuah rakyat di kampung2 dengan memberi wang bila bertemu rakyat seolah-olah dia sebagai GODFATHER.... RAKYAT tahulah MB merompak balak Pahang tapi jangan nak tunjuk banyak sangat duit dengan membodohkan rakyat.
ITU belum lagi banyak kes bila rakyat datang ke Pejabat MB , asyik nak tunjuk kebaikannya dengan menghulur duit seolah merasuah rakyat yang dianggap murah dan bodoh.
APA yang rakyat mahu ialah dasar MERAKYATKAN EKONOMI negeri di mana hasil negeri adalah untuk rakyat terbanyak bukan merompak kekayaan hasil balak dan kawasaan perlombongan yang dijadikan lubuk emas memperkayakan diri, keluarga dan kroni !!!
RAKYAT akan menghukum UMNO yang pemimpinnya hanya menunjukkan kuasa dan kekayaan setelah diberi peluang oleh rakyat berkuasa. ...biar PAKATAN RAKYAT pula diberi peluang menunjukkan khidmat yang jujur dan amanah terhadap kekayaan negeri....
Takdenya. Ko pegilah tanya rakyat selangor, ada ke dapat bayar murah bil api air ke saman parking tak payah bayar ke takpun dapat bantuan subsidi dari kerajaan negeri bagi setiap keluarga tiap2 bulan. Aku bleh jaminlah takde punya.
Nak cari kesalahan orang memamng senang. Tapi salah sendiri buat tak tahu je.
CERITA BASI DARI CMK @ PDO... TLGLAH CARILAH CITE LAIN...
Cerita BASI bagi UMNO yang memang dah sebati dengan PENYALAHGUNAAN KUASA merompak hasil negara tetapi inilah perjuangan RAKYAT yang akan menjatuhkan pemimpin yang mengangap RASUAH,PENYALAHGUNAAN DANA DAN KEKAYAAN NEGERI sebagai cerita basi...
Ini bukan pasal cerita basi, tapi cerita yang sentiasa berulang. Makanya 'perbuatan yang sentiasa berulang-ulang'. Kalau kakitangan Kerajaan buat kesalahan yang berulang-ulang dah tentu kena tukar.... Rasanya tak nak tukarkan .....
bangunan tu sape yang punya....mpk yg punya.sape pemajunya...org kuat najis,sultan suk....byk lg bgnan mcm tu..pemaju yang sama..di jerantut, temerloh...pemaju yg sama
Post a Comment