KUANTAN, 28 Dis - Sungguh mengejutkan, patut pun Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) begitu kemaruk untuk mengaut untung dengan "saman parking" selama ini. Rupanya mereka ingin mengejar target untuk menjadi bandaraya dan juga mahu membina bangunan baru, kata seorang pemandu teksi yang ditemui di Terminal Makmur (foto) pagi tadi. "Saya kasihan melihat orang ramai disaman hanya kerana ingin mengambil anak-anak mereka pulang ke kampung. Tanpa belas kasihan pegawai MPK terbabit dengan lagak sombongnya menyaman orang ramai siang dan malam. Sepatutnya, mereka bertimbangrasa, tambahan pula bila diluar waktu kerja. Tapi ini tidak berlaku, saya pernah tengok seorang pak cik dari Felda Chini Pekan disaman kerana meletakkan kereta di tepi-tepi jalan sekitar terminal bas terbabit hanya untuk beberapa minit menunggu anak tiba dari Kuala Lumpur. Dia merayu agar tidak disaman, tapi Penguatkuasa MPK tetap berkeras padahal waktu itu jam menunjukkan pukul 10.35 malam", kata Aziz (bukan nama sebenar). Tambah menyedihkan katanya, Penguatkuasa MPK bermaharajalela menyaman orang ramai yang membeli keperluan terakhir pada malam menjelang Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini. "Mereka saman dengan membabi buta, padahal MPK sebenarnya sudah dapat untung puluhan ribu ringgit atas permit yang dikeluarkan kepada penganjur expo terbabit. Begitu juga semasa Jom Heboh TV3 diadakan di Padang MPK2, saya lihat sendiri MPK sewenang-wenang buat operasi saman. Padahal mereka tahu tempat letak kenderaan (parkir) tidak mencukupi. Malah, ribuan manusia datang ke Kuantan ketika itu. Kenapa nak saman, MPK bukankah sudah dapat untung puluhan ribu atas sewaan permit oleh TV3 untuk program itu. Ini bukti jelas, MPK buat pesta saman atas kesusahan rakyat. Ini tidak adil dan tidak berlaku di mana-mana", kata beliau lagi.
[Sememangnya sesutau yang sungguh memalukan apabila Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tanpa bertimbangrasa menyaman orang ramai pada hari peristiwa seperti ketika ada program Jom Heboh TV3 atau lain-lain ekspo besar di bandar ini. Bukankah mereka sudah mengaut untung besar hasil sewaan tapak dan permit kepada penganjur berkenaan. Maka mereka sebenarnya sudah mendapat untung yang diinginkan secara profesional. Namun, tindakan menyaman kenderaan yang diletakkan di merata tempat pada waktu itu adalah tidak wajar kerana mereka sendiri yang meluluskan permit berkenaan dan faham bahawa ribuan manusia akan datang berbondong-bondong ke program berkenaan. Difahamkan, sewaan tapak untuk Jom Heboh TV3 sahaja MPK sudah dapat sekitar RM60,000 hingga RM70,000. Maka, tidak perlu lagi menggunakan kuasa menyaman untuk mendapatkan pula wang rakyat yang hadir ke program itu. Bukankah ini sengaja dilakukan untuk "makan dua kali". Sewa tapak dan permit mereka dapat, saman parking beribu-ribu kenderaan juga mereka dapat. Bayangkan jika satu saman yang lewat dibayar jumlah dendanya sekitar RM30, jika ada 100,000 kenderaan?. Berapa banyak lagi untung yang MPK perolehi. Inilah strategi yang mereka lakukan itu sebenarnya!].

10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Itu tandanya MPK dah POKAI.....LICIN...LICAU duit....sebab tu saman siang,malam dan pagi Buta.....!
Saya cadangkan orang ramai saman MPK kerana tidak menyediakan lot parking yang mencukupi di sekitar bandar khususnya di semua kawasan yang perlu bayar parking.Kalau tempat parking tak cukup, itu sala MPK, pengguna tidak boleh disaman.
KEBANYAKAN YG DISAMAN NI, SEMUA YG BERDUIT, TERUTAMA DARI FELDA2..
OK LAH TU...HASIL SAWIT , GETAH, MENCAPAI RM 5,000.00 SEBULAN.. BAYAR SAMAN RM 5.00 JE, baru 0.10% saja dari pendapatan.
Dah la INCOME TAX tak BAYAR, 30%je Penoroka BAYAR ZAKAT, patut dah tu kena SAMAN.
CUBA2, RENONG2, KEMBALIKAN DUIT ANDA KE ARAH JALAN SEBENAR.
kebanyakkan yang berduit
yang duk Kuantan tu semua asal dr Felda yang kaya-raya ke
dengan alasan tu MPK boleh saman sesuka hati?????
bagi aku MPK ni dah menjadikan saman parking tu sebahagian dari LUBUK untuk meraih pendapatan....dan sebahagian besarnya pulak dibelanjakan untuk YDP dgn pegawai pegawainya ke luar negara...buat apa pergi ke luar negara kalau sekadar nak ambik bhgn dalam konvensyen ke, pertandingan ke ...membazir...dapat duit dari memeras cara halus RAKYAT PAHANG......
Kita Jom Heboh...MPK Jom SAMAN...! ha...ha...
Yang korang semua gatal nak join program maksiat tu pasal apa?
Oh kome rakyat 1 Malaysia hidup senang lenang. Apa nak hairan saman RM5.00 boleh bayar.
Disyorkan MPK penaiakkan kadar denda saman dari RM5.00 kepada RM500.00.
nih ada jugak org tak betul suruh MPK penaik saman....ko harus naik bas je kan...
Aku pun penah kena saman di area Malay Town depan ECM.
Memang mase tu da penoh parking, jd aku parking la area depan mamak tu jap, x ganggu lalu lintas pun. Nak minum je kot.
Kalau siang hari bole la aku terima, ni da malam - 8.45 malam. Kurang2 wat la awareness dulu bg tau yang saman MPK ni 24 jam. Kalau diorang panggil naik court, aku nak fight.
saman saman saman...mpk saman, polis saman, jpj saman, alam skitar saman...aduiii
Post a Comment