KUALA LUMPUR, 27 Dis - Tarikh perbicaraan bagi saman pemula yang difailkan terhadap Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) oleh empat ahli KPF akan diketahui hari ini. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto) berkata, pihaknya berharap Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh akan menetapkan tarikh perbicaraan sebelum 5 Januari kerana tujuan saman itu difailkan adalah untuk memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada tarikh tersebut. "Kami sangat-sangat berharap kes ini dapat dibicarakan segera sebelum 5 Januari bagi menghalang mesyuarat itu kerana kedudukan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF sangat diragui," kata beliau semalam. Selain menghalang mesyuarat agung KPF diadakan, saman pemula yang difailkan Jumaat lalu turut memhon injuksi bagi menghalang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia (BSKL) dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding. Ia difailkan oleh Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, Pahang. Menurut Mazlan juga, ANAK akan membuat bantahan kedua kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Rabu ini berhubung status Isa sebagai Pengerusi Felda. Ini kerana katanya, timbul kekeliruan apabila SKM melalui suratnya selepas bantahan pertama Oktober lalu menyatakan bahawa Isa belum sah sebagai Pengerusi Felda. Namun Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri dalam suratnya menyatakan sebaliknya. "Timbul kekeliruan dan kecelaruan dalam perkara ini. Apa status Isa sebenaranya? "Sebab itu jugalah kita nak halang mesyuarat KPF diadakan kerana ia akan dipengerusikan oleh Isa sedangkan statusnya masih ragu-ragu," jelas Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.
[Peneroka Felda hari ini, bukan lagi seperti zaman dulu yang begitu muda untuk ditipu. Mereka kini sudah bijak pandai, ditambah lagi dengan anak-anak yang belajar tinggi-tinggi kemudian balik menderna minda mereka. Lantaran itulah kita tidak hairan mereka lebih yakin dan percaya dengan fakta yang dikemukan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diketuai oleh Mazlan Aliman. Mereka tidak yakin kepada Felda kerana kerajaan terlalu "bodoh" melantik pemimpin yang jelas perasuah sebagai Pengerusi agensi itu. Satu dunia tahu Isa Samad telah dikenakan tindakan displin atas kesalahan rasuah semasa mahu merebut jawatan Timbalann Presiden UMNO satu ketika dulu. Bukankah ramai lagi tokoh korporat yang lebih berkaliber dan bersih boleh diangkat ke jawatan itu. Namun, bila Isa Samad dipilih para peneroka mula melihat zaman kegelapan Felda sudah melanda. Justeru itulah mereka menolak hasrat pihak terbabit untuk membawa Felda Holdings ke Bursa Saham yang dilihat lebih menguntungkan pihak terbabit dari peneroka sebenarnya].

5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
SELAMATKAN FELDA DARI BUAYA....!
ini lah padah nya jika LEMBU di lantik menjadi pengerusi organisasi yang besar dn mempunyai harta berbillion.
Bila GOMEN tak de duit nanti, lelong je FELDA ni, kot2 USA ambil lagi best mana tau?
MAS pun dah 2X bengkrap, TONY & Geng ambil alih, jual je...
PAHANG, KURNIA SETIA sebelah KASTAM tu dah JUAL dah.. ce tengok pada dinding tu SYARIKAT mana ambik ?? SINGAPORE brother !!!
PAHANG...JUAL,JUAL,JUAL,JUAL....
Kilang SIMEN jual....
Pelabuhan jual...
KURNIA SETIA jual...
TAS....lama dah...
ADNAN YAAKUB je belum jual lagi..
Lebih baik meniaga orang dari meniaga unta..! (Husin Lempoyang). LEBIH BAIK JUAL NEGERI DARI JUAL KEROPOK ..(cara UMNO)...
USA dah nak Pokai.....Berunai tu yang Kaya.......!
Post a Comment