KUANTAN, 27 Dis - Masalah air kini sekali lagi melanda warga Kuantan mulai pagi tadi. Difahamkan, kali ini lebih teruk apabila ia melibatkan seluruh kawasan bandar dan di sekitarnya. Sebelum ini kami pernah melaporkan isu air yang sudah seminggu melanda kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Pekan. Nampaknya, belum isu tersebut selesai kini isu baru pula datang. Difahamkan, masalah kali ini berlaku akibat kerosakan teknikal loji Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang di Empangan Kobat. Kerja-kerja pembaikkan dijangka selesai lewat malam ini atau pun esok (28 Dis). Namun, tidak dapat dipastikan setakat mana kerja itu siap sekarang. Justeru, orang ramai diminta menyimpan dan berjimat air secukupnya mulai malam ini. Jika tidak masalah yang lebih besar akan melanda jika mereka tidak berhati-hati. Sementara itu, lewat petang tadi kelihatan beberapa buah lori JBA bertungkus lumus menghantar bekalan air ke kawasan kritikal. Bantuan lori juga telah diberikan oleh JBA daerah seluruh negeri Pahang. Mujurlah kejadian yang berlaku ini ketika persekolahan belum lagi dibuka. Jika tidak sudah pasti ianya akan lebih merumitkan lagi.[Adalah diharapkan agar pihak JBA Pahang dapat melaksanakan kerja baik pulih dengan secepat mungkin. Ini kerana ketiadaan air menyebabkan masalah besar berlaku terutamanya kepada mereka yang ingin mengadakan majlis keramaian seperti perkahwinan dan sebagainya. Begitu juga kepada mereka menjalankan urusan perniagaan seperti restoran dan warung. Apapun, diharapkan agar warga Kuantan bersabar dengan segala apa yang terjadi dan tidak terlalu panik hendaknya. Difahamkan, masalah yang melanda bukan sahaja melibatkan kawasan Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar malahan iai juga turut melibatkan sekitar kawasan DUN Pulau Manis, Parlimen Pekan yang diwakili oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh itu, diharapkan agar PM Najib dapat memantau situasi ini].












3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
PATUTNYA BAIKI TAK AMBIL MASA LAMA SANGAT WEH !!!
KALAU MASA 2,3 HARI PATUT ANTAR DEPA KE JEPUN BELAJAR TEKNIKAL..
PERLU INGAT.. JANGAN ANTAR ENGINEER, ANTAR BURUH/FITTER SAJA ,SEBAB DEPA YG 24JAM BUAT KERJA NIH.. ENGINEER/TA TENGOK JE,TAK PEGANG SPANA PUN.. TAHU ARAH JE TP ENTAH APA2...
TAK CAYE...TANYA LAH BUDAK BURUH AIR JBA TU...CONFIRM!!!
KALU KENA MACAM FUKUSHIMA TU, GONE AGAKNYA ???
kihkihkih...menteri2 pro-kerajaan dok sibuk kutuk Kelantan pasal masalah air.
Sedangkan masalah air di negeri2 lain jauh lbh teruk daripada Kelantan, tapi dorang ni tak nk bising pulak.
mangkuk2 ni adalah wakil bagi kumpulan org2 bengap bagi memburukkn pihak lawan yg berlainan ideologi politik dgn dorang.
apakata PRU 13 nnt kita tukar je kerajaan utk mentadbir Pahang. ada berani ke?
Post a Comment