Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Thursday, March 31, 2011

Radioaktif: ABIM Pahang Pandang Berat Tentang Kenyataan MB Dan Gesa Di Adakan Dialog Dengan Wakil-Wakil Masyarakat Serta NGO Yang Terlibat !

KUALA LUMPUR, 31 Mac - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob yang menyatakan pembinaan kilang pemprosesan sisa radioaktif di Gebeng, Kuantan adalah selamat serta tidak menjejaskan keselamatan penduduk persekitaran. Sehubungan itu, Timbalan Presidennya, Amidi Abd Manan (foto) menggesa Kerajaan Negeri Pahang mengadakan dialog dengan wakil-wakil masyarakat setempat dan NGO-NGO yang membantah pembinaan kilang terbabit. “Dialog ini amat perlu untuk mencari titik persefahaman di sebalik percanggahan serta perbezaan pandangan yang diutarakan kedua-dua belah pihak,” ujarnya. ABIM juga, katanya turut menyarankan kerajaan negeri memahami kerisauan dan kebimbangan rakyat terutama sekali di kawasan Perindustrian Gebeng dan sekitarnya. Katanya, kerisauan itu sebenarnya tidak boleh diketepikan begitu sahaja terutama sekali setelah tragedi kebocoran radioaktif yang melanda Jepun baru-baru ini, dan suatu ketika dahulu di Tasik Bukit Merah, Perak. “Merujuk konteks tragedi Bukit Merah, kita telah menyaksikan kesan-kesan yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat setempat meskipun pada suatu ketika telah menerima jaminan keselamatan daripada pihak-pihak berkenaan terutama sekali Kerajaan Negeri Perak,” ujarnya.

[Beliau menambah, adalah menjadi harapan menerusi pertemuan itu nanti, kedua belah pihak akan sama-sama menemukan kebenaran untuk membolehkan keputusan akan diambil dapat menjamin kepentingan bersama dan yang paling utama kepentingan generasi akan depan. Dalam hal ini, ujarnya ABIM sedia menawarkan diri sebagai platform perantaraan dan perbincangan di antara kedua belah pihak. Menurutnya lagi, kelestarian alam dan kelangsungan generasi bukanlah satu isu yang sewenangnya boleh dijadikan modal politik untuk pihak tertentu mengejar dan mempertahankan kepentingan pihak tertentu. Justeru, katanya proses dialog dan perbincangan seharusnya dibudayakan agar sebarang perancangan serta perlaksanaan sesebuah dasar dapat dilaksanakan tanpa mengabaikan kepentingan pelbagai lapisan masyarakat yang akan terlibat].

Isu Pahang: Tindakan 'Kerajaan Negeri' Luluskan Lesen Membalak Di Kawasan Tadahan Air Amat Di Kesali Dan Membuktikan Sikap Sebenar UMNO BN

TEMERLOH, 31 Mac - Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato' Seri Adnan Yaakob dikritik kerana tidak mengendahkan perasaan rakyat sekitar kawasan Jerantut apabila meluluskan kawasan tadahan air untuk penebangan balak. “PAS membantah keras kelulusan kawasan tadahan air yang telah digazetkan sebagai hutan simpan Jerantut (tambahan), petak 11A, 3A dan 15A sebagai kawasan pembalakan. Kawasan tadahan air ini melibatkan berpuluh kampung dan akan memberi kesan langsung kepada ribuan penduduk,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) hari ini. Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata Kerajaan Negeri tidak wajar luluskan kawasan untuk pembalakan yang telah diwartakan sebagai tadahan air kerana ia akan mendatangkan risiko kekeringan sumber air, pencemaran sumber air penduduk dan juga kerosakan alam sekitar yang menjadi sumber pendapatan utama bagi masyarakat asli di sekitar kawasan tersebut. “Jangan hanya tengok atas pelan dan perasaan rakyat langsung tidak diendahkan. “PAS desak kerajaan batalkan kelulusan ini atau rakyat akan adakan demo sekiranya bantahan ini tidak dipedulikan,” tegasnya lagi.

[Sebenarnya apa yang berlaku di Jerantut ini adalah bukti sebenar sikap Kerajaan Negeri Pahang sekarang ini. Khabarnya kini MB begitu berselera meluluskan kawasan balak, lombong bjih besi, tanah dan sebagainya kepada siapa sahaja yang memohon dengan syarat ada bahagiannya melalui proksi-proksi yang telah ditetapkan. Kita tidak hairan kelulusan diberikan di kawasan yang diwartakan sebagai tadahan air seperti ini, kerana inilah kerja-kerja mereka sebenarnya. Undang-undang dan peraturan dipersetankan demi merompak segala hasil mahsul dan khazanah negeri Pahang ini sebenarnya. Ramai Exco Kerajaan Negeri dan Wakil Rakyat BN kini mula bermewah-mewah kerana sikap MB yang meluluskan kawasan sesuka hati. Tidak diketahui apakah ini mungkin petanda awal yang Adnan tidak akan berada di kerusi MB Pahang lagi. Atau memang mereka berkira-kira takut kalah dalam Pilihanraya Umum akan datang, lantaran itu awal-awal lagi sudah merompak kekayaan negeri ini].

Panas: Terbukti MB Pahang Tergamak Perjudikan Nasib Rakyat Untuk Keuntungan Sama-Mata Bila Dia Sokong Pembinaan Kilang Rare Earth Gebeng

BENTONG 31 Mac – Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) memberi jaminan bahawa pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia milik Syarikat Lynas Corporation Ltd. dari Australia di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan, adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar. Katanya, kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan dan pandangan daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut sebelum bertindak meluluskan tapak pembinaan kilang itu. "Pembinaan kilang itu sengaja dijadikan isu politik oleh pihak tertentu yang didalangi pihak parti pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini. Terdahulu, beliau dan semua pengerusi jawatankuasa kerajaan negeri diberikan taklimat kali kedua daripada LPTA dan pakar tenaga atom yang diketuai Ketua Pengarah LPTA, Menurut Adnan, sebelum meluluskan permohonan daripada syarikat berkenaan pada tahun lepas, ia telah melalui beberapa proses yang ketat dan membabitkan beberapa badan teknikal daripada LPTA dan pihak-pihak yang berkaitan dengan nuklear. Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan. "Kita berharap penduduk terutamanya di Kuantan tidak merasa panik atau gusar apabila kilang itu yang dijangka beroperasi pada September ini kerana ia tidak akan membebaskan radiasi dan membuang sisa-sisa air yang digunakan untuk memproses bahan tersebut tetapi air itu akan dikitar semula,” katanya lagi.

Pemuda UMNO juga bantah projek ini. Kenapa MB tuduh pembangkang?

[Semalam, kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen kerana membantah pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia itu. Mereka yang mendakwa terdirinya daripada beberapa penduduk sekitar Kuantan dan aktivis termasuk dari badan-badan bukan kerajaan bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi kelak. Masalahnya, kenapa Adnan dan kuncu-kuncunya tiba-tiba menyokong penuh projek tersebut. Mudah untuk kita mencari alasannya. Sudah pasti CEO Lynas Corporation sudah bertemu dengan MB sejak awal-awal lagi untuk berbincang perkara ini. Sokonga MB tidak akan terpalit atas paper work projek tersebut jika "fail nipis". Inilah yang banyak berlaku dalam projek-projek lain sebelum ini. Kebanyakkan tandatangan MB berharga puluhan ribu ringgit. Maka dengan kos RM700 juta, rakyat sebenarnya sudah boleh agak berapa harga "sokongan penuh MB" itu. Justeru itu, tidak perlulah rakyat merintih mengharap simpati mereka ini lagi. Sokongan penuh bermakna dan mana mungkin mahu ditolak. Namun, sedarkah Adnan yang kesannya bukan sekarang tetapi dua atau tiga puluh tahun lagi. Masa itu Adnan bukan lagi MB Pahang dan mungkin salah seorang mangsa yang terkena radioaktif itu jika dia masih tinggal di Kuantan. Ternyata Kerajaan Negeri Pahang lebih mengutamakan keuntungan semata-mata dan sanggup memperjudikan nasib rakyat. Apakah rakyat masih mahu terus berdiam diri dalam pilihanraya umum akan datang?. Sila nafikan undi anda kepada BN supaya mereka itu sedar!].

Isu Video Seks: Gelaran "Syaitan Bisu", Akhirnya Harussani Terpaksa Bersuara Untuk Menyatakan Kebenaran Kes Itu dari Sudut Pandangan Islam !

Mungkin akibat takut dengan gelaran "Syaitan Bisu" maka akhirnya Mufti Perak, Harussani Zakaria (foto), terpaksa bersuara menyatakan pendirian mereka tentang isu "video seks" yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kenyataan beliau itu adalah berlandaskan kepada pandangan kes dari sudut agama Islam. Sementara itu beliau menafikan yang beliau beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim. Sebaliknya, dia menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar kerana ia belum dibuktikan kebenarannya. “Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan. “Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya. Beliau juga berkata rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar. “Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral. “Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya lagi.

[Tahniah diucapkan kepada Harussani atas kenyataannya ini. Namun, apakah puak-puak UMNO BN boleh menerima apa yang diperkatakan itu?. Terutamanya bagi orang-orang seperti Zamry Kadir (Menteri Besar Perak) yang selama ini menyanjungi beliau. Difahamkan ada beberapa orang lagi Mufti yang akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat ini, cuma apakah mereka berani membuat kenyataan seperti Mufti Perak itu agaknya. Apa yang pasti dengan kenyataan orang-orang seperti Mufti yang selama ini diikuti oleh pemimpin UMNO maka diharapkan kes "video seks" ini dapat selesai dengan baik. Cuma, kemungkinan besar juga mereka tidak akan menerima kenyataan yang dibuat oleh tokoh agama seperti Mufti ini kerana ia tidak termasuk dalam "Skrip Datuk T". Lantaran itu mereka akan mencuba sedaya upaya untuk mensabitkan Anwar dengan adengan tersebut. Soalnya apakah rakyat boleh percaya semua ini. Hanya puak-puak UMNO dan sekutunya sahaja yang boleh percaya cerita "katun" ini sebenarnya. Maka itu renungkanlah segalanya].

Isu Rakyat Pahang: Laporan Tindakan "Meroboh" Sambungan Haram Rumah Banglo, MPK Di Minta Robohkan Dulu Premis Haram Di Indera Mahkota

KUANTAN, 31 Mac - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa merobohkan terlebih dahulu sebuah restoran "haram" yang didirikan atas tapak tanah rizab surau di Taman Atabara Perdana Indera Mahkota sebelum beriya-iya mahu mengguanakan kuasa mereka untuk merobohkan sambungan rumah secara haram sebuah banglo di Jalan Tengku Muhamad dekat sini. Laporan Sinar Harian Pahang hari ini memetik, MPK memberikan tempoh seminggu kepada pemilik rumah banglo terbabit sebelum sebelum tindakan roboh diambil. Ketua Bahagian Perhubungan dan Khidmat Masyarakat MPK, Haslinda Hassan (foto) berkata, sebelum ini pihaknya telah memberikan tempoh lapan bulan kepada pemilik rumah untuk berbuat demikian, namun masih tidak diendahkan. “Kami telah mengeluarkan notis semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan supaya pemilik kediaman menghentikan kerja penyambungan rumah serta-merta tahun lalu. Bagaimanapun, pemilik tersebut mengingkari arahan dan tetap meneruskannya. “Pihak MPK terpaksa melakukan operasi meroboh kerana pemilik kediaman telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 72 (1) Akta Jalan, Parit, dan Bangunan (Akta 133) iaitu mendirikan bangunan tanpa mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada pihak MPK,” katanya. Katanya, sambungan binaan tersebut bercanggah dengan peruntukan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 yang memerlukan anjakan unjuran akhir bangunan dua meter ke mana-mana sempadan lot pemilik.

Sambung Rumah Haram Kerana Tiada Kelulusan

“Kebanyakan pemilik kediaman tidak menyedari bahawa keperluan anjakan dua meter bertujuan untuk melindungi pemilik dan jiran sekiranya berlaku kebakaran bagi mengelakkan api merebak ke rumah sebelah. “Pemilik juga akan menghadapi masalah tuntutan insurans sekiranya berlaku kebakaran,” katanya. Menurut Haslinda, MPK telah memberi tempoh mencukupi kepada pemilik kediaman tersebut untuk membuka sambungan rumah serta mengeluarkan Arahan Roboh pada 30 September 2010 disusuli Arahan Roboh kedua pada 13 Oktober 2010. “Bagaimanapun, atas budi bicara pihak MPK melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat telah memberikan tempoh selama tiga bulan ke atas rayuan pemilik kediaman untuk merobohkan sendiri sambungan tersebut,” katanya. Walaupun telah berkali-kali diberi peluang, namun pemilik kediaman tetap berdegil serta tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan. “Kedegilan pemilik kediaman memaksa kami mengeluarkan Notis Masuk Meroboh 24 jam pada 28 Mac lalu. “Sekiranya tempoh lanjutan selama seminggu ini masih tidak diendahkan, kami akan meneruskan operasi meroboh tanpa memberi sebarang notis lagi,” katanya.

Premis Haram Atas Tanah TOL Kenapa Dibiarkan

Kita ucapkan syabas dan tahniah kerana MPK begitu cemerlang untuk melaksanakan undang-undang dalam isu-isu berkaitan dengan pembinaan dan penyambungan haram. Malah, jika ia melibatkan premis atau tanah sendiri pun dikira sebagai haram. Maka, bagaimana pula dengan isu pencerobohan tanah haram (rizab surau) di Taman Atabara Perdana ini (foto). Biarpun kes tersebut sudah disiarkan dalam hampir semua media arus perdana termasuk TV3, RTM dan lain-lainnya. Namun hingga kini pihak terbabit masih menyepi tanpa berita. Bantahan sudah beberapa kali dilakukan hingga ke peringkat yang tertinggi, namun bangunan haram terbabit masih terus kekal berdiri megah di lokasi berkenaan. Difahamkan, sebelum ini sudah ada kata putus agar pemilik premis tidak berniaga di situ dan bangunan tersebut akan dirobohkan, namun semuanya hanya tinggal janji oleh pihak yang berkenaan. Premis tersebut masih gagah berdiri dan difahamkan pemilik telah membuat rayuan untuk menyambung semula operasi perniagaannya setelah mendapat kembali kelulusan melalui "orang dalam" beliau di jabatan yang berkaitan. Akhirnya premis haram yang didirikan atas tanah tol itu tidak dirobohkan oleh mana-mana pihak termasuk MPK sendiri. Malahan perkara ini sudah bertahun-tahun dibantah oleh penduduk di taman terbabit sebenarnya.


Sebahagian penduduk yang membantah pencerobohan tanah tersebut

[Maka disini, apakah MPK mengikut undang-undang dalam hal ini. Premis terbabit jelas sekalu berstatus bangunan kekal yang didirikan atas tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL). Sudah semestinya ia salah dari segi pengunaan syarat tanah terbabit termasuk undang-undang dan peraturan MPK itu sendiri. Soalnya kenapa MPK menyepi tanpa berita tetapi dalam kes rakyat membina atau menyambung rumah atas tanah sendiri mereka beriya-iya mahu merobohkan pula. Apakah ini cara kerja pihak terbabit? Jangan sampai rakyat marah dan memberontak yang mana akhirnya kerajaan akan dipersalahkan. Justeru itu, MPK diminta tidak terlalu menunjukkan "taring" mereka kepada rakyat yang lemah. Rakyat membayar berbagai cukai ke kantung Majlis Tempatan itu. Maka jika mahu bertegas, buatlah kerana Allah, jujur dan ikhlas. Ini tidak, ada "orang dalam OK" tetapi bila tiada orang dalam, kita jadi mangsa].

Musykil: Kenapa Polis Beriya-Iya Hendak Sahkan Bukti Pelakon Video Seks, Sedangkan Anwar Yang Membuat Laporan Polis Bahawa Beliau Teraniaya

Nampaknya kini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat begitu pantas dan cekap berusaha untuk memastikan "Pelakon Blue Film Datuk T" ditangkap dan didakwa. Mereka seolah-olah menjalankan tugas begitu profesional untuk menyelesaikan kes ini. Fokus utama tentang penerbitan, pengedaran, penyimpanan dan penayangan video seks tersebut, yang jelas bertentangan dan melanggar undang-undang negara seolah-olah diketepikan. Apa yang mahu dibuktikan sekarang ialah siapakah pelakon video tersebut. Maka, mereka kini khabarnya telah menjalankan siasatan yang begitu terperinci untuk memastikan individu yang tertuduh dibawa ke muka pengadilan. Terbaru semalam, Setiausaha PDRM, Datuk Ghazali Md. Amin menegaskan mereka dalam proses membuat pengesahan pakar mengenai kesahihan bahan-bahan bukti yang diterima berkaitan rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti politik. Justeru itu beliau berharap semua pihak bersabar dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. Malahan beliau turut meminta agar semua pihak tidak membuat spekulasi kerana takut mengganggu perjalanan siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Dalam pada itu beliau juga tidak menafikan kemungkinan akan memanggil pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa, Yusry KRU untuk membantu dalam siasatan video berkenaan. "Saya tidak menafikan akan memanggil mana-mana individu yang dipercayai boleh membantu dan terlibat dalam siasatan rakaman video tersebut," kata beliau.

Rakyat Makin Keliru Dengan Skandal Video Seks

Rakyat kini terkeliru, apakah wajar pihak polis hanya mahu menjejaki siapa pelakon lucah tersebut, sedangkan mereka sepatutnya menyiasat terlebih dahulu pihak yang gagal membuat laporan polis setelah mempunyai bukti video tersebut. Sebaliknya mereka bertindak membuat "Tayangan Amal" di Hotel Carcosa Seri Negara yang sepatutnya menyalahi undang-undang. Sewajarnya jika video itu benar, Trio Datuk T wajar membuat laporan polis terlebih dahulu agar siasatan rapi boleh dijalankan. Tindakan mereka mendedahkan video tersebut ke khalayak ramai seolah-olah menunjukkan yang mereka mempunyai agenda tersendiri sebenarnya. Malah, jika benar video tersebut itu asli dan tulen kenapa sehingga sekarang tidak ada pihak yang menyebarkannya agar diadili oleh rakyat. Mereka boleh paparkan di internet agar rakyat sendiri menilainya. Tindakan sengaja mahu merahsiakan bukti tersebut, seolah-olah mahu memerangkap pihak yang berkenaan. Malahan, mereka juga ada membuat ugutan supaya pemimpin terbabit dan isterinya mengundur diri daripada politik jika tidak mahu video itu didedahkan. Masalahnya, belum sampai seminggu ia didedahkan tiba-tiba mereka muncul mengakui bertanggungjawab atas segalanya. Senario yang berbeza dalam kes video seks Presiden MCA, Chua Soi Lek dulu. Mereka yang terbabit mendedahkan rakaman tersebut di internet dann akhirnya disaksikan oleh ribuan rakyat. Lantaran itu, pelakonnya tidak dapat lari dari kenyataan dan akhirnya mengaku. Sedangkan pihak yang mendedahkan video tersebut hingga kini masih belum ditangkap dan di dakwa. Itu buktinya video berkenaan asli, tetapi dalam kes Datuk T banyak kemusykilan yang belum terjawab sebenarnya. Ini kerana terdapat bukti kukuh mereka itu mengaku "berdendam lama dengan individu berkenaan", maka itulah mereka dedahkan video terbabit. Sedangkan rakyat dinafikan hak untuk melihat kebenaran itu. Inilah yang menyebabkan rakyat sedikit pun tidak percaya dengan konspirasi terbaru ini. Anehnya pihak polis berusaha pula mahu memastikan siapakah pelakon berkenaan, sedangkan mereka tahu pendedahan itu sendiri sudah cukup meragukan sebenarnya.

[Malah, tindakan pihak polis mahu menggunakan khidmat Yusri KRU (foto) juga amat tidak wajar kerana dia bukanlah pihak yang sepatutnya. Malah, adik beradik Yusri tertutama abangnya Norman KRU sendiri adalah merupakan orang kuat UMNO di tempat tinggal beliau. Mereka berniaga, apa akan jadi jika mereka dijanji ganjaran tertentu supaya mengesahkan video tersebut asli untuk melengkapkan perjalanan sandiwara ini?. Bukankah, akhirnya individu yang dikatakan menjadi pelakon video berkenaan bakal menjadi mangsa sekali lagi. Tambah mengelirukan, kelibat salah seorang Trio Datuk T juga dilihat dalam video berkenaan. Kenapa ini berlaku?. Mana mungkin adengan seks boleh dirakamkam dalam sebuah bilik hotel dan disaksikan oleh orang lain. Bahkan, yang dituduh pula ialah Ketua Pembangkang di Parlimen iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Makanya, kes ini kemungkinan besar adalah "jerangkap samar" terakhir untuk mematikan karier politik Anwar selepas mereka melihat "konspirasi liwat II" masih gagal meyakinkan rakyat untuk menolak pakatan pembangkang dalam Pilihanraya Umum akan datang pastinya. Lebih mengelirukan bila polis mahu menyiasat kesahihan pelakon tersebut, sedangkan Anwar yang membuat laporan polis bahawa pelakon video tersebut bukanlah dirinya. Kenapa jadi begini. Polis lakukan tugas untuk cari keadilan atau hapuskan kebenaran. Sesuatu yang tidak wajar, bila orang jadi mangsa kini jadi tertuduh pula!].

Wednesday, March 30, 2011

Isu Rakyat Pahang: Kontroversi 'Radioaktif' Rare Earth, Seramai '100 Orang Aktivis' Telah Berdemo Secara Aman Di Jalan Ke Parlimen Awal Pagi Tadi

KUALA LUMPUR, 30 Mac - Seramai lebih 100 orang aktivis dari Kuantan mengadakan demo anti sisa radioaktif di jalan masuk ke bangunan parlimen pagi tadi. Turut terlibat ialah wakil NGO, Save Malaysia. Demo berkenaan bertujuan untuk menyarankan supaya PM Najib Razak menghentikan serta merta projek pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan itu. Mereka bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi. Empat buah bas membawa kumpulan yang membantah pusat penapisan yang sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp itu. Biarpun perhimpunan aman itu diganggu oleh beberapa orang anggota polis, namun tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan. Hadir sama, adalah lima anggota Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang diketuai oleh pesuruhjayanya, Mohamad Shaani dan perwakilan daripada Majlis Peguam. Hanya 10 orang aktivis sahaja yang dibenar masuk manakala yang lainnya berkumpul di hadapan pos pengawal bangunan parlimen sambil mengibarkan kain rentang serta mereka melaungkan "Stop Lynas, Selamatkan Kuantan, Stop Radioactive, Selamatkan Malaysia".


Sidang media yang diadakan dilobi parlimen tentang isu itu pagi tadi

Presiden Stop Lynas, Save Malaysia sedang beri kenyataan medianya
Sementara itu Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang bertanggungjawab tentang isu itu di parlimen berkata beliau telah membangkitkan isu berkenaan sejak 2008. Menurutnya, selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahaya bahan radioaktif. "Pembuangan radioaktif itu di Kuantan, walaupun lima peratus, tetapi ia (boleh) memberi kesan seperti sakit kanser dan kecacatan," katanya.

Kenapa Menteri Masih Membela Projek Tersebut


Pada 23 Mac lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili (foto) berkata kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif di Gebeng, itu adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam. Katanya, sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji Syarikat Lynas itu hanya mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah. Ongkili juga berkata kementeriannya akan mengadakan satu taklimat khas kepada Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob dan anggota exco mengenai perkara tersebut di Bentong, hari ini. Beliau juga menegaskan kementeriannya telah mengadakan penerangan awam mengenai projek sejak 2009. Loji itu adalah pelaburan Lynas Corp Australia yang menubuhkan Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd bagi membina kilang memproses bahan nadir bumi yang digunakan untuk menghasilkan bahan mula bagi pembuatan produk berteknologi tinggi.

[Pelaburan itu diluluskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia pada 12 November 2007. Projek itu juga memerlukan kelulusan kerajaan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (DOSH) dan LPTA, serta melibatkan enam lesen kesemuanya. Tiga daripada lesen ini adalah mengenai keselamatan radiologi di bawah LPTA iaitu Lesen Penempatan Tapak, Lesen Pembinaan dan Lesen Pengendalian. "Berdasarkan piawaian antarabangsa yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), sisa seperti ini ditakrifkan sebagai bukan sisa radioaktif tetapi merupakan sisa industri yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi,” kata Maximus Ongkili ketika ditanya tentang hal ini. Soalnya sekarang ia tetap bahan radioaktif dan cukup merbahaya kepada rakyat. kenapa harus terus beri alasan untuk menutup kelemahan. Jika rakyat didahulukan sila batalkan saja projek ini].

Isu Rakyat Pahang: Kakitangan Kerajaan Kecewa, Kerana "Kesilapan Teknikal" Oleh Peguam Beliau Pula Telah Di Saman Gara-Gara Membeli Rumah !

KUANTAN, 30 Mac - Seorang kakitangan awam yang bertugas dengan sebuah jabatan Kerajaan Negeri Pahang, kecewa tindakan Firma Guaman Tetuan K.C Wai & Associates yang menfailkan tindakan saman mencecah hampir RM30,000 gara-gara kesialapan teknikal dalam urusan membeli sebuah rumah di Taman Atabara Perdana Indera Mahkota dekat sini. Difahamkan kes tersebut kini sedang dibicarakan di Mahkamah Sekysen Raub. Menurut individu terbabit, beliau kecewa kerana kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pihak lain, akhirnya firma guaman tersebut menyaman beliau. Menurutnya, rumah itu dibeli daripada dua orang plantitif dan Tetuan K.C Wai & Associates adalah peguam bagi pihak penjual. Manakala peguam bagi pihaknya pula ialah Salamon , Zuraida & Partners yang berpejabat di Center Point Kuantan. Semua urusan jual beli telah selesai kerana beliau membuat urusan melalui pinjaman kerajaan. Beliau juga sudah membayar semua urusan yang berkaitan termasuk bayaran peguam dan lain-lainnya. Rumah yang dibeli dengan harga RM91,000 itu telah pun diduduki ketika proses pinjaman berjalan. Kelewatan yang jelas ialah akibat kesilapan nama pada geran hak milik yang telah dibuat peguamnya Salamon, Zuraida & Partners.

Gara-Gara Kesilapan Peguam Pembeli Teraniaya

Akibat kesilapan tersebut, maka berlaku kelewatan proses mengeluarkan baki pinjaman perumahan terbabit. Bagi mengelakkan penjual menanggung risiko kelewatan, beliau telah berusaha membayar sewaan rumah tersebut dengan kadar RM300 sebulan selama hampir dua tahun. Maknanya, penjual mendapat ganti rugi kelewatan berkenaan. Namun, selepas segala proses selesai, penjual dan peguamnnya tiba-tiba menghantar notis saman kepada pembeli. Sedangkan ketika itu semua proses yang berkaitan telah selesai dan tidak timbul lagi soal kelewatan. Namun, pembeli dikenakan saman mencecah RM30,000 atas kelewatan tersebut berdasarkan kepada denda 10% setahun daripada harga rumah seperti dalam perjanjian jual beli. Persoalannya, rumah yang dibeli itu bukanlah rumah baru yang disediakan oleh pemaju dan pembeli juga telah membayar ganti rugi kelewatan tersebut. Perkara itu sebenarnya boleh diselesaikan di luar mahkamah tanpa sebarang tindakan saman menyaman. Namun, dek kerana sikap peguam penjual yang mungkin lihat ada peluang buat duit tambahan dengan saman itu, maka kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Peguam Mohd Harris Abdullah Bela Nasib Pembeli

Difahamkan, pembeli telah melantik Peguam Mohd Harris Abdullah (foto) dari Firma Guaman The Law Office Of Mohd Harris yang berpejabat di Taman Amalina Lestari Raub. Kes telah dibawa ke mahkamah dan bicara permohonan untuk memindahkan kes itu ke Kuantan akan didengar pada 8 April 2011 ini. Menurut Mohd Harris, kes berkenaan terpaksa dipindahkan ke Kuantan kerana subjek (rumah) yang dibeli dan pembeli sendiri berada di bandar itu. Beliau kini sedang berusaha untuk memastikan kes itu tidak memudaratkan pembeli. "Mana mungkin kesalahan yang dilakukan oleh orang lain harus ditanggung oleh pembeli. Beliau sudah membeli rumah yang berharga RM91,000 kemudian membayar guaman hampir RM6,000 dan sewaan hampir RM8,000 tiba-tiba mahu dibebankan pula dengan bayaran saman terbabit yang mencecah hampir RM30,000. Saya akan memastikan kes ini dipindahkan ke Kuantan bagi memudahkan urusan yang berkaitan. Saya juga akan pastikan Peguam Pembeli dilibatkan dalam kes ini, kerana ia jelas merupakan kesilapan teknikal pada nama pembeli terbabit sebenarnya", kata beliau.

[Apa yang berlaku hanyalah kesilapan teknikal (salah nama) yang dilakukan oleh Peguam Pembeli, maka tidak wajar peguam penjual menekan pembeli untuk membuat bayaran sebanyak itu hanya berdasarkan kepada denda 10% yang berkenaan. Ini kerana pembeli sudah melunaskan sewaan ketika proses tersebut mengalami kelewatan. Makanya atas dasar kemanusiaan sepatutnya Tetuan K.C.Wai & Associates tidak terlalu bertegas dalam hal sebegini. Bayangkan jika perkara ini berlaku kepada orang lain yang berurusan dengan firma guaman mereka, sudah pasti masalah yang sama akan dialami oleh pihak terbabit. Makanya, firma guaman berkenaan telah bertindak keterlaluan dalam hal ini, tambahan pula rumah yang dibeli itu bukan rumah baru yang melibatkan pemaju perumahan sebenarnya. Rumah itu adalah rumah lama dan pertimbangan sewajarnya perlu diberikan sebelum menfailkan tindakan saman tersebut].

Edisi Pahang: Kekalahan Di Pilihanraya Kecil DUN Kerdau, Tetapi PAS Berjaya Tubuhkan Cawangan Baru Parti Di Felcra Rumpun Makmur Malam Tadi

KERDAU, 30 Mac - Biar pun Parti Islam SeMalaysia (PAS) tewas dengan majoriti besar kepada UMNO Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini, namun sokongan terhadap parti itu di sini terus meningkat. Ini terbukti apabila kawasan kubu kuat BN di Peti Undi Rumpun Makmur kini berjaya ditembusi pembangkang (PAS) dengan tertubuhnya cawangan baru parti itu di kawasann itu malam tadi. Ribuan rakyat berbondong-bondong dan hadir ke Felcra Rumpun Makmur bagi mendengar ceramah perdana sempenan penubuhan cawangan baru itu. Antara pemimpin PAS yang hadir dan memeriahkan acara tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Persiden PAS Pusat iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli Parlimen Pokok Sena Dato' Mahfuz Omar. Turut bersama malam tadi ialah Ustaz Shahril Azman Abdul Halim dann bekas calon PAS iaitu Hasanuddin Salim. Sokongan yang diberikan oleh rakyat ini membuktikan mereka kini sudah mula berani untuk melakukan agenda perubahan setelah tidak tahan lagi terus tertipu. Dalam majlsi tersebut Ketua Penaja PAS Cawangan itu telah menyerahkan sebanyak 40 borang keahlian baru PAS. Borang yang lain bakal menyusul dari masa ke semasa.


Mahfuz tanda tangan plak perasmian PAS cawangan Rumpun Makmur

Mahfuz terima borang keahlian dari Ketua Penaja PAS Rumpun Makmur
[Kemenangan BN dalam pilihanraya kecil baru-baru ini bukanlah membuktikan parti itu cukup kuat untuk terus bertahan di situ sebenarnya. Ini kerana faktir janji-janji rasuah pilihanraya yang ditaburkan oleh mereka yang akhirnya memerangkap para pengundi. Kini, ramai yang melenting kerana seperti yang dijangka semua pihak maka selepas pilihanraya apa yang dijanjikan itu sekadar khayalan semata-mata. Apa yang diharap tidak kesampaian dan apa yang dijanjikan tidak kunjung tiba. Inilah yang menyebabkan sebahagian besar daripada mereka beralih arah dan mahu mengajar BN jalan pulan pada pilihanraya umum akan datang. Syabas buat penduduk Rumpun Makmur!].

Isu Rakyat Pahang: Kontroversi Radio Aktif "Rare Earth", Kenapa MCA Dan NGO Cina Lebih Prihatin Membela Nasib Rakyat Daripada Pemimpin UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Mac - Pengerusi MCA Pahang, Datuk Seri Liow Tiong Lai (foto) meminta pihak yang berkaitan memberi penjelasan kepada penduduk mengenai aspek keselamatan loji pemprosesan logam radioaktif 'rare earth' sebelum lesen dikeluarkan kepada Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd. Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan penduduk di kawasan sekitar tapak loji, terutamanya di Gebeng, Pahang mendapat jaminan keselamatan. "Siapa saja yang berkuasa - LPTA (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom), kerajaan pusat, kerajaan negeri - sebelum keluarkan lesen mereka mesti beri penjelasan terperinci kepada umum. "Ini supaya orang ramai tahu keadaan sebenar, tahu keselamatan mereka dijaga dan loji itu selamat. Kemudian barulah lesen itu dikeluarkan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, di sini, semalam. Liow yang juga Menteri Kesihatan diminta mengulas kebimbangan penduduk kawasan Kuantan mengenai operasi loji tersebut. Terdahulu, beliau bersama wakil Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Pahang serta Gabungan Persatuan Cina Pahang menemui Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bagi menyerahkan memorandum meminta kementerian itu menjelaskan kepada penduduk berhubung perkara tersebut. Liow turut meminta agar proses pemberian lesen dijalankan secara telus agar semua pihak dapat maklumat yang jelas berhubung status loji.

[Nampaknya, pemimpin UMNO Pahang terus menikus dalam hal ini. Macam-macam alasan yang diberikan termasuk projek tersebut menawarkan lebih 500 orang peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan sebagainya. Namun, itu bukan persoalan yang mahu diterima rakyat. Mereka mahu projek itu dibatalkan kerana ia akan menakutkan mereka yang terpaksa menjalani kehidupan di situ untuk tempoh 20 atau 30 tahun akan datang. Pemimpin boleh bertukar ganti, tetapi siapa yang akan tanggung segala penderitaan ini andai kejadian yang berlaku di Bukit Merah Perak berulang kembali disini. Nyawa rakyat perlu diutamakan daripada keuntungan semata-mata. Pemimpin politik dan NGO Cina lebih pritahin kepada nasib rakyat sekarang ini. Soalnya, mana pergi pemimpin UMNO dan NGO seperti Perkasa, GPMS dan lain-lain yang selama ini menjadi juara dalam banyak isu. Sila tampil membela rakyat dan jangan menikus dibelakang politik murahan pihak yang ada kepentingan dalam projek ini. Mereka makan hasil tapi rakyat yang tanggung penderitaannya].

Tuesday, March 29, 2011

Pilihan Raya Sarawak: Si Timbalan Pengerusi SPR Mula Tunjukkan Kuasanya, Bila Larang Parti Tak Bertanding Pasang Logo, Bendera Dan Sepanduk !

SIBU, 29 Mac - Hanya calon parti yang bertanding pada pilihan raya Sarawak 16 April ini sahaja yang dibenarkan memasang logo, bendera serta sepanduk di kawasan yang ditandingi mereka, demikian ditegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto) berkata, parti yang tidak bertanding tidak boleh mengambil kesempatan memasang logo dan bendera parti mereka bersama-sama parti bertanding. "Hanya calon parti yang bertanding membayar deposit bagi pemasangan poster, banner (sepanduk) dan bendera. Oleh itu, parti lain tidak boleh sewenang wenangnya tumpang pasang bahan kempen,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya Zon Sibu di sini. Sebagai contoh, beliau berkata sekiranya calon DAP bertanding di satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tidak dibenarkan memasang bendera, poster serta sepanduk masing-masing walaupun dalam satu pakatan pembangkang. "Hanya sekiranya di kalangan parti itu, mereka turut bertanding dan meletakkan calon mereka. Bagaimanapun, sekiranya calon parti yang bertanding hendak letak gambar pemimpin mereka di samping poster calon, itu tidak menjadi masalah,” katanya. "Sebagai contoh, katakan calon DAP bertanding di kawasan itu, selain poster calon DAP, mereka hendak letak poster Lim Kit Siang (pemimpin DAP), itu dibenarkan, tetapi mereka tidak boleh letak poster Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali PKR turut bertanding di kawasan yang sama,” katanya.

[Seperti biasa setiap kali musim pilihanraya maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula menunjukkan taringnya. Nampak sangat SPR sengaja mahu menimbulkan kemarahan dikalangan penyokong pembangkang sebenarnya. Jika larangan ini diteruskan apa akan jadi jika kerusi parlimen ditandingi oleh PKR dan DUN oleh PAS dan DAP dalam sesuatu kawasan itu. Aakah PKR tidak boleh meletakkan kain rentang atau bendera mereka dikawasan yang ditandingi oleh PAS dan DAP?. Bukankah ini tidak adil sebenarnya. Nampak benar UMNO BN terlalu takut untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Sarawak pada kali ini. Lantaran itu mahu SPR menggunakan segala kuasanya untuk menghalang kemaraan lawan. Tambah memeritkan bila Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih gagal untuk meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat biar pun sudah dua tahun permohonan itu dibuat. Ini bermakna, memang ada pakatan antara mereka untuk sengaja mempermainkan pembangkang dengan kuasa yang ada. Apa yang pasti ROS pasti tidak akan meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat hingga Pilihan Raya Umum akan datang kerana mereka tahu ia akan memberi kelebihan kepada BN. Mereka boleh menggunakan satu lambang, sebaliknya parti pembangkang dibiarkan dengan tiga lambang yang membolehkan mereka mengetatkan peraturan tersebut seperti sekarang].

Panas: Ketua Wira Perkasa Letak Jawatan Selepas Di Lihat Hadir Ke Program Solat Hajat Dan Pidato Khas 'Tangkis Fitnah Anwar' Di Stadium Melawati

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Arman Azha Abu Hanifah (foto) mengumumkan perletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Selasa. Difahamkan, beliau melepaskan jawatan kerana mahu menumpukan tugasnya dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara. Arman berkata, keputusan itu dibuat atas dasar peribadi dan bukan disebabkan desakan mana-mana pihak serta kekecewaan terhadap pucuk pimpinan Perkasa. "Saya tidak kecewa atau disunting mana-mana parti tetapi ingin memberi peluang kepada generasi baru untuk membawa Perkasa melangkah ke peringkat lebih tinggi," katanya. Menurutnya, tindakan untuk mengundurkan diri itu dibuat atas dasar prinsip peribadinya iaitu memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. "Kalau kita tengok senario di negara pada hari ini, apa saja perubahan yang ingin dilakukan harus memerlukan kesungguhan dalam keputusan politik. "Walaupun Perkasa merupakan badan pendesak terbesar untuk memartabatkan agenda agama, bangsa dan negara, ia memerlukan 'political will'. Dalam erti kata ini, saya ingin melangkah lebih jauh dengan berpegang kepada prinsip saya iaitu perjuangan dari segi politik," jelasnya yang memegang jawatan Ketua Wira Perkasa selama dua setengah tahun. mstar

[Arman memberitahu, beliau belum berundur daripada UMNO tetapi akan melihat mana-mana parti politik yang akan mengangkat martabat agama, bangsa dan negara sebagai prinsip perjuangannya. "Saya tidak cakap akan menyertai mana-mana parti politik tetapi saya akan melihat dan mengkaji parti yang memperjuangkan prinsip saya. Hanya dengan kuasa politik saja, kita dapat memastikan kuasa, hak dan martabat bumiputera khususnya dikekalkan. "Walaupun saya dilihat berada di Stadium Melawati untuk mendengar caramah tentang fitnah kedua, itu menunjukkan saya terbuka untuk mendengar apa yang disuarakan kedua-dua pihak," tambahnya. Terdapat kemungkinan Arman akan bersama Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini. Apakah dakwaan itu benar atau sebaliknya. Sama-sama kita tunggu seterusnya].

Edisi Pahang: Datuk Solah Mat Hassan, JPJ Bakal Wujudkan "Mekanisme Baru" Tingkat Kecekapan Sistem Saman Dan Tindakan Senarai Hitam Trafik

KUANTAN, 29 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewujudkan mekanisma baru bagi meningkatkan kecekapan sistem saman dan senarai hitam pesalah trafik di negara ini. Ketua Pengarahnya Datuk Solah Mat Hassan (foto) berkata, sebuah jawatankuasa yang dianggotai JPJ, polis, pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Dalam Negeri telah ditubuhkan bagi tujuan itu. Solah juga berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan beliau itu akan bermesyuarat pada 4 dan 5 April ini, dan laporannya akan diserah kepada Kementerian Pengangkutan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat. Mengulas lanjut mengenai mekanisme yang bakal diwujudkan, beliau berkata antara lain ia akan menyelaraskan sistem saman antara pihak berkuasa terbabit. "Kita banyak dapat aduan orang ramai memberitahu ketika mereka periksa di talian mereka tidak punya saman atau tidak buat apa-apa kesalahan, tapi bila datang kaunter JPJ mereka diberitahu bahawa mereka ada saman dan disenarai hitam. "Jadi kita kena cari jalan supaya mereka dapat maklumat awal yang tepat dan akses yang senang dicapai pengguna seperti melalui SMS, panggilan telefon dan laman sesawang, yang mana semua ini kita kena pertingkatkan sistemnya supaya maklumat itu kemas dan terkini,” katanya dalam satu sidang medianya di sini hari ini.

[Tindakan JPJ ini amat tepat sekali bagi mengelakkan masalah yang berterusan membelenggu pengguna jalanraya. Sistem yang canggih sepatutnya sudah digunakan di zaman ICT ini, namun kepakah JPJ masih gagal memanfaatkan penggunaan sistem tersebut?. Akibat tindakan itu, ramai pengguna jalanraya yang begitu kecewa apabila semakan awal mendapati mereka tidak mempunyai sebarang saman trafik. Namun, keputusannya berbeza apabila mereka menyemak rekod di kaunter JPJ atau balai polis trafik yang berdekatan. Malah, paling mengecewakan saman-saman yang dibuat lebih tujuh atau lapan tahun sebelum ini tiba-tiba dikeluarkan. Sedangkan pemilik kenderaan terbabit sendiri tidak pasti bilakah kejadian itu berlaku. Ini bermakna pihak JPJ sengaja menyimpan saman-saman tersebut atau membuat saman untuk mengutip duit mengutip duit mudah daripada orang ramai. Tindakan ini amat zalim sebenarnya. Lantaran itu rakyat harus menyokong usaha pembangkang untuk memansuhkan saman ekor sekiranya mereka berjaya takluki Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang].

Panas: 'PKR Nazak', Kemelut Dalaman Parti Perlu Di Selesaikan Segera Kerana Musuh Yang Sebenar Ialah Puak UMNO Dan Bukannya Sesama Sendiri!

Laporan muka depan Sinar Harian Pahang bertarikh 25 Mac bertajuk "PKR Nazak" dan "Fauzi Mahu Undur" adalah dirujuk. Susulan laporan tersebut menyebabkan ramai pihak yang tertanya-tanya dan gusar apa yang dilaporkan. Soalnya, benarkah PKR Pahang kini sudah nazak. Malah, benarkah kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota yang kini merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Trengganu iaitu Azan Ismail?. Inilah yang menjadi persoalan dikalangan penyokong pembangkang dan mereka yang berada di atas pagar sekarang ini. Masing-masing terkejut dan tersentak dengan laporan tersebut. Malah ada yang tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan PKR sebenarnya?. Difahamkan selepas kenyataan tersebut keluar baru-baru ini, ramai pemimpin PKR Pahang dihujani dengan berbagai persoalan daripada rakyat terutamanya "orang-orang PAS". Mereka mahukan kepastian apa yangberlaku sebenarnya. Bahkan mereka takut, senario tersebut akan menyebabkan Pakatan Rakyat ditolak dalam pilihanraya umum akan datang. Melihat kepada kemelut yang berlaku ini, seolah-olah bagai ada sesuatu yang belum terungkai sebenarnya. Apakah ia harus dibiarkan?. Atau siapakah yang akan dikorbankan?. Apapun alasannya, pucuk pimpinan tertinggi parti wajar memainkan peranan untuk meredakan situasi ini. Jika tidak ia akan semakin parah dan boleh merosakkan imej pembangkang di Pahang sebenarnya. Berikutan kenyataan panas Azan baru-baru ini, esoknya satu mesyuarat tergempar Ketua-Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang telah diadakan. Mesyuarat bersetuju meluluskan usul memberi sokongan padu dan tanpa berbelah bagi kepada kepimpinan Dato' Fauzi Abdul Rahman sebagai Pengerusi PKR Pahang serta meluluskan usul merujuk Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, ke Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.

[Sebelum ini akhbar Sinar Harian juga melaporkan Pemangku Ketua PKR cabang Indera Mahkota iaitu Ibrahim Sidek bersama 300 ahlinya keluar parti itu. Tindakan tersebut kononnya didalangi oleh Azan. Beliau yang kini Pengerusi PKR Terengganu dalam reaksinya menyatakan pengunduran beramai-ramai itu seolah-olah ada kaitan dengan kelemahan kepimpinan Fauzi dengan mengibaratkannya seperti ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ dan menggambarkan seolah-olah Fauzi mempunyai kepentingan peribadi. Soalnya sekarang apakah PKR Pahang akan pulih dengan kemelut yang melanda ini. Tindakan dispilin terhadap Azan pasti akan mengundang masalah yang lebih besar sebenarnya. Tambahan pula difahamkan, Azan berminat untuk kembali memperkukuhkan PKR Cabang Indera Mahkota dan bersedia mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dalam Pilihanraya Umum akan datang. Semoga segala kudis yang terjadi dapat diubati segera demi memberi keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat. Jika tidak sudah pasti peluang untuk mempertahankan parlimen Indera Mahkota akan terkubur jua akhirnya. Kembalilah ke landasan perjuangan asal dan usahlah bermusuh sesama sendiri kerana musuh sebenar ialah UMNO Barisan Nasional].

Isu Rakyat Pahang: Masalah Air Makin Kritikal Di Sekitar Temerloh, Penduduk Kini 'Terpaksa' Pergi Sehingga 30 Kilometer Semata-Mata Untuk Mandi

Laporan Sinar Harian edisi Pahang 29 Mac adalah dipetik. Sungguh mengejutkan dan cukup memeranjatkan apabila dilaporkan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk di sekitar bandar Temerloh dan Mentakab terputus bekalan air sejak tiga hari yang lalu. Lebih mengundang kemarahan penduduk terhadap Jabatan Bekalan Air (JBA) ialah ia turut melibatkan kawasan Seberang Temerloh yang menjadi lokasi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS). Bukan itu sahaja, malah ada sesetengah tempat yang sudah hampir sebulan tidak berair seperti yang kami dedahkan sebelum ini. Sesungguhnya mereka kini hidup menderita akibat masalah yang cukup kritikal ini sebenarnya. Bayangkan ada penduduk yang terpaksa memandu kereta sejauh 30 kilometer menuju ke Chenor untuk mengambil air Sungai Pahang setiap hari bagi kegunaan ahli keluarga. Soalnya kenapa ini berlaku?. Malahan terdapat juga laporan pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) Temerloh mengambil "acuh tidak acuh masalah" yang dialami oleh penduduk ini. "Biasa tak pernah terjadi , JBA lambat dan lembab buat tindakan , memalukan la bandar utama terputus bekalan dah lah tak hantar air. Sedihnya tindakan perlaksanaan JBA sangat lemah , bayangkanlah call JBA dia org offkan fon ... kalau petang ni tak ada lagi nampak gayanya kena email ke SUK kali ke. Masalah JBA ni gaji Pengarah besar sangat tu la pasal bila jadi mcm ni tak pandai nak turun padang paling mudah angkat gangang dan offkan fon ..satu-satu perkhidmatan paling primetif yang saya pernah jumpa di abad ini", kata salah seorang daripada penduduk.

[Ramai penduduk kini mula mempersoalkan mana perginya Wakil Rakyat dan Ketua UMNO Temerloh iaitu Saifuddin Abdullah (foto) dan Sharkar Shamsuddin?, Apakah selepas hampir sebulan isu ini berlarutan mereka masih selesa berada di kerusi empuk masing-masing?. Mana pergi laungan 1Malaysia, rakyat didahulukan itu agaknya. Apakah masalah air yang menimpa Temerloh ini berlaku akibat kegagalan kerajaan UMNO BN menunaikan janji-janji untuk memulihkan bekalan air di beberapa kawasan dalam DUN Kerdau agaknya. Ketika berkempen dalam pilihanraya kecil baru-baru ini, mereka begitu bersemangat berjanji itu ini termasuk memulihkan isu bekalan air kepada sebahagian penduduk di sana. Kini, masalah itu melanda Temerloh akibat kecuaian mereka menunaikan janji dan menarik balik segala kemudahan bekalan air tangki yang dihantar ke Kerdau baru-baru ini. Maknanya, jika penduduk Temerloh mahu bekalan air datang sepantas kilat ke kawasan mereka, perlulah menunggu pilihanraya kecil di situ. Kemungkinan besar segalanya akan beres belaka. Harapan kami agar pihak tertanggungjawab selesaikan segera masalah ini. JBA perlu lebih serius untuk memantau dan mengatasi masalah seperti ini. Jika sehari dua tidak mengapa, ini kalau sudah lebih tiga hari ia menjadi satu bala dan azab sengsara buat para penduduk di situ sebenarnya].

Video Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim Semasa Program Solat Hajat Dan Pidato Khas Menangkis Fitnah 'UMNO' Di Stadium Melawati Malam Tadi !

SHAH ALAM, 29 Mac - Biar pun kontroversi isu "video lucah" yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) sedang hangat diperkatakan, namun ribuan rakyat telah hadir beramai-ramai untuk terus memberikan sokongan padu kepada beliau malam tadi. Satu Majlis Solat Hajat Dan Pidato Khas Menangkis Fitnah "UMNO" telah diadakan di Stadium Melawati dekat sini malam tadi. Ramai pemimpin pembangkang telah hadir serta memberi sokongan kepada beliau malam tadi termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya. Dalam ucapannya Anwar beberapa kali menyatakan beliau cuba difitnah sekali lagi oleh pemimpin UMNO, selepas melihat kes-kes terdahulu tidak menyakinkan rakyat secara keseluruhannya. Maka, kes video seks tersebut diterbitkan bagi menjatuhkan serta mengaibkan dirinya. Namun, rakyat diminta tidak sesekali terpedaya dan terpengaruh dengan isu ini, kerana ia jelas berniat jahat dan dilakukan oleh manusia yang berdendam kepadanya. Justeru itu rakyat perlu bangkit untuk mempertahankan prinsip perjuangan dan tidak terkeliru dengan agenda yang dimainkan. Kezaliman yang berlaku wajar dihentikan katakanya, kerana kini UMNO merasa mereka dilindungi oleh undang-undang. Akhirnya lahirlah pemimpin yang zalim dan menggunakan kuasa untuk menindas rakyat itu sebenarnya. Sila lihat video sedutan ucapan Anwar:-


Bukti, ribuan rakyat telah hadir dalam program ceramah malam tadi

Rakyat terpaku mendengar ceramah daripada para pemimpin mereka

[Nampaknya peluru yang digunakan oleh musuh-musuh Anwar untuk menjatuhkan maruahnya tidak menjadi lagi kali ini. Malah, difahamkan akibat pendedahan "video seks" tersebut semakin ramai rakyat mula sangsi dengan tuduhan yang dilemparkan kepada mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Sokongan terhadap Anwar semakin meningkat, hatta dikalangan ahli UMNO akar umbi sendiri yang sudah bosan dengan "politik murahan" mainan pemimpin mereka itu. Kemungkinan besar isu yang dibangkitkan ini menyebabkan rakyat semakin percaya bahawa ia adalah satu konspirasi jahat yang dilakukan oleh mereka yang mahu menamatkan karier politik Anwar. Sokongan rakyat di Stadium Melawati malam tadi jelas membuktikan segalanya. Maka itu, UMNO BN perlu bersedia untuk menerima perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti gara-gara kesilapan mereka terbitkan video lucah tersebut].

Blogger Cucumatkilau Sedia Tawarkan Diri Untuk Menentang Perdana Menteri "Najib Tun Razak" Di Parlimen Pekan Pada Pilihanraya Umum Ke-13 Ini


Berita tergempar yang sedang hangat diperkatakan di laman-laman blog dan facebook sekarang ini ialah mengenai berita blogger Cucumatkilau menawarkan diri untuk menentang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Isu itu panas berikutan pendedahan yang dibuat di blog http://wfauzdin.blogspot.com dalam posting terbarunya hari ini. Antara lain tulisan beliau ialah "SANTAI seketika. Baru-baru ni aku ada berjumpa dengan CMK (Blogger Cucu Mat Kilau) sewaktu kami dengan beberapa orang rakan dari bersembang di sebuah restoren berdepan dengan Pejabat PKR Pahang di Kuantan. CMK ni Blogger ternama yang selalu menulis di PahangDaily dan beliau dulunya ahli PKR dan telah pun keluar dari PKR. Sewaktu PRK di Dun Kerdau baru-baru ni hangat diperkatakan bahawa CMK akan menyerahkan borang menyertai PAS. Tetapi berita tersebut tenggelam sehingga hangat pula diperkatakan bahawa beliau akan berpaling tadah untuk menyertai Umno. Bahkan, foto beliau berada di hadapan rumah pemimpin Umno sewaktu kempen hangat sedang berjalan tersebar di dalam beberapa blog. Aku sudah bersiap sedia untuk `berperang' dengan Blogger senior ini jika benar beliau menyertai Umno", sila baca tulisan beliau DI SINI

[Bunyinya agak pelik namun hakikatnya wajar diterima oleh semua pihak. PM Najib Razak sudah hampir tertiarap dengan penangan 241 undi pada pilihanraya umum ke-10 lalu. Namun beliau bangkit dengan cukup gagah pada PRU-11 dan PRU-12 dengan majoriti yang cukup besar dan mengejutkan. Antara faktornya ialah persempadanan semula SPR yang menyaksikan Pekan mendapat tambahan kerusi DUN Pulau Manis yang melibatkan sebuah kem tentera di Kuantan dimasukkan ke Parlimen Pekan. Ia menyelamatkan Najib pada ketika itu dan kini ianya lebih selamat lagi apabila terdapat bukti kukuh semakin ramai warga Kemboja, Myanmar dan pengundi luar (dari utara) dipunggah masuk ke Pekan. Mereka ditempatkan dibanyak kawasan seperti Sg.Miang, Merchong,Tg.Agas dan sebagainya. Melihat kepada faktor ini maka "undi comfirm" untuk Najib dijangkan sekitar 20 hingga 30 ribu belum termasuk pengundi asal di situ, Makanya, menentang Najib seolah-olah mencari padah dan habiskan masa serta tenaga. Maka, langkah terbaik ialah memberi laluan kepada mereka yang benar berminat. Info klik SINI].

Kontroversi: Seorang Lagi Pemimpin PKR Pahang Yang Juga "Ketua Cabang Jerantut" Mengesahkan Akan Tinggalkan Parti Itu Untuk Menyertai KITA !

JERANTUT, 29 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang kehilangan seorang lagi pemimpin kanan mereka, apabila Ketua Cabang Jerantut Mohd Nor Jaafar (foto) mengesahkan beliau meninggalkan parti itu. Paling mengejutkan ialah pemimpin terbabit dikatakan tidak menyertai UMNO, sebaliknya bersamadengan parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim. Mohd Nor yang menang jawatan Ketua Cabang Jerantut selepas menang dalamm Pemilihan 2010 yang lalu juga adalah merupakan Naib Pengerusi PKR Pahang. Dalam satu kenyataannya di laman sembang sosial facebook dia mengatakan telah diterima secara rasmi sebagai ahli parti KITA mulai semalam dengan nombor keahliannya C1000294. Beliau difahamkan akan membuat memaklumkan secara rasmi meninggalkan PKR dan sertai KITA dalam masa terdekat ini. Dalam pada itu, dia juga berharap agar pemimpin PKR Pahang tidak menganggu keputusan yang dibuatnya itu. Difahamkan, sebelum ini Hj.Suhaimi Said, Ketua Cabang Kuala Krau yang bertanggungjawab menjaga Cabang Jerantut bagi pihak PKR Pahang telah memaklumkan perkata ini didalam blog beliau. Malah beliau juga menyatakan pengunduran Ketua Cabang Jerantut itu membawa tuah kepada parti kerana program dan aktiviti yang tidak pernah dilakukan di Jerantut kini dapat diketengahkan. Buat masa ini jawatan Ketua Cabang Jerantut dikatakan telah dipangku oleh Saudara Rosli Ahmad yang merupakan Timbalan Mohd Nor sebelum ini. Dengan keputusan yang diambil oleh Mohd Nor, bermakna kini PKR Pahang kehilangan dua Ketua Cabangnya iaitu satu di Indera Mahkota dan satu di Jerantut. Cuma di Indera Mahkota, situasinya lebih berbahaya apabila Pemangku Ketua Cabang, Ibrahim Sidek terbabit pula keluar parti dan menyertai UMNO baru-baru ini. Mohd Nor juga merupakan Timbalan Pengerusi PKR Pahang kedua yang bertindak melepaskan jawatan tersebut selepas Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota) berbuat demikian pada tahun lalu.

[Apapun, kami ucapkan tahniah kepada Mohd Nor atas apa yang diperjuangkannya. Prinsipnya jelas dan beliau buktikan dengan tindakan. Difahamkan, beliau adalah antara penyokong kuat Zaid ketika pemilihan 2010 lalu. Namun anehnya ramai penyokong kuat Zaid kini mula selesa untuk terus menjaga kepentingan politik masing-masing untuk terus berada di dalam PKR. Sedangkan mereka sendiri tahu dan tidak menyokong sesetengah pemimpin atasan itu sendiri sebenarnya. Sifahamkan beliau juga adalah abang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang iaitu Dr. Hamzah Jaafar. Soalnya sekarang, apakah ada lagi Ketua Cabang PKR Pahang yang akan meninggalkan parti itu selepas ini?. Terdapat sumber mengatakan kemungkinan itu tetap ada, cuma masing-masing menunggu sehingga Pilihanraya Umum akan datang. Jika nama tidak naik sebagai calon, maka tindakan drastik itu bakal diambil oleh mereka yang terbabit. Sama-sama kita tunggu dan lihat senario ini].

Panas: Bukti Kontroversi Konspirasi "Video Seks" Datuk T Yang Kini Sedang Hangat Di Perkatakan !

Mutakhir ini, ramai rakyat yang keliru dengan isu "video seks" yang dipermainkan oleh UMNO BN sekarang. Biar pun ia dikatakan "kisah benar" namun bila melihat kepada Produser dan Penerbit video tersebut seperti Rahim Thamby Chik, maka ramai yang merasakan ia jelas satu konspirasi jahat untuk menjatuh dan mencemarkan nama baik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya. Justeru itu, kami paparkan adengan video panas yang memaparkan satu babak yang mirip kepada konspirasi tersebut yang diambil dari sebuah filem barat. Ramai yang terlepas menyaksikan video ini dan tidak tahu dimana mahu mendapatkannya. Maka, kami berharap mereka terhibur dengan apa yang disaksikan ini hendaknya. Video ini adalah sekadar hiburan semata-mata.


[Video panas ini kini tersebar meluas di internet sebenarnya. Biarpun ia sekadar hiburan semata-mata namun adengan dan skrip yang digunakan oleh penerbit video ini seolah-olah itulah gambaran sebenar apa yang berlaku di depan mata kita hari ini. Terkadang agal lucu juga melihat adengan yang dipaparkan, namun itulah hakikatnya. Rakyat disuruh percaya satu benda yang jelas bertentangan dengan akal dan minda mereka. Malah, video seks yang diperkatakan itu juga jelas sekali melambangkang ketakutan kerajaan UMNO BN terhadap batang tubuh Anwar Ibrahim itu sendiri. Hanya rakyat yang bijak menilai dan mampu berfikir dengan baik sahaja yang akan melihat kebenaran disebalik konspirasi terbaru ini. Namun, bagi mereka yang sudah dicucuk hidungnya oleh UMNO BN maka mereka akan mudah percaya dan terpedaya dengan taktik kotor dan jijik permainan mereka itu sebenarnya].

Monday, March 28, 2011

Isu Rakyat Pahang: Penduduk Dekat Taman Setia Jasa Temerloh Kecewa Bekalan Air Yang Terputus Sejak Sebulan Lalu Masih Tidak Dapat Dipulihkan

TEMERLOH, 28 Mac - Penduduk Taman Setia Jasa dekat sini mengadakan demontrasi aman bagi melahirkan kekecewaan mereka akibat terputus bekalan air sejak sebulan yang lalu. Mereka meletakkan berbagai sepanduk dan kain rentang bagi menzahirkan protes tersebut. Antara kain rentang yang dipaparkan berbunyi "Mana Menteri, Mana Ahli Parlimen, Mana Wakil Rakyat, Mana Air", "Jurutera Air Daerah Temerloh, Anda Gagal, Sila Undur Segera", "Kalau Begini Keadaannya, Jangan Harap Dapat Undi, Pecat JD Air" dan "1Malaysia, Rakyat Diutamakan, Mana Air Paip Kami, Dah Mati Baru Ada Air". Apa yang menarik dalam kes ini ialah, kerajaan UMNO BN baru sahaja menjanjikan berbagai-bagai janji semasa Pilihanraya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini, termasuk menaiktaraf kemudahan bekalan air kepada sebahagian penduduk di situ. Maknanya penduduk terbabit mendapat perhatian hanya ketika pilihanraya, bagaimana pula mereka yang berada di sini agaknya?.


Sebahagian daripada penduduk yang turut turun berdemo isu air tersebut


Bukti, inilah kain rentang yang digantung bagi menyatakan bantahan itu
[Kawasan itu terletak bersebelahan dengan kawasan Temerloh sebenarnya, maknanya rakyat Kerdau ddapat kemudahan bekalan air tetapi mereka yang di kawasan itu pula menglami azab sengsara akibat terputusnya bekalan air. Banyak tempat sudah diadukan namun setakt ini tidak ada sebarang maklum balas positif daripada mereka yang terbabit. Justeru itu, diharapkan pihak berkenaan dapat turun padang dengan segera bagi menangani masalah ini. Tempoh sebulan adalah terlalu lama sebenarnya. Bayangkan bagi mereka yang mempunyai anak ramai dan mahu mengadakan majlis kenduri kendara, sudah pastilah akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar sebenarnya. Justeru itu, pihak atasan tolonglah turun padang bagi menyelesaikan masalah penduduk di Taman Setia Jasa ini dengan kadar segera. Foto dipetik dari blog selamatkanpahang. Jika anda ada masalah rakyat di tempat anda, sila emailkan info serta gambar dan hantar ke pahangdaily@yahoo.com ].

Sunday, March 27, 2011

Pemilihan PAS Jun Ini, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Sahkan Tidak 'Memertahankan' Jawatannya

Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti Islam itu pada pemilihan Jun ini, di sebalik desas-desus mengatakan persaingan kemungkinan sengit. Sebelum ini khabar angin menyebut ada usaha untuk meminta beliau mencuba nasib jawatan nombor dua yang kini disandang Nasharudin Mat Isa. Kata Tuan Ibrahim, beliau telah membuat keputusan yang jelas mengenai soal itu demi perpaduan parti. Dua Naib Presiden lain semasa ialah Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub, masing-masing ahli Parlimen Pokok Sena dan Kubang Kerian. Tuan Ibrahim juga berkata, keputusan diambil demi masa depan yang lebih baik bagi PAS. Jelas beliau, PAS mempunyai ramai pemimpin yang lebih layak dan berwibawa untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden. “Saya tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden dan keputusan itu dibuat setelah fikirkan bahawa PAS mempunyai kepimpinan yang ramai dan boleh menyumbang memperkuatkan parti dalam menghadapi cabaran serta bersaing dengan Barisan Nasional. “Cabaran PAS kini lebih besar dan keputusan yang saya buat ini adalah jelas,” katanya.



Jelas Pesuruhjaya PAS Pahang itu, dengan keputusan itu diharapkan kawasan yang akan mengadakan mesyuarat pada bulan depan tidak akan mencalonkan beliau bagi merebut jawatan Timbalan Presiden.
“Dengan keputusan ini saya harap kawasan tidak akan calonkan saya bagi jawatan ini, saya harap tidak pencalonan. “Saya harap kawasan akan pencalonan pemimpin yang lebih baik dan layak untuk memegang jawatan itu,” katanya. Dengan keputusan itu, dijangkakan jawatan timbalan presiden akan menjadi rebutan antara penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan Mat Sabu yang mungkin bertanding. tvselangor

[Keputusan yang dibuat oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ini sungguh mengejutkan ramai pihak sebenarnya. Ini kerana beliau layak untuk berada di kelompok pimpinan tertinggi PAS berdasarkan kepada pengalaman yang dimiliknya selama ini. Namun, semua pihak harus menghormati keputusan tersebut demi perpaduan dan masa depan parti. Ternyata Pesuruhjaya PAS Pahang itu lebih mementingkan parti daripada dirinya sendiri. Semua pihak wajar menghormati keputusan tersebut dan tidak membuat konroversi untuk mencalonkan beliau bagi jawatan-jawatan tertentu selepas ini. Keputusan yang bijak itu wajar diterima dengan hati yang terbuka demi masa depan perjuangan Islam sebenarnya].