Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Saturday, April 30, 2011

Panas: Kerajaan Negeri Perak Membatalkan MOU Syarikat Hong Kong Terokai Lombong Rare Earth Bukit Merah, Apa Cerita Kerajaan Negeri Pahang!

KUALA LUMPUR, 30 April - Kerajaan Negeri Perak telah memutuskan untuk membatalkan Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani dengan syarikat Hong Kong, CVM Minerals Limited bagi menerokai dan melombong nadir bumi di Bukit Merah dengan serta-merta. Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), sayap pelaburan negeri, mengumumkan keputusan tersebut dalam satu kenyataan semalam. Mengenai MOU antara PKNP dan CVM Minerals Ltd bagi projek nadir bumi yang disyorkan, dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak telah membatalkan dan mengakhiri MoU dengan serta-merta memandangkan kerajaan negeri memutuskan untuk tidak mengeluarkan apa-apa permit, lesen atau kelulusan tanah bagi sebarang projek nadir bumi di Perak,” kata ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Datuk Samsudin Hashim. Laporan terdahulu menyebut MB Datuk Zambry Kadir kesal dengan PKNP kerana menandatangani MOU dengan sebuah firma dari Hong Kong tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada kerajaan negeri. Sehubungan itu dia beri amaran kepada semua agensi kerajaan negeri agar memaklumkan butiran perjanjian yang ditandatangani mereka.


Nampaknya si Adnan masih rela pertahankan lagi benang yang basah

“Saya nak bagi amaran juga kepada (semua) agensi supaya sebarang bentuk MOU yang hendak dibuat hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada kerajaan negeri. “Walaupun mereka anggap ini bukan merupakan satu yang terikat dengan undang-undang, maksudnya bukanlah satu benda yang akan dilaksanakan,” kata beliau. Tambah beliau, walaupun hanya sekadar bentuk persefahaman, namun perkara-perkara yang sensitif dan sebagainya hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada kerajaan negeri. Kelmarin, The Malaysian Insider melaporkan sebuah firma Hong Kong dan Kerajaan Negeri Perak telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di Bukit Merah iaitu kawasan yang terkenal dengan kontroversi nadir bumi dan radioaktif. Laporan itu menimbulkan bantahan beberapa pihak yang bimbang mengenai kesan radiasi daripada projek itu. Zambry berkata menjadi tanggungjawab PKNP untuk memaklumkan kepada kerajaan negeri kerana sebarang perkara yang membabitkan soal dasar kerajaan negeri harus dimaklumkan terlebih dahulu.

[Jika sebuah kerajaan negeri yang dipimpin oleh seorang Menteri Besar seperti Zambry Kadir ini berbuat demikian, maka ternyata beliau lebih sayangkan rakyatnya daripada keuntungan yang bakal diperolehi. MB Perak itu yang tidak sampai pun lima tahun memegang jawatan (biarpun secara rampasan kuasa) lebih mendahulukan rakyat, kenapa MB Pahang Si Adnan Yaakob yang sudah lebih 10 tahun memerintah negeri ini masih tidak mahu berbuat demikian. Apakah terdapat dua persepsi yang berbeza tentang isu Lynas ini, sedangkan mereka berada di bawah kerajaan yang sama iaitu Barisan Nasional. Di sini sudah jelas membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pahang rela memperjudikan nasib rakyat untuk satu projek berisiko seperti ini. Apakah kerajaan yang seperti ini wajar untuk dikekalkan].

Friday, April 29, 2011

Isu Video Seks: "Suasana Kecoh" Selubungi Majlis Angkat "Sumpah Laknat" Si Datuk Eskay Di Masjid Amru Al-As Sentul Lepas Solat Jumaat Petang Tadi

KUALA LUMPUR, 29 April - Suasana kecoh menyelebungi majlis angkat sumpah laknat salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dijadual diadakan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini petang tadi. Suasana menjadi tidak terkawal sekitar pukul 2.10 petang apabila jemaah dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke ruang solat utama di hadapan mimbar masjid dengan laungan takbir sambil dipercayai bagi menghalang majlis angkat sumpah diadakan. Bagaimana pun Shazryl Eskay yang pada mulanya dijadual turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan masih belum hadir ketika kejadian tersebut. Kekecohan seterusnya berlaku apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin (foto) masuk ke ruang solat ditengah-tengah kekecohan berkenaan Shamsul Iskandar kemudiannya dijulang oleh penyokong PKR sambil menunjukkan buku 'Qazaf' - hukum Islam. Ketegangan terus berlaku apabila penyokong yang dipercayai di pihak Shazryl Eskay bertindak mengganggu ceramah ringkas Shamsul Iskandar. Penyokong Parti Keadilan Rakyat kemudiannya tunaikan solat sunat hajat.


[Sementara itu Datuk Shazryl Eskay Abdullah selesai melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul lewat petang tadi. Mereka tiba ke masjid itu sekitar pukul 4.12 petang dan terus bersembahyang sunat. Sambil memegang Al-Quran beliau memulakan sumpah dengan mengucap dua kalimah syahadah kemudian diikuti dengan wallahi wabillahi watallahi. Di dalam sumpah laknat itu Eskay menyatakan bahawa dua individu di dalam paparan video itu adalah dia dan Datuk Sri Anwar Ibrahim. Turut hadir dalam upacara sumpah laknat itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan juga bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim. Manakala itu UMNO tidak mencampuri urusan membabitkan sumpah laknat yang dibuat Datuk Eskay hari ini kerana ia bersifat peribadi. Malah kata Presidennya, Datuk Najib Tun Razak, setiap parti politik lain juga perlu mengambil pendirian yang sama kerana perkara itu pada kesudahannya akan dinilai sendiri oleh rakyat. Maka fikirkanlah].

Panas: 'Belum Pun Bermula', Karnival Jom Heboh TV3 Kecoh Gara-Gara Isu 'Perebutan Tapak' Gerai Jualan Di 'Kawasan Letak Kereta' Padang MPK 2 !!

KUANTAN, 29 April - Peniaga tempatan di sekitar bandar ini kecewa dengan sikap pihak TV3 yang menghalang mereka berniaga sepanjang program karnival Jom Heboh anjuran syarikat televisyen swasta itu. Mereka terkilan kerana pihak TV3 telah dengan sengaja menimbulkan kekecohan apabila membina beberapa buah khemah (Kanopi) ditapak yang dikhaskan untuk peniaga tempatan. "Kenapa TV3 tergamak menghalang kami berniaga di sini, sedangkan mereka sudah mengaut keuntungan besar dengan penganjuran program Jom Heboh itu. Mereka sudah mendapat penaja-penaja untuk membeli booth yang disediakan", kata seorang peniaga. "Kami ingin menumpang mencari rezeki ketika program ini kerana kehadiran orang yang ramai. Apa salahnya kami peniaga tempatan diberi peluang juga untuk sama-sama memeriahkan acara ini", katanya lagi. Program karnival Jom Heboh TV3 tahun ini seperti biasa telah diadakan di Padang MPK 2 berhadapan dengan Stadium Darul Makmur dekat sini. Tapak yang menjadi pertikaian ialah kawasan letak kereta utama padang terbabit. Difahamkan, pihak TV3 menyewa separuh daripada kawasan terbabit untuk dijadikan kawasan letak kereta VIP dan separuh lagi adalah kawasan tapak niaga yang telah diluluskan oleh sebuah syarikat tempatan. Namun apa yang menjadi masalah ialah syarikat yang menguruskan gerai jualan untuk TV3 iaitu Prima Event Management telah mendirikan beberapa buah kanopi di kawasan tersebut tanpa izin (tiada permit). Ini menyebabkan berlaku kekecohan antara kedua-dua syarikat terbabit. Operasi merobohkan kanopi Prima Event telah dilakukan oleh Penguatkuasa MPK pada Rabu. Tindakan tersebut mendapat bantahan daripada Prima Event dan menggunakan orang TV3 untuk menghalangnya. Kanopi mereka telah dipindahkan di kawasan bahagian dalam Padang MPK 2 iaitu berhadapan dengan pejabat Briged Budaya (Padang Futsal).

Siapa Berkuasa, YDP Atau Pegawai Penguatkuasa

Sementara itu, wakil TV3 yang ditemui menegaskan tapak tersebut telah disewa keseluruhannya oleh pihak mereka. "Dalam mesyuarat dengan pihak MPK telah dimaklumkan tiada gerai jualan disediakan untuk penganjur lain selain TV3. Maka itulah kami mendirikan beberapa buah gerai jualan di kawasan terbabit. Namun kami hairan apabila Penguatkuasa MPK sendiri yang bertindak merobohkan gerai-gerai tersebut dan mengarahkan kami berpindah ke bahagian dalam", katanya. "Tindakan kasar dan biadap pegawai Penguatkuasa MPK amatlah tidak wajar kerana kami adalah penganjur utama sedangkan pihak yang berkenaan dipercayai tidak mendapat permit untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan itu. Kami terkilan apabila pihak MPK juga turut merampas (pagar besi) yang digunakan untuk tujuan keselamatan di kawasan terbabit. Perkara ini telah dibawa kepada pihak atasan, lantaran itulah kami tidak hairan pihak terbabit akhirnya memulakan kembali barangan tersebut selepas itu", kata beliau lagi. Tinjauan kami semalam mendapati memang benar gerai-gerai jualan TV3 terpaksa masuk ke dalam kawasan Padang MPK 2 dan berada di atas Padang Futsal. Ini sesuatu yang sungguh memalukan semua pihak sebenarnya. Malah, dalam hal ini jelas sekali penguatkuasa MPK menggunakan kuasa mereka untuk memindahkan kanopi terbabit tanpa kerealaan peniaga terbabit. Persoalannya siapa lebih berkuasa antara Yang Dipertua atau pun Pegawai Penguatkuasa agaknya?.

[Kekecohan juga berlaku hingga menimbulkan ketegangan antara kedua-dua belah pihak telah melibatkan campurtangan pihak atasan. Sementara itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Dato’ Haji Zulkifli bin Haji Yaacob (foto), dipercayai berada di Putrajaya ketika kejadian dan beliau berjanji akan menyelesaikan pertikaian tersebut selepas pulang ke Kuantan. Isu ini khabarnya sudah sampai ke pengetahuan pihak Kerajaan Negeri Pahang dan juga pihak pengurusan TV3 sendiri. Suasana tegang ketika operasi perobohan gerai menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan penguatkuasa MPK itu. Jom Heboh TV3 akan bermula pada 30 April hingga 1 Mei ini. Berdasarkan rekod terdahulu, memang ada gerai jualan untuk peniaga tempatan disediakan oleh pihak MPK. Namun, pada tahun ini khabarnya ia tidak dibenarkan kononnya ia mengganggu lalulintas dan menimbulkan kesesakan jalanraya yang ketara. Namun tidak diketahui ia atas arahan MPK atau pun pihak TV3 sendiri. Apa yang berlaku ini haruslah dijadikan ikhtibar oleh kedua-dua belah pihak. Kami akan cuba mendapatkan maklumat daripada pihak berkenaan dalam laporan eksklusif bergambar].

Panas: Dedahkan Video Seks Tanpa Edit, Langkah Terdesak Untuk Bantu Yakinkan Rakyat Tehadap Eskay Yang Mahu Buat "Sumpah Laknat" Hari Ini

Nampaknya, perancangan yang rapi terus dibuat oleh musuh-musuh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Skrip diatur dengan baik untuk menggambarkan beliau adalah pelakon lelaki dalam video seks yang telah didedahkan itu. Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Anwar sendiri bahawa pihak polis mengatur perjalanan konspirasi ini dan melindungi dalang yang terlibat. Bukti jelas, bagaimana video terbabit boleh terus tersebar dalam laman Youtube sedangkan video tulen yang asal satu-satunya ada dalam simpanan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Ia diserahkan oleh "Trio Datuk T" semasa mereka disiasat oleh pihak polis tentang kes ini. Anehnya, bagaimana video yang dalam simpanan itu boleh terus tersebar. Malah, ia dibongkar pula oleh blogger-blogger UMNO seperti papagomo dan yang lainnya. Bukankah ini menunjukkan pihak polis telah berpakat dengan blogger terbabit untuk membenarkan mereka menaik turun video tersebut di laman Youtube mengikut arahan yang telah ditetapkan. Lantaran itu kita tidak hairan, ketika video pertama didedahkan dulu pemilik akaun Youtube terbabit didaftar di Thailand kemudian terbaru dua hari lepas (27 April) dalam versi yang kedua pula pemilik didaftarkan di Indonesia. Pihak polis sebelum ini mengesahkan mereka akan menyiasat siapakah dalang yang menyebarkan video itu di Youtube. Tapi, apakah rakyat boleh percaya? Bayangkan Datuk Eskay begitu baik menyerahkan DNA di Bukit Aman dua hari lalu. Beliau hadir ke situ pada jam 10.00 pagi dan keluar sekitar jam 1.30 petang. Anehnya video siri kedua adengan seks tersebut, tiba-tiba boleh keluar di laman Youtube pada jam 1.30 petang hari yang sama. Ini jelas sesuatu yang memusykilkan sebenarnya.

Aneh, Video Tulen Pada Polis Keluar Ke Youtube

Paling menakjubkan apabila paparan video pada versi pertama kedua dan ketiga (penuh) jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Bayangkan pada versi pertama dulu ada kelihatan paparan tulisan Thailand pada skrin dan video itu tidak mempunyai paparan durasi masa. Tetapi pada versi kedua, tulisan Thailand sudah hilang pada skrin dan tiba-tiba wujud pula paparan durasi masa pada video tersebut. Lebih mengejutkan pada paparan terbaru semalam (28 April) tulisan Thailand sudah tiada semula dan begitu juga paparan masa sudah tidak terdapat lagi pada video berkenaan. Bukankah ini sesuatu yang tidak wajar berlaku. Tambahan pula pihak polis awal-awal lagi sudah mengesahkan video itu adalah "tulen". Bukankah ini menguatkan lagi hujjah kita sememangnya ia adalah perancangan yang dibuat antara Trio Datuk T, pihak polis dan blogger UMNO sebenarnya. Mereka juga boleh mendaftar satu akaun Youtube sementara untuk mengelirukan kita semua.


Mengejutkan, video seks tulen yang berbeza-beza pada pendedahannya
Bayangkan pemilik akaun Youtube hanya berdaftar sehari sebelum video dipaparkan. Kemudiannya selepas pihak media arus perdana seperti TV3 menyiarkan sedutan paparan video tersebut, tiba-tiba video itu dikeluarkan dari paparan Youtube terbabit. Bukankah ini satu perancangan yang dibuat, kononnya bagi menyukarkan pihak polis untuk menjalankan siasatan. Walhal, kemungkinan besar ia adalah sandiwara yang telah dirancang oleh mereka bagi menguatkan lagi konspirasi ini.

Video Tanpa Edit Untuk Bantu Sumpah Si Eskay

Tidak mengejutkan apabila rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan lelaki mirip Anwar dimuat naik di Youtube semalam (28 April). Ia jelas merupakan satu langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas beliau yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit. Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar. Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit. Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan semalam termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua lali termasuk yang terbaru dua hari lalu. Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu oleh “Datuk T”. Tindakan muat naik ini merupakan perkembangan terbaru hari ini selepas petang semalam ahli perniagaan Datuk Eskay yang merupakan salah seorang “Datuk T” mengumumkan bahawa beliau akan melakukan sumpah laknat selepas solat Jumaat hari ini. Biar pun Datuk Eskay mempelawa Anwar turut sama melakukan sumpah laknat, namun mantan TPM itu menegaskan tidak akan menyahut cabaran tersebut kerana dia bukan lelaki dalam video itu.

[Walau apapun yang terjadi rakyat diminta bersabar dan melihat adengan ini dengan teliti. Satu persatu pendedahan yang dilakukan ini menyebabkan rakyat semakin benci kepada UMNO Barisan Nasional. Bukan persoalan siapa pelaku atau siapa melakukannya. Namun, mereka benci kerana pemimpin UMNO dan musuh Anwar sanggup menggunakan "politik lucah" demi untuk menjatuhkan imej dan maruah dirinya. Mereka semakin takut dengan gelombang kebangkitan rakyat. Apa yang pasti, semua yang terjadi dalam kes ini jelas membuktikan ia adalah satu persediaan yang rapi untuk tetap menghantar Anwar kembali ke Penjara Sg.Buloh jika pun beliau dibebaskan dalam kes liwat Saiful pada 16 Mei ini. Itulah hakikat sebenarnya yang merupakan kenyataan apa yang terjadi ini. Oleh itu, rakyat diminta bersiap sedia untuk melakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum akan datang. Ternyata kerajaan UMNO BN sudah ketandusan idea untuk bermain dengan politik. Hingga mereka terpaksa melacurkan apa sahaja yang boleh, demi melempiaskan hawa nafsu dan dendam kesumat masing-masing.].

Thursday, April 28, 2011

Isu Video Seks: Memalukan, Ada Pemimpin Gereja Katholik Membidas Kerajaan Benarkan Pihak TV3 Siarkan Aksi Lucah Untuk Tontonan Orang Awam

PETALING JAYA, 28 April - Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Biskop Paul Tan (foto), yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan. Semalam, stesyen TV yang ada kaitan dengan kerajaan tersebut telah menyiarkan potongan dari apa yang disifatkan bahagian kedua video yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dikatakan warga China. “Dari awal lagi, kita melihat satu sikap yang serba membolehkan telah menjadi ciri kepada sikap pihak berkuasa terhadap episod jijik berkenaan,” kata Tan. “Sekarang sikap itu menjadi lebih biadab: pemaparan bahan yang keji dan buruk dilkakukan di TV awam untuk ditontoni oleh seluruh rakyat lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak. “Kebiadaban ini tidak boleh dimaafkan dimana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dari untuk menghapuskan ia dari peringkat awal sebagai satu kesilapan yang amat besar", katanya. Tan menggesa pihak berkuasa untuk bertindak tegas dan mengheret mereka yang memiliki dan menayang video seks sebelum “satu kejahatan melahirkan lebih kejahatan lagi selepasnya.” “Sikap membenarkan tayangan berkenaan, adalah relatifnya merupakan wajah kepada tindakan syaitaniah yang merupakan penyumbang jelas terhadap kerosakan moral yang kita temui di dalam kehidupan. “Para penjaga undang-undang dan moral (pihak polis) tidak boleh membiarkan penayangan kejahatan yang kurang ajar ini. Mereka perlu bertindak, jika tidak rakyat akan tanggung risikonya,” tegasnya.

[Ramai pihak sebenarnya yang terkejut dengan penayangan aksi video lucah yang dipaparkan oleh TV3 itu. Kini mereka sudah keterlaluan dan TV3 dijadikan alat untuk meneruskan agenda peribadi pemimpin tertentu. Sebab itu kita tidak hairan orang kuat TV3, si Farid Ridzuan dan beberapa orang kanannya dipanggil bekerja di Jabatan Perdana Menteri. Rupa-rupanya itulah agenda mereka ia itu menggunakan sepenuhnya peranan saluran terbabit untuk memesongkan minda rakyat selepas mereka tahun RTM tidak diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Akhirnya adengan menjijikkan ini boleh disiarkan tanpa perasaan malu dan segan silu. Bukan sahaja TV3 malahan akhbar-akhbar arus perdana juga terlibat. Mereka tidak sedar bahawa media itu ditonton dan dibaca juga oleh golongan kanak-kanak, remaja dan generasi muda. Apakah politik sebegini mahu dihalalkan demi mencapai agenda pihak terbabit. Bukankah ia sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Maka itu tindakan pemimpin Gereja Khatolik ini jelas membuktikan semua agama tidak menerima unsur seks keterlaluan seperti ini].

Isu Video Seks: Anwar Buat Dua Laporan Polis Di IPD Dang Wangi, Datuk Eskay Pula Cabar Beliau Bersumpah 'Mubahalah' Di Masjid Petang Esok !!

KUALA LUMPUR, 28 April - Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) hari ini membuat dua laporan polis berkaitan isu "video seks" di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Beliau hadir di balai polis terbabit tepat jam 2.50 petang tadi dengan beberapa orang penyokongnya. Dalam laporan tersebut beliau menafikan dia merupakan pelaku dalam rakaman video seks dan mahu pihak polis menyiasat penyebaran video terbabit di internet semalam. Sementara itu, satu lagi laporan dibuat terhadap ugutan yang diterima daripada salah seorang "Trio Datuk T" iaitu Datuk Syazryl Eskay Abdullah supaya beliau meletak jawatannya daripada politik. Sementara Datuk Eskay hari ini telah bersumpah atas nama Allah bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh beliau adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Eskay berkata, beliau sedar akan azab yang bakal dilaluinya di hari akhirat kelak jika tuduhan tersebut adalah fitnah, tetapi beliau yakin dia berada di pihak yang benar. Pada masa yang sama, beliau menjemput Anwar untuk bersama-sama dengannya bagi melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat esok. Sementara itu polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang semalam.


[Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip video aksi seks itu tersebar di internet. "Sehingga kini kita masih belum kenal pasti identiti mereka yang memuat naik klip itu,” katanya. Ditanya sama ada polis telah menerima laporan berhubung penyiaran klip terbaru itu, Khalid berkata, walaupun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenainya tetapi polis masih boleh menjalankan siasatan. "Tidak semestinya laporan perlu dibuat. Siasatan masih akan dijalankan.Perkara yang paling penting adalah mencari siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini,” katanya. Soalnya sekarang, individu yang memuat naik aksi seks pertama dulu pun pihak polis masih gagal mengesannya maka bagaimana mahu mencari pula suspek yang terbaru ini?. Alangkah "Ayah Pin" sehingga ke hari ini mereka masih gagal menjejakinya, maka bagaimana pula yang ini. Semua ini adalah satu kenyataan yang mahu menggembirakan seluruh rakyat kononnya merek melakukan tugas tersebut. Padahal, akhirnya Anwar Ibrahim yang bakal disiasat dan menerima akibatnya kemudian hari].

Eksklusif: Pendedahan 'Episod Kedua' Video Seks Membuktikan Individu Mirip Ketua Pembangkang Itu Sah Bukanlah "Anwar Ibrahim" Sebenarnya !!

Serangan politik terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya semakin agreasif sekarang ini. Di saat beliau sedang berhadapan dengan kes liwat II terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan , isu video seks terus dimainkan oleh musuh-musuhnya. Anwar yang diarahkan membela diri atas kes liwatnya pada 16 Mei ini, kian menjadi "tekanan" buat Kerajaan UMNO BN untuk meneruskan kekuasaan mereka selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Lantaran itulah apa saja kaedah perlu dilakukan bagi membuktikan beliau adalah individu tidak bermoral serta tidak layak diangkat sebagai pemimpin agung. Apa yang dilakukan terhadap Anwar sekarang seolah-olah mahu membuktikan yang dia memang terlibat dengan dakwaan yang dibuat. Alasan mantan TPM itu tidak mahu bersumpah terus dijaja, bagi menguatkan lagi hujjah kononnya dia memang terlibat dalam pendedahan yang dibuat. "Sumpah dan DNA" terus jadi mainkan mereka tanpa merujuk kepada kaedah yang telah ditetapkan oleh syariat Islam itu sendiri. Semalam, satu lagi berita menggemparkan telah berlaku apabila video seks bahagian kedua yang dikatakan melibatkan Anwar dengan seorang perempuan Cina telah didedahkan. Namun, apakah rakyat boleh semudah itu untuk percaya pelakon video tersebut adalah Anwar Ibrahim?. Inilah yang membingungkan musuhnya sekarang, semakin didedah semakin terserlah pula berbagai kepincangan yang terkadang mereka sendiri tidak dapat menduganya. Malah, rakyat semakin dilihat begitu benci dengan permainan kotor "politik lucah" yang digunakan mereka mutakhir ini.

Polis Sahkan Video Seks Tulen Tapi Jelas Berbeza

Kita pernah dikejutkan sebelum ini apabila rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pembangkang telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar (foto). Beliau berkata siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan. Persoalannya sekarang, jika benar video yang asal itu tulen maka kenapa versinya berbeza-beza?. Malah bagaimana video tulen yang sepatutnya berada dalam simpanan pihak polis boleh terlepas kepada orang awam untuk disiarkan di laman Youtube. Anehnya ia dibuat secara tergesa-gesa dalam masa tidak sampai pun 24 jam. Selepas media arus perdana berjaya menyiarkan berita tentang video berkenaan, maka pihak yang bertanggungjawab menyebarkan video tersebut mengeluarkannya semula dari Youtube. Bukankah ini sesuatu yang amat memusykilkan kita. Bagaimana video tulen itu boleh terlepas?. Persoalan keduanya pula, kenapa versi satu dan versi dua berbeza?. Versi satu pada skrin terdapat tulisan "Thailand" tercatat, tetapi pada versi yang kedua ia sudah hilang.


Bukti, video tulen yang sebenarnya mempunyai dua versi yang berbeza
Malahan pada versi satu tiada pun paparan catatan masa video tersebut, tetapi pada versi dua sudahh ada ia tertera di sebelah kanan video berkenaan. Kenapa ia berbeza-beza dan kenapa pula pihak polis boleh mengatakan mereka mengesahkan ia tulen?. Bukankah ini sesuatu yang amat melucukan sebenarnya. Terdapat satu muslihat di sebalik semua ini.

Video Seks Dua Jelaskan Bukti Itu Bukan Anwar

Terdapat dua bukti kukuh yang telah didedahkan sekarang ini berkaitan dengan lelaki yang dikatakan mirip Anwar itu. Bukti tersebut yang kini menjadi kemusykilan rakyat. Ini kerana lelaki dalam video berkenaan tidak "berjanggut" dan mempunyai rambut yang nipis di kiri kanan atas telinganya (ala komando). Sedangkan Anwar Ibrahim dilihat tidak pernah muncul dengan wajah yang sedemikian rupa. Maka, bagaimanakah lelaki tersebut boleh dikaitkan dengan beliau. Tambahan pula pada ketika video seks itu didedahkan kelihatan jelas perwatakan lelaki berkenaan dengan perut yang buncit (boroi) dan langsung tidak mencerminkan keperibadian Anwar Ibrahim itu sendiri sebenarnya.


Bukti, gambar kanan rambut Anwar Ibrahim (22 feb) dan kiri (21 Feb)
Malah, pada 21 Februari iaitu ketika video tersebut dirakamkan lelaki itu tidak berjanggut dan rambutnnya nipis. Anehnya pada 22 Februari ketika Anwar hadir ke perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, jelas kelihatan imej Anwar berjanggut dan rambutnya tebal. Oleh itu, jelaslah semua ini ternyata satu konspirasi jahat yang dilakukan oleh pihak yang sengaja mahu menjatuhkan karier politik beliau sebenarnya. Itulah motif mereka.

Kemusykilan Lelaki Ketiga Pada Video Seks Kedua

Berdasarkan kepada kenyataan yang ditulis oleh Blogger Milo Suam didalam blognya jelas sekali pendedahan video aksi seks lelaki mirip Anwar Ibrahim sangat berbeza dengan pendedahan video rakaman seks Presiden MCA, Chua Soi Lek beberapa tahun lalu. Pihak yang bertanggung jawab mendedahkan video rakaman aksi seks Chua Soi Lek, bertindak menyebarkan video tersebut terus ke pengetahuan umum untuk menjatuhkan beliau, kerana yakin bahawa orang di dalam video seks tersebut adalah Presiden MCA itu. Namun Datuk T tidak berani mendedahkan terus video seks rakaman lelaki mirip Anwar Ibrahim, kerana bimbang kepincangan demi kepincangan video tersebut akan terbongkar apabila ia dikaji oleh orang ramai. Lihat sajalah, bagaimana klip video sedutan pertama sebelum ini menunjukkan kepincangan yang jelas dari segi janggut si pelakon video seks, rujuk sini [Janggut Anwar]. Sebelum ini juga, MiLo SuaM telah mendedahkan bagaimana video seks bahagian ke dua membongkarkan bahawa gaya rambut pelakon video seks sangat berbeza dengan Anwar Ibrahim yang muncul di mahkamah pada keesokkan harinya, rujuk sini [Video seks Anwar part 2]. Kali ini satu lagi kepincangan jelas terbongkar dalam sedutan video klip seks kedua lelaki mirip Anwar Ibrahim yang disebarkan di YouTube sejak semalam, apabila kehadiran seorang lagi individu dikesan saat aksi seks sedang berlangsung. sila rujuk gambar-gambar di bawah ini buktinya.


Pelakon video seks dilihat mengambil kotak tisu untuk diserahkan kepada
seseorang yang tidak kelihatan di dalam video, manakala pelacur yang
berbogel menuju ke bilik air


Pelakon video seks menyerahkan kotak tisu, manakala pelacur terus
masuk ke bilik air dan kemudian dilihat menutup pintu.


Selepas tisu selesai digunakan, kelihatan jelas di dalam video, seseorang
melontar tisu itu mungkin ke dalam tong sampah yang terletak
di bawah meja, pelacur pada masa ini berada di dalam bilik air.


Jelas sekali memang ada seseorang sedang saksikan adengan seks berlaku
Saksikan pada sela masa 0:28 sehingga 0:31 di dalam video seks sedutan kedua yang disebarkan sejak semalam, lelaki mirip Anwar Ibrahim menyerahkan kotak tisu kepada seseorang, kemudian pada sela masa antara 0:45 hingga 0:47 tisu itu dilontarkan ke dalam tong sampah. Jika benar lelaki di dalam video seks adalah Anwar Ibrahim, logikkah Anwar membiarkan orang lain melihatnya berbogel saat sedang memakai seluar? Malah membiarkan aksinya seksnya ditonton oleh orang lain di dalam sebuah bilik yang sama. Barangkali pencacai gerombolan songkok tinggi akan mengatakan ada seekor makhluk halus (hantu) yang melontarkan tisu di dalam video tersebut. Maka Datuk T harus membuktikan ada seekor hantu muncul di dalam video seks ini dan melontarkan tisu itu, jika benar Anwar Ibrahim terlibat. Sila saksikan video tersebut di bawah ini;


video
video

[Ramai juga dikalangan mereka yang selama ini sudah percaya memang Anwar terlibat dengan kes liwat Saiful kini mula "hilang kepercayaan" terhadap segala tuduhan yang dibuat terhadap beliau. Mereka menjadi "muak dan benci" terhadap kerajan apaath lagi UMNO itu sendiri. Masing-masing kini mula sedar yang diri mereka telah diperalatkan untuk menerima apa saja permainan politik murahan seperti ini. Maka itu, sebagai protes sebahagian besar dari kalangan mereka khabarnya akan menolak UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang, biar pun jasad mereka masih berada dalam parti karat itu. Inilah yang menakutkan pemimpin UMNO, namun dek kerana mahu "melempiaskan nafsu dendam kesumat" pihak tertentu terhadap Anwar maka adengan memualkan seperti ini terus dimainkan. Malah terdapat banyak pihak yang selama ini tidak sokong mana-mana parti politik (atas pagar) kini mula yakin bahawa memang Anwar Ibrahim adalah mangsa "konspirasi" politik jahat musuh-musuhnya. Adengan demi adengan yang ditunjukkan akhirnya menyebabkan rakyat semakin tidak percaya dan hilang keyakinan kepada Kerajaan UMNO Barisan Nasional. Itulah hikmah disebalik semua yang berlaku sekarang ini. Oleh itu, mereka tidak perlu terlalu seronok kononnya sudah berjaya untuk memalukan dan menjatuhkan maruah Anwar. Sedangkan dalam masa yang sama rakyat semakin bersemangat dan terus memberikan sokongan padu kepada mantan TPM itu. Senario inilah yang amat ditakuti oleh mereka sekarang. Lantaran itu juga, langkah terbaik ialah memenjatakan Ketua Umum PKR itu agar kelibatnya tidak lagi dapat dilihat di mana-mana. Soalnya, apakah itu akan selesaikan masalah?. Apa yang pasti ini petanda Kerajaan BN bakal tumbang dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang].

Isu Lynas: "Peguam Pahang" Sedia Beri Khidmat Guaman Kepada Rakyat Untuk Memperjuangkan Isu Pembinaan Kilang Rare Earth Di Gebeng Itu !!

KUANTAN, 28 April - Susulan bantahan rakyat berhubung dengan isu Lynas yang semakin memuncak sekarang ini, maka satu sesi taklimat dan dialog dengan badan yang mewakili Peguam Pahang telah diadakan di Putra Balok, dekat sini malam tadi. Majlis yang diadakan secara tertutup itu telah dihadiri hyga okeh orang awam dan beberapa orang peguam. Menurut Pengerusinya, Hon Kai Ping (foto), inilah kali pertama dalam sejarah Peguam Pahang menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani isu rakyat seperti ini. "Kami melihat, banyak persoalan yang masih belum dijawab oleh kerajaan dalam isu ini. Ia membuatkan rakyat marah dan tidak berpuas hati. Kami nampak jelas dalam sesi dialog yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang di Indera Mahkota dan Beserah baru-baru ini, rakyat tidak mahu kilang yang berisiko itu berada di kawasan ini", katanya. Malah, tindakan kerajaan mahu menubuhkan panel khas untuk mengkaji projek itu juga tidak kena pada waktunya. Sementara itu pihak Peguam Pahang juga katanya akan membantu rakyat untuk membawa perkara itu ke atas termasuklah dengan pihak istana sendiri.





"Kenapa baru sekarang mahu tubuh panel khas untuk mengkaji. Atas alasan apa yang menyebabkan kerajaan sebelum ini mengatakan projek itu selamat, jika pakar-pakar luar negara baru hendak dibawa untuk mengkaji?. Bukankah ini sesuatu yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Malah, pakar-pakar itu bukannya menetap di kawasan yang terlibat. Apakah mereka akan bertanggungjawab jika sesuatu kes berlaku selepas beberapa tahun kilang itu beroperasi?. Akhirnya rakyat yang akan menjadi mangsa","Kami akan melakukan sedaya upaya yang mungkin demi keselamatan, kesejahteraan dan masa depan generasi akan datang"katanya.

Peguam Pahang Mahu Masa Setahun Kaji Lynas

Sebelum ini peguam Pahang juga ada menggesa kerajaan melanjutkan tempoh sebulan untuk kajian ke atas loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation sehingga setahun bagi mengadakan pemeriksaan terperinci berhubung keselamatan dan kesihatan awam akibat kesan radioaktif. Gesaan badan itu kemungkinan menjejaskan imej Malaysia sebagai destinasi pelaburan tetapi menekankan, Putrajaya tidak seharusnya tergesa-gesa dalam membuat keputusan mengenai isu keselamatan dan kesihatan rakyat. Peguam Pahang berpandangan penelitian yang berhati-hati dan mendalam berhubung operasi nadir bumi sangat diperlukan dan keputusan tidak seharusnya diambil secara tergesa-gesa jika kerajaan serius berhubung kesihatan dan kebajikan rakyat Malaysia. Mereka juga mahukan terma rujuan IP diperluaskan merangkumi aspek kadar torium bijih yang akan diimport, impak ke atas persekitaran dan industri pelancongan, jumlah kajian asas yang dikendalikan dan rumusan masing-masing, syarat-syarat ditetapkan oleh AELB, bukti proses seiringan bagi memastikan simpanan di Gebeng hanya bersifat sementara. Malah mereka meminta kesemua dokumen, kerajaan dan yang dikemukakan oleh Lynas ditunjukkan kepada orang awam dan pakar-pakar bebas yang dilantik oleh wakil penduduk Kuantan dan kumpulan lain panel berkenaan. Ia bagi membolehkan aspek-aspek berkenaan dikaji tempoh yang diperlukan ialah selama 12 bulan (1 tahun).




[Selepas majlis dialog, pihak peguam terbabit telah mengedarkan borang untuk diisi oleh rakyat terutamanya di sekitar kawasan yang berisiko besar hadapi ancaman radioaktif yang bakal dikeluarkan oleh kilang tersebut. Borang yang diedarkan telah habis sekelip mata dan terpaksa dicetak semula oleh pihak berkenaan. Sesungguhnya, rakyat tetap mahu memastikan Lynas dinyah keluar dari bumi Kuantan buat selama-lamanya. Dalam pada itu, kita juga terkejut apabila pihak peguam terbabit melaporkan mereka kecewa dengan tindakan media arus perdana terutamanya yang berbahasa Melayu gara-gara tidak menyiarkan kenyataan media yang dibuat oleh pihaknya ketika mesyuarat khas baru-baru ini. Satu resolusi telah dibentuk untuk membantu rakyat dalam menangani isu tersebut. Difahamkan hanya akhbar Sinar Harian, akhbar berbahasa Cina dan Inggeris sahaja yang menyiarkan kenyataan media itu. Turut hadir ialah Ustaz Nasron (YDP PAS Indera Mahkota), Andansura (Timbalan Ketua PAS Indera Mahkota), Ustaz Suhaimi (Naib Ketua PAS Indera Mahkota) dan beberapa lagi yang lain].

Wednesday, April 27, 2011

Kontroversi: Dakwaan Membeli Dan Baca Haram, Utusan Keluar Kenyataan Kononnya Harun Din Nafikan Atau Mereka Yang Terpaksa Menafikan !!

KUALA LUMPUR 27 April - Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz (foto). Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca. “Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam. “Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau. Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat iaitu Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini. Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat. Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya. “Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara itu.” jelas beliau.

Artikel Utusan Online yang nafikan kenyataan Haron Din hari ini

[Anehnya dalam Utusan Onlinen hari ini Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan. Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini. "Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkan Suara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram. "Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya. Soalnya, siapa yang menafikan sama ada Harun Din atau Utusan Malaysia sendiri yang bertindak bagi pihaknya?].

Bongkar: Rahsia Sebenar Kenapa Lynas Akhirnya Terpaksa Memilih Malaysia Untuk Dirikan Kilang Memproses Bahan Radio Aktif Rare Earth Mereka!

Dalam banyak-banyak laman blog yang membicarakan tentang isu Lynas ini, terdapat satu blog yang cukup menarik kupasan dan pembongkaran maklmuat yang diberikan. Bukan sahaja fakta-fakta yang menakjubkan malah ia disertakan juga dengan dokumen berkaitan. Kami ucapkan syabas kepada pemilik blog tahir nisa atas pendedahan yang cukup bermakna dalam mencari titik permulaan kenapa Kerajaan Malaysia membenarkan Lynas Corporation dari Australia membina kilang memproses "rare earth" mereka di negara kita. Terbaru, pendedahan panas beliau tentang kenapa Lynas memilih Malaysia sebagai lokasi kilang mereka dan kaitan syarikat itu dengan AMR Technologies. Menurut blogger terbabit AMR Technologies Inc, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Ontario, Kanada pada 11 September 1986 dibawah nama Quesada Resources Limited. Pada 10 Jun 1998 nama syarikat telah ditukar menjadi AMR Technologies Inc. Kegiatan utama syarikat ini adalah dalam bidang pemprosesan nadir bumi dan syarikat ini mempunyai dua kilang pemprosesan di negara China. Menurut catatan didalam dokumen maklumat syarikat bertarikh 2hb Mac 2005, dua pusat pemprosesan nadir bumi di China ialah Jiangyin Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 90% saham) dan Zibo Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 85% saham).

Tipu Sahan, Lynas Di Saman AMR Technologies

Kedua-dua pusat pemprosesan ini adalah aktif dan memberikan pulangan yang positif kepada kewangan syarikat. AMR Technologies Inc, juga mempunyai anak syarikat yang bergiat dalam bidang pembuatan barangan hasil dari nadir bumi yang telah diproses, terutamanya pembuatan barangan magnet. Kilang mereka terletak di Amerika Syarikat, Barbados, United Kingdom dan juga Thailand. Pada tahun 2004, Lynas telah melakukan sesuatu yang selalunya tidak berani dilakukan oleh mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan yang berintegriti. Lynas telah membeli sebanyak 19% saham AMR Technologies Inc, tanpa pengetahuan pengarah-pengarah AMR. Lynas telah menggunakan "jalan belakang" untuk menggunakan salah satu syarikat yang menjadi pemegang saham di AMR untuk membeli saham AMR secara berterusan dan kemudiannya saham-saham itu dibeli oleh Lynas dari syarikat tersebut. Lynas telah membeli saham tersebut dari Whiterock Investment. Selepas dari pembelian saham ini, Lynas telah menjadi pemegang saham terbesar di AMR Technologies Inc,.


Bukti, dokumen Lynas beli saham AMR KLIK DOKUMEN ASAL

Akibat pengambilalihan yang tidak menepati undang-undang pengambilalihan saham di Kanada dan disebabkan Lynas menggunakan cara yang tidak professional untuk melaksanakan pembelian saham-saham AMR, maka pada February 2005 pengarah-pengarah AMR telah memfailkan saman di mahkhamah untuk menyaman Lynas atas tindakan mereka. Saman ini juga untuk halang mana-mana individu dari Lynas dari jadi pengarah di AMR Technologies Inc, dan mengundi sebagai pemegang saham semasa Mesyuarat Agung Tahunan.

Lynas Pilih Malaysia Selepas Tiada Hak Di China

Mahkhamah Persekutuan di Kanada telah bersetuju untuk kes tersebut didengar dan diperbahaskan. Pada 7 April 2005, AMR telah menarik balik saman keatas Lynas dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian diluar mahkhamah. Lynas telah diarahkan untuk menjual saham milik mereka di AMR kepada Magnequench Inc (foto) dari Indiana, Amerika Syarikat. Sejak dari tu Lynas tidak mempunyai apa-apa pegangan didalam AMR dan ini telah menyebabkan Lynas kehilangan peluang untuk memproses nadir bumi di pusat pemprosesan nadir bumi kepunyaan AMR di China. Ini adalah sebagai jawapan kepada mereka-mereka yang bertanya kenapa Lynas tidak memproses nadir bumi di China. Lynas tidak ada nama yang baik di China dan ini telah memyebabkan mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk dijadikan pusat pemprosesan nadir bumi. Di Australia pula pemprosesan nadir bumi memang tidak boleh dilakukan kerana nadir bumi adalah bahan beradioaktif walaupun iannya dikatakan dalam kadar yang "selamat" oleh Lynas. Hanya kerajaan BN sanggup menerima syarikat yang sebegini untuk melabur dan melebur di Malaysia.

[Dengan pendedahan ini, maka terbuktilah alasan menolak Lynas beroperasi di Gebeng itu adalah berasaskan kepada fakta-fakta dan bukan sembarangan bantahan sebenarnya. Lynas ternyata sebuah syarikat yang mengejar keuntungan semata-mata dan sanggup menipu untuk membeli saham syarikat lain menerusi "pintu belakang". Justeru itu, apakah rakyat boleh percaya langkah membawa masuk Lynas ke Malaysia itu tidak melalui "pintu belakang"?. Dek kerana itulah juga, maka Kerajaan Malaysia terpaksa berhempas pulas memberi seribu alasan untuk mempertahankan Lynas. Sedangkan, kini terbukti Lynas adalah sebuah syarikat yang tidak beretika dan tidak wajar diberi peluang untuk beroperasi di Malaysia sebenarnya. Apakah kita boleh yakin dengan kejujuran Lynas ini?. Namun, apakah kerajaan mahu mendengar suara rakyat ini gamaknya?. Oleh itu, rakyat diseru meneruskan bantahan Lynas demi masa depan generasi akan datang. Stop Lynas NOW!].

Dakwaan Timbalan Menteri Konon Mangsa Bukit Merah Hadapi Masalah Kesihatan Kerana Bahan Radioaktif Tidak Tepat Buktikan Dia Buta Sejarah

KUALA LUMPUR, 27 April - Dakwaan kononnya orang awam di Bukit Merah, Perak menghadapi masalah kesihatan iaitu penyakit kanser sehingga menyebabkan kematian ekoran projek pelupusan sisa Torium yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi di situ, adalah tidak tepat dan diperoleh daripada sumber yang tidak pasti kesahihannya. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof (foto) berkata, tahap kesihatan terkini di kawasan tersebut adalah selamat dan tidak membahayakan pekerja, orang awam dan tidak mencemarkan alam sekitar. "Sepanjang projek pelupusan sisa torium dan bahan-bahan tercemar yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi ini sejak 2003, didapati tiada sebarang pencemaran, kemalangan, atau insiden berlaku. "Setakat ini Lembaga Perlesenan Tenaga Atom belum pernah menerima laporan berkenaan pekerja yang menghidap kanser atau sebarang masalah kesihatan yang boleh dikaitkan dengan sinaran radioaktif daripada aktiviti pelupusan tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam Persidangan Dewan Negara semalam.

Bukti, video kejadian yang telah menimpa penduduk Bukit Merah tersebut
atau sila klik DI SINI kronologi kejadian Asian Rare Earth di Bukit Merah

[Kenyataan Fadzillah ini jelas sekali membuktikan beliau memang "Buta Sejarah" dan tidak layak untuk menjadi menteri sebenarnya. Bukankah kejadian yang menimpa penduduk Bukit Merah itu telah menjadi sejarah dan ramai mangsa-mangsa yang tampil untuk menunjukkan bukti kukuh bahawa mereka menerima akibat daripada pencemaran radioaktif yang dihasilkan oleh Kilang Asean Rare Earth (ARE) di sana. Soalnya, kenapa seorang menteri UMNO tidak tahu semua ini?. Bukankah penduduk di situ akhirnya menang dalam mempertahankan hak mereka dan akhirnya kilang terbabit diarahkan memberhentikan operasinya selepas bertahun-tahun berjuang. Maka, kenapa Fazdillah tidak mengetahui kebenaran ini dan sanggup bercakap untuk menutuk kenyataan yang sudah tersurat. Sejarah tidak wajar diputar belit hanya kerana mahu menyokong pembinaan kilang rare earth Lynas di Kuantan sekarang ini. Oleh itu, rakyat perlu bangkit berjuang menghalang kerajaan teruskan projek ini!].

Tuesday, April 26, 2011

Sensasi: Apakah Kewajaran Pelatih Puspen Lebih Dijaga Kebajikannya Oleh Kerajaan BN Daripada Mereka Yang Menuntut Di Pusat Pengajian Tinggi

Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop (foto) berhubung kos yang ditanggung kementerian bagi seorang penghuni Puspen, iaitu sebanyak RM19.77 sehari atau RM593.10 sebulan sungguh mengejutkan. Kos tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, emolumen kakitangan dan perkhidmatan serta bekalan. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Mariany Mohammad Yit pada persidangan Dewan Negara semalam. Jika benar apa yang dipertakan oleh Abu seman itu, maknanya dalam tempoh setahun kerajaan Malaysia terpaksa membelanjakan sebanyak RM7,117.20 atau RM14,234.40 untuk tempoh dua tahun pelatih puspen menjalani latihan disitu. Maknanya jika ada yang keluar setelah menamatkan latihan, kemudian mereka menagih semula dan masuk kembali ke puspen kerajaan terpaksa menanggung lagi dua tahun latihan mereka. Ini menjadikan jumlah keseluruhannya ialah RM28,468.80. Bayang jika akhirnya mereka keluar dan kemduian masuk kembali ke situ seperti banyak yang berlaku sekarang, maka tambahan lagi dua tahun diperuntukkan. Maknanya mereka akan menghabiskan masa selama enam tahun di puspen dan kerajaan terpaksa belanjakan kos RM42,703.20 untuk setiap pelatih.

Pelatih Serenti Lebih Untung Daripada Pelajar IPT

Soalnya sekarang, apakah bila pelatih serenti terbabit keluar dari puspen mereka dikejar dengan hutang piutang yang memaksa mereka membayarnya, seperti yang berlaku kepada graduan IPT?. Bukankah mereka tidak perlu membayar apa-apa walau satu sen pun. Malah ramai dikalangan mereka akan menagih semula. Mereka suka masuk ke puspen kerana katanya kerajaan tanggung kehidupan di situ. Akhirnya mereka mati dan kerajaan tidak dapat apa2 hasil daripada pelaburan yang dibuat itu. Pernahkah kerajaan fikirkan semua ini? Wajarkah para pelajar IPT yang belajar utk menuntut ilmu di menara gading dan menjadi aset berguna untuk pembangunan negara pada masa akan datang tidak pula ditanggung pembelajaran mereka?. Mereka dibebani dgn berbagai hutang seperti MARA, JPA dan pastinya PTPTN. Jika mereka belajar peringkat sijil, kemudian sambung ke diploma dan akhirnya ijazah mereka akhirnya menanggung hutang hingga hampir sama jumlah dengan pelatih puspen itu tadi. Mereka terpaksa membayar balik pinjaman PTPTN. Malah mereka dikenakan berbagai tekanan supaya membayar balik wang tersebut. Adilkah situasi ini?. Mereka yang belajar, kerajaan tidak tanggung, sebaliknya yang menagih dadah ditanggung pula. Maka itu, wajarlah pinjaman PTPTN dijadikan sebagai biasiswa seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara terutamanya untuk pelajar Bumiputra. Usahlah dibebani mereka dengan hutang-piutang sedangkan sebahagian besar mereka itu tidak bekerja atau bekerja diluar bidang tugas mereka. Ramai yang bekerja gunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedangkan kelulusan dari IPT terpaksa disimpan akibat kekurangan peluang pekerjaan.


Apakah kita mahu ketuanan Melayu di pusat serenti dikekalkan
[Pelajar Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti yang diiktiraf, berhak mendapat biasiswa seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan sebenarnya. Pemberian biasiswa pelajaran adalah antara hak keistimewaan bagi orang Melayu. Pemberian pinjaman di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada pemberian biasiswa. Pinjaman PTPTN adalah untuk kemudahan semua rakyat Malaysia. Jika pinjaman ini menggantikan pemberian biasiswa untuk pelajar Melayu Bumiputera, maka hak keistimewaan orang Melayu telah diketepikan. Sekiranya ada pelajar Melayu bumiputera yang berjaya ke universiti tetapi tidak memperolehi biasiswa, bermakna perkara ini bertentangan dengan semangat dan hasrat yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai Hak Keistimewaan Orang Melayu. Maka itu fikir-fikirkanlah persoalan ini].

Kes Liwat: Anwar Tetap 'Pertahankan' Dakwaan Bahawa Kesnya Itu Adalah Satu Konspirasi Oleh PM Najib Razak Dan Isterinya Rosmah Mansor !!

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan dakwaannya bahawa kes liwat II yang sedang berlangsung adalah satu konspirasi politik bagi memuaskan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Tiada asas bagi pihak pendakwaan untuk meneruskan kes, kata Anwar kecuali bagi memuaskan kehendak tuan politik mereka. “Kita tahu sistem pornografi UMNO, Najib akan terus guna ini utk mencela kita seolah-olah beliau dan isterinya Rosmah dan yang lain adalah orang yang baik-baik, kekuatannya adalah tunjukkan moral Anwar kurang baik... mereka akan menang.“Saya nak jelaskan sedikit bahwa ini fitnah jahat ... awal kita nafikan dan Peguam Negara, Abdul Gani Patail dan (Peguam Cara Negara II) Datuk Yusof (Zainal) diperalatkan sekadar kuatkan hujah", katanya. Menurut Anwar lagi, media arus perdana yang dikawal oleh pemimpin UMNO yang amat berdendam dengannya dan berulangkali melaporkan sperma dan air seperti yang diperkatakan oleh Yusof di mahkamah bagi memuaskan tuan politik mereka. Dalam mengemukakan bukti, pihak pendakwaan berkata air mani dan sperma dijumpai oleh ahli kimia. “Terbukti mani yang dikatakan 96 jam yang diambil itu tidak (disimpan) dalam freezer dan dlm mana dokumen sains mengatakan ia tidak boleh bertahan. Jadi ini jadi isu politik murahan yang jelas dalam keterangan mahkamah,” tambah Anwar Ibrahim lagi. msiakini


[Keputusan yang berlaku ini sebenarnya amat memalukan sistem kehakiman Malaysia di mata dunia. Kaedah santifik tidak diikuti dalam menentukan kesahihan bukti terutamanya dalam isu DNA. Patutlah sebelum ini mereka beriya-iya mahu Anwar memberikan DNA tersebut. Malah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tiba-tiba memutuskan bahawa tiga barangan iaitu botol air minuman, berus gigi dan tuala yang dikemukakan sebelum ini boleh diterima sebagai bukti yang sekaligus mengubah keputusan sebelum ini pada perbicaraan dalam perbicaraan yang menolaknya diterima sebagai bukti. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima. Rupanya, kini itulah hujjah mereka untuk mensabitkan Anwar dengan kes memalukan yang kontroversi ini].

Panas: Peguam Anwar Pertikai Kreadibiliti Saiful Sebagai Saksi Kerana Beri Kenyataan Bercanggah Dan Boleh Dipertikai Semasa Kes Itu Dibicarakan

KUALA LUMPUR, 26 April - Peguam Karpal Singh hari ini menghujahkan bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak pernah menggunakan peluang yang ada untuk melarikan diri semasa kejadian itu berlaku, tiga tahun lalu. Karpal berkata, walaupun keterangan pemuda itu di mahkamah menyatakan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan tetapi dia didakwa mematuhi segala yang diarahkan oleh Anwar semasa aksi seks itu dilakukan selain tidak memperlihatkan sikap yang dia telah menjadi mangsa liwat. Ini, katanya, dapat dilihat daripada tindakan pengadu yang turut sama makan karipap dan minum kopi di unit kondominium itu selepas kejadian, tidak terus mendapatkan pemeriksaan doktor malahan menghadiri majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada keesokan harinya. Oleh itu, katanya, walaupun pihak pendakwaan dalam hujah pembukaannya tidak merujuk kepada kerelaan pada pihak Mohd. Saiful Bukhari tetapi pengadu dalam keterangannya di mahkamah serta laporan polisnya menyatakan ia berlaku tanpa kerelaan. ''Adalah dihujahkan bahawa dalam keadaan sedemikian, pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan (dengan kerelaan) yang dihadapi oleh tertuduh tidak boleh disokong oleh keterangan saksi pendakwa (Saiful) yang menyatakan bahawa apa yang didakwa berlaku antaranya dan tertuduh adalah tanpa kerelaan,'' katan Karpal.

Saiful Memang Pembohong, Kreadibiliti Di Pertikai

Menurutnya, ekoran terdapat percanggahan tersebut, Mohd. Saiful Bukhari didakwa telah berbohong dalam keterangannya dan boleh dituduh di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan. Ujar Karpal lagi, adalah penting untuk mahkamah mempertimbangkan kredibiliti saksi itu sebelum menerima atau menolak keterangannya, sambil mengingatkan mahkamah agar tidak mengulangi kesilapan dalam kes liwat pertama Anwar melibatkan bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar, hampir 10 tahun lalu. Dalam kes tersebut, katanya, hakim Mahkamah Tinggi telah menerima keterangan pengadu berkenaan tetapi akhirnya tetap ditolak oleh Mahkamah Persekutuan. Sementara itu, peguam Ram Karpal Singh menghujahkan bahawa kedua-dua ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon yang menganalisis asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes itu, didakwa bersikap berat sebelah dan menggunakan pendekatan yang tidak objektif. Menurutnya, adalah tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada penemuan kedua-dua pakar itu memandangkan keterangan mereka penuh dengan keraguan dan butiran saintifik yang tidak dijelaskan. Selain itu, katanya, terdapat kemungkinan bahawa bahan-bahan bukti yang diterima oleh kedua-dua saksi tersebut telah tercemar dan wujud elemen penurunan (degradation) dalam sampel-sampel DNA yang diperoleh. Turut berhujah ialah peguam Sankara Nair yang antara lain mendakwa bahawa tiada gel pelincir, KY Jelly digunakan dalam kejadian liwat itu atas alasan ia hanya ditimbulkan setelah doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa pengadu dalam laporan mereka nyatakan tiada penetrasi berlaku. Barisan peguam bela Anwar memohon agar anak guamannya dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil bela diri.

[Biar pun mahkamah putuskan bahawa DNA "lelaki Y" itu sepadan dengan Anwar. Namun, dek kerana banyak kepincangan dan kenyataan bercanggah-canggah oleh Saiful Bukhari semasa perbicaraan berjalan maka ia agak menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kreadibiliti mahkamah dan badan kehakiman itu sendiri. Mereka boleh menghumbankan semula Anwar ke Penjara Sg.Buloh bila-bila masa sekarang. Namun, sesuatu yang haris diingat bila Tsunami Politik melanda negara di era reformasi dulu adalah kerana kes Anwar. Maka, jika kali ini pemimpin pembangkang itu dihumbangkan sekali lagi ke penjara, ia merupakan petanda yang jelas untuk rakyat menyaksikan UMNO BN dengan mudah ditumbangkan dalam Pilihanraya Umum akan datang pastinya. Okeh itu, masa masih belum terlambat untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran hakiki dalam kes yang kontrovesi ini].