

Mesyuarat bersama IAEA tidak dihadiri oleh Save Malaysia Stop Lynas

Sepatutnya polis menghalang penyokong kerajaan bukan biarkan begini

Cuba lihat, polis bersama-sama penyokong kerajaan pemimpin terbabit

Bayangkan penyokong kerajaan mengkasari mereka hingga ke kenderaan

Lelaki berbaju oren, antara penyokong kerajaan yang begitu agreasif sekali

Bukti, mereka ini ditangkap hanya kerana berbaring atas kain rentang
ketika himpunan bantah Lynas di pejabat DAP Pahang baru-baru ini
Bukti, YB Chong Siew Onn mentunjukkan surat jemputan khas Kerajaan
untuk mereka hadir dalam mesyuarat dengan IAEA, kenapa dikasari?
[Tindakan ganas penyokong mereka itu sebenarnya didalangi oleh Kerajaan Negeri sendiri. Tambahan pula ia dipimpin oleh Exco Kerajaan iaitu Dato' Safri Aziz. Ditambah lagi dengan kehadiran Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Dato' Shamsuddin Nawawi (foto) di kawasan itu. Apa yang jelas kekecohan dan senario yang berlaku ini sengaja dirancang, untuk menunjukkan kononnya pihak Save Malaysia Stop Lynas tidak bermoral dan sebagainya. Sebaliknya, provokasi melampau itu dilakukan sendiri oleh penyokong mereka yang begitu "fanatik" dan "bagaikan histeria" itu. Soalnya sekarang, kenapa Setpol MB berada di kawasan terbabit dan hanya melihat dan tidak cuba meleraikan keadaan. Bukankah ini membuktikan bahawa kekecohan tersebut sengaja ditimbulkan oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang sendiri. Maknanya ia melibatkan MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob yang dilihat mengarahkan tugas kepada Exco Tugas-Tugas Khas dan Setpol beliau sendiri. Apakah ini gayanya satu kaedah profesional oleh seorang Ketua Kerajaan Negeri?. Tindakan ganas dan menakut-nakutkan rakyat membuktikan mereka sengaja mahu mencetuskan pergaduhan. Sedangkan rakyat yang datang untuk menghantar patisyen dan demo bagi membantah projek berkenaan. Mereka sepatutnya mengadakan demo menyokong projek Lynas dan bukannya menimbulkan kekecohan sedemikian rupa. Semoga rakyat dapat menilai dan melihat perkara ini dengan fikiran yang waras. Usahlah gunakan isu perkauman dalam isu rakyat yang sepatutnya ditangani berdasarkan satu kaedah yang lebih profesional. Tindakan mahu bergaduh dan berperang menunjukkan bahawa mereka sebenarnya sudah ketandusan idea untuk menghalang kebangkitan rakyat itu sebenarnya].
























