Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Sunday, July 31, 2011

Orang Ramai 'Kecewa' Tindakan Kerajaan Negeri Pahang Halang MPK Beri Maklumat Pasal Lynas !

KUANTAN, 31 Julai - Orang ramai yang ditemui merasakan kecewa atas tindakan Kerajaan Negeri Pahang mengeluarkan arahan supaya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu Lynas. Perkara itu dialami sendiri oleh NGO Badan Bertindak Anti Rare Earth Rifanery (BADAR) yang berkunjung ke ibu pejabat majlis tempatan itu baru-baru ini. Kenyataan larangan itu dinyatakan sendiri oleh Pegawai Perhubungan Awam MPK, Haslinda Hassan dalam satu pertemuan ringkas dengan BADAR pada hari tersebut. Sementara itu, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar selaku Penasihat BADAR yang turut hadir pada hari itu menegaskan. larangan untuk bertemu dan mendapat penjelasan dari kakitangan awam merupakan gambaran terhadap sikap tidak telus kerajaan negeri. "Kenapa perlu takut untuk berdepan dengan rakyat seandainya kerajaan dan agensinya berada di pihak yang benar?" tanya beliau. Badar tegasnya dengan sokongan padu dari Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia akan meneruskan usaha yang telah di atur dan tetap bertegas bahawa Lynas mesti di hentikan segera.


Zulkifli bersama rombongan BADAR yang hadir ke Pejabat MPK Rabu lalu
[Tindakan menghalang sesebuah agensi kerajaan memberikan maklumat awam kepada orang ramai adalah tidak wajar sama sekali. Apatah lagi, isu Lynas sememangnya menjadi buah mulut rakyat sekarang ini. Malah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) juga adalah merupakan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam memberi kelulusan hingga menyebabkan kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation milik Australia itu boleh beroperasi di Kawasan Perindustrian Gebeng. Makanya, apa salah rakyat mahu mendapatkan maklumat jelas daripada pihak terbabit yang telah terlibat secara langsung dengan projek itu?. Bukankah itu hak rakyat].

Aktiviti: Program 'Pesta Durian 2011' Anjuran PAS Kg.Panching Meriah Dan Telah Dapat Sambutan !

KUANTAN, 31 Julai - Lebih daripada seribu orang telah hadir ke program Pesta Durian 2011 anjuran PAS cawangan Kg.Panching, dekat sini malam tadi. Program yang diadakan di Pasti PAS berhadapan Restoran Hjh.Rokiah, Jalan Sungai Lembing itu sudah masuk musim keenam dan bukan sahaja dihadiri oleh penduduk setempat malahan juga dari kawasan sekitarnya. Berbagai acara menarik telah diadakan termasuk meneka ulas durian, cekoh durian, durian terbaik, durian terberat, teka rambutan, mewarna, cabutan bertuah dan sebagainya. Acara kemuncak ialah orang ramai dijemput menikmati jamuan makan durian secara beramai-ramai. Kemeriahan jelas terasa bila pengacara majlis, Ustaz Tarmizi mengumumkan nama-nama pemenang cabutan bertuah. Berbagai hadiah menarik seperti hamper dan barangan lain menjadi rebutan. Program telah dirasmikan oleh oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Yusof Embong. Program yang bermula jam 9.00 malam itu berakhir sekitar jam 11.30 malam. Turut hadir ialah beberapa orang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Hj.Zahari Mamat (Ketua Cabang Paya Besar) dan pakatan rakyat yang lain. Pihak polis juga telah memberikan kerjasama menjaga lalu lintas. Akibat terlalu ramai yang hadir, beberaa insiden sampingan turut terjadi termasuk ada dikalangan mereka yang telah alami pitam akibat kesesakan.


Salah satu dari acara yang dipertandingkan pada program malam tadi


Sebahagian daripada orang ramai yang telah luangkan masa untuk hadir

Orang ramai yang hadir berpusu-pusu mengisi borang cabutan bertuah

Pengerusi, Ustaz Tarmizi dengan YDP PAS Paya Besar Ustaz Yusof Embong

Peraduan mewarna kanak-kanak yang diadakan turut mendapat sambutan

Ustaz Yusof menyampaikan hadiah kepada para pemenang cabutan bertuah

Orang ramai berpusu-pusu menyerbu kaunter untuk mendapatkan durian

[Tiada ceramah diadakan, cuma pengumuman yang dibuat diselang seli dengan lagu nasyid bagi memeriahkan keadaan. Apapun, syabas dan tahniah kepada pihak penganjur atau usaha murni mereka sehingga terjayanya program seperti ini. Semoga apa yang dijalankan ini dapat diikuti oleh pihak lain. Rakyat disatukan tanpa membezakan kaum dan fahaman politik masing-masing. Misalnya, kehadiran malam tadi juga melibatkan kaum India dan Cina. Paling menarik ramai juga ahli dan penyokong UMNO BN yang turut mengambil kesempatan untuk hadir ke program itu malam tadi. Orang ramai ternyata seronok bersama program itu. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang].

Shuhardi Md Isa, Lelaki Yang Di Dakwa Berlakon Sebagai "Baharuddin Ahmad" Nafi Bersembunyi!

KUALA LUMPUR 31 Julai - Shuhardi Md. Isa (foto), lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu, semalam menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis. Shuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di sini, sebaliknya berkata, beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis. "Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosedur jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis),” katanya. Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas menjatuhkan maruah dirinya. "Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya. "Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksalah mendedahkan perkara ini,” tambah beliau lagi.

[Beliau berkata, polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri. Beliau berkata, kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi laman facebook dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut. Suhardi berkata, beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan boleh dihubungi di talian 012-3900740. Persoalannya sekarang, kenapa pihak polis tidak menjejaki Shurardi dengan menampalkan gambarnya di seluruh Balai Polis di negara kita. Bukankah kerja ini biasa dilakukan selama ini. Kenapa dalam isu panas ini pihak polis gagal bertindak profesional untuk memastikan kebenaran yang tersurat di sebalik segala insiden berkenaan].

Najib Umumkan Perlantikan Presiden MIC Datuk G.Palanivel Sebagai 'Menteri' Di Jabatan Perdana Menteri Di Persidangan Agung Parti Itu Semalam

PUTRAJAYA 31 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pelantikan Presiden MIC, Datuk G.Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-65 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini. "Sekarang MIC perlu melakukan tugasnya dengan baik dan kami (kerajaan) boleh melakukannya dengan baik untuk menunjukkan keikhlasan kami. Selaras dengan komitmen kami untuk bekerjasama rapat dengan masyarakat India, saya mengusulkan untuk menjadikan G.Palanivel sebagai menteri penuh,” katanya. Sebelum ini, Palanivel adalah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Palanivel dilantik sebagai senator pertengahan tahun lepas. Pada pilihan raya umum Mac 2008, beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor. Sementara itu, Najib mahu MIC dilihat sebagai sebuah parti yang kuat dan menjadi pilihan utama masyarakat India di negara ini. Justeru, Perdana Menteri mengingatkan anggota MIC supaya bersatu padu dan tidak berpuak-puak kerana mereka mempunyai peranan untuk berkhidmat kepada masyarakat India, sekaligus dapat menarik sokongan kaum itu terhadap Barisan Nasional (BN). "Kalau kita hendak menentukan MIC parti pilihan utama kaum India di negara ini, MIC mesti bersifat inkslusif dan mesti merupakan sebuah parti di mana tidak ada puak dalam MIC. Perlu ada satu MIC sahaja. "Kalau kita tengok perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura, kita tengok walaupun kita ada penyerang yang hebat...kalau pertahanan lemah..gol kita bocor. Kita tidak berjaya. "Maknanya kalau MIC mahu kuat, kepimpinan di semua peringkat mesti bergerak sebagai satu pasukan yang padu. Barulah MIC akan jadi sebuah parti yang kuat” katanya.

[Pengumuman yang sungguh mengejutkan ini jelas sekali menggambarkan bahawa Perdana Menteri mula menyedari kepentingan kaum India dalam memastikan kemenangan BN pada pilihanraya umum akan datang. Namun, amat menyedihkan bilamana masih ramai kaum India yang tinggal di estet-estet yang tidak mempunyai dokumen yang sah sebagai rakyat Malaysia termasuk surat beranak dan kad pengenalan. Soalnya, kenapa selepas 50 tahun BN berkuasa nasib kaum India masih seperti ini?. Berdasarkan kepada kempen pendaftaran yang dilakukan oleh kerajaan baru-baru ini, lebih 15,000 yang telah berbuat demikian. Ini satu angka yang sungguh luar biasa dan tidak wajar berlaku dalam negara demokrasi seperti Malaysia hari ini. Nampak benar kaum India terpinggir dari arus pemodenan itu sebenarnya. Kenapa bila sudah terhimpit baru kerajaan mahu lakukan sesuatu?. Apakah selama ini PM tidak sedar bahawa masyarakat kaum India itu amat memerlukan pembelaan sewajarnya?].

Saturday, July 30, 2011

Gara-Gara Mahu Di Bunuh Jika Masyarakat Tidak Boleh Menerima Beliau, Akhirnya Allah Jua Yang Telah "Mengambil Nyawa Ashraf Hafiz" Pagi Tadi!

KUALA TERENGGANU, 30 Julai - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz (foto), yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi. Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor. Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan. Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'. Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu. Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.


Kenyataan Ashraf yang mahu dibunuh jika masyarakat tidak terimanya
Akhirnya Allah Taala jua yang lebih berkuasa mengambil nyawa beliau

[Kadang-kadang bila kita berkata-kata, maka kita perlu lihat juga akibatnya. Ramai yang mengeluarkan kenyataan seperti beliau ini sebenarnya. Mungkin Allah tidak mahu hidupnya lebih tersiksa dengan apa yang dilalui akibat kesilapannya sendiri. Soalnya sekarang, di manakah jenazah beliau mahu dikebumikan. Beliau seorang lelaki, sedangkan dia sudah mengaku menukar jantina?. Inilah yang memusykilkan kita sebenanrya. Kes yang berlaku terhadap Ashraf ini memang terjadi di mana-mana. Semakin ramai "mak nyah atau pondan" yang sanggup membuat pembedahan menukar jantina sekarang ini. Di Pahang, hukuman terhadap golongan ini agak longgar. Ini menyebabkan semakin hari semakin ramai pondan-pondan yang berkeliaran menjalankan operasi maksiatnya di bandar ini. Ramai juga dikalangan mereka yang telah menukar jantina sebenarnya. Malah, kes pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah "Miss Tourism Pahang 2010" di Hotel Vistana yang pernah kami dedahkan dulu juga masih belum mendapat respon positif daripada pihak berkuasa. Mungkin hanya kerana ia melibatkan anak bekas seorang pemimpin UMNO Pahang (foto) agaknya. Jika inilah keadaannya, maka semakin ramai pondan akan mencari makan dan bebas menjalankan aktivitinya di bandar ini. Sesuatu perlu dilakukan sekarang. Harapan kita pondan-pondan akan mengambil ikhtibar atas kejadian yang berlaku kepada Ashraf ini hendaknya dan ingatlah daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki." (Riwayat al-Bukhari)].

Memalukan: Blogger UMNO Si Semut Hitam Perlu Kaji Fakta Sebelum Kata Pembangkang Bankrap !

Kami amat tertarik tatkala melihat blogger UMNO Pahang mempertahan dan membicarakan soal Lynas. Dalam posting terbaru hari ini oleh blogger semuthitam di blog pahangku yang bertajuk "Pembangkang Pahang Bankrap", jelas sekali menunjukkan mereka sebenarnya tidak faham apa-apa fakta pun tentang apa yang mereka tuliskan. Amat malang sekali bila blogger seperti ini dilatih khas untuk mempertahankan Kerajaan Negeri Pahang dalam isu panas seperti ini sebenarnya. Nampak benar begitu dangkal tahap mentaliti dan pengetahuan mereka tentang isu yang diperkatakan itu. Dalam artikel tersebut blogger terbabit secara jelas beliau mengatakan "Seperti yang dah dijelaskan sebelum ini. Puak - puak Pakatan Pembangkang di Negeri Pahang ni memang bankrap. Diorang bankrap idea. Dalam erti kata lainnya, diorang ni MISKIN. Miskin dengan idea, miskin dengan sokongan dan miskin dalam pengetahuan mengenai pentadbiran. Maka sebab itu la diorang sering bertanya benda yang bukan - bukan. Sebagai contoh, isu Lynas ni. Isu ni dah selesai sebenarnya. Rakyat dah tahu bahawa apa yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang selama ini hanyalah penipuan semata - mata". Beliau juga turut mengatakan "Sampaikan ada dikalangan ahli mereka sendiri yang turut mengakui perkara ini. Dan mereka juga turut memberi kebenaran untuk anak - anak mereka memohon kerja di kilang tersebut. Tapi disebabkan tembelang mereka dah pecah, jadi puak - puak Pembangkang Haramjadah ni cuba nak cari isu lain yang dapat dibangkitkan. Salah satu cubaan terbaru mereka ialah mengenai pengecualian cukai selama 12 tahun yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Syarikat Lynas tu. Itu yang Semut kata diorang ni miskin dalam ilmu pengetahuan. Bukan kilang Lynas ni je yang dapat pengecualian cukai ni. Semua kilang pun dapat", tambah beliau.


Bukti, kenyataan yang dibuat dalam artikel terbarunya di Pahangku
Namun, dalam keadaan sedar atau tidak blogger terbabit telah memperbodohkan dirinya sendiri apabila membicarakan isu ini. Beliau secara jelas mengatakan Lynas menawarkan 20 ribu peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Fakta mana yang diperolehi pun kita tidak tahu. Tiba-tiba begitu mudah mengeluarkan fakta seperti itu. Ini kerana Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan (MITI) berkali-kali mengatakan Lynas hanya menawarkan 450 peluang pekerjaan selama ini. Malah, CEO Lynas, Nick Curtis sendiri mengakui bahawa kilangnya bakal memberi peluang kerja kepada 450 rakyat tempatan. Cuma apa yang difahamkan, jumlah pekerja mencecah 3,000 hingga 5,000 orang ketika proses pembinaan kilang tersebut dijalankan. Itu pun bukan semua rakyat tempatan yang digunakan. Majoritinya adalah buruh asing yang diimport khas untuk bekerja di situ. Peluang 450 pekerjaan hanyalah selepas kilang itu beroperasi kelak. Itu pun, sudah pasti bukan semua rakyat tempatan yang akan mengisi kekosongan tersebut. Sudah pasti Lynas akan membawa juga pekerja luar yang lebih berpengalaman untuk membantu operasi mereka. Disini jelas sekali Blogger semuthitam, bercakap tidak merujuk kepada fakta sebenarnya. Mungkin dek kerana terlalu ghairah untuk mempertahankan projek tersebut atau dia sendiri sudah terkena "radiasi Lynas" agaknya. Malah, kenayataan kononnya isu Lynas sudah selesai amatlah tidak wajar sama sekali. Ia mungkin selesai dimata kerajaan tetapi tidak di mata rakyat. Banyak perkara dan rahsia yang masih belum terjawab sehingga ke hari ini. Apakah ini namanya sudah selesai?.

[Buat blogger semuthitam, eloklah belajar melihat fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang cukup memalukan selepas ini. Jangan malukan Kerajaan Negeri Pahang melalui tulisan dangkal yang langsung tidak dapat mencerna minda rakyat. Sudahlah tulisan yang sering memaki hamun dan berkata lucah sering kali dikeluarkan oleh beliau selama ini. Kami melihat jika blogger sebegini digunakan untuk mengembalikan kepercayaa rakyat terhadap kerajaan maka akhirnya "masuk anging keluar asap". Tulisan mereka langsung tidak memberi kesan mendalam dihati rakyat dan nampak benar mengampu sebenarnya. Oleh itu, kerajaan negeri perlu melahirkan lebih ramai blogger yang lebih profesional dan mempunyai etika dalam penulisan mereka jika mahu rakyat percaya apa yang diperkatakan. Tindakan membenarkan penulis upahan yang "hentam kromo" seperti ini akan menyebabkan rakyat tertawa dengan apa yang didedahkan sebenarnya. Ingatlah, isu Lynas adalah satu kes besar yang akan menyebabkan BN kehilangan majoriti pengundi Cina pada Pilihanraya Umum akan datang. Jika BN gagal lakukan sesuatu, pasti mereka akan terperangkap kali ini. Berhati-hatilah!].

Warta Pahang Daripada Pelbagai Sumber Media

Mulai sekarang Pahang Daily Online (PDO) akan menyiarkan berbagai informasi dan maklumat tentang Pahang menerusi ruangan Warta Pahang yang kami wujudkan. Berita yang dipaparkan adalah berkaitan isu semasa dan hal ehwal dalam negeri Pahang sahaja. Dengan berita ini ia akan mendekatkan lagi rakyat Pahang seantero dunia dengan kampung halaman masing-masing. Kepada anda yang ingin menghantarkan bahan berita dan maklumat yang tidak bertujuan komersial, sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com (sertakan gambar dan maklumat berkaitan) untuk memudahkan segala urusan yang berkenaan. Harap Maklum

MB, Kerajaan Negeri Tidak Abaikan Aduan Rakyat


JERANTUT - Kerajaan negeri tidak mengabaikan setiap aduan yang disampaikan oleh rakyat bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob berkata, pihaknya memahami keperluan dan permasalahan yang dihadapi rakyat di luar bandar dan pedalaman khususnya penyediaan kemudahan asas termasuk bantuan pendidikan."Sejak mengadakan lawatan ke beberapa daerah di Pahang Barat awal bulan ini, masalah yang sama diadukan kepada saya berkaitan kemudahan asas, memohon hak milik tanah, bekalan air, elektrik dan kebajikan lain. "Saya bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, wakil rakyat dan pegawai daerah segera menangani masalah itu dalam sesi pertemuan dan amat memahami masalah yang mereka hadapi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua kampung, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komponen parti BN, di sini kelmarin. Menurut Adnan, kerajaan negeri mahu permasalahan rakyat didengari dengan lebih telus dan tindakan segera diambil dengan kerjasama wakil rakyat dan agensi kerajaan. Sehubungan itu, katanya, ketua jabatan di peringkat negeri dan daerah tetap berusaha sebaik mungkin untuk menyiapkan segera sesuatu projek mengikut jadual walaupun berhadapan sedikit kelewatan. sumber

Ribut Serta Angin Kencang Melanda Lepar Hilir

KUANTAN - Sebanyak 113 buah rumah di Gugusan Felda Lepar Hilir dekat sini rosak akibat dilanda ribut dan angin kencang petang semalam. Kejadian pada pukul 4.15 petang itu melibatkan kerosakan 92 buah rumah di Felda Lepar Hilir 1, Lepar Hilir 4 (11) dan Taman Saujana (10). Timbalan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Abdul Rahman Inoh berkata, kejadian itu berlaku dalam tempoh tidak sampai lima minit menyebabkan bumbung rumah mereka diterbangkan angin kencang. "Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diminta menghulurkan bantuan kepada mangsa selain meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) memutuskan bekalan elektrik buat sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dibuat," katanya. Abdul Rahman menambah, Felda akan turut memberi bantuan segera kepada mangsa ribut bagi meringankan beban mereka. Dalam pada itu, seorang mangsa, Zakiah Abdul Rahman, 51, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang dekat sini. "Ketika itu, suami saya seorang diri berada di rumah dan sebaik sahaja sampai, saya terkejut melihat bumbung di bahagian dapur diterbangkan angin," katanya sambil bersyukur suaminya selamat dalam bencana itu. Seorang lagi mangsa, Saluma Mat Alim, 50, memberitahu, semasa kejadian dia sedang menonton televisyen dan tiba-tiba berlaku angin kencang menyebabkan dia segera selamatkan diri bersama anak lelakinya. sumber

Peneroka Tembagau Dapat Duit Tanam Semula

BERA - Lebih 500 peneroka Felda Tembangau 1 dan 2, dekat sini akan menerima wang tanam semula antara RM9,000 dan RM13,000 berikutan menukar tanaman mereka daripada getah kepada kelapa sawit. Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (foto) berkata, pengurusan Felda sedang menyiapkan penyata terakhir bagi membolehkan bayaran itu dibuat dalam tempoh terdekat dan ia bergantung kepada kadar jualan hasil peneroka kepada agensi tersebut sebelum ini. ''Segala masalah peneroka akan diatasi secara baik dan berhemah walaupun kadangkala berlaku kelewatan berikutan masalah teknikal serta terpaksa meneliti secara rapi bagi mengelakkan pelbagai masalah berbangkit di kemudian hari. ''Peneroka jangan terus menuding jari kepada Felda atau termakan hasutan pihak luar jika menghadapi sesuatu masalah tetapi perlu beri peluang kepada kakitangan agensi itu untuk menyelesaikannya," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Peneroka peringkat Wilayah Mempaga di Felda Tembangau 1, di sini kelmarin. Ismail yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, pengurusan Felda prihatin dengan masalah yang dihadapi peneroka. Begitupun, katanya, jika peneroka membawa masalah mereka kepada pihak luar, ia hanya akan menyulitkan keadaan terutamanya membabitkan kewangan dan sebagainya. Beliau berharap, warga peneroka bersyukur kerana dengan menyertai Felda, terbukti mereka berjaya mengubah taraf kehidupan. sumber

[Artikel yang disiarkan di sini adalah dipetik daripada pelbagai sumber media. Kami tidak mengubah isi artikel terbabit untuk memberi peluang kepada pembaca menilai dan membuat perbandingan isu-isu yang dipaparkan. Kepada pembaca terutamanya rakyat Pahang yang mempunyai apa saja berita menarik di kawasan masing-masing, anda bolehlah menghantar berita dan artikel tersebut ke pahangdaily@yahoo.com untuk disiarkan. Seelok-eloknya, serta sekali gambar-gambar yang berkaitan supaya ia lebih menarik. Harap Maklum].

Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Menolak Alasan Wan Ahmad Tentang Had Waktu Kempen 21 Hari

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan (foto) secara dasarnya menolak alasan yang diberikan oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berhubung dengan tempoh had masa 21 hari jangka waktu berkempen pilihanraya. "Tempoh (kempen) 21 hari boleh diguna untuk pastikan rakyat dapat maklumat, khususnya mengenai calon. Ya, pengundi boleh tahu semua mengenai parti tersebut tapi (apabila) tempoh pendek ia tidak cukup untuk mengenali calon,” tegas beliau. Beliau turut terlibat dalam wacana yang disertai Wan Ahmad di Petaling Jaya petang semalam. Sepanjang wawacana bersama wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean, Datuk Muhammad Mohd Shafee Abdullah itu, Wan Ahmad sekali lagi difahamkan meletakkan segala keresahan rakyat terhadap ketelusan pilihanraya kepada kuasa-kuasa terhad yang diberikan kepada SPR. Katanya SPR hanya sebagai sebuah badan yang mengendalikan pilihan raya selain memantau poster yang dinaikkan oleh parti-parti yang bertanding. Keberkesanan SPR bergantung sepenuhnya terhadap sejauh mana pejabat Peguam Negara dan Parlimen mencadang dan meluluskan pindaan undang-undang yang ada sekarang, jelas beliau. "Ianya amat susah untuk puaskan hati semua orang bila anda berada di tengah-tengah," kata beliau. Seperti wacana Selasa lalu, Wan Ahmad menegaskan pihaknya tidak mempunyai kuasa-kuasa penguatkuasaan dan ia hanya sebuah badan yang menguruskan pilihan raya. Justeru beliau berkata aduan-aduan mengenai pembelian undi, sogokan dan rasuah politik semasa kempen pilihanraya harus dirujuk kepada SPRM dan bukan pihaknya. "Tidak pernah SPR ambil tindakan orang yang rasuah dalam pilihan raya ke mahkamah. SPRM ada (kuasa) untuk mendakwa," ujar beliau.

[Ambiga menggesa SPR untuk bangkit mempertahankan kewibawaannya sebagai sebuah badan yang bebas dari pengaruh mana-mana pihak, baik kerajaan atau pembangkang. Beliau mahukan SPR menguatkuasakan Perkara 115(2) Akta Pilihan Raya 1958 SPR. Ia memberikan SPR kuasa untuk melantik pasukan penguatkuasa untuk bertindak terhadap pihak yang mengamalkan rasuah dan kesalahan lain semasa PRU. "Akta Pilihan Raya beri kuasa kepada SPR kerana ia menyebut pasukan penguatkuasa SPR berhak 'pastikan undang-undang bertulis diikuti pihak terlibat,' kata beliau. “Jadi mereka berhak panggil pihak berkuasa terlibat untuk bantu mereka jika mereka lihat aktiviti yang menyalahi akta itu. Mereka lihat dan mereka boleh lapor kepada polis atau sesiapa,” tambah Ambiga lagi].

SPR Akhirnya Berjanji Menetapkan Tempoh Lebih Seminggu Sebagai Jangka Waktu Kempen PRU-13 !

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya berjanji menetapkan tempoh lebih dari seminggu sebagai jangka waktu berkempen untuk pilihanraya umum ke-13 ekoran desakan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat. “Kita akan menetapkan tempoh kempen yang sesuai untuk kepuasan hati semua orang. Itu tidak ada masalah. Jangan anggap kempen (adalah untuk) 7-8 hari. Itu perkara sejarah,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto). Beliau berkata pihaknya bagaimanapun tidak dapat memenuhi tuntuan supaya janga masa berkempen ditetapkan selama 21 hari kerana menurut beliau, polis tidak memberi kerjasama. "Polis tidak dapat bekerjasama selama 24 jam (untuk 21 hari) kerana ianya tempoh yang lama," ujar beliau di forum Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM) di Petaling Jaya petang semalam (29 Julai). Jangka masa kempen pada PRU sebelum ini adalah antara seminggu hingga sembilan hari yang disifatkan parti pembangkang sebagai tidak memadai. Sebelum bersetuju menetapkan tempoh kempen yang lebih lama, Wan Ahmad mendakwa tidak ada keperluan mengadakan tempoh berkempen panjang kerana parti politik yang bertanding sudah pun dikenali pengundi. Gabungan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat lantang mendesak SPR menetapkan tempoh berkempen 21 hari untuk membolehkan mesej parti-parti politik sampai ke akar umbi. Keperluan itu amat penting khususnya di Sabah dan Sarawak yang mempunyai kekangan lojistik serta berkepadatan penduduk tinggi di pendalaman.

[Sebenarnya dalam hal ini, SPR tidak perlu berdolak dalih kononnya rakyat sudah kenal parti bertanding maka mereka tidak perlu kempen yang panjang. Jika itu keadaannya, rakyat sudah kenal kerajaan BN maka mereka tidak perlulah turun berkempen. Masalahnya, kempen perlu bagi menghindari rakyat yang dirasuah oleh BN itu pada setiap kali pilihanraya. Walau pun mereka kenal parti yang bertanding, tetapi apabila dihulurkan wang ringgit dan berbagai imbuhan ketika berkempen maka akhirnya mereka terpaksa undi BN. Sebab itulah kempen diperlukan untuk memulihkan kembali jiwa dan minda mereka yang cuba dipesongkan oleh parti-parti tertentu. Soal pembangkang sudah selalu berkempen melalui ceramah sepanjang tahun seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak. Itu tidak mencerminkan informasi boleh sampai kepada rakyat secara keseluruhannya. Ia hanya sampai kepada kelompok terbabit sahaja. Jika SPR mahu adil dan kempen pendek maka mereka perlu beri ruang yang sewajarnya kepada pembangkang untuk berkempen di RTM sama seperti BN. Alasan RTM perlu mewar-warkan agenda BN sahaja adalah tidak tepat kerana peruntukan Kementerian Penerangan dibuat menerusi Bajet setiap tahun. Ini bermakna ia menggunakan duit rakyat. Maka itu, wajarlah rakyat diberi peluang sama rata untuk menerima maklumat dari parti yang disokong mereka. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh SPR].

Friday, July 29, 2011

Majlis Perbandaran Kuantan Di Harap Wajibkan Juga Peniaga 'Tutup Aurat' Di Samping Menutup Makanan Masing-Masing Di Bulan Ramadan Ini !

KUANTAN, 29 Julai - Berkuat kuasa 1 Ramadan ini, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mewajibkan semua 1,431 peniaga bazar Ramadan menggunakan bekas makanan bertutup bagi meningkatkan aspek kebersihan. Sebelum ini, ada di kalangan peniaga yang tidak menitikberatkan aspek kebersihan makanan dengan membiarkannya terdedah kepada habuk dan lalat sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelanggan. Malah, tinjauan dilakukan sendiri Yang Dipertua MPK, di sebuah bazar Ramadan tahun lalu, mendapati aspek kebersihan tidak diutamakan sebahagian besar peniaga dan beliau sendiri turut mengesan terdapat lalat dalam bekas air minuman yang dijual. Ketua Bahagian Penjaja MPK, Mohammad Hamzan Ibrahim (foto), berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang enggan mematuhi syarat ditetapkan. "Kita akan memberi amaran terlebih dulu sebelum menarik balik permit berniaga mengikut Undang-Undang Kecil Penyediaan dan Pengendalian Makanan MPK 1993 jika peniaga terus berdegil enggan menggunakan bekas makanan dan minuman bertutup. "Pada masa sama, kita akan memastikan mereka mematuhi semua peraturan ditetapkan termasuk mempamerkan kad kesihatan, pemakaian apron dan penyediaan tong sampah," katanya. MPK menyediakan 30 tapak gerai termasuk Beserah, Balok, Taman Tas, Sungai Isap, Cenderawasih dan Stadium Darul Makmur sepanjang bulan puasa. Sementara itu, peniaga yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan itu berdepan tindakan tegas oleh pihak MPK. Sementara itu, seorang peniaga air dan keropok, Roslan Mustapha, 45, menyambut baik saranan MPK yang mewajibkan para peniaga menggunakan bekas makanan bertutup.

MPK juga diminta bertegas supaya pekerja bazar menutup aurat masing
masing bagi menghormati kesucian bulan Ramadhan yang mulia ini

[Tindakan mewajibkan peniaga menggunakan bekas makanann tertutup amatlah baik sekali untuk menjamin kualiti dan meningkatkan aspek kebersihan. Namun, dalam masa yang sama juga pihak MPK perlulah bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk mewajibkan juga para peniaga dan pekerja wanita mereka menutup aurat ketika menjalankan urusan perniagaan. Apa yang dapat dilihat pada setiap tahun ialah ramai pekerja yang tidak menutup aurat dan gemar berpakaian seksi hingga menjolok mata. Mana lebih afdal daripada menutup makanan dengan menutup aurat kepada wanita Islam itu sendiri. Kita tidak mahu bazar Ramadhan dijadikan tempat untuk memperagakan tubuh seksi masing-masing. Apakah kita mahu kejadian ribut taufan (video TV3) seperti yang melanda bazar ramadhan tahun lalu berlaku lagi pada tahun ini. Peringatan telah diberikan oleh Allah, justeru itu berhati-hatilah demi menjaga pahala puasa umat Islam yang lain pada bulan Ramadan ini nanti].

Perhimpunan Agung UMNO 2011 Bakal Di Adakan Mulai 29 November Hingga 3 Disember Tahun Ini

KUALA LUMPUR 29 Julai - Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember tahun ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) yang juga Presiden UMNO berkata, perhimpunan dimulakan dengan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pada 29 November. "Perhimpunan Agung pula diadakan pada 1 hingga 3 Disember,” katanya pada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn di sini. Beliau berkata, sempena perhimpunan lima hari itu, satu forum antarabangsa bersama-sama delegasi luar negara akan diadakan. Dalam perkembangan lain, Najib berkata mesyuarat MT hari ini memutuskan untuk menarik balik penggantungan enam anggota UMNO. Empat daripada mereka ialah dari Bahagian Rantau Panjang, Kelantan iaitu Datuk Mohd. Zain Ismail (bekas Ketua UMNO bahagian); Ghazali Ismail (bekas Timbalan Ketua bahagian); Fauziah Che Wok (bekas Ketua Wanita Bahagian) dan Fauzi Omar (bekas Ketua Pemuda Bahagian) yang digantung keanggotaan selama tiga tahun pada September 2008. sumber

[Tindakan UMNO mengadakan Perhimpunan Agung parti itu pada penghujung tahun ini memberi gambaran bahawa Pilihanraya Umum mungkin tidak akan berlaku pada awal November seperti yang dijangka oleh ramai pihak. Ini bermakna PRU-13 pasti akan diadakan pada tahun 2012 nanti sebenarnya. Apapun, semua pihak diminta bersedia dann tidak boleh terlalu terpengaruh dengan keputusan UMNO ini. Mungkin ada perubahan di saat-saat akhir yang bakal mengejutkan semua pihak. Perhimpunan Agung UMNO pada kali ini kemungkinan besar akan dijadikan landasan untuk mengatur strategi bagi memperkukuhkan jentera parti itu dalam menghadapi pilihanraya. Selamat bersidang buat UMNO !].

Perdana Menteri Mahu Badan Politik Serta Sayap Parti Ambil Pendekatan Baru Tangani Isu Rakyat

KUALA LUMPUR 29 Julai - Badan-badan politik dan sayap-sayap parti digesa mengambil pendekatan berasaskan ”model politik baru” berbanding cara konvensional dalam usaha mereka menuntut kerajaan melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah rakyat yang difikir perlu dilakukan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) berkata, langkah itu merupakan satu daripada cabang transformasi politik yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan ketika ini. Beliau berkata, mengikut cara konvensional, lazimnya suatu usul ataupun ketetapan dibuat oleh parti politik atau sayapnya bagi mendesak kementerian yang berkenaan atau kerajaan bagi melaksanakan sesuatu yang difikirkan perlu. "Sebaliknya melalui model politik baru, badan-badan politik dan sayap-sayap dalam pertubuhan seperti Barisan Nasional (BN) dianjur mengambil inisiatif untuk mengadakan sesuatu program yang hasilnya akan dapat menyelesaikan isu dan masalah rakyat yang dibangkitkan. "Dengan cara ini, kita akan mendekatkan parti dengan rakyat, (dan) rakyat tidak perlu bergantung kepada pihak lain,” katanya yang juga Pengerusi BN ketika melancarkan Pameran Program Miliki Rumah Sendiri Pemuda BN (BNYHOPE) 2011, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. sumber

[Satu pendekatan baru yang sepatutnya sudah lama diamalkan oleh pemimpin UMNO BN sebenarnya. Tindakan "bermusuh" dengan rakyat yang tidak menyokong parti itu dalam pilihanraya akan menyebabkan mereka semakin menyampah dan benci kepada kerajaan itu sendiri. Maka, langkah terbaik ialah melakukan perubahan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Jika tidak rakyat yang sudah "menolak BN" akan terus menolak parti itu pada pilihanraya umum akan datang. Tindakan menyekat peruntukan dan menahan kebajikan rakyat yang tidak menyokong BN menyebabkan mereka semakin menjauhkan diri daripada parti itu. Malah, tindakan tersebut telah menyebabkan tanggapan negatif terhadap kerajaan semakin bertambah-tambah. Politik "suku-suku" sudah tidak relevan di negara kita sebenarnya. Rakyat perlu dilayan secara adil dan saksama tanpa membezakan fahaman politik masing-masing. Jika ini dilakukan nescaya rakyat akan kembali menyokong kerajaan UMNO BN itu akhirnya].

Semua Enam Tahanan ISA Anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) Telah Di Bebaskan Petang Tadi !!

KUALA LUMPUR, 29 Julai - Semua enam tahanan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan sejak 28 hari lalu mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat dibebaskan petang tadi. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan media ringkas berkata berikutan pembebasan mereka ini, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara. "Polis Diraja Malaysia mengumumkan bahawa keputusan telah dibuat untuk membebaskan semua enam orang yang telah ditangkap pada 2 Julai lalu, di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang, di bawah Ordinan Darurat," katanya. Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di Balai Polis Jinjang. Mereka yang dibebaskan itu termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50,Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25. Mereka yang dikenali sebagai PSM6 itu pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis dakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.


Pembebasan enam tahanan terbabit disambung gembira oleh keluarga
[Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir. Sebelum ini, pelbagai pihak membidas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana meneruskan tahanan berkenaan. Selain pemimpin Pakatan Rakyat, Presiden MIC Datuk G Palanivel juga semalam menuntut pembebasan mereka kerana mendakwa tindakan itu menarik “perhatian dunia” dan mungkin memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang. Turut menuntut Kerajaan Malaysia supaya membebaskan Jeyakumar adalah Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang dianggotai lebih 13,000 pengamal profesyen perubatan]. sumber

Isu Lynas: BADAR Hantar Memo Bantahan Rasmi Ke Pejabat Menteri Besar Pahang Pada Rabu Lalu

KUANTAN, 29 Julai - Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR) telah menghantar memorandum bantahan Lynas ke Pejabat Menteri Besar Pahang pada Rabu lalu. Penyerahan memo diketuai oleh Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar (foto) dan Andansura Rabu (Pengerusi BADAR). Zulkifli dalam sidang medianya menyatakan walau pun ada pembangunan yang dikata boleh menguntungkan, tetapi dalam masa yang sama kerajaan perlu menilai kehendak rakyat juga. "Apa yang berlaku hari ini, rakyat khususnya di kawasan Indera Mahkota, Balok dan Gebeng serta sebahagian besar yang hampiran telah dipaksa terima projek ini. Projek yang dianggap berbahaya kepada rakyat. Projek ini difahamkan projek berbahaya yanga kan meninggalkan kesan radioaktif kepada masyarakat di kawasan ini", katanya. Beliau turut menegaskan, satu pertemuan dengan pihak MITI telah dibuat pada minggu lepas, dan telah menyatakan kebimbangan atas beberapa faktor akibat pembinaan kilang Lynas termasuk keterlibatan Kerajaan Persekutuan yang membenarkan projek itu berjalan. "Kesilapan kerajaan persekutuan membenarkan Lynas dibawa masuk dengan perlepasan cukai selama 12 tahun sedangkan syarikat terbabit akan mengaut untung sehingga RM8 bilion setahun. Bagaimana kerajaan boleh beri perlepasan cukai tersebut. Inilah yang menjadi persoalan kepada kita. Jika ini situasinya, apakah keuntungan yang boleh diperolehi oleh Kerajaan Negeri?. Kalau dari segi ekonomi, apa faedahnya pada masa hadapan", tambah beliau lagi.


Sempat bergambar sebelumpenyerahan memorandum tersebut di buat

Mengecewakan, tiada seorang pun pegawai dari Pejabat MB Pahang yang
sanggup menerima memo itu, akhirnya ia diserahkan kepada pengawal

["Bila Kerajaan Persekutuan sudah jelas mengatakan projek itu tidak dikenakan cukai selama 12 tahun, apa tindakan Kerajaan Negeri?. Apakah mereka hanya tutup mata .. ada projek masuk" katanya lagi. Difahamkan pihak terbabit akan membuat satu laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu ini. "Kita akan buat laporan bagaimana kemasukan projek ini ke negeri Pahang dan bagaimana Kerajaan Pusat boleh memberi keistimewaan perlepasan cukai selama 12 tahun kepada syarikat terbabit", tambah Zulkifli lagi].

Panas: Isu Cincin Berlian "RM24.4 Juta", Rosmah Mansor Dakwa Ia Fitnah Sedangkan Pendedahan Oleh Chegubard Siap Dengan Dokumen Lengkap !

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya isu pembelian cincin berlian berharga RM24 Juta seperti yang dihebohkan di laman-laman blog baru-baru ini sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya. Beliau berkata demikian di Pokok Sena, Kedah semasa mengikuti lawatan kerja suaminya Najib Razak ke sana semalam. "Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh). “Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). “Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya. Soalnya sekarang, jika benar dakwaan itu fitnah maka Rosmah sepatutnya mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mendedahkannya. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan dakwaan itu pada 16 Julai lalu. Malah, laporan itu turut disertakan sekali dengan dokumen berkenaan sebagai bukti. Malah berlian yang dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke negara ini. Chegubard juga mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.


Bukti, dokumen yang diperkatakan klik untuk lihat kesemua dokumen
[Adakalanya kebenaran akan dianggap fitnah apabila mereka yang membongkarkan dokumen berkenaan ditekan dan diarahkan mengaku sebaliknya. Malah, ada kes yang mana dokumen berkenaan tidak digunakan sebagai bahan bukti kukuh sesuatu kes itu berlaku atau tidak. Inilah yang berlaku di Malaysia sebenarnya. Jika apa yang dinyatakan oleh Chegubard itu satu fitnah, maka bagaimana dokumen kastam ini boleh terlepas dan disertakan dalam laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Masalahnya, apakah SPRM berani untuk menyiasat Rosmah sedangkan beliau itu adalah "wanita nombor satu negara" dan merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri. Akhirnya, perkara yang disertakan dengan bukti lengkap ini akan menjadi fitnah bila orang yang didakwa mengatakan ia fitnah. Tetapi, rakyat tidak bodoh dan dangkal untuk menilai sebenarnya. Mereka lebih tahu yang mana intan dan yang mana kaca. Tunggu PRU-13 nanti untuk mereka membuktikannya].

Kontroversi: Keluarga Nafi Lelaki Dalam Rakaman CCTV Di Tayang Polis Adalah Baharuddin Ahmad !

KUALA LUMPUR, 29 Julai - Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad semalam tampil menafikan lelaki dalam rakaman CCTV (foto) yang ditayangkan polis di saluran televisyen perdana adalah beliau. Menurut anak saudaranya, Azhar Kassim, pihak keluarga menolak sekeras-kerasnya lelaki dalam video tersebut adalah arwah Baharudin dan mereka juga kesal dengan tindakan polis menayangkan video itu “Video itu bukan arwah, kami menafikan sekeras-kerasnya itu adalah beliau. Setakat ini pihak peguam keluarga memperincikan beberapa alasan kami menolak bahawa itu adalah Baharudin. Mulanya gambar yang ditunjuk, pakai seluar jeans, tapi masa dibawa keluar pakai seluar hitam. Tapi keluarga menegaskan bahawa semasa keluar dari rumah untuk ke perhimpunan Bersih, arwah pakai baju putih berseluar hitam. Kalau tengok video itu, rupa yang kononnya Baharudin adalah cengkung, tapi muka sebenar arwah bentuk bulat. Manakala cara jalan arwah tidak sama, kami percayai arwah sebelum ini jatuh berdekatan KLCC, takkan boleh berlari masuk. Sepatutnya polis berbincang dengan keluarga dan peguam sebelum keluarkan video itu, ini sedang mengganggu siasatan. Tindakan polis hanya mahu melepaskan batuk di tangga, nak senang semuanya” kata Azhar.

Video asal yang telahpun ditayangkan oleh pihak polis kepada pihak media
[Dengan pendedahan terbaru ini pasti ia akan menambahkann lagi kontroversi berkenaan tindakan pihak polis terhadap peserta Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu. Penafian yang dibuat oleh ahli keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad ini nyata amat mengejutkan sebenarnya. Tambahan pula video yang ditayangkan oleh pihak polis itu disebarkan kepada orang ramai selepas tiga minggu perhimpunan berlaku. Dengan pendedahan ini juga kini rakyat boleh membuat penilaian, antara kenyataan dan kebenaran yangs epatutnya diketahui oleh rakyat. Sewajarnya, pihak polis membuat tayangan lebih awal dan tidak menunggu selepas rakyat sudah melihat banyak video berkaitan beberapa jam selepas kejadian itu berlaku. Kini kita menantikan maklumat lanjut tentang isu ini].

Eksklusif: Info Cyber Warta Selangor 29 Julai 2011


Warta Pahang Daripada Pelbagai Sumber Berita

Mulai hari ini, Pahang Daily Online akan menyiarkan berbagai informasi dan maklumat tentang Pahang menerusi ruangan Warta Pahang yang kami wujudkan. Berita yang dipaparkan adalah berkaitan isu semasa dan hal ehwal dalam negeri Pahang sahaja. Dengan berita ini ia akan mendekatkan lagi rakyat Pahang seantero dunia dengan kampung halaman masing-masing. Kepada anda yang ingin menghantarkan bahan berita dan maklumat yang tidak bertujuan komersial, sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com (sertakan gambar dan maklumat berkaitan) untuk memudahkan segala urusan yang berkenaan. Harap Maklum

MPK Gesa Alam Flora Lunas Hutang Tertunggak

KUANTAN, 28 Julai - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mendesak syarikat pengurusan sisa pepejal Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) melunaskan hutang tertunggak sebanyak RM4.5 juta sejak 15 tahun. Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob (foto) menegaskan, sebagai langkah permulaan, MPK akan memotong bayaran daripada bil kutipan sampah dan sisa pepejal berjumlah RM1.6 juta yang dibayar kepada syarikat itu setiap bulan. "Berdasarkan perjanjian, Alam Flora perlu menjelaskan jumlah itu tetapi hingga kini, mereka masih belum berbuat demikian sebaliknya ingin meminta pengurangan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MPK semalam. Zulkifli menegaskan, MPK perlu mendapatkan kembali hutang itu kerana berkuat kuasa 1 September ini, segala urusan berkaitan kutipan sampah akan dikendalikan sepenuhnya Perbadanan Pengurusan Sistem Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA). Sekiranya hutang itu gagal dikutip sebelum tarikh berkenaan, jelasnya, pihaknya akan sukar mendapatkan balik wang tersebut selepas PPSPPA mengambilalih urusan kutipan sampah tersebut. Jelas beliau, Alam Flora juga gunakan aset MPK dalam urusan kutipan sampah dan sisa pepejal di daerah ini sejak 1997. "Sejak mengambil alih urusan kutipan sampah dan sisa pepejal 15 tahun lalu, Alam Flora ambil beberapa aset MPK seperti lori sampah," katanya lagi. sumber

Kemudahan Dekat Stesen Keretapi Di Naik Taraf

MENTAKAB 28 Julai - Kerajaan membelanjakan hampir RM950,000 bagi menaik taraf kemudahan awam berhampiran stesen kereta api Mentakab dekat sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong berkata, peruntukan tersebut disalurkan melalui Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) bagi menaik taraf gerai makan, tandas awam dan menurap jalan. Menurutnya, peruntukan tersebut juga bagi membina benteng penahan tanah di kawasan tersebut yang mendap sebelum ini. ''Kerajaan juga membina dan menaik taraf 22 gerai makan sedia ada di kawasan itu selain membina semula 11 gerai makan yang terlibat dengan mendapan tanah di kawasan tersebut," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. Boon Seong memberitahu, peruntukan itu juga meliputi pembinaan bumbung semua gerai terbabit dan menurap semula jalan di hadapan medan selera tersebut. Beliau berkata, semua kerja pembinaan itu dimulakan sejak bulan lalu dan dijangka siap November ini. Mengulas dakwaan sesetengah pihak yang menganggap peruntukan itu terlalu besar, jelasnya, jumlah itu meliputi kerja-kerja menaik taraf kedai dan kemudahan asas, bukan hanya untuk pembangunan tembok penahan semata-mata. sumber

[Kebanyakkan artikel yang disiarkan adalah dipetik daripada pelbagai sumber berita. Justeru itu kami tidak bertanggungjawab atas laporan yang disiarkan. Walau bagaimana pun mana-mana berita yang dilihat bermotifkan politik, akan disunting terlebih dahulu sebelum disiarkan. Kami mengalukan sebarang bentuk laporan berita daripada rakyat Pahang di seluruh dunia. Berita yang berkaitan anak-anak Pahang di perantau dan sebagainya. Laporan yang disiarkan di sini bukanlah bermotifkan keuntungan, namun ia kebih menjurus kepada berita untuk rakyat Pahang. Sokongan semua amatlah diharapkan. Salam Perjuangan].

Aduan Rakyat Pahang Daripada Pelbagai Sumber

Mulai hari ini, kami akan siarkan beberapa rintihan, rungutan dan komentar rakyat berhubung berbagai isu di kawasan masing-masing. Anda boleh menghantarkan masalah yang berkaitan ke email pahangdaily@yahoo.com (sila sertakan gambar dan permasalahan terbabit dengan lengkap untuk disiarkan). Kami juga akan memetik beberapa masalah yang diperolehi menerusi berbagai sumber berita dari seluruh negeri Pahang. Semoga apa yang didedahkan ini dapat diambil tindakan segera oleh pihak yang terbabit, demi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan yang ditawarkan kepada mereka.

Talian Telefon PTG Kuantan Tidak Pun Di Jawab

KUANTAN - Saya merupakan salah seorang pemilik tanah di bandar Kuantan yang sering berurusan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Kuantan. Bagaimanapun, sejak akhirakhir ini, saya amat kecewa dengan perkhidmatan PTG Kuantan yang dianggap gagal memuaskan hati pelanggannya. Apa yang menghairankan, saya berkali-kali membuat panggilan telefon tetapi tidak pernah dijawab. Jawapan daripada operator automatik mengatakan talian sibuk. Dalam tempoh lima hari berturut-turut pada minggu lalu, saya membuat panggilan ke nombor 09-5722334 dan 09-5722140 untuk pertanyaan permohonan pindah milik tanah saya kepada isteri saya. Untuk makluman, saya terpaksa menunggu selama lapan bulan untuk melakukan pindah milik tanah (bagi pajakan 60 tahun), tetapi tidak pernah selesai atas sebab-sebab yang disebut di atas. Kalau begini, bagaimana hendak merealisasikan slogan rakyat diutamakan?. Lot PT8527

JBA Pahang Di Minta Perbaiki Segera Paip Bocor

TEMERLOH - Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang diminta membaiki segera paip bocor berdekatan Kampung Ladang Bee Yong ke perkampungan Orang Asli Paya Pelong, dekat Kerdau, Temerloh. Masalah itu berlaku hampir setahun dan keadaan itu menyebabkan berlakunya pembaziran air. Walaupun tiada laporan rasmi dibuat kepada JBA, tetapi kami pernah menyuarakan kepada kakitangan jabatan itu yang berulang-alik melalui jalan itu menuju ke perkampungan Orang Asli berdekatan setiap hari. Saya rasa terpanggil untuk melihat paip ini dibaiki. Kita perlu mensyukuri nikmat air untuk kehidupan. Air banyak kegunaan dan masalah ini menyebabkan air bersih yang dirawat itu membazir begitu sahaja. Jalan itu merupakan laluan utama penduduk terutama masyarakat Orang Asli untuk keluar masuk ke pekan Kerdau bagi mendapatkan barangan dapur. Paip bocor itu menyebabkan berlaku tekanan rendah dan pengguna tidak dapat menggunakan kemudahan air dengan sebaiknya untuk kerja-kerja seharian. Jika paip itu dibiarkan, kita bimbang ia akan menjadi lebih serius dan mengalami kebocoran yang lebih besar. Sebab itu kita harap masalah ini mendapat perhatian segera JBA. A. SOOSAI

Pusat Perkhidmatan ADUN Tahan Makin Terbiar

JERANTUT - Saya ingin menarik perhatian mengenai status sebuah rumah yang begitu cantik dibina di tengah-tengah Bandar Lama Jerantut yang masih belum diduduki atau digunakan untuk tujuan tertentu. Rumah yang dibina oleh sebuah agensi kerajaan di atas sebuah bukit di sini yang siap hampir dua tahun lalu berdekatan jalan yang sibuk di bandar lama itu kini menjadi tanda tanya orang ramai yang lalu lalang di laluan tersebut. Premis yang terletak berdekatan Wisma Bina Muda yang menjadi Pusat Perkhidmatan Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan juga menarik perhatian dalam kalangan penduduk yang berurusan di situ. Ia juga menarik perhatian pelancong asing yang singgah bermalam di hotel milik pengusaha pelancongan di bandar ini yang kerap memfokus rumah berkenaan dalam lensa kamera masing-masing di samping ingin mengetahui status berkenaan. Ada pelancong asing menyifatkan tindakan pihak tertentu membiarkan rumah berkenaan sebagai tidak wajar dan sepatutnya dijadikan pusat penerangan, pameran atau penginapan pelawat yang singgah sebelum dan selepas berkunjung ke Taman Negara, Kuala Tahan. Projek pembinaan rumah berkenaan merupakan idea yang dipuji dalam kerangka membantu kerajaan negeri merancakkan sektor pelancongan di daerah Jerantut. Bagaimanapun, jika dibiarkan menjadi projek ‘gajah putih,’ ia pastinya menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan orang ramai termasuk pelancong asing yang berkunjung dan menginap di hotel berdekatan. Menerusi ruangan Rakan Pahang sebagai wadah teguran yang membina diharap agensi berkenaan dapat memanfaatkan rumah berkenaan untuk tujuan pelancongan sekali gus menaikkan reputasi agensi kerajaan di kawasan ini. SITI ANNE OMAR

Majlis Daerah Rompin Di Gesa Gantikan Bumbung

MUADZAM SHAH - Orang ramai yang melalui laluan pejalan kaki ke Bazar Muadzam Shah di sini pastinya merungut apabila melihat bumbung lutsinar di laluan itu kebanyakannya telah tercabut. Laluan pejalan kaki yang menghubungkan Bazar Madzam Shah dengan Stesen Bas Muadzam Shah memerlukan perhatian dan tindakan segera. Majlis Daerah Rompin (MDR) yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan itu kepada orang ramai digesa membaiki segera bumbung tersebut kerana ia mengundang bahaya kepada orang awam. Struktur bentuk bumbung lut sinar yang ringan dan nipis menyebabkan ia mudah diterbangkan angin sehingga boleh membahayakan nyawa orang ramai yang melalui kawasan sejauh 100 meter itu untuk ke bazar dan stesen bas. Kami meminta MDR menggantikannya dengan bumbung yang lebih tahan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Disebabkan keadaan bumbung lutsinar itu yang sebahagiannya pecah, kawasan tersebut mudah dimasuki air ketika hujan hingga laluan pejalan kaki itu menjadi terlalu licin dan boleh menyebabkan orang ramai tergelincir nanti. MOHD DARUS YAAKUB

Kemudahan Sukan Di Simpang Kg.Gesing Terbiar

RAUB - Baru-baru ini, saya pulang ke Kampung Gesing, Raub, untuk menziarahi keluarga dan bercuti. Saya singgah di sebuah kedai makan berdekatan Jalan Raub ke Benta yang suatu ketika dahulu menjadi tempat saya bersantai bersama rakan pada waktu petang sebelum bermain bola sepak. Kebetulan padang bola sepak di kompleks sukan terletak di persimpangan masuk ke Kampung Gesing yang turut dilengkapi sebuah astaka, gelanggang badminton dan bola jaring kebetulan terletak di belakang kedai makan berkenaan. Di situlah penduduk kampung terutama belia beriadah pada waktu petang dan hujung minggu menyaksikan pertandingan dan permainan selain majlis keramaian. Bagaimanapun, saya agak terkejut apabila melihat padang bola sepak dan gelanggang berkenaan terbiar apabila dilitupi rumput tebal dan semak samun setinggi 150 sentimeter. Saya bertanyakan perkara itu kepada peniaga kedai makan itu dan dia memberitahu kemudahan di situ sudah tidak digunakan lagi sejak beberapa tahun lalu akibat tidak diselenggara dengan betul. Sebagai penduduk asal Kampung Gesing, saya tertanya-tanya kenapa kemudahan permainan yang diwujudkan dengan peruntukan yang banyak terbiar begitu sahaja. Tidak boleh dijadikan alasan kemudahan itu gagal diselenggarakan lantaran ia jarang digunakan oleh penduduk dan belia di Kampung Gesing dan kawasan berhampiran. Semak samun dan rumput yang semakin meninggi mengundang pertanyaan dan rasa jengkel di kalangan pelawat dan pemandu yang melalui yang singgah berehat di kedai makan berkenaan. Saya tidak tahu pihak mana yang sepatutnya menyelenggarakan kemudahan berkenaan. Sehubungan itu, wakil rakyat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pertubuhan belia wajar menangani segera dengan membersihkan semula kemudahan itu supaya dapat digunakan semula dengan selesa. Menerusi ruangan Rakan Pahang, bukan saya mahu menyalahi mana-mana pihak, tetapi kemudahan sukan berkenaan jika diselenggarakan dengan baik, pastinya dapat memberi manfaat kepada penduduk untuk beriadah. Ia bertepatan dengan usaha kerajaan negeri menggalakkan penyertaan penduduk dalam kegiatan riadah dan rekreasi. AHMAD SEMANTAN

Bersih 2.0: Pejabat 'Peguam Negara' Mengesahkan Telah Terima Kertas Siasatan Terhadap Pemimpin Pembangkang Berhubung Perhimpunan Tersebut

KUALA LUMPUR 29 Julai -Pejabat Peguam Negara semalam mengesahkan telah menerima kertas siasatan daripada polis ke atas beberapa pemimpin pembangkang dan Bersih 2.0 berhubung pembabitan mereka pada perhimpunan 9 Julai lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara. Ketua pendakwaraya di pejabat Kuala Lumpur, Raja Rozela Raja Toran, ketika dihubungi berkata senarai nama itu termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan juga Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. "Ya, mereka sebahagian daripada pemimpin utama (yang kertas siasatan telah diterima),” katanya. Raja Rozela bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kertas siasatan yang diterima pejabatnya daripada polis. "Ada beberapa. Kami juga menerima beberapa kertas siasatan (berhubung perhimpunan) itu,” katanya, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam juga melaporkan bahawa pihak polis telah selesai menjalankan siasatan berhubung perhimpunan 9 Julai itu dan telah menghantar kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Awal minggu ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kertas berkenaan dijangka siap hujung minggu ini dan akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Lazimnya, pihak Peguam Negara akan mengambil masa bagi menyemak kertas itu dan ada kalanya ia akan dikembalikan kepada polis untuk siasatan lanjut sekiranya ia tidak lengkap. Pada perhimpunan 9 Julai itu, tidak kurang 1,600 ditangkap. Mereka kemudiannya dilepaskan selepas kenyataan mereka dirakamkan.

[Nampaknya para pemimpin pembangkang yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0 bakal berhadapan dengan tindakan mahkamah selepas ini. Soalnya, apakah pertuduhan yang bakal dikenakan terhadap mereka?. Alasan perhimpunan haram jelas sekali tidak masuk dek akal kerana perhimpunan aman termaktub dalam perlembagaan negara sebenarnya. Malah, mengatakan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram juga tidak masuk dek akal kerana Bersih 2.0 itu bukanlah pertubuhan dan ia hanyalah gabungan hasrat lebih 60 NGO berdaftar untuk melihat sebuah pilihanraya yang bersih dan adil terlaksana di negara ini. Makanya, alasan kukuh untuk mendakwa pihak yang terbabit agak samar-samar dan dalam banyak kes sebelum ini ternyata mahkamah membebaskan pihak yang terbabit dengan perhimpunan yang dikatakan haram itu. Apapun, pejabat Peguam Negara mungkin mempunyai cara dan alasan yang kukuh untuk meneruskan pendakwaann terhadap mereka yang telah didapati terlibat].