Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Friday, September 30, 2011

Panas: Pengarah Pelajaran Pahang Di Gesa Untuk Bertanggung Jawab, Gara-Gara 'Peralatkan' Guru Hadir Ke 'Seminar Politik' Jabatan Itu Rabu Lalu !

KUANTAN, 30 Sept [12.03 pm] - Ramai pihak yang kecewa dengan tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) yang menipu dan memperalatkan guru-guru yang hadir ke Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang di Hotel Vistana Kuantan pada hari Rabu yang lalu (28 Sept) untuk tujuan menyebarkan dakyah politik pihak tertentu. Malah, tindakan tersebut lebih jelek daripada apa yang dilakukan oleh Biro Tata Negara (BTN) selama ini. Guru-guru dipaksa hadir dengan meninggalkan waktu persekolah masing-masing, hanya untuk mendengar kata nista, kutukan, cacian, hinaan dan berbagai lagi tohmahan yang dilemparkan kepada parti pembangkang. Tindakan tersebut jelas sekali, merosakkan kredibiliti jabatan terbabit yang diamanahkan menjaga hal ehwal pendidikan selama ini. Mereka tiba-tiba lari dari matlamat dan tergamak dipergunakan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Paling menyedihkan, para guru yang hadir dipaksa mendengar ceramah dan menerima apa jua fitnah jahat yang dilemparkan, seolah-olah guru-guru terbabit adalah "tunggul kayu" yang senang untuk diperkotak-katikkan. Tindakan ini jelas sekali satu penghinaan kepada institusi perguruan itu sendiri sebenarnya. Pengarah Pelajaran Pahang, Dato' Hj.Mazlan Mohamad (foto) digesa menjawab isu ini dengan segera. Ini kerana mereka adalah pihak yang perlu dipersalahkan atas apa yang berlaku. Tindakan memperbodohkan golongan pendidik adalah satu perbuatan biadap yang sukar untuk dimaafkan sebenarnya. Guru bukanlah golongan bawahan yang tidak mempunyai akal fikiran dan pendirian. Mereka juga punyai hak untuk menentukan hala tuju politik masing-masing tanpa perlu dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Justeru, pihak berkenaan diminta memohon maaf kepada guru yang berkenaan atas keterlanjuran ini. Jika tidak, rakyat pasti akan terus hilang kepercayaan kepada institusi pendidikan itu sebenarnya.


Bukti, jelas sekali modul seminar JPNP ini hanya bertujuan untuk politik

[Difahamkan kini pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) telah mengarahakan siasatan dilakukan terhadap mereka yang mendedahkan maklumat sulit ini. Tindakan ini adalah keterlaluan kerana JPNP sepatutnya mencari jalan bagaimana mahu menyelesaikan dan menjawab kekeliruan yang berlaku ini bukannya menjejaki pemberi maklumat. Tindakan itu juga membuktikan JPNP kini sudah terlalu takut dan malu dengan apa yang berlaku. Anehnya, ketika merancang dan menjalankan program tersebut mereka langsung tidak terfikir ke arah itu. Kini, "nasi sudah menjadi bubur", satu dunia sudah tahu betapa biadapnya Jabatan Pelajaran Negeri Pahang sekarang ini. Mempolitikkan institusi perguruan adalah satu tindakan yang jelas tidak boleh diterima terutamanya bagi para ibubapa yang menghantar anak-anak mereka menutut ilmu di sekolah. Apakah pihak terbabit fikir hanya anak-anak orang UMNO BN sahaja yang belajar di sekolah-sekolah agaknya?. Guru yang berprinsip pasti akan kecewa dengan tindakan ini. Tidak perlu dicari pemberi maklumat, tapi carilah jalan bagaimana mahu memohon maaf atas apa yang berlaku. Difahamkan, berita ini juga akan disiarkan oleh laman-laman popular yang lain selepas ini. Bertambah malu besar JPNP dengan senario terbaru ini. Justeru, peliharalah kemulian bidang pendidikan sebagai wadah untuk memartabatkan ilmu dan bukan untuk kepentingan politik pihak tertentu di masa akan datang. Maka, berfikirlah sebelum bertindak].

Memalukan: "Jabatan Pelajaran Negeri Pahang", Biarkan Risalah Hasutan Di Edar Dalam Program Anjurannya Di Hotel Vistana Kuantan Rabu Lalu

KUANTAN, 30 Sept - Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) digesa tidak menjadikan bidang perguruan dan pendidikan sebagai alat untuk tujuan politik mana-mana pihak. Ini berikutan tindakan mereka membiarkan edaran risalah berbaur hasutan yang memburukkan pembangkang (Pakatan Rakyat) semasa program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia di Hotel Vistana dekat sini Rabu lalu (28 Sept). Program sehari itu dirasmikan oleh YB Dr.Mohd Fuad Jarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran sendiri. Menurut sumber, antara penceramah jemputan pada majlis itu ialah Prof. Dato' Dr.Siddek Baba, Profesor Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Difahamkan, pihak JPNP selaku penganjur telah memaksa lima orang guru dari setiap sekolah di seluruh negeri Pahang untuk hadir ke program berkenaan. Apa yang mendukacitakan ialah program yang kononya atas nama Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang berbentuk ilmiah itu akhirnya jadi gelanggang pihak tertentu untuk menabur risalah fitnah yang berniat jahat terhadap pemimpin pembangkang di negara itu. Apa yang berlaku sungguh mendukacitakan dan amat memalukan seluruh warga pendidik itu sendiri. Tindakan biadap dan keterlaluan untuk kepentingan politik kepartian tidak wajar dibawa ke dalam program seperti itu. Apatah lagi mereka yang hadir adalah bertujuan untuk mengambil ilmu berguna tentang pendidikan itu sendiri. Selain bahan risalah yang memburukkan pakatan Rakyat serta VCD, pihak terbabit juga dipercayai telah mengadakan ceramah yang bukan untuk pemantapan guru tapi penuh tohmahan kepada Pakatan Rakyat. Program tersebut diadakan pada waktu sekolah dan ia telah mengakibatkan guru terpaksa tinggalkan pelajar mereka semata-mata menghadiri program itu.


Risalah hasutan yang jelas untuk memesongkan minda golongan pendidik

Bukti, menunjukkan betapa rosaknya mentaliti pihak terbabit sebenarnya
[Soalnya, kenapa ini harus berlaku pada sebuah jabatan yang dinaungi oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sendiri?. Sudahlah sebelum ini insititusi pendidikan dan sekolah telah digunakan sewenangnya untuk menjalankan berbagai aktiviti politik parti pemerintah. Kini. lebih dasyat lagi bila edaran risalah seperti itu dilakukan. Mereka menganggap guru-guru yang hadir pada majlis itu adalah golongan "terencat akal" yang tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Apakah ini mentaliti golongan terbabit dalam memajukan bidang pendidikan di negara kita?. Apa yang berlaku ini seolah-olah jelas membuktikan kepada kita bahawa sememangnya Pilihanraya Umum ke-13 kini semakin hampir].

Panas: Memalukan, Kerajaan Malaysia Sekali Lagi Membenarkan Rakyat Israel Memasuki Negara Ini Tanpa Halangan Dek Kerana Sertai Acara Sukan !!

Sungguh mengejutkan apabila heboh diperkatakan bahawa Kerajaan Malaysia kini sudah semakin berlembut dan mempunyai hubungan tidak rasmi dengan negara Yahudi iaitu Israel. Malah sungguh mendukacitakan apabila kerajaan terlepas pandang dan membenarkan seorang warga Israel datang Ke Malaysia dan menyertai satu acara suka di negara ini. Umum mengetahui Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mengadakan hubungan dengan Israel. Dan Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit. Biarpun secara rasminya Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan Negara Yahudi itu namum beberapa pemimpin Negara dan pemimpin UMNO sendiri mengenepikan sensitiviti umat Islam di Malaysia. Penampilan peserta dari Israel yang menyertai satu pertandingan sukan antarabangsa di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang baru-baru ini amatlah mengecewakan ramai pihak sebenarnya. Tambah memalukan, acara sukan itu diadakan di sebuah pusat pengajian tinggi tanpa mengambilkira tujuan program itu. Tindakan ini jelas sekali sengaja mahu merosakkan nama institusi terbabit apatah lagi bila peserta dari Israel pula dibawa masuk menyertai pertandingan sukan tersebut. Bukankah ini sungguh memalukan.

Kenapa Warga Israel Di Benarkan Masuk Malaysia

Pertandingan yang dimaksudkan ialah ‘Muaythai World Champion’ terbitan Image Group dan The Group Entertainment dibawah pengawasan World Muaythai Council (WMC). Ianya telah berlangsung sekitar June 2011 yang lalu di Dewan Putra 3, Kolej Pendeta Za’aba, universiti terbabit dan dianjurkan oleh AXN Astro untuk rancangan 'The Challenger Muaythai’ Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah USD$100.000,00 dan gelaran ‘Muaythai World Champion’ dijadualkan mula disiarkan mulai 15 Sept 2011 ini di AXN (Astro channel 701) dan AXN HD (Astro B.yond channel 721). Seramai 16 peserta telah dari berbagai Negara telah mengambil bahagian antara negaranya ialah Malaysia, Thailand, Israel dan South Africa. Mereka adalah Pinto Antoine ‘The Phenom’ (Prancis/Thai), Cedric Muller ‘Underground Samurai’ (Prancis), Cyrus Washington ‘Black Dynamite’ (Amerika), Fadi Merza ‘The Beast’ (Austria), Frank Giorgi ‘The Italian Stallion’ (Itali), Ilya Grad ‘Archilles’ (Israel), Jason Woodham ‘The Handsome Hero’ (British), Jesse Miles Lacombe ‘Smiles’ (Kanada), Jordan Watson ‘Quadzilla’ (British), Marco Pique ‘The Sniper’ (Belanda), Mostafa Abdollahi ‘Persian Mos’ (Iran), Pidsanu Kunchat ‘Mardsua’ (Thai), Michael Chase Corley ‘Cool Hand’ (Amerika), Moh. Faizal Bin Ramli ‘Golden Elbow’ (Malaysia), Vuyisile Colossa ‘The Cheetah’ (Afrika Selatan) dan juga Rhyse Saliba ‘Poison Dart’ (Australia).


Bukti. bendera Israel digantung pada dinding dewan Kolej Pendita Za'aba

Memalukan bila Menteri Belia Dan Sukan, menyokong program tersebut
Mengejutkan juga, apabila Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ahmad Ahmad Shabery Cheek turut hadir pada hari pelancaran tersebut. Adalah mustahil beliau yang merupakan pemimpin Melayu yang berugama Islam itu tidak menyedari akan kehadiran peserta dari Israel itu sedangkan beliau sendiri berada disitu ketika pelancaran. Persoalannya sekarang bagaimana pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan Kerajaan Malaysia sendiri yang telah menetapkan bahawa negara Israel adalah haram untuk dilawati oleh rakyat Malaysia boleh membenarkan peserta dari Israael dan penyokongnya itu yang sudah tentu dari Israel juga memasuki Malaysia khususnya di Universiti Putra Malaysia sedangkan negara kita tidak pernah mengiktiraf Israel? Sekali lagi sensitiviti umat Islam Malaysia diinjak-injak oleh pemimpin terbabit sejak sekian lamanya.



[Apa yang memusykilkan dalam hal ini, bagaimana warga Israel terbabit boleh datang ke sini. Mana mungkin pihak Imigresem boleh terlepas pandang semua ini?. Apa yang berlaku pasti menimbulkan kontroversi yang lebih besar untuk rakyat sedar dan melihat bahawa kerajaan Malaysia sememangnya sudah mempunyai hubungan tidak rasmi dengan negara Yahudi terbabit?. Sebelum ini sudah banyak kontroversi yang berlaku tentang hubungan tersebut, malah ia dikejutkan lagi apabila bendera Israel dikibarkan pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menempatkan Ibu Pejabat UMNO disitu. Malah, terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan telah melantik syarikat milik Yahudi untuk menasihati beliau dan isteri atas urusan-urusan negara, termasuk mereka slogan-slogan seperti Satu Malaysia. Biar pun ia dinafikan, namun terdapat bukti-bukti kukuh yang memang perkara itu berlaku. Apakah gara-gara APCO maka kini, warga negara Israel bebas untuk bertandang ke Malaysia?. Senario terbaru ini sungguh mengejutkan dan wajar dijadikan ikhtibar buat rakyat. Mana pergi Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dalam insiden kontroversi seperti ini agaknya?]. sumber

Thursday, September 29, 2011

Bongkar: 'Waris' Individu Yang Telah Menangkap Mat Indera 'Di Batu Pahat Pada Tahun 1952' Dulu, Merayu Perhatian Dan Pembelaan Dari Kerajaan!

KUANTAN, 29 Sept - Salah seorang anak kepada individu yang telah berjaya menangkap "Mat Indera" hari ini tampil mendedahkan kisah sebenar insiden tersebut. Biar pun kini isu Hudud telah menenggelamkan isu kontoversi ini namun ada rahsia besar yang tidak pernah didedahkan kepada media sebelum ini telah berjaya dibongkarkan. Ramai yang tahu mengenai sejarah perjuangan Mat Indera, terutamanya dalam kes "Tragedi Bukit Kepong" itu.Umum mengetahui bahawa Mat Indera mati digantung oleh British di di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Persoalannya, ramai yang tidak pernah tahu siapakah individu yang telah berjaya menangkap Mat Indera itu. Saparun Sibon, 46, (foto) mendakwa arwah bapanya iaitu Che'Sibon @ Tukyo bin Ahmad adalah individu yang bertanggungjawab menangkap Mat Indera selepas berlakunya "Tragedi Bukit Kepong" dulu. Menurut Saparun, bapanya ketika itu merupakan "Home Guard" yang telah diupah oleh pihak British untuk menangkap Mat Indera. Tangkapan telah berjaya dilakukan pada 14 Oktober 1952 di Kampung Parit Warijo, Sri Medan Baru Pahat Johor. Atas kejayaan tersebut, ayahnya juga telah dianugerah sijil serta pingat oleh Pesuruhjaya British di Tanah Melayu ketika itu iaitu Janeral Sir Gerald Templer. Malah katanya, selain dari sijil dan pingat terbabit ayahnya juga telah dihadiahkan wang tunai oleh kerajaan British atas kejayaan tersebut. Segala dokumen dan bukti berkaitan telah ditunjukkan bagi mengukuhkan lagi dakwaan beliau ini. Menurutnya, kisah ayahnya itu selema ini tersimpan dalam lipatan sejarah dan langsung tidak diambil perhatian oleh sesiapa pun sehinggalah isu "Mat Indera" itu timbul bila media yang mengaitkan kononnya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu itu menyokong "komunis" dalan peristiwa Bukit Kepong yang hangat diperkatakan baru-baru ini.


Bukti kad pengenalan dan surat penghargaan tertera nama Mat Indera
Ini bukti surat penghargaan diterimanya dari Pesuruhjaya Tinggi British

Inilah wajah Mat Indera selepas beliau ditangkap oleh arwah bapanya dulu


Beliau juga mendedahkan arwah ayah dan ibunya telah mengikut arahan pihak atasan untuk menyamar sebagai "tukang masak dan orang suruhan" sehinggalah betul-betul dipercayai oleh Mat Indera. "Arwah ayah saya telah membuat kopi bercampur daun kecubung untuk diberi minum kepada kumpulan komunis dibawah pimpinan Mat Indera pada ketika itu. Sehinggalah semuanya pengsan dan pada masa itu jugalah arwah orang tua saya mengambil tangkal yang ada pada Mat Indera sehinggalah dia tersedar dan tidak boleh menghilangkan diri lagi. Tangkal yang ada pada dirinya telah diambil oleh arwah orang tua saya dan pada masa itu arwah orang tua saya membawa beberapa orang kawan-kawannya untuk menangkap dan mengikat Mat Indera serta kuncu-kuncunya dan diserahkan kepada pihak Kerajaan British di Johor Bahru", kata beliau lagi.

Waris Mohon Kerajaan Mengenang Jasa Bapanya

Menurut beliau lagi, dengan tertangkapnya Mat Indera ketika itu, pihak Kerajaan British telah memberikan hadiah wang tunai sebanyak RM75,000 atas jasa arwah bapanya. "Duit tersebut telah dibahagikan sama rata kepada kesemua anak buah dia dan selepas itu dianugerahkan sijil penghargaan berupa Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada zaman British tapi pingat tu entah hilang ke mana .... sijil yang diserahkan oleh The High Commissioner British iaitu Jeneral Sir Gerald Tampler", katanya. Saparun mendakwa selepas merdeka bapanya telah berhijrah keluar dari Johor. "Arwah orang tua saya ni ambil keputusan untuk berhijrah keluar daripada Johor memandangkan pada ketika itu maklumlah terlampau bermacam-macam dia dengar cerita", tambah beliau lagi. Bapanya kemudian telah meninggal dunia dalam usia 73 tahun di negeri orang. Beliau juga mengakui bapanya tidak pernah mendapat apa-apa imbuhan atau kenang jasa daripada pemerintah Kerajaan Malaysia. "Sehingga beliau meninggal dunia pun tidak pernah ada yang mengenang jasa beliau, sehinggalah sekarang ni saya sebagai pewaris utama beliau merayu pihak kerajaan negeri dan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak yang berkenaan untuk menghulurkan sumbangan memandangkan isu ini timbul dan sedang hangat diperkatakan", tambahnya lagi.


[Persoalannya sekarang, apakah beliau sebagai pewaris kepada individu yang telah menangkap Mat Indera itu layak menerima pampasan atau bantuan dari Kerajaan Malaysia?. Jika benar, Kerajaan mengatakan Mat Indera itu adalah pengkhianat bangsa kerana bersekongkol dengan komunis untuk menyerang Balai Polis Bukit Kepong itu, maka sudah semestinya arwah ayah Saparun ini boleh dianggap wira. Ini kerana dengan kelicikan beliaulah yang telah menyebabkan Mat Indera ditangkap dan dihukum gantung oleh pihak British. Maka itu, beliau sebagai pewarisnya memang layak mendapat imbuhan yang setimpal daripada Kerajaan Malaysia. Jika nasib beliau tidak di beri perhatian oleh kerajaan, bermakna jasa-jasa arwah ayahnya itu langsung tidak dihargai sebenarnya. Jika tidak dihargai, ia bermakna Mat Indera adalah pejuang dan bukan arwah ayahnya yang bekerja dengan British. Inilah yang memusykilkan ?].

Panas: 'Mazlan Bongkar', Gara-Gara Kepentingan Politik, Felda Cagar Tanah 360 Ribu Hektar Tanpa Dimaklumkan Kepada Pengurus Besarnya Sendiri

KUALA LUMPUR 29 Sept - Lembaga Pengarah Felda didakwa membuat keputusan mencagarkan keseluruhan tanah Felda Plantation seluas 360 ribu hektar tanpa kehadiran Pengarah Besarnya, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab. Cagaran tersebut dibuat kepada Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selama 60 tahun tanpa dimaklumkan kepada Zulkifli yang ketika itu pergi menunaikan umrah pada 25 Ogos lalu. Malah difahamkan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad turut dilantik menerajui Koperasi Peneroka Felda (KPF) atas alasan penstrukturan semula FGVH di mana jawatan tersebut kini dipegang Zulkifli sendiri. Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman (foto) menegaskan beliau yakin keputusan tersebut dipengaruhi oleh pemimpin politik berkepentingan. Katanya Timbalan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan sebelum berdolak-dalik atas cadangan yang dikemukakan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Felda Plantation dan diberikan tanah tersebut kepada generasi kedua dan ketiga. Jelas beliau setelah perkara ini terbongkar maka wujud tanggapan bahawa Felda mempunyai agenda tersendiri dan berselindung di sebalik alasan untuk menolak cadangan tersebut. "Keputusan ini difahamkan ditentang oleh Datuk Zulkifli sendiri kerana Isa Samad direstui Ahmad Maslan untuk campur tangan. "Felda akan sibuk dengan pelaburan dan tidak akan memberi tumpuan kepada peneroka," kata Mazlan. Mazlan turut mempersoalkan sekiranya perlantikan Isa melalui jalan "belakang" membolehkan ekuiti KPF bernilai RM399 juta iaitu 51 peratus dalam Felda Holdings akan dibawa masuk ke dalam Felda Global Ventures.


[Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendedahkan di parlimen bersabit kepincangan pelaburan melibatkan Felda Global Ventures di mana kerugian terkumpul dari tahun 1997 hingga 2010 dicatatkan hampir RM500 juta. Pelaburan dibuat menerusi Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Techologies US, TRT Etgo Canada, Felda GLobal Ventures Middle East dan Felda GLobal Ventures Arabia. Sehubungan dengan itu beliau menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang keputusan yang akan memberi implikasi buruk terhadap liabiliti terbesar negara termasuk nasib peneroka. "Kebimbangan saya adalah apabila pelaburan besar di luar negara boleh lenyap seperti apa yang berlaku kepada Bank Bumiputera, Perwaja Steel dan PKFZ. "Ramai pihak (peneroka) mendesak supaya Perdana Menteri buat kenyataan terbuka... Maklumbalas yang kita perolehi adalah negatif dari kakitangan Felda sendiri," katanya].

Anwar: Pakatan Rakyat Bersetuju Cadangan PAS Untuk Laksana Hudud Belum Boleh Di Putuskan

KUALA LUMPUR, 29 Sept - Cadangan Parti Islam SeMalasyia (PAS) untuk melaksana undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan masih belum dapat diputuskan oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat walaupun hangat dibincangkan dalam mesyuaratnya malam tadi. Bagaimanapun, ketua umum Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) berkata, majlis pimpinan itu menghormati niat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang berkenaan. Majlis itu juga menghormati pendirian DAP yang menentang keras cadangan berkenaan, kata Anwar kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Ibu Pejabat PAS, di sini. Kesepakatan yang berjaya dicapai dalam mesyuarat selama tiga jam, lewat malam ini, hanyalah berhubung kesepakatan untuk PAS dan DAP meneruskan perbincangan bagi melaksanakan hukum hudud dan juga mempertahankan dasar-dasar bersama. "Pendiriannya jelas bahawa DAP menentang (cadangan melaksana hudud) dan PKR serta PAS menghormatinya. "Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah," katanya lagi. Jelasnya, Pakatan jelas menghormati hak dan kehendak PAS untuk melaksana hudud, namun parti Islam itu masih terikat dengan dasar bersama yang dipersetujui serta manifesto dalam Buku Jingga. "Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003," tambahnya. Malah, kedua-dua enakmen tersebut dibentuk oleh dua negeri berkenaan ketika PAS, DAP dan PKR masih belum membentuk Pakatan, katanya lagi. Namun, terdapat keperluan untuk merujuk perkara itu ke majlis pimpinan Pakatan Rakyat kerana ia melibatkan pindaan perlembagaan, tambahnya.


Pakatan Rakyat akhirnya terpaksa akur dengan ketetepan dalam Buku Jingga


[Bagaimanapun, ditanya sekiranya Pakatan akan meminda perlembagaan bagi usaha itu seandainya ia berjaya membentuk kerajaan persekutuan, Anwar berkata tiada persetujuan bersama dicapai. Katanya lagi, mesyuarat juga telah terima penjelasan berhubung pendirian Kelantan dalam isu berkenaan yang disampaikan ahli exconya, Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili Menteri Besar. Turut hadir ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi DAP, Karpal Singh; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail].

Kehadiran MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Di Sambut Meriah, 'Hampir Dua Ribu' Hadir Ke Majlis Hi-Tea Di Indera Mahkota Petang Tadi!

KUANTAN, 29 Sept [8.18 am] - Kehadiran YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) dalam Majlis Hi-Tea di Restoran Saji Rahmat, Indera Mahkota dekat sini semalam telah disambut meriah oleh rakyat setempat. Hampir dua ribu penyokong Pakatan Rakyat memenuhi setiap ruang dalam restoran terbabit. Kehadiran beliau sungguh bermakna bagi orang ramai, kerana sudah terlalu lama Nik Aziz tidak hadir dalam mana-mana program di sini sebenarnya. Dalam ucapannya selama kira-kira setengah jam, Nik Aziz banyak menyentuh soal agama Islam, Nik Aziz turut menyelar pihak yang mengatakan Islam itu hanya untuk orang Melayu sahaja. "Islam sampai ke negara China lebi awal dari Tanah Melayu. Tengok, kubur sahabat Nabi (Rasulullah SAW) juga ada di China. Ia sebagai bukti bahawa Islam memang sampai ke sana lebih awal dari kita. Sepatutnya di Malaysia, Islam dipimpin oleh orang Cina bukannya orang Melayu. Islam bukan untuk kaum-kaum tertentu tapi untuk semua.", kata Nik Aziz. Mursyidul Am PAS itu juga banyak bercakap soal hudud. "Hukum Hudud terlaksa ke atas orang Islam sahaja. Ia tidak terpakai kepada bukan Islam. Kalau hukum bunuh (mati) seperti pengedaran dadah dan senjata api boleh diterima pakai, kenapa hudud yang tidak menyebabkan kematian itu tidak boleh diterima " kata beliau.


Aksi Tok Guru ketika sampaikan amanat ringkas beliau petang semalam

Tuan Guru Nik Abdul Aziz merenung masa depan umat Islam ini agaknya
Beliau turut menegaskan Islam adalah agama bukannya ideologi seperti demokrasi, komunis, sosialis dan lain-lain yang kesemuanya adalah ciptaan manusia semata-mata. "Manusia buat untuk manusia. Bumi ini Allah yang buat. Kenapa kita nak memandai-mandai tak nak ikut hukum Allah (Hudud). Macam motokar Mercedes, macam mana nak ambil enjin Toyota. Kenapa nak tolak hukum Allah. Dunia Allah yang cipta dan ada hubungan dengan akhirat. Dunie regunya akhirat. Walau bagaimana cerdik pun manusia, mereka tak boleh tahu benda yang Allah buat termasyk yang ghaib", kata beliau. Bercakap soal Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) beliau berkata "Dari dulu lagi dikenakan kepada tok guru-tok guru pondok yang mana mereka ini bukannya penjenayah dan yang mengenakan itu pun orang Islam. Jadi, mengapa terlalu lama masa diambil untuk mereka faham bahawa ISA itu zalim?", kata Nik Aziz lagi.


Antara ribuan orang ramai yang telah membanjiri restoran Saji Rahmat

Antara pimpinan Pakatan Rakyat Pahang yang turut hadir ke majlis itu

Kaum Tionghua serta Orang Kurang Upaya juga turut hadiri majlis itu

Sebahagian daripada kaum muslimat yang turut hadir ke majlis tersebut


Hadirin kyusuk mendengar amanat Tuan Guru Nik Aziz petang semalam

Pimpinan DAP Pahang juga tidak ketinggalan luangkan masa untuk hadir

Antara mereka yang terpaksa duduk diluar untuk dengar ucapan Nik Aziz

Hadirin yang datang berpuas hati dengan penjelasan hudud oleh Nik Aziz

Semua pihak teruja kerana pertama kali dapat dengar ucapan MB Kelantan

Restoran Saji Rahmat, lokasi majlis Hi-Tea bersama Tuan Guru Nik Aziz
Semoga bertambah rahmat dan berkatnya kepada pemilik terbabit
Lain-lain gambar sila ke Facebook Group Pahang Daily Online DI SINI

[Restoran Saji Rahmat dulunya hanya dikenali sebagai Restoran Rahmat merupakan antara destinasi yang sering dikunjungi oleh warga Kuantan sejak sekian lama. Populariti restoran terbabit juga memang diakui oleh orang ramai yang sering berkunjung ke situ. Disamping masakan panas, turut disediakan ialah nasi berlauk untuk kemudahan pelanggan. Restoran terbabit juga menyediakan kemudahan Katering kepada mana-mana pihak yang menganjur sebarang majlis keramaian di sekitar Kuantan. Kemudahan "Wi-Fi" untuk pelanggan melayari internet juga disediakan].

Wednesday, September 28, 2011

Risalah Fitnah: "Ketua Penerangan" PKR Pahang, Razali Alias "Buat Laporan" Polis Di IPD Kuantan!

KUANTAN, 28 Sept - Satu laporan polis berkaitan edaran "risalah fitnah" telah dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias (foto) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan petang semalam. Dalam laporan tersebut Razali mahu pihak polis menyiasat siapakah dalang yang disebalik pengedaran risalah berkenaan. Difahamkan, risalah terbabit dihantar melalui pos ke rumah-rumah penduduk sekitar kawasan Beserah, Indera Mahkota dan sekitarnya sejak beberapa hari yang lalu. "Saya sendiri turut menerima risalan berbaur hasutan berkenaan semalam", kata Razali. Berdasarkan kepada rekod penghantaran, ia dipercayai dipos dari negeri Perak. Namu, identiti pengirimnya tidak diketahui. "Risalah terbabit lebih ditujukan kepada parti DAP, berdasarkan kepada kenyataan DAP Anti Islam, DAP Anti Melayu, Karpal Singh Tolak Negara Islam, Lim Guan Eng Jadi Umar Abdu Aziz, Siew Hina Sultan Perak, Tony Pua Cadang Hapus Diskaun Bumiputera, Kit Siang Tuduh UMNO Dalang 13 Mei dan banyak lagi", tambah Razali. Edaran risalah ini jelas menunjukkan bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 kini semakin hampir sebenarnya. Jika tidak, kenapa risalah seperti itu diedarkan kepada rakyat?. Turut hadir dalam laporan polis tersebut ialah Zaidi Ahmad (Pengarah Pilihanraya PKR Pahang), Kamarzaman Md Yunus (Setiusaha PKR Pahang), Kamarul Hatta (SAMM Pahang) serta lain-lain.


[Edaran risalah terbabit jelas sekali berniat jahat dan tidak wajar berlaku sebenarnya. Apakah benar telahan ramai pihak bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 bakal diadakan pada bulan November ini agaknya. Jika tidak, kenapa edarah risalah yang biasanya diedarkan ketika musim pilihanraya boleh dilakukan sekarang. Tambah mengejutkan, ia bukan dari negeri Pahang sendiri tetapi dari negeri yang jauh iaitu Perak. Dari mana mereka memperolehi alamat-alamat penduduk tempatan?. Apakah, kerja-kerja ini mendapat kerjasama dari agensi yang mempunyai maklumat peribadi rakyat seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?. Insiden ini seolah-olah memnunjukkan pihak berkenaan memfokuskan kepada kawasan kritikal atau berpeluang untuk dirampas semula oleh UMNO Barisan Nasional. Buktinya, kejadian edaran risalah terbaru ini hanya berlaku di Parlimen Indera Mahkota yang kini dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya. Inilah yang memusykilkan!].

Dr.Aziz Bari: Bajet 2012 Tidak Sah Jika Di Bentang Sebelum Lulus Gara-Gara Parlimen Di Bubarkan !

PETALING JAYA, 28 Sept - Bajet 2012 yang dibentangkan sebelum pembubaran parlimen dianggap tidak sah dan perlu dibentangkan semula sekiranya parlimen dibubarkan sebelum bajet tahunan tersebut tidak diluluskan terlebih dahulu. Demikian menurut Pensyarah Fakulti Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Aziz Bari (foto) hari ini. Menurutnya proses pembentangan bajet tahunan itu perlu diluluskan terlebih dahulu dalam persidangan yang sama dimana proses tersebut akan memakan masa lebih sebulan. "Bila bajet dah dibentangkan, ia harus diselesaikanlah sehingga diluluskan dalam persidangan parlimen itu. "Kalau bajet belum lagi diluluskan tetapi PM dah bubarkan parlimen, bajet tersebut boleh dianggap tidak sah dan bajet baru perlu dibentangkan semula dalam persidangan parlimen selepas pilihan raya dijalankan," kata Dr Aziz yang juga dianggap sebagai pakar perlembagaan. Beliau juga memberitahu pembentangan bajet tidak boleh dibuat ketika parlimen sudah dibubarkan. "Kalau parlimen sudah bubar, lagilah tak boleh bentangkan bajet, macamana nak bentangkan bajet sedangkan pada masa itu parlimen sudah bubar, dianggap tak wujud," tambah beliau lagi.


[Pembentangan bajet yang dijadualkan pada 7 Oktober ini perlu dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen terlebih dahulu sebelum undian untuk meluluskan bajet dibuat dalam mesyuarat ketiga, penggal keempat bagi Parlimen ke-12 yang hanya berakhir pada 1 Disember ini. Sebelum ini, beberapa pemerhati politik menjangkakan PRU 13 bakal diadakan pada bulan Oktober ini atau beberapa hari selepas Bajet 2012 dibentangkan. Rata-rata pemerhati politik turut menganggap bajet kali ini merupakan bajet pilihan raya bagi memancing undi pengundi dalam PRU-13 ini nanti].

Panas: Seorang Lagi Pemimpin PKR Pahang Pula Dedah Penyelewengan, Desak Pemilihan Cabang Pekan Pada 2 Oktober Ini Di Tangguhkan Segera!

KUANTAN, 28 Sept [9.00 am] - Seorang lagi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang dikenakan tindakan displin yang memungkinkan mereka akan dipecat dari parti itu hari ini tampil dan mendedahkan dia akan membuat laporan polis terhadap pihak yang menuduhnya menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Beliau ialah Abd Rahman Othman (foto) atau lebih dikenali sebagai Bob Rahman yang merupakan bekas Naib Ketua PKR Cabang Pekan. Dalam kenyataannya, beliau mengesyaki ada pihak-pihak tertentu sedang cuba untuk menjatuhkan maruahya dengan tuduhan tersebut. Beliau kecewa kerana pihak terbabit hanya ingin menghukumnya berdasarkan beberapa laporan tidak berasas oleh pihak-pihak tertentu yang memusuhinya. Beliau turut mendedahkan beberapa kepincangan yang berlaku dalam tindakan PKR Pahang terhadap pemilihan PKR Cabang Pekan yang akan diadakan Oktober ini. Berhubung dengan isu pemecatan beliau, Bob Rahman mendakwa semua itu adalah satu perancangan jahat untuk menjatuhkan beliau dan menganggap pihak terbabit supaya jangan mencari pasal dengannya. Beliau juga ada mendedahkan akan membuta laporan polis terhadap pihak-pihak tertentu dan menggesa PKR Pusat menangguhkan Pemilihan Cabang Pekan pada 2 Oktober ini. Ikuti kenyataan beliau selanjutnya.


[Sesuatu perlu dilakukan jika mahu memulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap PKR di Pahang. Jika tidak, rakyat gusar dua parlimen yang dimenangi oleh parti itu pada PRU12 lalu iaitu Indera Mahkota dan Kuantan akan jatuh semula ke tangan UMNO BN pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. PDO akan melaporkan maklumat lanjut tentang isu ini dari masa ke semasa. Ia sebagai ikhtibar dan pengajaran kepada mana-mana pihak yang tidak jujur dan cuba membuat onar dalam perjuangan masing-masing. Ingatlah, PKR harus benar-benar berubah jika ingin pulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap parti itu. Harapan besar untuk mengambil alih pentabdiran Kerajaan Negeri Pahang kini terbuka luas sebenarnya. Namun, jika masalah dalaman masih gagal diselesaikan dengan sebaik mungkin maka kita khuatir impian tersebut akhirnya akan berkecai dan terkubur begitu sahaja. Laporan seterusnya akan menyusul].

Panas: Apakah Motif 'Pertemuan Sulit' Duta Besar Amerika Dengan Pemimpin Pembangkang Pahang

KUANTAN, 28 Sept - Ramai yang terkejut dengan tindakan Duta Besar Amerika Syarikat, Paul W.Jones (foto) telah mengadakan satu pertemuan sulit "tertutup" dengan kempimpinan pembangkang (Pakatan Rakyat) Pahang di Hotel Hyatt dekat sini semalam. Tidak diketahui apakah hasil pertemuan tersebut, namun ia sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan sebenarnya. Apakah ia tanda sokongan pihak terbabit kepada pembangkang dalam usaha mengambilalih tampuk kepimpinan negeri ini pada Pilihanraya Umum akan datang agaknya. Namun, butir-butir bertemuan gagal diperolehi setakat ini. Apa yang pasti ia kemungkinan besar menjurus ke arah itu agaknya. Dalam pertemuan semalam, antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang), Ustaz Yusuf Embong (Timbalan Persuruhjaya PAS Pahang) dan YB Leong Ngah Ngah (Pengerusi DAP Pahang). Turut hadir ialah Ahmad Nizam Hamid (Timbalan Pengerusi PKR Pahang), Kamarul Hatta Ali (SAMM Pahang) dan lain-lain pemimpin. PDO tidak dimaklumkan tentang pertemuan tersebut setakat ini. Cuma kami menjangkakan ia sebagai tanda awal sokongan pihak kedutaaan ke arah perubahan politik baru di bumi Pahang.

Duta Besar AS bergambar dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Pahang

[Pertemuan sulit ini pastinya menggusarkan Kerajaan Negeri Pahang terutamanya pimpinan UMNO BN sebenarnya. Apatah lagi disaat bahang pilihanraya umum ke-13 yang kian terasa sekarang ini. Apakah pembangkang dilihat bakal menakluki Pahang pada PRU itu nanti agaknya. Jika ini berlaku, sudah pastilah ia satu keputusan yang cukup bersejarah kerana Pahang adalah negeri kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Nampaknya, ada agenda besar yangs edang dirancang untuk tujuan tersebut. Namun, ramai juga yang musykil dengan pertemuan sulit ini. Mereka gusar, ada sesuatu perancangan dan strategi licik antara pembangkang dengan Kedutaaan Amerika bagi tujuan memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di negeri ini pada PRU-13 nanti. Apapun, maklumat lanjut pertemuan ini akan dimaklumkan kemudian]. sumber

N.Surendran, Keputusan Inkues Ahmad Sarbaini Sukar Untuk Di Percayai & Jelas Tidak Konsisten !!

SHAH ALAM, 28 Sept - Keputusan mahkamah koroner semalam yang mendapati kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamad pada 6 April lalu sebagai nahas kerana terjatuh dari aras tiga bangunan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai sukar dipercayai demikian jelas Naib Presiden PKR, N Surendran (foto). Surendran berkata keputusan tersebut malah tidak boleh diterima ekoran ia tidak konsisten dengan fakta kes. "Mahkamah koroner memaksa kita untuk percaya bahawa Sarbaini yang secara sukarela datang ke pejabat SPRM di Cheras, kemudiannya mahu melarikan diri dengan merangkak keluar dari tingkap di aras tiga."Tiada penjelasan diberikan tentang bagaimana dan mengapa rakaman CCTV selama 22 jam dipadam, yang mana ianya memaparkan detik-detik di mana Sarbaini menemui ajalnya", katanya dalam satu kenyataan. Mahkamah koroner semalam memutuskan bahawa kematian pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamad pada 6 April lalu adalah satu kemalangan. Surendran bagaimanapun berkata perkara yang paling membimbangkan adalah tindakan SPRM sepanjang kes Sarbaini. "Sebagai institusi awam utama yang dibiaya sepenuhnya dengan wang rakyat, keutamaan SPRM seharusnya adalah untuk mendapatkan kebenaran perkara tersebut, menghukum mereka yang bertanggungjawab dan melaksanakan reformasi untuk mengembalikan keyakinan rakyat," katanya. Sebaliknya dalam kes seperti ini, Surendran menyifatkan SPRM bertindak seperti individu yang terdesak untuk membersihkan namanya walau dengan apa jua cara sekalipun. tvsnews

[Nampaknya, satu lagi keputusan inkues yang menimbulkan keraguan selepas apa yang berlaku kepada inkues Teoh Beng Hock. Banyak keraguan dan kemusykilan rakyat masih belum terjawab dalam kes ini. Soalnya, apakah kreadibiliti kerajaan dapat dipulihkan apabila pihak terbabit sering mencari alasan untuk menolak kemungkinan ada usaha keraguan dalam kes-kes segini. Memang benar, tuduhan yang dibuat kononnya mangsa membunuh diri terlalu sukar untuk diterima oleh sesiapa pun malahan ahli keluarga mangsa yang terbabit. Tidak mungkin ada manusia yang akan membunuh diri di satu tempat terbuka atau pejabat awam melainkan lokasi yang sulit dan tidak diketahui oleh orang ramai. Mana mungkin ada orang datang jabatan kerajaan kemudiannya membunuh diri dengan begitu mudah. Jika itu keadaannya maka jabatan kerajaan sudah menjadi lokasi yang tidak selamat lagi buat rakyat. Apakah ini adil untuk rakyat?].

Tuesday, September 27, 2011

Peguam Lynas Nafi Bekas PM "Mahathir" Sokong Projek Itu Kerana Anaknya Punyai Kepentingan !

Lynas Corporation Ltd menolak dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad menyokong loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang itu, kerana anak sulungnya, Datuk Mokzhani mempunyai kepentingan dalam projek berkenaan. "Kontrak itu ... yang bernilai keseluruhannya kira-kira RM9.1 juta mewakili sebahagian kecil daripada pendapatan tahunan Kencana Petroleum Bhd," kata peguam Lynas Andrew Arnold dalam sepucuk surat hari ini. "Ia sangat tidak betul... bagi mencadangkan Mahathir akan tahu ataupun mengambil berat tentang kontrak yang agak kecil dan tidak seberapa yang dibuat oleh anak syarikat Kencana Petroleum Bhd." Mokzhani Mahathir (kiri) adalah Ketua Pegawai Eeksekutif Kumpulan Kencana Petroleum Bhd, yang anak syarikatnya diberikan kontrak dalam proses tender terbuka oleh Lynas. Khamis lalu, kumpulan aktivis alam sekitar Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) mendedahkan bahawa syarikat itu berjaya mendapat kontrak untuk mereka bentuk, memasang, membekalkan talian, keluli karbon dan tangki keluli tahan karat. Sehubungan itu, Lynas menuntut permohonan maaf berhubung dakwaan itu dan tuntutan lain oleh SMSL yang dilaporkan dalam sebuah portal berita. Dakwaan lain yang disangkal oleh Lynas adalah bahawa HSBC Bank Australia telah menjual sahamnya dalam syarikat itu yang bernilai jutaan dolar bagi elakkan publisiti buruk. mkini



[Patutlah Mahathir beriya-iya benar sokong Lynas mutakhir ini. Rupanya syarikat anak beliau mempunyai kontrak dalam projek terbabit. Jika inilah keadaannya, maka sudah pasti mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan dalam Lynas menyokongnya. Tapi anehnya, ada juga pihak yang menolak Lynas tetapi masih mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. PDO sedang menyiasat dan akan membongkarkan syarikat terbabit dalam masa terdekat ini. Jika benar dakwaan itu, maka sesuatu yang amat malang bagi mereka kerana telah menipu rakyat bila depan menyokong bantahan tetapi dibelakang pula menyokong projek Lynas. Itu khianat kepada kepercayaan rakyat namanya!. Kenapa ini harus berlaku?].