Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Monday, October 31, 2011

Blogger Papa Gomo Akhirnya Merajuk, Selepas Di Tegur Oleh Pemimpin Sendiri Kerana Tulisannya!

Gara-gara teguran yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin UMNO BN, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri. Maka akhirnya, blogger paling hebat, sensasi dan ganas pro UMNO iaitu Papa Gomo (foto) mengambil keputusan untuk berhenti menulis isu-isu politik tanahair. Keputusan itu mungkin akibat kecewa dengan teguran yang dibuat oleh pemimpin UMNO BN sendiri yang mula melihat beliau kini sudah jadi "duri dalam daging" parti itu sekarang. Demikian ditegaskan beliau dalam posting terbaru di blognya yang berbunyi "Artikel Gua ni merupakan yang terakhir Gua sentuh bab politik sebelum Gua nak berehat panjang dari dunia politik. Gua memang dah malas nak bercerita pasal politik dalam Malaysia ni. Gua dah naik muak dengan karenah pemimpin atasan BN yang berjawatan dan berpangkat ni dalam kerja gila depa mempertahankan kuasa. Gua meluat dan gua menyampah!!!". Malah pada perenggan terakhir tulisannya itu Papa Gomo juga menegur sikap beberapa kerat pemimpin yang hanya ingin mengekalkan kuasa. "Gua nak berehat dari bercerita Politik Malaysia ni, Gua nak buat artikel lain yang takda sangkut paut dengan politik. Cerita artis ke, Kereta ke, Sukan ke, fashion ke apa sahaja yang takda kena mengena dengan Politik. Gua meluat dan menyampah dengan beberapa pemimpin atasan yang hanya tahu mengekalkan Kuasa Politik dan dikelilingi pegawai yang gilakan projek", katanya.


Papa Gomo kecewa kerana ditegur oleh Koh Tsu Koon dan TPM Muhyiddin
Perkembangan ini adalah sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan. Susulan laporan "songsang" yang disiarkan, akhirnya ia memakan diri. Malahan tindakan Papa Gomo mendedahkan kononnya Pengerusi Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon sedia berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Pilihanraya Umum akan datang jelas sekali tidak disenangi oleh semua pihak. Papa Gomo sudah menjadi "barah" dipihak kerajaan sekarang ini. Muhyiddin Yassin semalam menasihatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak membuka pekung di dada sesama sendiri dalam usaha untuk menampilkan BN sebagai barisan yang kuat untuk rakyat. Walau bagaimana pun dalam perkembangan mutakhir, penulis blog pro-Umno perlu diberi nasihat. Ini kerana para penulis blog cuba mengambil alih peranan wartawan dan menampilkan parti komponen BN bertentangan dengan apa yang dikatakan Muhyiddin. Contoh mutakhir adalah tulisan penulis blog hapraknews.blogspot.com dan Papa Gomo yang membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap Koh Tsu Koon. Kenyataan yang dilaporkan ini timbul tatkala Gerakan selesai mengadakan perhimpunan agungnya dan berada di persimpangan politik untuk tentukan hala tuju serta kerelevanan parti itu.

[Sebelum ini, Papa Gomo melaporkan berita palsu bahawa anak Lim telah dipindahkan sekolah setelah menodai seorang pelajar perempuan. Yang lebih menarik adalah Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pernah mengiktiraf Papa Gomo sebagai wartawan siasatan di dalam laman Twitternya tidak berapa lama dahulu. Lebih memburukkan keadaan lagi adalah organ dalam talian rasmi UMNO, UMNO Online turut tidak segan untuk menyiarkan laporan melulu. Sebagai penulis blog pro-UMNO-BN atau pro-Pakatan Rakyat, mereka perlu sedar bahawa penulisan mereka mewakili parti siasah berkenaan dan pembohongan yang ditulis mereka akan dilihat sebagai suara parti. Dalam keadaan begini, penulis-penulis blog UMNO lebih banyak mendatangkan kesan negatif terhadap kerajaan UMNO-BN berbanding dengan pertelingkahan sesama parti komponen BN. Jika benar Papa Gomo merajuk, dan tidak mahu lagi menulis berkaitan isu-isu politik maka ia satu kejayaan kepada "perang siber" sebenarnya. Blogger yang cukup hebat dan dasyat seperti itu akhirnya tumbang gara-gara kecewa dengan sikap pemimpin yang beliau perjuangkan selama ini. Mungkin ramai lagi akan berbuat demikian selepas ini. Masa akan menentukan, akhirnya mereka "patah balik" dan perjuangkan kebenaran].

Panas: Biar Pun Mahu Tunai Ibadah Fardhu Haji, Rosmah Rela Dedah Aurat, Ketika Naiki Pesawat !!

Ramai pihak yang terkejut dan mempersoalkan tindakan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor (foto) yang "tidak menutup aurat" biar pun ketika mahu menaiki pesawat untuk menunaikan fardhu haji di Mekah, Arab Saudi. Gambar tersebut telah disiarkan di laman web rasmi UMNO yang dipercayai dirakamkan ketika Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak sedang melambai-lambaikan tangannya kepada orang ramai sebelum berlepas ke Tanah Suci Mekah sekitar jam 5.00 petang tadi. Turut mengiringi mereka berdua ialah bonda Najib iaitu Tun Rahah Tan Sri Mohamad Noah dan adik bongsunya Datuk Mohamed Nazim termasuk juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Turut hadir semasa mereka berlepas dari Komplek Bunga Raya, KLIA itu tadi ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan lain-lain menteri kabinet Najib.


Bukti, gambar yang diperolehi daripada laman web rasmi UMNO Online
Rosmah kelihatan melambai tangannya sambil aurat (rambut) terdedah

[Ramai yang keliru dengan apa yang disaksikan ini. Malah ramai juga yang tertanya-tanya apakah tujuan Najib dan Rosmah tunaikan ibadah haji jika hukum menutup aurat yang semudah itu pun gagal dilaksanakan. Media arus perdana dijangka akan memainkan isu mereka tunaikan haji ini secara besar-besaran bagi meraih simpati umat Islam di Malaysia supaya melihat kedua-dua pemimpin itu sudah mula insaf dan akan "kembali ke pangkal jalan". Inilah senjata yang akan digunakan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 nanti sebenarnya. Bila orang Melayu Islam di kampung dan pendalaman melihat aksi mereka berdua, maka masing-masing akan "sejuk hati" dan akhirnya memangkah BN pada PRU ini nanti. Itulah strateginya yang diperolehi daripada beberapa orang ketua kampung (Pengerusi JKKK dan Tok Empat) di parlimen Pekan yang kini sedang menunggu Najib di Mekah. Mereka sudah di "sponsor" awal-awal lagi oleh Najib untuk tunaikan haji secara percuma pada tahun ini. Apapun, sama-sama kita mendoakan agar mereka berdua akan berubah dan kembali ke landasan kebenaran hendaknya serta memperolehi "haji mabrur" sekembali dari Mekah nanti].

Polis Pulau Pinang Menahan Lima Individu Sertai Satu Perhimpunan Haram Di Georgetown Hari Ini

GEORGETOWN 31 Okt - Polis menahan lima individu kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, mereka yang termasuk Pengerusi Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), Sabaruddin Ahmad itu ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil. Perhimpunan dipercayai dianjur beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini, katanya kepada pemberita, di sini. Sementara itu, dipercayai perhimpunan itu telah disertai kira-kira 200 penunggang motosikal yang memulakan protes kira-kira 12 tengah hari tadi dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja-T kuning yang memaparkan ayat “Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis”. Perhimpunan itu bertukar kecoh apabila kumpulan penunggang motosikal terbabit bertindak mengelilingi bangunan Komtar sebanyak tiga kali, sebelum berkumpul di depan pintu masuk utama dan membunyikan hon motosikal selama 30 minit. Kumpulan itu kemudian bergerak ke Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum bersurai selepas diarah pihak polis.

[Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak polis Pulau Pinang atas tindakan tegas yang mereka lakukan ini. Ternyata ada lagi pihak polis yang menjalankan tugas secara adil dan telus terhadap rakyat. Jika dinegeri lain terutamanya yang diperintah BN, sudah pasti prookasi seperti ini akan dibiarkan oleh mereka. Tambahan pula dipercayai demontrasi bermotosikal yang dilakukan oleh geng "Mat Rempit" di Pulau Pinang itu didalangi oleh parti politik di negeri terbabit. Bayangkan mereka sanggup gunakan golongan tersebut untuk membuat kacau ganggu dan membuat tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang. Padahal mereka sensiri tahu betapa berbezanya pentadbiran Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat jika mahu dibandingkan dengan ketika BN berkuasa dulu].

Cikgu Normala Ceramah Di Pekan 9.15 Malam Ini !

Orang ramai disekitar kawasan Pekan dipelawa hadir beramai-ramai ke Perkarangan Rumah Hj.Din Kancil. Kg.Pelangah (berhadapan dengan hospital baru bagi mendengar ceramah oleh Bekas Calon PAS di Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang Johor iaitu Cikgu Normala Sudirman (foto) pada jam 9.15 malam ini. Turut akan berceramah malam nanti ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf dan Cikgu Sulaiman Md Derus (Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuantan. Semua dijemput hadir.

Panas: Mahkamah Rayuan Putuskan AUKU Tidak Sah, Mahasiswa Menang Kes Kempen Pilihanraya

PUTRAJAYA 31 OktMahkamah Rayuan hari ini memutuskan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang mahasiswa menzahirkan sokongan atau bangkangan dalam kegiatan politik, sebagai tidak sah di sisi undang-undang. Panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Low Hop Bing dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor, April tahun lalu. Mahkamah dengan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2010 yang memutuskan seksyen berkenaan tidak melanggar Perlembagaan selepas menolak saman pemula mereka. Seksyen berkenaan menyatakan, tiada seorang pun pelajar universiti boleh menyatakan atau melakukan apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar negara. Muhammad Hilman Idham, 22; Woon King Chai, 23; Muhammad Ismail Aminuddin, 23; dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, 23, ditahan polis ketika kempen berkenaan dan kemudian dihadapkan ke Lembaga Disiplin UKM pada 4 Julai lalu.

[Apapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa terbabit atas keputusan ini. Ternyata biarpun hanya seksyen 15 (5)(a) AUKU yang dipertikaikan, namun sebenarnya akta itu sendiri perlu dimansuhkan jika mahu melihat golongan mahasiwa dinegara ini lebih cemerlang pada masa akan datang. Jika mereka terus dikongkong untuk menyuarakan pendapan dan pandangan, maka itulah lama kelamaan mentaliti mereka akan terus jatuh serta membawa akibat besar kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu sendiri sebenarnya. Apapun, mahasiswa digesa tidak takut untuk mempertahankan hak-hak mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini hendaknya. Berani kerana benar takut kerana salah. Mahasiwalah yang akan memacu perubahan negara kita di masa hadapan].

Panas: Memalukan, Pusat Perubatan Pakar Tetapi Tidak Ada 'Doktor Pakar' Untuk Rawatan Susulan

KUANTAN, 31 Okt - Sesuatu yang sungguh mengecewakan bilamana sebuah pusat perubatan pakar (swasta) tiba-tiba mengatakan mereka tidak mempunyai "doktor pakar". Inilah yang berlaku kepada isteri seorang mangsa kejadian yang tidak mahu dikenali. Kes berlaku beberapa hari lalu di sebuah pusat perubatan pakar popular di bandar ini iaitu Kuantan Medical Centre (KMC). Pusat perubatan tersebut yang terletak dikawasan pusat bandar Kuantan berhampiran dengan komplek membeli belah Berjaya Megamall yangs ering dikunjungi oleh orang ramai. Kes melibatkan seorang "ibu yang mahu menerima rawatan susulan" akibat "turun darah" yang tidak dilayan dengan baik oleh pihak KMC sedangkan sehari sebelum itu beliau baru sahaja discaj selepas "bersalin" dari pusat perubatan terbabit. Menurut suami mangsa, beliau sudah membayar caj perkhidmatan ribuan ringgit untuk menghantar isterinya bersalin di pusat perubatan itu dan datang semula untuk dapatkan rawatan susulan akibat masalah terbabit (turun darah). "Saya sudah membayar hampir beribu ringgit, tiba-tiba bila isteri saya mengamali masalah mereka layan saya begini. Bukan saya mahu rawatan percuma .. saya akan bayar lagi jika pun mereka kenakan caj. Isteri saya meraung-raung menahan kesakitan dalam kereta ketika itu. Tapi bila mahu dapatkan rawatan, mereka kata tiada doktor pakar. Malah doktor yang merawat isteri saya sehari sebelum itupun tidak ada dan tiada siapa boleh membantu. Mereka nasihatkan saya ke Hospital Tg.Ampuan Afzan (HTAA) dan pusat perubatan lain selepas itu", kata beliau. Difahamkan, isteri beliau mengalami kesakitan yang amat sangat ketika itu. Namun, dek kerana jawapan yang diberikan beliau terpaksa membawa isterinya ke sebuah lagi pusat perubatan swasta yang baru dibuka di Jalan Gambut. Mujurlah isteri "mangsa" telah selamat selepas menerima rawatan susulan di pusat perubatan terbabit selepas itu.


Inilah Kuantan Medical Centre yang terletak di sebelah Berjaya Megamall
yang dipercayai menjadi lokasi kejadian memalukan itu baru-baru ini
[Soalnya, sekarang bukan masalah ketiadaan doktor pakar untuk rawatan susulan seperti yang dialami oleh "mangsa". Beliau hanya mahukan rawatan susulan akibat "turun darah", masakan tiada langsung doktor yang boleh mengambil kes tersebut di sebuah pusat perubatan hebat seperti Kuantan Medical Centre (KMC)?. Mana pergi motto mereka "Everyone Is Important" yang dialung-laungkan selama ini?. Bayangkan jikalau "mangsa" berhadapan dengan masalah yang lebih berisiko termasuk "kematian" atau sebagainya semasa dalam perjalanan ke pusat perubatan lain?. Apa akan berlaku agaknya?. Jika beginilah sikap sebuah pusat perubatan pakar, maka apalah lagi yang boleh dharapkan agaknyer. Semoga kes ini dapat dijadikan tauladan kepada orang lain agar lebih berhati-hati mendapatkan rawatan di pusat terbabit hendaknya. Kami tidak mempunyai apa-apa kepentingan memaparkan isu ini. Cuma bagi kami, atas dasar kemanusiaan tidak wajar ia berlaku. Semoga ia diambil ikhtibar oleh KMC agar menyediakan "doktor pakar" secukup jika mahu dinamakan "pusat peruabatan pakar" selepas ini. Jika tidak pastinya akan menjejaskan lagi nama pusat perubatan terbabit dan institusi kesihatan di negara kita ini].

Elton John: ISMA Pahang Tuntut Kerajaan Negeri Beri Perhatian Terhadap Bantahan Orang Ramai!

KUALA LUMPUR, 31 Okt - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pahang menuntut Kerajaan Negeri memberikan perhatian yang serius terhadap bantahan orang ramai tanpa mengira parti atau pertubuhan terhadap konsert artis antarabangsa, Elton John yang dijadualkan berlangsung pada 22 November ini di Genting Highlands. Yang Dipertuanya, Ustaz Rushdan Abdul Halim (foto) berkata, ini kerana ianya akan memberi kesan kepada sosio budaya masyarakat setempat terutama remaja melayu Muslim. Katanya, seseorang yang telah menjadi ikon kepada golongan gay atau homoseksual yang sememangnya bertentangan dengan Islam dan nilai murni masyarakat bertamadun tidak harus dibenarkan untuk membuat pertunjukan konsert di negara ini kerana ianya akan menjadi ikutan atau idola kepada remaja yang kini dilaporkan menghadapi krisis kecelaruan identiti yang membimbangkan. Tambahnya, gesaan tersebut dibuat kepada kerajaan negeri kerana konsert tersebut akan diadakan di Genting Highlands yang berada dalam negeri Pahang yang sudah pasti pihak berkuasa negeri mempunyai kuasa wewenang untuk menghalanginya daripada berlaku. “Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita tidak seharusnya bimbang kepada kebebasan bukan Muslim kerana majoriti bukan Muslim yang berpegang kepada agama dan nilai murni manusia bertamadun juga tidak akan suka muda mudi mereka terpengaruh dengan cara hidup gay dan mereka hidup dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama negara, perkara 3 Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya. Kebebasan beragama kepada yang bukan Islam dalam perlembagaan adalah berkaitan dengan upacara atau amalan agama bukan Islam tetapi bukan cara hidup songsang yang mengenepikan semua nilai agama. ISMA Pahang menuntut supaya konsert tersebut dinilai semula dan diambil tindakan sewajarnya kerana ia telah berulang sebanyak dua kali yang mana kali pertama diadakan oleh artis antarabangsa Adam Lambert pada tahun lepas. “Konsert yang dirancang daripada kumpulan artis gay ini menunjukkan seolah-olah ada pihak tertentu ingin membuat promosi gaya hidup songsang (gay) mereka ke negara Malaysia,” jelas beliau.

[Semua orang Islam sepatutnya bangkit membantah konsert Elton John tanpa sebarang alasan lagi termasuk mengatakan isu ini dipolitikkan. Sedangkan ISMA adalah sebuah NGO yang memainkan peranan untuk meningkatkan syiar Islam, maka kenapa masih ada lagi yang menuduh mereka yang membantah sengaja menimbulkan isu. Malah lebih teruk lagi mengatakan mereka yang tidak bersetuju dengan konsert tersebut tidak sehaluan pula dengan Anwar Ibrahim yang kononnya salah seorang "kaki liwat". Padahal umum mengetahui bahawa kes yang dihadapi oleh beliau sekarang ini jelas sekali berunsur politik dan dalam kes pertamanya dulu pun beliau dibebaskan oleh mahkamah. Namun, bagi mereka yang terbabit masih lagi mengatakan kononnya penentang Eltin John bertopeng. Anwar disokong tapi Elton John dibantah, atas alasan dua-dua adalah gay. Begitu mudah alasan mereka, tetapi rakyat itu melihat segalanya dengan mata mereka. Justeru, marilah bersama-sama bantah Konsert Elton John nanti].

Panas: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Wajar Bertindak Halang 'Konsert Elton John' 22 Nov Ini !

KUANTAN, 31 Okt - Orang ramai disekitar bandar ini mengge Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) digesa bertindak untuk menghalang penganjuran Konsert Elton John (foto) yang dijadualkan akan diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 22 November 2011 ini. Biar apa pun jawapan dan alasan yang diberikan oleh sesetengah pihak, namun pencegahan itu adalah lebih perlu sebenarnya. Tidak timbul konsert beliau hanya untuk "Non Muslim", lantaran mahu dibenarkan ia diadakan. Kerana apa yang pasti dalam kes-kes terdahulu, terutamanya konsert artis-artis barat jelas menyaksikan majoriti yang hadir adalah orang Melayu yang rata-ratanya dipercayai beragama Islam. Malah, perlu difahami bahawa Sir Elton John tidak sesuai untuk berada di negara ini. Beliau adalah pengamal "homoseks" yang terang dan nyata. Maknanya jika dibenarkan dia beraksi di negara ini, maka Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sering menjadi pemimpin Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Membenarkan beliau mengadakan persembahan di negara ini, bermakna kita telah menjatuhkan maruah dan imej negara di kalangan negara-negara Islam. Tambahan pula Elton John pengamal "seks songsang" yang sanggup berkahwin dengan pasangannya. Beliau dikatakan telah mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005, selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis. Anak mereka, Zachary Jackson Levon John, dilahirkan melalui ibu tumpang pada 25 Disember 2010 di California. Bayangkan, apakah manusia seperti ini mahu diagungkan dan dibawa ke negara kita?. Bukankah ia jelas akan merosakkan nama negara sebagai sebuah negara Islam yang dipimpin oleh orang Melayu Islam. Apakah tidak cukup lagi dengan berita "sembilan pasangan ditangkap khalwat" di beberapa buah hotel murah selepas mereka selesai menyaksikan Konsert Gegaria Metro di Temerloh kelmarin?.


Konsert Gegaria di Temerloh meletup bila sembilan pasangan ditangkap
khalwat di beberapa buah hotel murahan sekitar bandar Temerloh

Maka, apakah penyanyi seperti ini yang rela berkahwin sesama jenis pula
mahu dibawa ke sini?, berapa ramai lagikah pasangan yang buat maksiat


[Sebagai sebuah agensi kerajaan yang ditugaskan menjaga hal ehwal agama Islam di negeri ini, maka adalah menjadi tanggungjawab Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengambil tindakan tegas. Memang agak sukar untuk JAIP membuat tindakan kerana kuasa agama di Genting Highlands amat terhad sebenarnya. Namun, memandangkan pusat peranginan itu terletak dibawah Majlis Daerah Bentong (MDB) dan berada dalam negeri Pahang maka mereka harus berusaha melakukannya dalam apa jua cara sekali pun. Demi kesucian agama Islam dan menjaga maruah negeri ini yang diperintah oleh orang Melayu maka konsert tersebut wajar dibatalkan. Tambahan pula, sekarang ini umat Islam sedang mengerjakan ibadah Haji di Mekah. Maka kesucian Islam itu haruslah dipelihara. Ditambah lagi dengan berita Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dikhabarkan akan turut menunaikan fardhu haji dalam masa terdekat ini, maka sebagai pemimpin yang berasal dari Pahang beliau juga harus bertindak. Peliharalah hati dan perasaan umat Islam daripada menjaga hati beberapa kerat peminat Elton John yang akan membanjiri konsertnya itu].

Sunday, October 30, 2011

Panas: Si 'Papa Gomo' Di Kutuk Oleh Pemimpin BN Sendiri Gara-Gara Siar Berita Palsu Terhadapnya !

Berita paling menarik untuk diperkatakan hari ini ialah berkenaan dengan kes Blogger Sensasi Pro UMNO yang bernama Papa Gomo (foto) dikutuk oleh pemimpin kerajaan sendiri. Selama ini, apa saja kenyataan dan tulisan blogger terbabit disokong dan disanjung umpama "dalil" buat penyokong mereka. Malah, para pemimpin mereka juga bertepuk tangan dengan menerima apa saja yang diperkatan oleh beliau selama ini. Baik isu agama, perkauman, seks dan segala-galanya. Namun, tiba-tiba sahaja nama Papa Gomo dikaitkan dengan blogger yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden Parti Gerakan iaitu parti komponen BN. Pemimpin terbabit iaitu Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh Papa Gomo yang memuatkan artikel dalam laman blognya yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada PRU akan datang. Sambil menepis laporan itu, Tsu Koon menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar. Beliau berkata, penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya. "Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu... ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya. "Setiausaha Akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Terbuka Deepavali Parti Gerakan di Menara PGRM dekat Cheras hari ini.


Bukti kenyataan Koh Tsu Koon yang kutuk Papa Gomo di Utusan Online

[Teguran Koh Tsu Koon terhadap Papa Gomo ini sungguh menarik untuk kita perkatakan, kerana selama ini ramai penyokoong UMNO BN yang begitu taksub dan percaya dengan apa saja pendedahan yang dibuat oleh blogger terbabit. Terbaru, isu video seks yang kononnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang wanita Cina yang heboh diperkatakan baru-baru ini. Papa Gomo antara blogger yag dilihat mendapat mandat untuk memainkan video-video sensasi menerusi laman youtube yang disiarkan juga di blognya. Malahan, paparan itu sungguh menarik kerana disaat video yang asal sepatutnya berada dalam simpanan pihak polis selepas ia diserahkan oleh Datuk Eskay dan Trio Datuk T. Maka, dengan pendedahan Koh Tsu Koon itu jelas membuktikan kepada kita bahawa itulah sikap sebenar blogger Papa Gomo itu rupanya. Fikirkanlah].

Profesor Aziz Bari Buat Laporan Polis Tentang Isu Peluru Dan Nota Ugutan Di IPD Gombak Pagi Tadi!

KUALA LUMPUR, 30 Okt - Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari (foto) hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini bagi memberi keterangan susulan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam. Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis “jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti” itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping, Perak. Aziz kini disiasat pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya menyentuh titah Sultan Selangor berkenaan kes Gereja Methodist Damansara Utama, awal bulan ini. “Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut . . . pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan,” katanya. Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini. Tindakan Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai “kurang ajar”. Polis mengesahkan peluru yang diterima Aziz adalah jenis caliber 9mm dan motif pihak tertentu menghantarnya masih dalam siasatan. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan daripada Aziz pada pukul 7.00 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.


[Apa yang terjadi kepada Profesor Dr.Aziz Bari ini adalah satu lagi siri tindakan ganas dan keterlaluan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Harapan kita agar pihak polis dapat melakukan siasatan yang telus dan rapi terhadap insiden ini. Kita tidak mahu golongan akademik dihalang dari mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya. Apakah budaya seperti ini harus dibiarkan begitu sahaja?. Bagaimanakan jika sesuatu yang buruk terjadi kepada tokoh akademik itu nanti. Apapun, kita yakin rakyat Malaysia majoritinya amat kecewa dengan apa yang terjadi. Marilah sama-sama kita membina sebuah negara Malaysia yang lebih aman dan sejahtera. Keharmonian negara perlu dipelihara sekarang].

Terkini: Prof.Aziz Bari Akan Adakan Sidang Media Tentang Isu Peluru Yang Di Terimanya Semalam !!

KUALA LUMPUR, 30 Okt - Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari akan mengadakan sidang media petang ini ekoran menerima ugutan bunuh, semalam. Nota ugutan bunuh yang disertai peluru kosong dihantar ke rumahnya di Bandar Baru Selayang kira-kira jam 11.45 pagi. “Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata ‘jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti’,” kata Aziz. Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis. “Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut,” kata beliau yang disiasat oleh UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor awal bulan ini.

[Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia agaknya?. Gejala ugut mengugut sudah semakin menjadi-jadi sekarang ini. Tidak kira siapa yang diugut, sepatutnya perkara ini tidak berlaku dalam negara kita yang dikatakan aman dan selamat. Pihak polis perlulah bertegas dalam menyiasat perkara ini. Mereka yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan dengan segera. Apapun, motif peluru yang dihantar iaitu kecewa dengan tindakan Aziz Bari yang dikatakan menghina Sultan Selangor seolah-olah menggambarkan kepada kita siapakah pihak yang bertanggungjawab terbabit. Makanya, ia dilakukan selepas mendapat mandat daripada pihak yang berkepentingan].

Panas: Penyokong Negeri Sembilan 'Cedera' Akibat Di Belasah Gara-Gara Bakar Bendera Terengganu !

Seorang lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan. Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan. Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu. Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul. MiloSuam


Apakah inisiden seperti ini wajar berlaku dalam negara kita agaknya

[Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku di negara kita hari ini. Soalnya, kenapa ia boleh terjadi sedangkan rakyat kita dikenali sebagai berhemah dan berakhlak mulia selama ini. Tindakan membelasah seseorang sesuka hati dengan membelakangkan peraturan dan undang-undang adalah satu usaha yang jelas mendukacitakan. Dalam masa yang sama, tindakan provokasi membakar bendera juga tidak sepatutnya terjadi. Sesiapa pun yang sudah kecewa akibat pasukan mereka tewas akan bertambah sedih apabila bendera negeri mereka diperlakukan sedemikian rupa. Kesimpulannya, beradap dan jangan lakukan tindakan biadap dalam bersukan. Maka kelak, diri sendiri jua yang akan "terima akibat" akhirnya].

Tahniah: Negeri Sembilan "Juara" Piala Malaysia, Hairuddin Omar Buktikan Beliau Membawa Tuah

SHAH ALAM, 30 Okt - Piala Malaysia akhirnya kembali ke Negeri Sembilan buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila kebangkitan pada 10 minit terakhir oleh anak-anak buah Mohd. Azraai Khor Abdullah berjaya membenam Terengganu 2-1 dalam pentas akhir di Stadium Shah Alam, semalam. Di hadapan 70,000 penonton, penyerang veteran, Hairuddin Omar (foto) atau 'Hai-O' membuktikan dia membawa tuah kepada Negeri Sembilan apabila jaringannya pada minit ke-86 memastikan Terengganu pulang hampa, walaupun skuad Penyu berkelebihan satu gol menerusi Mohd Ashaari Samsudin (minit ke-59). Jaringan kemenangan Negeri Sembilan berpunca melalui hantaran silang Shukor Adan dari sebelah kanan yang bertukar hantaran dengan Shahurain Abu Samah, Hairuddin melepaskan sepakan sepakan gunting yang cantik tepat ke penjuru kanan gawang tanpa dapat dijangkau oleh Sharbinee. Sebelum itu, N. Sembilan menyamakan kedudukan hasil jaringan S.Kunalan (minit ke-81). Bertambah manis, pemain yang berasal dari Setiu, Terengganu itu turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir. Ini merupakan gol ketiga berturut-turut buat pemain berusia 32 tahun dalam aksi perlawanan akhir Piala Malaysia. Ia juga merupakan kejayaan kali ketiga peribadinya menjulang trofi itu, selepas juga bergelar juara ketika bersama Kelantan musim lalu dan Negeri Sembilan pada 2009. Kejayaan semalam juga merupakan kali ketiga buat Negeri Sembilan bergelar juara Piala Malaysia. Sebelum ini mereka memenanginya pada tahun 1948 dan dua musim lalu iaitu pada 2009. Sementara itu, Hairuddin berkata, walaupun Negeri Sembilan ketinggalan satu gol, pemain tetap tidak berputus asa dalam memburu gol.

Menurutnya, sejak awal perlawanan lagi Negeri Sembilan sebenarnya memiliki banyak peluang gol namun agak malang ia gagal menemui penyudah. "Ketika kedudukan terikat 1-1, saya tengok jam masih ada 15 minit lagi perlawanan. "Jadi saya rasa saya perlu buat sesuatu untuk pasukan. " Lalu saya tekad jika ada peluang gol selepas ini, saya tidak akan mempersia-siakan."Akhirnya peluang gol yang saya harapkan menjelma pada minit ke-86 dan saya gembira kerana berjaya menyempurnakannya, sekali gus menjadi gol kemenangan perlawanan akhir musim ini," katanya. Menyedari ramai yang kecewa dengan jaringan kemenangannya, Hairuddin turut memohon maaf kepada semua penyokong Terengganu yang menyaksikan perlawanan semalam juga yang berada di Terengganu. Ini kerana jaringannya semalam mengecewakan negeri kelahirannya untuk bergelar juara. "Saya meminta maaf kepada mereka (penyokong Terengganu). Saya faham mereka tentu kecewa kekalahan ini. Saya juga harap mereka tidak membenci saya," katanya. "Saya harap penyokong Terengganu, faham saya adalah pemain Negeri Sembilan dan komited terhadap pasukan yang telah saya wakili," kata beliau.

[Syabas dan tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan atas kejayaan ini. Kehebatan Hairuddin Omar dengan tendangan "first timer" pada jariangan kedua yang membawa kemenangan pasukan itu jelas sekali sesuatu yang sungguh menakjubkan. Bola yang sungguh cantik menerjah gol Trengganu dan memisahkan kemenangan antara kedua-dua belah pihak sebenarnya. Dalam pada itu, agak memilukan kehebatan beliau ini berjaya dibuktikan bersama skuad Rusa. Beliau dulu sebenarnya adalah pemain yang berada dalam kesebelasan pasukan Pahang. Kini segalanya tinggal kenangan. Pahang bukan sahaja bertambah merudum, malah turut gagal layak ke Piala Malaysia sedangkan Presiden dan Timbalan Presiden FAM adalah dari negeri Pahang. Sesuatu perlu dilakukan untuk memulihkan kembali maruah bolasepak negeri ini. Skuad Tok Gajah perlu bangkit semula dikalan negeri jiran Kelantan dan Trengganu kini berada pada kelasnya yang tersendiri. Lakukan "post morten" segera untuk tidak menghampakan peminat yang kini mula kecewa bila Pahang kini terperosok ke "Divisyen Dua" sekarang].

Saturday, October 29, 2011

Sultan Pahang: FAM Tetap 'Tidak Akan Turunkan' Harga Tiket Bagi Perlawanan Akhir Piala Malaysia

PEKAN, 29 Okt - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menurunkan harga tiket RM50 yang ditetapkan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam, malam ini. Presidennya, Sultan Hj.Ahmad Shah (foto) bertitah, penyokong kedua-dua pasukan seharusnya mengetepikan isu kenaikan harga tiket dengan datang beramai-ramai ke stadium bagi menyokong pasukan masing-masing. Baginda bertitah, sebelum harga tiket ditetapkan, ia telah dikaji kewajarannya sebuah jawatankuasa bertanggungjawab. Titah baginda, jika dibandingkan dengan negara Asean, penjualan tiket di negara ini jauh lebih murah. "FAM tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripada harga tiket tersebut, sebaliknya ia bertujuan menambah pendapatan kedua-dua pasukan yang layak ke pertandingan akhir. "Lagi berapa jam sahaja perlawanan akhir ini akan bermula, buat apa kita hendak tukar, harganya akan kekal seperti ditetapkan. "Beta menyeru kepada para penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu supaya datang ke stadium beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing. "Selepas perlawanan akhir dan bila keadaan sudah reda, rakyat boleh datang berjumpa FAM dan kita boleh bincang mengenai segala-galanya, termasuk harga tiket untuk perlawanan-perlawanan akan datang," titah baginda.

[Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Kem Force 136, Rejimen 505 Askar Wataniah Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraannya (ke-81). Baginda tutut mengulas bantahan penyokong kedua-dua pasukan yang mara ke final, yang turut mengancam untuk memboikot penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia. Sementara itu, mengulas kejadian Wisma FAM di Kelana Jaya yang dilempar cat merah kelmarin, Sultan Ahmad Shah bertitah, polis sedang menyiasat insiden tersebut. "Ini (lempar cat) tindakan orang bodoh, dia hendak lari ke mana. "Kita (FAM) telah maklumkan kepada pihak polis dan biarlah mereka siasat mengenai insiden ini," titah baginda].

Friday, October 28, 2011

Panas: Rakyat Malaysia Di Perth, Sambut PM Najib Dengan Himpunan Bersih 2.0 Sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel 'CHOGM'

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima tamparan hebat apabila sekumpulan rakyat negara kita dan penduduk tempatan Australia mengadakan Perhimpunan Bersih 2.0 sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di sini. Mereka membawa kain rentang gergasi yang tertera perkataan "Full Fill The 8 Demands First Before 13th General Election" dan "Malaysia Rally For Free & Fair Elections", disamping lapan tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.0. Tindakan mereka mengejutkan ramai pihak, kerana ketika ini hampir semua Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel sedang berada di Perth untuk Mesyuarat CHOGM. Najib yang tiba bersama isterinya Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth, Rabu lalu dan disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad dan Konsul Jeneral Malaysia di Perth Hamidah Ashari. Beliau telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Australia Julia Gillard dan Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa pada Khamis (semalam). Semasa di sini beliau juga turut dijadual mempengerusikan sesi mengenai Peluang Perniagaan dan Pelaburan di Malaysia serta menyertai Rundingan Meja Bulat Perdana Menteri Australia bersama Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel dan tokoh perniagaan. Pada Ahad ini, Najib dijangka mengadakan Majlis Barbeku (BBQ) untuk rakyat Malaysia sebelum kembali ke tanah air. Najib mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM yang disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MiTi) Datuk Mustapa Mohamed serta pegawai kementerian berkenaan. CHOGM 2011 bertemakan "Membangunkan Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global," telah dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II, pada Jumaat (28 Okt).


Kumpulan rakyat Malaysia di Perth Australia yang mengadakan perhimpunan
Bersih 2.o mendesak kerajaan memulihkan pilihanraya sebelum PRU-13



[Nampaknya Najib semakin hari semakin popular sekarang ini. Rakyat Malaysia sudah tidak takut lagi untuk menyatakan pandangan mereka. Ke mana saja Najib pergi, beliau pasti akan disambut dengan hamparan kuning selepas ini. Paling menarik, Himpunan Bersih 2.0 di Perth Australia ini berjalan secara aman tanpa ada sebarang provokasi oleh pihak polis. Najib tidak "bisa" lagi untuk mengarahkan pihak FRU untuk menyerang dan menyimbah asid atau pun gas pemedih mata kepada rakyat di sana. Mereka benar-benar demokrasi walau pun sama-sama berada dalam Negara Komenwal seperti Malaysia. Anehnya, di Malaysia lain pula amalan demokrasi yang diamalkan. Kebebasan rakyat disekat dengan berbagai akta dan undang-undang yang menguntungkan pemerintah. Makanya, rakyat terus bangkit untuk membuat perubahan besar dalam Pilihanraya Umum ke-13. Semoga suara rakyat akan didengari oleh pihak pemerintah dan jangan jadikan kuasa untuk bertindak sewenangnya kepada rakyat. Perubahan itu haruslah dilakukan demi masa depan generasi akan datang].

Hishamuddin Rais Mendakwa Dia Hanya Pencetus Pro-Paganda Bagi Pastikan United Malays National Organization "Berhenti Bodohkan" Orang Melayu !

Aktivis terkenal Hishamuddin Rais (foto) atau lebih dikenali dengan nama Blogger Tukartiub, menegaskan bahawa ketika ini media baru sebenarnya dalam keadaan "berperang" (perang siber). Beliau berkata demikian ketika hadir sebagai Ahli Panel, "Diskusi Blogger" anjuran Lajnah ICT PAS Pahang di Perkarangan Pejabat PAS Negeri di Temerloh hujung minggu lalu. "Kita sedang berhadapan dengan perang... yang berlaku antara Pakatan Rakyat denagn Barisan Nasional. Dalam perperangan .. yang menjadi mangsa utama ialah kebenaran. Saya bukan pembawa kebenaran ... tapi sebagai blogger saya adalah propoganding. Saya mempropogandakan satu-satu idea. Saya tidak merasa malu kalau saya mempropogandakan sesuatu. Musuh saya yang paling ketat ialah United Malays National Organization (tanpa menyebut UMNO). Ini jelas ...", kata Hishamuddin. Beliau turut menegaskan bahawa dia tidak ada simpati dengan United Malays National Organization malah tidak akan menyebut namanya UMNO kerana dia ini adalah diterbitkan oleh orang putih (British). "Saya tidak tahu kenapa orang kampun tidak diberitahu kenapa nama parti ini ialah United Malays National Organization. Kita patut panggil dia United Malays National Organization jangan kita panggil dia UMNO. Ini parti yang telah membawa malapetaka kepada negara kita ni ... semenjak 31 Ogos 1957 rakyat telah dimalapetaka oleh mereka ", tambah beliau. Dia turut mendakwa dia bukan ahli PAS, PKR atau DAP dan juga bukan ahli parti KITA atau lain-lainnya, tetapi beliau hanya punyai satu sebab untuk bekerja (buat propaganda) kerana dia tidak suka kepada United Malays National Organization. "Kenapa saya tidak suka kepada United Malays National Organization?. Kerana dia membodoh-bodohkan orang Melayu. Itu saja. Kalau mereka tiba-tiba mencerdikkan orang Melayu, habis pas.. habis cerita. Jadi ketika ini itu tujuan saya. Maka saya melahirkan propaganda", kata Hishamuddin lagi.


Hishamuddin bersemangat bercerita dalam Diskusi Blogger petang itu





Turut bersama Blogger Cucumatkilau yang telah menjadi ahli panel

Sementara itu Hishamuddin turut mengimbau zaman reformasi pada tahun 1998 dulu. Beliau berkata, ketika itu wujud laman-laman blog "tohmah dan fitnah" yang dikenali sebagai "Mahazalim" dan "Mahafiraun". Ini memang laman untuk buat propaganda. "Ketika kita berperang, kita boleh melakukan apa saja. Jangan kata itu tak boleh, ini tak boleh. Di dalam perang kita menentang musuh dan boleh menembak musuh dari belakang, dari telinga dia, kita boleh bunuh musuh dalam apa cara sekali pun. Jangan segan segan... Kenapa kita harus kata kita pejuang Melayu.. pantang Melayu tikam dari belakang .. Aku akan bunuh engkau.. apa cara pun akau akan bunuh engkau. Jadi keadaan sekarang nii.. ahli politik dia lain kerana dia ada modus operandi dia.. berbeza dengan blogger", katanya. Maka itu, Hishamuddin berkata blogger boleh menyerang musuh dalam apa cara sekali pun, dengan harapan musuh akhirnya ditolak oleh rakyat. Itulah yang beliau lalukan.

[Sewajarnya diskusi seperti ini dapat diperbanyakkan lagi dalam usaha pihak berkenaan untuk memenangi "perang siber" seperti yang berlaku pada PRU12 dulu. Media baru kini sudah menjadi medan pertempuran hebat dan perdebatan kepada ramai orang. Justeru itu, semua pihak digesa mengambil peluang dengan cepat untuk memartabatkan penguasaan media baru dikalangan penyokong mereka. Jika tersalah langkah, pasti akan kecundang akhirnya. Kini semua pihak telah berusaha memartabatkan media baru, baik pembangkang mahu pun kerajaan. Ternyata langkah itu berhasil dan berjaya menaikkan imej para blogger supaya tidak dipandang lekeh oleh masyarakat selepas ini. Media baru perlu dikembangkan jika mahu memastikan kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum ini nanti].

Dewan Pemuda PAS Pusat Menganjurkan Program Itjimak Tarbawi Di Taman Melewar Mulai Hari Ini, Ikuti Video Filem 'Gua Ikut Enta' Di PDO Sekarang!

KUALA LUMPUR, 28 Okt - Ijtimak Tarbawi 2011 Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan bermula petang ini bukan sahaja untuk ahli dewan itu malah terbuka kepada semua khususnya anak muda dan juga muslimat. Pengarah program itu, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz (foto) berkata orang ramai khususnya belia dijemput hadir ke program itu yang akan berlangsung hari sehingga Ahad ini bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar. "Ianya terbuka kepada semua. Sebenarnya yang kita tumpu adalah anak muda. "Muslimat pun boleh ikut serta. Kita juga menjemput Nisa' untuk hadir bersama," katanya yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Pihak penganjur juga ujarnya telah menyediakan pelbagai persiapan termasuk penginapan kepada peserta yang akan hadir. "Kita sasar 6,000 orang akan menyertai ijtimak kali ini. Sehingga kini lebih 4,000 sudah menyatakan pengesahan untuk hadir," katanya yang tidak menolak kehadiran akan melebihi sasaran. Untuk menarik golongan muda hadir ke ijtimak kali ini juga, Dewan Pemuda PAS buat julung kalinya menerbitkan filem pendek bertajuk "Gua Ikut Enta". Filem yang dipecahkan kepada tiga siri itu disiarkan berperingkat-peringkat sejak minggu lalu dan mendapat respon positif dari banyak pihak. Kepada anda yang tidak dapat hadir ke program tersebut, sila tonton video eksklusif berkenaan di bawah:-





[Difahamkan, pendaftaran program tersebut akan bermula pada jam 3 petang ini manakala majlis perasmian dijadual disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz selepas Isyak. Sebelum itu, Tuan Guru akan menyampaikan kuliah Maghrib kepada perserta program tersebut. Ijtimak Tarbawi 2011 adalah program khusus Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai program tarbiah ruhiah harakiah dari para murabbinya, bagi mempersiapkan anak muda dengan ‘kemantapan aqidah, pemikiran dan keperibadian mereka. Selain pemimpin utama PAS, program tersebut juga bakal menampilkan tokoh-tokoh gerakan Islam luar negara seperti Ikhwanul Muslimin serta HAMAS untuk berkonsi pandangan]. harakahdaily

Akibat Kecewa Dengan "Ismail Sabri", Sebahagian Besar Pengerusi JKKK Di Daerah Bera Mahu Buat Undi Protes Pada Pilihanraya Umum Akan Datang

BERA 28 Okt - Akibat campurtangan oleh Ahli Parlimen yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bera, Datuk Ismail Sabri Yaakob (foto) yang kecewa jawatan itu diberikan kepada "bukan orangnya", maka sebahagian besar Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dari sekitar daerah ini mengambil keputusan membuat undi protes pada Pilihanraya Umum akan datang sekiranya isu mereka tidak diselesaikan segera. Antara lain mereka kecewa kerana "jawatan Pengerusi JKKK" yang telah ditauliahkan kepada mereka tiba-tiba dibatalkan, sedangkan mereka kini menjalankan tugasan tersebut sejak beberapa bulan lalu. Bahkan mereka juga selama ini adalah penyokong kuat kerajaan setiap kali pilihanraya. Kemenangan Ismail Sabri pada PRU-12 dulu juga adalah atas usaha gigih mereka berkempen untuk pemimpin terbabit hingga berjaya dilantik ke kabinet. Semua ini adalah bukti sokongan dan komitmen mereka kepada parti dan kerajaan yang memerintah sejak sekian lama. Namun, kini nasib mereka "umpama telur dihujung tanduk" dan bagai "digantung tak bertali". Jawatan mereka dibatalkan selepas beberapa jam menrima surat perlantikkan daripada kerajaan itu sendiri. "Bayangkan, kami diraikan dengan begitu meriah sekali pada hari penerimaan surat perlantikan (watikah) sebagai Pengerusi JKKK. Tiba-tiba beberapa jam selepas itu arahan itu ditarik balik. Anehnya, ia berlaku pada hari yang sama. Ini yang menghairankan", kata salah seorang daripada mereka. Persoalannya kenapa ini berlaku, sedangkan kesemua mereka adalah prnyokong kerajaan dan bukannya pembangkang. Jika ada diantara mereka itu tidak menyokong kerajaan BN, maka ada rasional jawatan terbabit ditarik balik. Namun, kes yang berlaku di Daerah Bera ini sungguh menghairankan kita. Bayangkan, Ismail Sabri rela perlekeh serta aniaya pemimpinnya sendiri.


Bukti, inilah salinan dokumen surat perlantikan Pengerusi JKKK tersebut
Tindakan Ismail Sabri Yaakob yang dipercayai menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Pejabat Tanah Dan Daerah Bera membatalkan perlantikan kesemua Pengerusi JKKK terbabit benar-benar mengecewakan sebahagian besar dari kalangan mereka. Malah, apa yang menjadi masalah kepada penduduk sekarang ini ialah tiada perlantikan baru dibuat oleh kerajaan. Sementara itu, kesemua Pengerusi JKKK yang "dibatalkan" itu kini menjalankan tugas berkenaan tanpa elaun dan kemudahan lain sejak beberapa bulan yang lalu. Turut memusykilkan mereka juga sering mendapat surat jemputan rasmi ke majlis-majlis tertentu di daerah ini dan di Kuantan khasnya. Bayangkan, perlantikkan dibatalkan tapi dalam masa yang sama mereka terpaksa jalankan tugas tersebut. Akibatnya mereka kini berkhidmat tanpa sebarang elaun dan kemudahan lain daripada kerajaan yang mereka sokong sendiri. Senario ini jelas sekali sungguh memalukan dan tidak wajar berlaku sebenarnya. Bayangkan jika kesemua mereka membuat undi protes dan menyokong pembangkang pada PRU akan datang, maka sudah pasti nasib Ismail Sabri sebagai Ahli Parlimen juga pasti akan tinggal "nyawa-nyawa ikan". Maka itu, jika isu tidak ditangani dengan segera, BN bakal bermasalah di Parlimen Bera pada PRU-13 nanti.


Ismail Sabri perlulah ingat bahawa semua Pengerusi JKKK ramai pengikutnya
Jika isu ini dibiarkan, beliau bakal berhadapan laluan sukar pada PRU-13 ini
[Difahamkan surat perlantikkan mereka bertarikh 24 Jun 2011 telah ditandatangani oleh Pegawai Kemajuan Negeri Pahang, Dato' Dzulkifly Osman dan salinan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri serta Pegawai Daerah Bera sendiri. Malah, keputusan meluluskan perlantikan mereka sebagai Pengerusi JKK telah dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang (MMK) yang ke 17/2011 yang bersidang pada 25 Mei 2011 yang lalu. Perlantikkan mereka berkuatkuasa selama satu tahun iaitu dari 1 Jun 2011 hingga ke 31 Mei 2012. Persoalan kenapa perlantikan mereka ditarik balik dalam masa beberapa jam selepas itu, sedangkan mereka kini menjalankan tugas-tugas tersebut. Menurut sumber, Ismail Sabri kecewa kerana nama-nama yang dilantik majoriti bukan "orangnya". Lantaran itulah beliau menggunakan kuasanya untuk menghalang perlantikan tersebut. Tindakan ini jelas sekali mengecewakan pihak terbabit, biar pun sebelum ini dilaporkan sebahagian besar dari kalangan mereka menyerahkan kembali surat perlantikan rasmi tersebut].

Panas: Felda Terus Cuba Menipu Peneroka, Lantik Peguam Dan Tubuhkan Mahkamah Timbang Tara Bagi Menutup Kelemahan Agensi Itu Sebenarnya !

Rata-rata peneroka di seluruh negara sebenarnya menyatakan kekecewaan terhadap FELDA yang terus cuba untuk menipu peneroka bagi menutup kelemahan mereka sejak sekian lama. Terbaru, mereka mempergunakan Gabungan Generasi Wawasan Felda (GWGF) yang dipimpin oleh Tan Sri Rozali Ismail (foto), untuk cuba meredakan kemarahan peneroka terhadap agensi itu selama ini. Lantaran itu GWGF diarahkan menubuhkan "Skuad Peguamku" bagi membela dan mempertahankan isu-isu yang dibawa oleh peneroka terhadap Felda. Apa yang jelas tindakan tersebut hanya bertujuan untuk mengaburi mata peneroka yang selama ini terpedaya dengan peratusan Kadar Perahan Gred (KPG) buah sawit yang dimanipulasi oleh Felda sejak sekian lama. Baru-baru ini, Rozali dengan bangganya memaklumkan kepada media yang Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) telah melantik 23 peguam dari kalangan anak-anak peneroka Felda untuk selesaikan aduan berkaitan perkara itu secara percuma. Beliau turut mengatakan bahawa Skuad Peguamku akan membantu peneroka terutamanya dalam proses "timbangtara" berkaitan isu KPG yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kononnya jalan tengah untuk membolehkan peneroka tidak dikemukakan ke mahkamah ialah dengan membawa kes itu ke Majlis Timbang Tara yang dipengerusikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Malah katanya, proses itu bermula bila Felda membuat kajian dan berbincang dengan wakil peneroka yang diwakili oleh Skuad Peguamku. Jika persetujuan dicapai oleh kedua-dua belah pihak maka kes itu akan dianggap selesai. Namun jika ia tidak selesai barulah kes itu akan dibawa ke Majlis Timbang Tara. Kononnya ia bagi menjaga hubungan baik peneroka dengan Felda untuk jangkamasa panjang. Sedangkan Felda sebenarnya tiada hak lagi ke atas tanah mereka, kerana masing-masing sudah mempunyai geran hak milik sendiri yang sah. Namun, Felda cuba untuk berkuasa buat selamanya.


BAPAK dilihat gagal saingi ANAK kerana mereka adalah tali barut Felda


Keratan akhbar Metro (25 Oktober) berkaitan kenyataan Rozali Ismail
Persoalannya sekarang, apakah motif Majlis Timbang Tara yang ditubuhkan Felda itu?. Mahu menutup kes atau membantu para peneroka mendapat kembali hak-hak mereka yang ditipu Felda sejak sekian lama?. Jika Skuad Peguamku itu tawarkan khidmat secara percuma, maka dimanakah untung yang akan mereka perolehi kelak?. Bukankah mereka itu adalah peguam yang menjalankan perniagaan dalam bidang undang-undang. Maknanya, Skuad Peguamku akan dibayar dan diupah oleh Felda menerusi BAPAK sebenarnya. Jika mereka dibayar oleh Felda, maka apakah mereka akan mempertahankan peneroka?. Bukankah mereka semua akhirnya akan mempertahankan segala penyelewengan yang dilakukan oleh pihak Felda itu sendiri sebenarnya. Peneroka tidak wajar terus ditipu dengan dakyah sebegini lagi. BAPAK cuba untuk berlawan dengan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang dipimpin oleh Mazlan Aliaman. Dalam hal ini, kami melihat ANAK lebih jujur berjuang membela peneroka daripada BAPAK. Apa yang dilakukan BAPAK ialah untuk mempertahakan Felda biarpun mereka tahu siu penyelewengan dalam hal KPG itu. Buktinya, mereka cuba melantik peguam bagi mewakili peneroka dalam hal ini. Tapi dek kerana BAPAK itu bayangan Felda, maka mereka terpaksa mencari jalan untuk menutup kes dan tidak mahu lagi Felda dimalukan bila kes itu dibawa ke mahkamah yang menyaksikan peneroka menang dalam saman berkenaan. Felda juga takut, dengan saman-saman berserta "bukti dan fakta" yang dikemukakan oleh peneroka selama ini. Lantaran itulah mereka mahu menubuhkan mahkamah sendiri yang bakal dijadikan alat untuk sekali lagi tipu peneroka.

Peguam Persoal Motif Felda Tubuh Timbang Tara

Sementara itu, menurut seorang pengamal undang-undang di Pahang iaitu Peguam Mohd Harris Abdullah (foto) berkata apa motif Felda menubuhkan Majlis dan Mahkamah Timbang Tara kerana ia tiada dalan perjanjian asal peneroka menyertai tanah rancangan Felda dulu. Malah dalam perjanjian itu tiada pun klausa timbangtara seperti yang diperkatakan. Beliau juga mempersoalkan apakah kewajaran Ahmad Maslan pula dilantik sebagai Pengerusi Majlis Timbang Tara. "Mahkamah Timbangtara macam ana sedangkan dalam perjanjian asal takde pun klausa Timbangtara .. Apa kes Ahmad Maslan pula jadi Pengerusi Majlis Timbangtara. Dia bukan Mahkamah dalam erti kata sebenar. Ofis Penimbangtara yang dilantik pun boleh digunakan sebagai Mahkamah. Itu la sebabnya dia nak Timbanggtara .. bila Timbangtara esok dia letak la kroni dia sebagai penimbangtara ... mudah la kerja dia. Peneroka juga yang akan merana", kata beliau. Apa yang pasti dalam kes ini Felda akan menggunakan kuasa yang ada untuk terus memaksa peneroka tunduk kepada mereka buat selama-lamanya. Inilah yang menjadi matlamat Felda. Ikuti penjelasan lanjut peguam terbabit dalam blog peribadinya, DI SINI.

[Apa yang dilakukan oleh Felda ini sebenarnya sudah boleh dibaca oleh para peneroka. Apa guna ada peguam jika hanya untuk selesaikan kes di luar mahkamah dan sebagai gimik semata-mata. Mana mungkin peguam yang dilantik oleh Felda akan memberi kemenangan kepada para peneroka. Justeru itu, para peneroka digesa terus bangkit untuk mempertahankan hak mereka. Tanah itu kini bukan lagi milik sesiapa, tetapi milik mereka. Felda hanya agensi pengendali dan mereka tiada hak lagi ke atas tanah-tanah peneroka. Mereka yang perlu keluar dari Felda sekarang dan bukan memaksa peneroka untuk terus berhutang buat selamanya. Sudahlah berhutang, peneroka pula ditipu dan hasil mereka diselewengkan. Kemudia dalam masa yang sama mereka membina mercu tanda mewah dan jalanlan projek perniagaan yang gagal membawa keuntungan di sana sini. Akhirnya peneroka menderita tetapi beberapa kerat peimpin atasan Felda kaya raya dengan kemewahan yang ada. Apakah generasi muda Felda mahu terus ditipu buat selamanya?. Maka itu, jom lakukan perubahan demi masa depan anak-anak kita dimasa akan datang. Teruskan perjuangan SI ANAK!].

Panas: Gara-Gara 'Naik Tiket Final' Piala Malaysia, Laman 'Web Rasmi FAM' Di Godam Oleh 'Hacked' !

Lantaran kenaikan harga tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang melampau oleh FAM, laman sesawang rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (foto) itu telah digodam "hacked" oleh individu tidak dikenali. Gambar harimau pada logo rasmi FAM, ditukar kepada gambar seekor babi berwarna merah jambu (pink) digabungkan dengan logo lambang duit. "Persatuan Bola Sepak Malaysia" ditukar kepada "Tuan Bola Sepak Malaysia" dengan cara memangkah tulisan "persa". Petikan berita dari laporan Harian Metro bertajuk "Harga Tiket RM50 Wajar" yang melaporkan keengganan FAM menurunkan harga tiket RM50 tersebut turut dimasukkan di laman sesawang tersebut. Anda boleh melihat sendiri keadaan Laman Sesawang Rasmi FAM, rujuk sini [FAM]. Bagi yang tak sempat melihat, di bawah ini printscreen laman web tersebut. Selain itu, penuh kata-kata makian yang dilemparkan kepada FAM. Penggodam menggelarkan FAM sebagai "si kapitalis anjink" dan makian-makian lain seperti "Fuck FAM", dan "FAM Anjink" sambil nyatakan bantahan terhadap harga tiket RM50 yang dikenakan. MiloSuam

[Apa yang terjadi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini jelas sekali sungguh memalukan sebenarnya. Dikala pasukan kebangsaan kini mula meniti sinar gemilang dan dikala peminat mula membanjiri stadium untuk memberi sokongan tiba-tiba mereka bertindak keterlaluan. Langkah menaikkan harga tiket RM50 amatlah tidak wajar sama sekali kerana mereka yang hadir berbondong-bondong untuk menyaksikan perlawanan akhir antara Terengganu dengan Negeri Sembilan nanti pasti akan tersiksa akibat tindakan itu. Kenapa harus dinaikkan?. Sedangkan FAM sendiri tahu bahawa kehadiran peminat yang ramai sudah cukup untuk mengembalikan maruah Piala Malaysia itu sendiri. Tindakan FAM tidak mahu mendengar pandangan pihak lain dalam hal ini jelas sekali akan menyebabkan badan induk bolasepak negara itu bakal berhadapan dengan tindakan yang lebih drastik di kalangan peminat. Semoga mereka dapat pertimbangkan gesaan supaya menurunkan kembali harga tiket. Jika tidak sudah pasti perlawanan akhir itu pastinya diboikot oleh para penyokong pasukan masing-masing].

Thursday, October 27, 2011

Muhyiddin Yassin Gesa Pembangkang Jawab Juga Teguran Di Buat Laporan Ketua Audit Negara 2010

SITIAWAN 27 Okt - Kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang PKR, PAS dan DAP juga perlu menjawab beberapa teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana laporan itu mencakupi prestasi semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri seluruh negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang tidak patut sesuka hati melabel bahawa kelemahan perbelanjaan yang didedahkan dalam laporan itu adalah bukti kegagalan program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau menjawab soalan wartawan ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita semalam yang melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik dasar transformasi kerajaan ekoran ketirisan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu. "Laporan itu mencakupi semua agensi dan kerajaan-kerajaan negeri. Tidak juga terkecuali kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang. Ada juga teguran dari audit yang mereka perlu jawab,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan akhbar mini ”The School Times” di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sepuluh di Lekir dekat sini, hari ini. Menurut Muhyiddin, Anwar yang pernah berada dalam kerajaan dahulu sebagai Timbalan Perdana Menteri semestinya tahu bahawa Laporan Ketua Audit Negara itu sentiasa disertakan dengan teguran penting untuk pastikan perbelanjaan negara dilaksanakan dengan penuh hemah dan baik.

[Apa yang pasti, rakyat sungguh terkejut dengan laporan yang dibuat itu. Ternyata kerajaan gagal membendung penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kroni dan proksi mereka. Wang rakyat mengalir macam air sungai, tanpa ada sesiapa yang melarang. Dek kerana kuasa, mereka rompak segala hasil khazanah negara untuk mengenyangkan tembolok mereka. Apakah ini namanya pembangunan yang diperkatakan. Tranformasi Najib ternyata telah gagal dan rakyat berhak menukar kerajaan yang ada sekarang ini jika mahu nasib mereka terus terbela. Jika tidak pasti mereka akan terus ditipu oleh pihak terbabit buat selamanya. Ratusan juta wang rakyat dipunggah sesuka hati dengan penipuan-penipuan yang dilakukan. Masih adakah kita yang sanggup berdiam diri dan biarkan ia berlaku begitu sahaja?. Lakukanlah perubahan mulai sekarang !].

Anwar: 'Laporan Ketua Audit Negara', Bukti Dasar Tranformasi Najib Itu Ternyata Gagal Sebenarnya

SHAH ALAM, 27 Okt - Pendedahan Laporan Ketua Audit Negara menjadi bukti dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak gagal dengan pengumuman pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan yang ternyata janji-janji tersebut masih belum dipenuhi. Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasil penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 Kementerian dan Jabatan Persekutuan dan pengurusan 7 syarikat kerajaan mendedahkan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran. "Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti/projek di bawah pelbagai Kementerian/Jabatan Persekutuan," katanya yang juga Ketua Pembangkang Parlimen. Anwar menjelaskan yang mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti/projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin antaranya seperti berikut. Wujud kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada tahun 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4% daripada pencapaian objektifnya. Seterusnya ,kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang dedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan yang tidak mencukupi.


Mungkin kegagalan itulah yang mahu diperkatakan sejak dulu agaknya
Kemudian, kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di negeri Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan. Selain itu, Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ke-2 di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan. Justeru tambah Anwar, Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala perubahan dan setiap reformasi sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia. "Tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan," tambah Anwar lagi.

[Apa yang jelas dapat dilihat, kelewatan untuk membentangkan Laporan Ketua Audit Negara sebenarnya ada kaitan dengan berbagai kepincangan yang telah didedahkan. Tahniah kepada Ketua Audit Negara kerana berjaya membuktikan kepada rakyat yang Kerajaan Barisan Nasional sewajarnya ditukaran pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Ini kerana jelas parti itu digunakan sebagai "kantung emas" oleh beberapa kerat pemimpin yang berkuasa untuk mencari keuntungan duniawi semata-mata. Gemar mengagihkan projek sesama sendiri, ahli keluarga dan saudara mara. Relah dipergunakan untuk merompak wang rakyat sesuka hati mereka. Bersekongkol untuk melakukan penyelewengan, kononnya mereka berad ada pihak yang benar. Rakyat dimomokkan dengan berita pembangunan agar mereka leka akan ditipu buat selamanya selagi kerajaan yang ada terus memerintah. Inilah hakikat yang berlaku di depan mata kita sekarang sebenarnya. Justeru, lakukan perubahan demi generasi masa depan kita].