Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Wednesday, November 30, 2011

Usaha Pinda Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, Hukuman Kepada Rakyat Tolak Kerajaan !!

KUALA LUMPUR, 30 Nov - Pakatan Rakyat menyifatkan usaha kerajaan Barisan Nasional berkeras untuk melaksanakan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman (PA2011) sebagai hukuman kepada rakyat yang menentang kepimpinannya seperti perarakan Bersih 2.0 pada 9 julai lalu. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh Majlis Peguam dan bukannya mentadbir negara secara semberono. "Saya telah melihat cadangan rang undang-undang yang dikemukakan oleh Majlis Peguam dan pada sesi perbahasan pagi tadi, saya telah meminta kerajaan menarik balik rang undang-undang itu dan perlu mengambil kira pandangan ahli parlimen yang membahaskan perkara ini termasuk dari Pakatan Rakyat," katanya. Anwar berkata demikian dalam satu sidang media di lobi Parlimen selepas berjumpa dengan wakil perhimpunan menentang rang undang-undang itu yang berarak ke Parlimen semalam. Akan tetapi rang undang-undang tersebut sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat setelah Ahli Parlimen Pakatan keluar dewan dan tidak mengambil bahagian di dalam perbahasan. Perhimpunan "Walk for Freedom to Walk" (Berarak Untuk Kebebasan) itu tercetus apabila Kerajaan bentangkan rang undang-undang bagi mengawal jenis perhimpunan yang boleh diadakan. Perhimpunan semalam dihadiri lebih 1,000 ahli Majlis Peguam Malaysia dan aktivis masyarakat. Mereka membanjiri Kelab Taman Tasik Perdana seawal 11 pagi semalam dan berjalan sejauh satu kilometer ke Parlimen bagi menyerahkan kertas cadangan rang undang -undang yang dicadangkan oleh Majlis Peguam. Bagaimanapun hanya 10 orang dari Majlis Peguam dibenarkan memasuki kawasan Parlimen bagi menyerahkan rang undang-undang alternatif kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong. Mereka kecam Rang itu kerana ia dikatakan lebih mengongkong hak rakyat berhimpun. Mereka berkata rang itu bertentangan dengan prinsip demokrasi dan Artikel 10 Perlembangaan Persekutuan.


Pemimpin Pakatan Rakyat di sidang media di lobi parlimen petang semalam
Sementara itu sebuah lagi badan pendesak 'Occupy Parlimen' di laporkan akan terus berhimpun selama tiga hari di perkarangan Parlimen sebagai tanda mendesak kerajaan untuk tidak meluluskan undang-undang itu. Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berpendapat yang kerajaan pusat terpaksa melakukan apa sahaja dalam mempertahankan kedudukan mereka walaupun dengan menafikan hak rakyat. "Ini adalah reaksi negatif Umno-BN menghukum rakyatnya kerana mengadakan perhimpunan pada 9 julai lalu dan ini juga adalah usaha untuk memastikan bahawa rakyat tidak lagi boleh berhimpun seperti Bersih 2.0," katanya. Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee pula sifatkan akta yang digubal kerajaan tidak adil sama sekali dalam sebuah negara demokrasi dengan mengenakan pelbagai syarat keterlaluan. Lim yang mengetuai perarakan beratus peguam menerusi kempen 'Walk for Freedom to Walk" turut mengesa kerajaan mempertimbangkan rang undang-undang alternatif yang dikemukakan oleh pihak Majlis Peguam. "Majlis Peguam akan terus mengetuk pintu Parlimen jika rang undang-undang ini dijadikan akta dalam bentuk yang semasa," tambah beliau.


[Rakyat diminta bersabar melihat kerenah dan strategi terbaru kerajaan UMNO BN untuk menghalang kebangkitan suara mereka dijalanan ini. Kemungkinan besar undang-undang seperti ini digubal bagi memberi kuasa sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana rakyat yang cuba bangkit menentang kerajaan UMNO BN, terutamanya menjelang Pilihanraya umum ke-13 yang akan datang tidak lama lagi. Kerajaan juga mungkin menjadikan alasan ini untuk menghalang rakyat berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan kes liwat II yang bakal diketahui jawapannya dalam masa terdekat ini. Terdapat suara mengatakan Anwar Ibrahim akan dihumbankan semula ke Penjara Sg.Buloh atas kesalahan ini dan rakyat pula dihalang untuk bangkit menyatakan bantahan seperti yang terdahulu. Inilah alasan kuat mengapa kerajaan beriya-iya mahu meminda rang unrang-undang tersebut. Apapun, semua digesa meneruskan perjuangan].

Tuesday, November 29, 2011

Panas: Ramai Kecewa, Pegawai Kewangan Negeri Pahang Anugerah Projek "Tender Kantin" Secara Runding Terus Kepada "Proksi" Isteri Mudanya !

KUANTAN, 29 Nov - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) digesa menyiasat satu laporan ketidakpuasan hati ramai kontraktor kantin sekolah-sekolah agama seluruh Pahang akibat tindakan "pihak tertentu" mengatur kontraktor terpilih untuk "tender kantin sekolah-sekolah agama Pahang musim 2012". Difahamkan, semua tender kantin sudah pun tamat pada tahun ini dan sepatutnya MUIP seperti biasa akan membuka tender baru untuk dipohon oleh kontraktor-kontraktor terbabit. Namun, anehnya pada kali ini "tender dibuat secara runding terus" oleh Pejabat Kewangan Negeri Pahang. Difahamkan sebelum ini MUIP hanya mengeluarkan hebahan dan tender sebaliknya peruntukan diperolehi daripada Kerajaan Negeri sendiri. Namun, kali ini ia agak mengejutkan bilamana tender tidak lagi dikeluarkan sebaliknya pejabat Kewangan Negeri mengawal proses tersebut. Daripada sumber maklumat yang diperolehi, terdapat campurtangan yang begitu jelas oleh Pegawai Kewangan Negeri Pahang sendiri iaitu Dato' Norzan Bin Hj.Ahmad (foto) yang dipercayai menganugerahkan "tender runding terus" kepada proksi-proksi "isteri muda"nya. Menurut seorang saksi, beliau amat kecewa dengan senario yang berlaku ini. Ia jelas menggambarkan betapa teruknya sikap pegawai kerajaan menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat. "Sudahlah tender dibuat secara runding terus kali ini, malah harga tender juga dinaikkan secara tidak munasabah (RM2.00 satu kepala). Bayangkan berapa ratus ribu pelajar-pelajar sekolah agama di seluruh negeri Pahang ini?. Semuanya dikontrol oleh mereka. Sedangkan jika kami masuk tender sekali pun, mereka mahu agar harga direndahkan .. tiba-tiba tender runding terus mereka naikkan harga sedemikian rupa. Ini jelas satu lagi bukti penyelewengan yang nyata sebenarnya", kata kontraktor itu. Kemungkinan satu laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibuat oleh mereka terhadap dakwaan ini.

[Difahamkan, banyak syarikat yang mendapat projek tender tersebut secara "runding terus" adalah dimiliki oleh proksi isteri beliau. Jika sebelum ini, rakyat melihat Rosmah Mansor mengawal projek-projek kerajaan pusat. Kini ia menular pula ke negeri Pahang, hingga projek tender kecil seperti ini pun mahu dikawal oleh mereka yang berkuasa. MUIP digesa mengambil tindakan segera untuk memberi hak kepada semua kontraktor masuk tender secara terbuka. Pegawai Kewangan Negeri Pahang tidak wajar campurtangan dalam hal ehwal yang membabitkan sekolah agama seperti ini. Malah difahamkan antara syarikat yang dipercayai mendapat tender runding terus itu ialah NS Jaya Enterprise yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan isteri pegawai terbabit. Hak rakyat tidak wajar dinafikan, dan mereka tidak perlu menunjukkan kuasa walau pun mereka ada kuasa. Justeru itu, diharapkan agar perkara ini diselesaikan dengan segera sebelum laporan lanjut yang lebih panas menyusul. Sudah tiba masanya rakyat mengetahui kebenaran daripada terus takut dibelenggu penyelewengan oleh mereka yang "gila berkuasa"].

Monday, November 28, 2011

Panas: Isa Samad Bakal Di Saman Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Ekoran Kenyataan Biadapnya !

KUALA LUMPUR, 28 Nov - Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda memberi tempoh 14 hari kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka. Kata-kata penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Melang Inn Kuala Pilah baru-baru ini. "Kita telah melantik peguam untuk menuntut Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari dan menyiarkannya sekurang-kurangnya di lima buah akhbar. "Jika enggan memohon maaf, kita akan meneruskan tindakan saman terhadap beliau," kata Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Naib Pengerusi JKPP Wilayah Johor Bahru, Shamsuddin Othman (foto). Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini. Kira-kira 15 anggota mereka turut serta pada sidang media itu termasuk pimpinan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda yang diketuai Azizah Bahari. Dalam rakaman ucapan yang turut ditayangkan kepada media, Isa dilihat mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk) dia". Dia juga secara jelas menujukan kenyataan-kenyataan itu kepada Shamsuddin yang disebutnya dalam ucapan itu dengan nama "Pak Sam". Bagaimanapun tindakan Isa itu dianggap menghina seluruh peneroka kerana Shamsuddin adalah ketua peneroka Felda kebangsaan yang mewakili seluruh peneroka. Menurut Shamsuddin lagi, penghinaan oleh Isa terhadapnya itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mempersoal prolehan Felda yang hanya akan mendapat RM500 juta setahun selepas memajak 360,000 tanah kepada Felda Global Ventures untuk disenaraikan. Sedangkan pendapatan Felda daripada tanah-tanah itu sekarang ini sekitar RM2 billion setahun. "Ini kali pertama dalam sejarah, pengerusi Felda hina peneroka, tak pernah berlaku sebelum ini," katanya. Selain itu dalam video itu juga, Isa secara tersekat-sekat menggelarkan 'JKPP' sebagai 'JKK'. "Setelah hampir setahun bertugas tetapi masih tidak mengetahui nama dan fungsi JKPP membuktikan Tan Sri Isa tidak layak menerajui Felda," katanya.

[Apa yang berlaku ini sungguh mengejutkan kita sebenarnya. Ini jelas membuktikan yang Isa Samad rupanya memang benar tidak disenangi oleh sebahagian besar masyarakat peneroka Felda. Tindakan beliau berperang dengan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, jelas sekali menggambarkan sikap sebenar Isa Samad selama ini. Beliau memang berniat jahat untuk merompak hasil mahsul Felda untuk kepentingannya sendiri, lantaran itulah tergamak untuk menyenaraikan Felda Global Ventures ke Bursa Malaysia. Rupanya memang beliau ada agens tersembunyi yang peneroka wajar tahu. Bayangkan dari untung RM2 billion tiba-tiba Isa Samad hanya mahu memberikan RM500 juta setahun kepada Felda. Bukankah ini satu kerja yang tidak masuk dek akal sebenarnya. Nampak benar ada satu pakatan sulit antara mereka dalam memastikan keuntungan Felda masuk ke kantung masing-masing. Peneroka perlu bangkit untuk menolak Isa Samad, jika tidak sudah pasti masa depan mereka juga akan rosak dibuatnya. Isa Samad adalah seorang perasuah yang dilantik ke jawatan Pengerusi Felda oleh PM Najib Razak kerana ada jasa Isa terhadap Najib ketika beliau jadi MB Negeri Sembilan dulu agaknya. Apakah rahsia itu?].

Memalukan: Tok Empat Selewengkan Peruntukan Program "E-Kasih" Untuk Kepentingan Peribadi !!

KUANTAN, 28 Nov - Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) digesa menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Sungai Karang dekat sini tentang program e-Kasih. Beliau yang dikenali sebagai Tok Empat Awang Kassim itu benar-benar telah mengecewakan para penduduk di kawasan terbabit. Ini kerana terdapat banyak laporan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukannya dengan memanipulasi program e-Kasih untuk kepentingan ahli keluarga, sahabat dan kroni-kroni beliau sendiri. Program yang bertujuan untuk membantu golongan miskin yang berpendapatan kurang dari RM1000 itu telah digunakan sewenang-wenangnya kepada mereka yang "tidak layak". Paling menyedihkan, tindakan beliau itu tidak diendahkan biarpun telah beberapa kali dibantah oleh penduduk. Akibatnya, penduduk yang layak mendapat bantuan di"persiakan", sebaliknya mereka yang hampir dengan beliau mendapat peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan itu. Menurut seorang penduduk, beliau kecewa kerana kroni Tok Empat terbabit mendapat peruntukan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dibawah program e-kasih, sedangkan mereka bukannya nelayan. "Seorang kroninya bernama Zainuddin Hitam dapat sebuah bot fiber, enjin bot dan juga pukat sedangkan beliau tidak pernah turun ke laut, tidak memiliki lesen ke laut bahkan tidak pernah pun memancing di tepi laut dan kini bertugas sebagai Pemandu Felda", kata beliau.

Seleweng Subsidi Minyak Dan Peruntukan RM200

Penyelewengan juga berlaku kepada Subsidi Minyak Petrol dimana Tok Empat terbabit dipercayai telah menjualkannya kepada pihak yang tidak layak. "Difahamkan nama di atas kad penerima subsidi ialah Abd Majib Abd Wahab iaitu seorang pemandu lori tetapi yang menggunakan lesen itu ialah abang ipar Tok Empat terbabit yang dikenali sebagai Abd Rashid Muda", kata seorang penduduk lagi. Selain daripada itu, terdapat nama-nama mereka yang mencurigakan dan tidak layak tetapi telah mendapat kemudahan daripada Jabatan Perikanan Pahang. Antara nama-nama terbabit ialah seperti Sharif Abdullah, Abd Majid Abd Wahab dan Abd Rashid Muda sendiri. Kesemua mereka mempunyai hubungan keluarga dan merupakan proksi kepada Tok Empat berkenaan sebenarnya. Malah, bantuan peruntukan RM200 untuk nelayan juga telah diagih-agihkan oleh beliau kepada ahli keluarganya yang tidak layak. Inilah yang mengecewakan penduduk.


Program membasmi kemiskinan disalahguna oleh pemimpin masyarakat
[Semua kegiatan ini adalah tidak wajar dan sangat mendukacitakan penduduk setempat. Mereka gusar, jika beginilah perangai Tok Empat yang dilantik oleh kerajaan, maka mereka khuathir rakyat tidak akan mengundi BN lagi pada Pilihanraya Umum akan datang. Ini kerana mereka tidak tahan lagi dengan sikap golongan terbabit yang menggunakan kepentingan diri sendiri untuk mengaut segala projek dan peruntukan kerajaan. Malah, akibat sumpahan orang-orang kampung maka difahamkan Tok Empat terbabit kini mengamali masalah sakit tulang belakang dan terpaksa mendapatkan rawatan dua minggu sekali di hospital Semoga pihak yang berkenaan dapat memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini. Gambar-gambar berkaitan akan menyusul demi membuktikan ketidakadilan yang berlaku ini. Inilah yang dinamakan "harapkan pagar-pagar makan padi" selama ini. Apakah begini sikap pemimpin masyarakat?].

Sunday, November 27, 2011

Warta Pahang: Sultan Ahmad Shah Bertitah, Agar Isu Sensitif Perlulah Di Tangani Secara Berhemah

KUANTAN 27 Nov - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (foto) bertitah, setiap isu sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat negara ini perlu ditangani dengan penuh persefahaman, rasional dan berhemah. Baginda bertitah, isu tersebut tidak sepatutnya dibicarakan secara terbuka demi menjalinkan keharmonian hidup bermasyarakat walaupun diberi hak bersuara. "Islam menentukan setiap kebebasan mempunyai batas dan sempadan tertentu termasuk hak bersuara. Secara amnya kita bebas untuk melakukan sesuatu tetapi mestilah tertakluk kepada sistem dan peraturan negara serta nilai-nilai yang ditentukan oleh agama moral dan budaya," titah baginda. Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" hari ini. Baginda tegaskan, tidak sewajarnya ada kelompok yang terbawa-bawa dengan cara masyarakat yang kononnya ikut undang-undang dan menuntut apa sahaja atas nama hak dan kebebasan individu. "Tidak wajar bagi mereka tuntut apa sahaja atas nama hak dan kebebasan individu sehingga belakangkan sensitiviti agama, nilai dan budaya masyarakat. "Justeru, dengan tema penghayatan Maal Hijrah kali ini dapat lahirkan warga yang saling menghormati dan bertolak ansur serta menjunjung tinggi prinsip perpaduan serta toleransi sejagat," titah baginda.

[Turut berangkat sama ke majlis itu pagi tadi ialah Sultanah Pahang, Sultanah Khalsom. Turut hadir ialah Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Dato' Mohamad Sahfri Ab. Aziz. Titah yang dibuat oleh Tuanku Sultan Pahang ini perlulah dihayati oleh seluruh lapisan rakyat terutamanya yang bermastautin di dalam negeri Pahang ini].

Akta Pekerjaan: Tamparan Hebat Buat Kerajaan, MTUC Mahu Buat MOU Dengan Pakatan Rakyat !!

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bercadang untuk membentuk perjanjian persefahaman dengan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan pindaan kontroversi ke atas Akta Pekerjaan. Setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang (foto) berkata, pemimpin Pakatan perlu menandatangani perjanjian persefahaman dengan MTUC untuk menyatakan sokongan yang lebih bulat ke atas usaha untuk memansuhkan undang-undang tersebut. Dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR hari ini, Alias berkata, beliau juga akan membawa usul untuk membentuk memorandum persefahaman itu di perhimpunan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 2 Disember depan. "Saya akan bawa usul, kita akan beri cadangan kepada Pakatan, kena buat MOU untuk kita tunjukkan keikhlasan... Awak tolong saya, saya akan tolong awak," katanya lagi. Beliau yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan yang meluluskan undang-undang berkenaan juga berkata, MTUC akan membuat keputusan untuk menyokong parti yang usaha menarik balik undang-undang berkenaan. Tambahnya, MTUC juga akan meneruskan siri perhimpunan untuk membantah pindaan ke atas Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini. Alias berkata, perhimpunan besar itu dijangka diadakan di hadapan bangunan Parlimen apabila undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Negara pada 12 Disember, katanya dalam perbahasan di Kongres Nasional PKR hari ini. Dalam ucapannya, Alias turut meminta para perwakilan supaya memberi sokongan penuh untuk hadir ke perhimpunan berkenaan, disambut dengan laungan "sokong pekerja" oleh para perwakilan berkenaan. Tambahnya, parti dalam Pakatan perlu menyokong bantahan berkenaan memandangkan golongan pekerja membentuk sejumlah lima juta daripada keseluruhan jumlah pengundi. "Kalau biarkan (pekerja) berjuang tanpa sokongan saya takut mereka beralih sokongan," kata ahli PKR itu lagi ketika membahaskan usul memartabatkan kaum pekerja. Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan. Rang Undang-undang itu dijadual dibentang di Dewan Negara pada persidangan Disember ini.

[Nampaknya, kerajaan UMNO BN bakal berhadapan dengan undi protes besar-besaran oleh rakyat terutamanya golongan pekerja pada PRU-13 ini nanti. Ternyata MTUC kini semakin berani untuk membuat tindakan drastik dalam usaha menghalang pindaan dibuat terhadap Akta Pekerjaan. Kerajaan harus berhati-hati dan berwaspada dengan senario terbaru ini. Jika tidak sudah pasti penolakan itu akan berlaku di seluruh negara, selepas MTUC melihat kerajaan UMNO BN gagal untuk mendengar suara rintihan mereka dalam isu ini. Apapun, jika MOU dibuat dengan Pakatan Rakyat maka kemungkinan besar harapan untuk pakatan itu menang lebih besar pada PRU ini nanti pasti akan tercapai. Oleh itu, berhati-hati dengan tindakan yang boleh memudaratkan dikala PRU-13 yang semakin hampir].

Sukan: Lee Chong Wei Tewas Lagi Kepada Lin Dan

KUALA LUMPUR, 27 Nov - Hasrat jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei untuk memburu kejayaan di Terbuka China musnah selepas tumpas di tangan musuh tradisinya Lin Dan pada perlawanan separuh akhir malam Sabtu. Lin Dan yang juga pemain nombor dua dunia mengambil masa satu jam 16 minit untuk menundukkan Chong Wei dengan 21-19, 12-21 dan 11-21. Kali terakhir Chong Wei berjaya menewaskan pemain China itu adalah pada Mac lepas pada Kejohanan All England.

Panas: "Setiausaha UMNO" Indera Mahkota Yang Di Percayai "Pro Lynas" Di Pecat Gara-Gara Muflis

KUANTAN, 27 Nov - Setiausaha UMNO Bahagian Indera Mahkota, Bahazelan Wahab (foto) kini terpaksa berjuang sendirian dalam "isu Lynas" apabila beliau dipercayai telah dipecat daripada jawatannya baru-baru ini. Bahazelan merupakan antara tokoh UMNO yang sering mempertahankan projek Lynas dengan berbagai alasan-alasannya tersendiri. Beliau lebih berani keluarkan kenyataan bersifat "pro-Lynas" daripada lain-lain pemimpin dalam parti itu di Pahang. Difahamkan, tempat beliau rupanya sudah lama digantikan oleh pemangku jawatan tersebut iaitu Ab.Rahaman Mohamad. Jawatan beliau dilucutkan akibat keberhutangan yang serius "muflis" yang beliau alami sejak sekian lama. Parti tidak dapat membantu beliau kerana jumlahnya adalah terlalu besar untuk diselesaikan. Lantaran itulah beliau diarahkan mengosongkan jawatan berkenaan untuk mengelakkan parti UMNO mendapat malu yang lebih besar. Pemecatan Bahazelan, adalah merupaka kerugian besar kepada UMNO Indera Mahkota. Ini kerana nama beliau lebih popular oleh ramai pihak termasuk dikalangan pembangkang sendiri. Sikap berani bersuara dan menegur kepincangan yang berlaku dalam parti sendiri membuatkan dia amat disenangi. Walau pun beliau gemar berdebat dalam beberapa isu tertentu termasuk "Lynas". Agak mengejutkan bila mana UMNO sendiri gagal membela pemimpin seperti itu, tetapi dalam masa yang sama banyak membantu penyokong yang bukan pun seorang pemimpin parti selama ini.

[Sungguh mengejutkan bila orang hebat seperti Bahazelan Wahab gagal mendapat bantuan daripada parti itu. Sedangkan beliau adalah individu yang selama ini berani berjuang bermati-matian untuk mempertahankan UMNO dan Lynas yang ditentang oleh rakyat. Nampak benar segala jasa dan pengorbanan beliau itu langsung tidak dihargai. Sewajarnya parti berusaha menyelamatkan beliau dari sebarang tindakan mahkamah yang boleh merugikan dirinya. Kini, Bahazelan terpaksa berhadapan dengan suara bantahan rakyat terhadap isu Lynas tanpa jawatan penting dalam UMNO lagi. Apalah sangat yang boleh beliau lakukan jika ini keadaannya. Apapun, kami berharap beliau akan terus berjaya dalam kerjaya politiknya selepas ini. Perjuangan beliau masih diperlukan oleh rakyat sebenarnya !].

Indera Mahkota: Dato' Fauzi Paling Layak, UMNO Pula Akan Letak Calon "Recycle" Pada PRU-13 Ini!

Parlimen Indera Mahkota terus bergolak menjelang Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Jika sebelum ini, didedahkan maklumat tentang UMNO bakal merampas semula kerusi Parlimen Kuantan untuk meletakkan calonnya berlawan dengan Fuziah Salleh (PKR) pada PRU itu nanti. Kini tersebar beberapa lagi berita panas, yang berkaitan dengan Parlimen Indera Mahkota pula. Baik dipihak BN mahu pun pembangkang, masin-masing kini terus dilanda trauma menentukan calon yang paling layak bertanding di situ. Bagi UMNO BN, khabarnya perebutan untuk menjadi calon Parlimen Indera Mahkota kini kian hangat dan sampai ke kemuncaknya. Heboh diperkatakan, bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota iaitu Dato' Wan Adnan Wan Mamat yang merupakan orang kanan Tun Khalil Yaakob (YDP Melaka) kini sedang mencongak-congak untuk bertanding semula di kerusi itu. Ia berikutan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR), berikutan tindakan PKR tidak lagi mengekalkan Azan Ismail disitu. Azan lebih disenangi oleh "lawan atau kawan" kerana beliau merupakan bekas pemimpin muda dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan juga bekas Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kuantan. Namun, berdasarkan senario terkini, tempatnya bakal digantikan oleh calon luar iaitu Zakaria Abd Hamid (bekas Pengerusi PKR Pahang sebelum Dato' Fauzi). Kehadiran Zakaria adalah atas mandat daripada PKR Pusat sebagai "care taker" parlimen itu sejak ketiadaan Azan yang dipindahkan ke Trengganu awal tahun ini. Maka, Zakaria kini sibuk dengan agenda programnya yang melihat seolah-olah beliau adalah calon yang paling sesuai menggantikan Azan. Kehadiran Zakaria sedikit meresahkan kepimpinan PKR Negeri terutamanya orang Dato' Fauzi Abd Rahman.


Calon pilihan PRU; Dato' Fauzi, Dato' Wan Adnan dan Zakaria Abd Hamid
[Ini kerana sebagai Pengerusi Negeri, PKR Pusat sepatutnya merujuk dulu kepada negeri untuk menghantar mana-mana calon bertanding di negeri ini. Akibatnya, ramai yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Zakaria yang dilihat sebagai "orang luar" itu. Rakyat Kuantan, tidak mahu lagi mempunyai Wakil Rakyat "seminggu sekali turun padang" seperti Fuziah Salleh di Parlimen Kuantan. Mereka mahu, pemimpin yang senantiasa berada bersama rakyat diangkat. Makanya, calon yang paling layak ialah Dato' Fauzi sendiri di Parlimen Indera Mahkota sebenarnya. Tambahan pula, Dato' Fauzi kini bermastautin di Indera Mahkota dan merupakan Pengerusi PKR Pahang. Jika beliau bertembung dengan Dato' Wan Adnan (UMNO) yang merupakan anak didiknya dulu maka sudah pasti pertandingan sengit akan dapat disaksikan pada PRU-13 nanti. Tapi, jika sebaliknya sudah pasti harapan UMNO BN untuk merampas kembali kerusi parlimen itu daripada PKR akan tercapai kali ini. Apapun, kehadiran Wan Adnan pula pasti menyebabkan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota sekarang, Dato' Hazmi Yusof "tidak senang duduk dan tidak senang berdiri". Beliau berkira-kira untuk bertanding di situ, kini namanya dikatakan akan terpelanting pula ke DUN Beserah untuk bersaing dengan Setiausaha Kerja UMNO Pahang, Rahim Abas bertanding di situ. Ini semua akan menyebabkan perpecahan dalam UMNO BN andai gagal ditangani segera].

Friday, November 25, 2011

Panas: Shamsul 'Tidak Wajar Kaitkan' Himpunan Bersih 3.0 Dengan 'Keputusan Kes' Liwat Anwar !!

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin (foto) tidak wajar mengeluarkan kenyataan pergerakan itu merancang untuk menyertai satu lagi perhimpunan dengan nama BERSIH 3.0 sekiranya Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Samsul berkata demikian kononnya beliau yakin kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan. Menurut Samsul lagi, Anwar akan kembali ke mahkamah pada 8 Disember 2011 ini dan beliau amat yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam masa terdekat. Samsul berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini. Persoalannya, apakah wajar Samsul berkata demikian?. Kenapa perlu beliau kaitkan kes Anwar dengan himpunan Bersih 3.0?. Bukankah beliau sendiri tahu bahawa himpunan Bersih itu adalah bagi membuat lapann tuntutan rakyat untuk menyaksikan pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Malah, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga juga pernah mengatakan bahawa himpunan Bersih bukan didalangi oleh parti pembangkang, sebaliknya melibatkan berbagai NGO yang prihatin. Walau pun kerajaan pernah mengatakan himpunan itu melibatkan pembangkang namun ia dinafikan. Kini, dengan tindakan Samsul ingin gunakan platform Bersih 3.0 untuk kes Anwar maka kita gusar apa yang disyaki oleh kerajaan itu akan terserlah jua akhirnya. Kenapa perlu ganggu himpunan Bersih dengan kes tersebut, sedangkan itu adalah masalah peribadi pemimpin terbabit. Maka, Samsul perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkenaan hal ini.


[Angkatan Muda Keadilan (AMK) perlu mencari idea yang lebih bagus untuk mengadakan himpunan jalanan dengan tidak mencampurkan urusan Bersih 3.0 dengan kes Anwar. Jika tidak, sudah pasti kebenaran terserlah bahawa pembangkang adalah dalang kepada himpunan tersebut nanti. Mereka perlu ingat, rakyat turun berbondong-bondong untuk menyatakan sokongan terhadap pilihanraya yang bersih dan adil terlaksana di negara ini. Mereka tidak boleh samakan dengan perhimpunan reformasi jalanan di awal kes Anwar dulu. Kini suasananya sudah berbeza, maka Shamsul perlu mengatur strategi baru untuk mengajak rakyat bangkit menyatakan bantahan andainya Anwar Ibrahim didapati bersalah dan kembali semula mendiami Penjara Sg.Buloh dalam masa terdekat ini. Semua harus bersedia hadapi segalanya dan tidak terlampau terburu-buru keluarkan kenyataan].

Thursday, November 24, 2011

Parlimen: PM Najib Razak Umum Pinda Seksyen 15 AUKU, Benar Pelajar 21 Tahun Ke Atas Sertai Parti

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universitu (AUKU) dipinda bagi membolehkan pelajar berusia 21 tahun ke atas menggangotai mana-mana parti politik. Keputusan ini dilihat sebagai satu tindakan bijak kerana akta tersebut dipercayai tidak relevan dengan situasi semasa. Tambahan pula rata-rata mereka yang berumur 21 tahun itu sebenarnya sudah layak dan ramai yang berdaftar sebagai pengundi pilihanraya. Makanya, jika mereka tidak dibenarkan terlibat dengan mana-mana parti politik bererti menyekat kebebasan mereka dalam negara demokrasi berdaulat seperti Malaysia ini sebenarnya. Justeru, ramai mahasiswa mahu ia dihapuskan terus kerana ia bertentangan dengan hak-hak asasi manusia. Apapun, ramai juga yang sangsi dengan keputusan Najib itu. Tambahan pula ketika bahang Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka tiba bila-bila masa dari sekarang. Ramai yang mengganggap ini hanya "trick PM" untuk mengaburi mata pengundi muda agar percaya kononnya kehendak mereka telah dituruti oleh kerajaan. Ia berikutan daripada hasil keputusan pertemuan Najib dengan pengamal media baru pro-kerajaan di PWTC baru-baru ini. Maka itulah mereka mengganggap kenyataan boleh terlibat denga mana-mana parti politik itu juga tidak mungkin menjadi realiti. Ini kerana kerajaan sudah pasti hanya akan benarkan mereka terlibat dengan politik UMNO BN semata-mata jika pun ia dilaksanakan. Inilah juga yangberlaku ketika kerajaan benarkan guru-guru bergiat dalam politik sebelum ini. Maknanya perkataan "benarkan mahasiswa sertai mana-mana parti politik" itu harus lebih sesuai dan jelas lagi. Jika tidak golongan terbabit tetap akan mengatakan mereka dipergunakan untuk raih undi PRU-13 semata-mata.

[Apapun, keputusan yang dibuat oleh Najib ini setidak-tidaknya boleh melegakan para peajar dan mahasiswa terbabit. Biar pun penuh helah dan sebagainya, namun Najib adalah satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang berani membuat perubahan. Sama ada ia popular atau tidak mungkin bukan masalahnya. Apa yang penting rakyat secara majoriti sudah pasti akan melihat Najib bukan sekadar cakap kosong semata-mata. Memang benar ada beberapa perkara yang masih gagal dilaksanakan sekarang ini, namun sebagai rakyat yang bijak berfikir kita harus sedar bahawa ada kalanya apa yang kerajaan buat itu boleh memberi kelebihan kepada rakyat. Maka itu, tidak perlulah kita terlalu melenting dan terus membangkang tidak tentu hala. Semoga perubahan ini akan dapat dinikmati oleh generasi akan datang hendaknya. Teruskan perjuangan !].

Panas: Rasuah, MB Di Gesa Siasat Dakwaan Salah Guna Kuasa Libat Pengawai Kanan SPRM Pahang

KUANTAN, 24 Nov - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) digesa menjalankan siasatan terperinci terhadap satu laporan yang kini telah tersebar berkenaan salah guna kuasa yang melibatkan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Moh Samsuddin dan Timbalannya Ramli Hassan berhubung dengan dakwaan meminta sumbangan sebanyak RM60,000 (Enam Puluh Ribu) daripada Pejabat Menteri Besar Pahang itu sendiri pada Jun lalu. Peruntukkan terbabit khabarnya telah disalurkan ke akaun bank Kelab Sukan SPRM Pahang menerusi Bank Islam bertarikh 9 Jun 2o11. Dipercayaai semua Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan SPRM membantah perkara itu. Namun, ia tidak diendahkan oleh kedua-dua pemimpin terbabit. Difahamkan juga wang tersebut telah digunakan untuk membiayai program SPRM Pahang dan SUK Pahang yang dirancang di Taman Negara Jerantut ketika itu. Persoalannya sekarang, jika perkara ini dilakukan oleh agensi kerajaan yang lain maka sudah pasti ia akan dianggap rasuah dan sudah pasti mereka yang terlibat akan dibawa ke muka keadilan untuk didakwa. Masalahnya, ke mana laporan berkaitan wajar dibuat sedangkan ia melibatkan Pengarah dan Timbalan SPRM Pahang sendiri?. Inilah yang memusykilkan ramai pihak sekarang ini. Justeru itu, Menteri Besar Pahang digesa melakukan siasatan terhadap laporan ini dan mengambil tindakan tegas atas apa yang berlaku. Tambahan pula baru dua hari lepas Adnan merasmikan Seminar Merempuh Cabaran dan Tingkatkan Hasil Negeri yang diadakan selama tiga hari di sini. Makanya, beliau harus laksanakan tanggungjawab itu walau pun terpaksa demi maruahnya.

[Malah terdapat juga beberapa dakwaan yang ahli keluarga Pengarah SPRM Pahang juga ada mendapat kuota kawasan perlombongan di negeri Pahang sebelum ini. Langkah itu kononnya diambil bagi SPRM menutup beberapa laporan rasuah berkaitan beberapa ahli politik UMNO di negeri ini. Jika benar dakwaan itu, maka Pengarah SPRM Pahang perlu menjawab isu ini dan tidak wajar membiarkan rakyat terus tertanya dan dibelenggu misteri. Mana mungkin agensi yang sepatutnya menangani rasuah tiba-tiba terpalit pula dengan rasuah. Adnan perlu berani mengambil tindakan dan tidak wajar membiarkan isu ini terus berlarutan. Kita tidak mahu rakyat hilang keyakinan terhadap agensi terbabit gara-gara tindakan yang tidak sewajarnya ini. Semoga pihak lain mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku hendaknya. Jangan nanti orang kata kita "cakap tak serupa bikin" kerana ia lebih memalukan. Maka, lakukanlah tindakan berani sekarang !].

Pahang Jadi Negeri Pertama, Yang Bincang Secara Sistematik Usaha Membendung Isu Gejala Rasuah

KUANTAN 24 Nov - Pahang kini menjadi negeri pertama membincangkan secara sistematik usaha membendung gejala rasuah melalui usaha yang dilakukan sektor perkhidmatan awam dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) berkata, perbincangan melalui Seminar Merempuh Cabaran dan Tingkatkan Hasil Negeri yang diadakan selama tiga hari di sini bertujuan mencari kaedah terbaik membendung gejala tersebut selain mengelakkan ketirisan pendapatan kerajaan negeri. Beliau menambah, melalui seminar itu, ia secara tidak langsung memberi pendedahan dan kesedaran dalam meningkatkan hasil kerajaan negeri dengan cara menolak rasuah bagi setiap urusan pentadbiran. "Saya melihat SPRM sudah mempunyai peningkatan dari segi integriti membanteras rasuah dan penganjuran seminar ini akan memberi pemahaman kepada kakitangan awam dalam membendung gejala itu sekali gus meningkatkan hasil pendapatan negeri," katanya selepas menutup seminar tersebut di sini kelmarin. Hadir sama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dan Pengarah SPRM Pahang, Moh Samsudin Yusof. Pada majlis itu, seramai 12 pegawai dan kakitangan awam menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM3,000 sumbangan kerajaan negeri kerana melaporkan pemberian rasuah di bawah Seksyen 17 (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009. Malah Abu Kassim memuji kerajaan Pahang menganjurkan seminar tersebut kerana memberi pemahaman jelas mengenai kaedah dan cara untuk membendung rasuah.

[Usaha membendung gejala rasuah harus dilakukan secara lebih tersusun dan bukan sekadara omongan kosong semata-mata. Ini kerana, masih ramai pegawai kerajaan terutamanya bagi mereka yang berkhidmat di Pejabat Tanah Dan Daerah (PTD), Pejabat Tanah Dan Galiananan (PTG), Pejabat Perhutanan dan beberapa lagi agensi lain masih terlibat dengan rasuah. Malah, banyak dakwaan bagi permohonan melombing bijih besi, pihak pemohon dikatakan terpaksa merasuah enam jabatan yang berkenaan semata-mata untuk mempercepatkan laporan teknikal permohonan mereka. Ini semua sudah tidak dapat dibendung lagi. Bermula dari pucuk hinggalah ke akar umbi ia masih tetap berlaku. Itu belum termasuk rasuah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai di majlis tempatan terutamanya yang melibatkan Pengawai Penguatkuasa jabatan terbabit. Semua ini berlaku di depan mata sejak sekian lama dan Kerajaan Negeri Pahang perlu berani mengambil tindakan tegas terhadap semua ini jika benar bercita-cita ingin membendung rasuah itu sendiri. Apapun, kami ucapkan tahniah atas usaha yang dilakukan oleh mereka sekarang!].

Wednesday, November 23, 2011

Lynas Malaysia Akan Tawarkan Dua Ribu Peluang Pekerjaan Serta Merancakkan Ekonomi Setempat !

KUANTAN, 23 Nov - Pembukaan kilang Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini bakal menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 orang di samping bakal merancakkan aktiviti ekonomi setempat. Pengarah Urusannya, Datuk Mashal Ahmad (foto) berkata, buat permulaan Lynas telah mengambil 350 pekerja yang terdiri daripada 75 siswazah teknikal, 15 bukan teknikal dan 260 tenaga mahir dan separa mahir. "Selain itu kami turut mengambil 250 pekerja kontrak untuk bekerja di sini sebagai kumpulan sokongan kepada syarikat ini. Malah, semua kakitangan Lynas termasuk pihak pengurusan adalah rakyat Malaysia kecuali empat pakar nadir bumi dari China," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan taklimat kepada media mengenai perkembangan terkini kilang tersebut di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini kelmarin. Tambah beliau, industri sokongan juga akan menjana lebih 1,000 peluang pekerjaan tambahan kepada penduduk. "Malah, kami juga menyediakan peluang perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan," katanya. Jelasnya, pada fasa pertama pembinaan kilang itu, pihaknya telah mengeluarkan modal pelaburan sebanyak RM1.39 bilion dengan RM618 juta telah dibelanjakan di Malaysia. Katanya, ini termasuk memberi projek kepada kontraktor di Kuantan sebanyak RM235 juta. "Bagi fasa kedua pula, kami akan mengeluarkan pelaburan sebanyak RM700 juta yang mana separuh daripadanya akan dibelanjakan di Malaysia. "Dengan pelaburan yang dikeluarkan oleh Lynas ini bukan sahaja menguntungkan orang ramai malah akan meningkatkan ekonomi Pahang dan Malaysia," kata beliau lagi.


[Dengan perkembangan terbaru ini, ia dijangka akan menyentap semangat pihak yang membantah projek itu terutamanya NGO Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) dan sebagainya. Walau apa jua bantahan yang dibuat oleh rakyat, kerajaan mungkin punyai seribu sebab dan alasan untuk meneruskan jua projek berkenaan. Persoalannya, apakah rakyat akan terus membantah sampai bila-bila kerana difahamkan pihak berkenaan akan membawa kes ini ke mahkamah dalam masa terdekat. Jika itu terjadi dan jika Lynas dibatalkan, wang manakah yang perlu digunakan untuk membayar ganti rugi kepada syarikat terbabit?. Bayangkan jika ketika itu Pakatan Rakyat memerintah Malaysia dan juga negeri Pahang ini. Terkadang rakyat semakin keliru melihat apa yang berlaku. Namun, agenda di sebalik perjuangan mereka harus difikirkan semula kerana banyak andaian dan persepsi kini menjadi mainan pihak-pihak tertentu sekarang ini. Malah, kami juga sudah mendapat maklumat begitu ramai anak-anak pembantah Lynas yang bekerja malah ada yang mendapat projek dengan syarikat terbabit. Maknanya, memang ada sesuatu yang tidak kena atas bantahan yang dibuat itu sebenarnya. Maka, wajarkah ia terus ditentang sampai bila-bila sedangkan ada orang meraih untungnya].

Banjir Melanda Pantai Timur, Mangsa Meningkat Di Negeri Trengganu Dan Juga Kelantan Pagi Ini!

K.TRENGGANU, 23 Nov - Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Terengganu meningkat pagi ini. Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga jam 9 pagi ini jumlah mangsa yang dipindahkan adalah 1,439 orang berbanding 373 orang semalam. Katanya, daerah Setiu agak teruk apabila seramai 671 orang dipindahkan ke pusat pemindahan, diikuti Besut 560 orang dan Hulu Terengganu 208 orang. Jurucakap itu berkata, dalam tempoh yang sama juga 21 pusat pemindahan dibuka iaitu tujuh di Setiu, sembilan di Besut dan lima di Hulu Terengganu yang membabitkan balai raya, dewan serbaguna, masjid dan sekolah. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri pula melaporkan paras air di beberapa sungai utama di Terengganu melebihi paras bahaya pagi ini. Di Besut, paras air di Kampung La mencecah 19.54 meter berbanding paras bahaya 19.20 meter dan di Jambatan Jertih pula bacaannya ialah 8.73 meter, melebihi paras amaran 8.10 meter. Sungai Nerus di Kampung Bukit di sini mencatat bacaan 13.56 meter (bahaya 12 meter) dan di Kampung Langkap, Setiu 21.95 meter (bahaya 21.50 meter). Keadaan cuaca di Kuala Terengganu pagi ini mendung dan sesekali berlaku hujan serta angin kencang. Sementara itu, di Kelantan, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan meningkat kepada 235, berbanding 26 yang direkodkan semalam. Ini berikutan hujan lebat yang melanda Kelantan sejak tiga hari lalu, . Dua daerah di negeri itu yang kini dilanda banjir adalah Kota Bharu dan Pasir Puteh. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, di Pasir Puteh, pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang dibuka sejak semalam. "Di Kota Bharu, dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Mulong dan Sekolah Kebangsaan Tiong, dibuka malam tadi," katanya ketika dihubungi hari ini. Paras air di empat sungai utama di Kelantan berada pada tahap berjaga-jaga manakala Sungai Golok di Jenob dan juga Sungai Golok dekat Rantau Panjang berada pada paras amaran.

[Hujan juga mula turun mencurah-curah di sekitar Kuantan dan negeri Pahang amnya. Petanda banjir besar akan berlaku seawalnya bulan Disember ini. Harapan kami semoga semua pihak hentikan dulu pertelingkahan politik ketika banjir melanda. Siapa sahaja jiran tertangga, hulurkan bantuan seadanya. Inilah masa kita boleh bersatu dan berpadu. Rapatkan Ukhwah, eratkan perpaduan. Semoga tiada kemalangan jiwa berlaku pada musim tengkujuh kali ini hendaknya. Bagi mereka yg tinggal di kawasan yg berisiko banjir, sila pastikan segala dokumen penting diselamatkan dan ditempatkan di kawasan selamat. Bersiap sedia lebih awal, itulah yang paling penting sekarang. Pastikan juga keselamatan anak-anak anda. Jangan biarakan mereka bermain dengan air banjir walau pun ditempat yang diyakini seperti di halaman rumah dan sebagainya. Ia boleh mengundang bahaya yang tidak dijangka kelak. Malang tidak berbau, berhati-hatilah demi masa depan anda seisi keluarga. Sayangilah mereka].

Kuliah Maghrib "Ustaz Azhar Idrus", Di Masjid Al-Fatah Kuantan Malam Tadi Mendapat Sambutan !

KUANTAN, 23 Nov - Kuliah Maghrib, Ustaz Azhar Idrus (foto) di Masjid Al-Fatah dekat sini malam tadi tetap mendapat sambutan menggalakkan biar pun cuaca tidak mengizinkan akibat hujan yang turun sejak petang hingga malamnya. Orang ramai tidak melepaskan peluang keemasan untuk terus mengikuti kuliah pendakwah terkenal itu, biar pun terpaksa berasak-asak memenuhi setiap ruang di dalam masjid berkenaan. Beberapa buah kanopi disediakan di sebelah luar untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang tidak dapat masuk ke dalam masjid. Dua buah layar besar juga turut disediakan. Seperti biasa, kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar ternyata tidak mengecewakan dan senantiasa menghiburkan. Hujan yang turun agak lebat sekitar jam 9.00 malam tidak langsung menghalang orang ramai terus berada di lokasi terbabit. Kesesakan jalanraya berlaku hingga menyebabkan beberapa kali Ustaz Azhar terpaksa melaporkan nombor pendaftaran kenderaan yang menghalang lalu lintas. Ternyata orang ramai terpaksa meletakkan kenderaan dikiri kanan jalan kerana kawasaln letak kereta yang berdekatan telah dipenuhi. Malah, ada yang terpaksa berjalan kaki begitu jauh untuk hadir bersama bagi mendengar kuliah tersebut. Program berakhir selepas sesi soal jawab selesai sekitar jam 10.00 malam.


Ruang di dalam masjid penuh sesak dengan orang ramai yang telah hadir


Sebahagian daripada orang ramai yang menyaksikan layar besar di luar

Kanopi tambahan juga disediakan untuk tampung kehadiran orang ramai

Kaunter semakan daftar pemilih SPR juga dibuka untuk orang ramai di situ


Kelancaran lalu lintas turut berjaya dibantu oleh kecekapan unit amal PAS

[Orang ramai yang hadir ke program kuliah Ustaz Azhar Idrus malam tadi ternyata berpuas hati dengan penerangan dan tazkirah yang disampaikan oleh beliau itu. Malah, mereka juga tidak berganjak daripada tempat duduk masing-masing walau pun ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Ternyata Ustaz Azhar berjaya memberikan aura baru kepada orang ramai terutamanya generasi muda agar cinta terhadap Islam. Difahamkan, kuliah beliau yang seterusnya pada bulan depan akan diadakan di Balok. Justeru itu, orang ramai yang tidak berkesempatan untuk hadir malam tadi bolehlah hadir pada bulan hadapan. Semoga kuliah-kuliah sebegini akan dapat diperbanyakkan kerana anak-anak muda ternyata dahagakan dakwah yang berterusan dalam kontek yang lebih santai dan juga humor].

Tuesday, November 22, 2011

Panas: UIA Malukan Saifuddin, Batalkan Program Libatkan 'Timbalan Menteri Pengajian Tinggi' Itu!

KUALA LUMPUR, 22 Nov - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (foto) terkejut dengan langkah pihak pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kerana membatalkan program yang melibatkan dirinya malam tadi. Menurut beliau, kejadian tersebut merupakan yang pertama menimpa beliau sepanjang menjadi Timbalan Menteri dan ia menyebabkkan beliau begitu terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh universiti itu. "Saya sebenarnya dijemput untuk menghadiri program itu oleh persatuan pelajar. Saya terkejut apabila dimaklumkan program itu dibatalkan dan ditangguhkan kerana itulah pertama kali saya akan hadir untuk program yang dijemput dan kemudian program itu diarahkan dibatalkan," katanya. Ekoran pembatalan program itu, beliau mengakui telah ditanya oleh pelbagai pihak berhubung perkara itu kerana ia penuh dengan tanda tanya. Menjawab pertanyaan pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini, beliau bagaimanapun tetap menghormati keputusan tersebut kerana ia dibuat oleh pihak pentadbiran universiti itu sendiri. Katanya, keputusan pembatalan program itu diketahui oleh beliau menerusi pegawai khas medianya, Fadzmel Fadzil yang berkunjung ke universiti itu malam tadi. UIA dilaporkan telah membatalkan program bicara e-book Saifuddin malam tadi, atas alasan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sedang hangat diperkatakan sekarang. Menurut jadualnya, Saifuddin akan hadir ke UIA bagi menjayakan program itu jam 8.15 malam tadi, tetapi beliau ternyata dilarang berdialog di universiti itu.



Saifuddin, yang dilihat sebagai pemimpin berfikiran terbuka dan lantang dalam UMNO, dijadualkan membincangkan program buku elektroniknya yang bertajuk "Kalau Saya Mahasiswa". Dialog anjuran Persatuan Pelajar Undang-Undang UIA itu sepatutnya diadakan di auditorium utama universiti itu di Gombak, Kuala Lumpur. Saifuddin dimaklumkan mengenai pembatalan itu pada saat akhir dan diberitahu ia akan ditangguh ke tarikh yang lain. Menurut Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh, beliau mendapat maklumat daripada Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIA bahawa pembatalan itu adalah atas arahan Rektor UIA, Profesor Datuk Zaleha Kamaruddin. 'Kalau Saya Mahasiswa' adalah buku kelima beliau yang diterbitkan pada tahun 2009. Ia boleh dimuat turun dan dibaca di laman web peribadi beliau iaiti www.saifuddinabdullah.com.my. Oktober lalu, Mahkamah Rayuan putuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang benarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

[Sungguh memalukan melihat adengan yang berlaku ini. Tergamak UIA batalkan satu program ilmiah yang melibatkan pemimpin kerajaan sendiri. Malah, lebih mengejutkan ia melibatkan kreadibili seorang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang mana UIA adalah berada di bawah kementerian terbabit. Apa yang berlaku ini melambangkan betapa takutnya pihak pentadbiran UIA dengan kenyataan Saiffudin yang dilihat lebih profesional berkaitan dengan berbagai masalah yang melibatkan mahasiwa di negara ini. Melihat kepada apa yang berlaku terhadap Saifuddin ini, maka kemungkinan besar beliau tidak lagi akan berada di saf kepimpinan kerajaan BN sekiranya parti itu memerintah selepas Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Malah, paling mengejutkan ada maklumat yang mahukan Saiffuddin ditamatkan karier politiknya di Temerloh itu sendiri. Jika ia berlaku, sudah pasti berita yang lebih panas akan dapat didengari selepas ini. Apapun, syabas dan tahniah kepada beliau atas sikap telus dan adilnya ini. Semoga beliau akan kembali kepada rakyat hendaknya suatu hari nanti. Teruskan semangat perjuangan anda!].

Monday, November 21, 2011

Zaid: Parti KITA, Tidak Akan Letak Calon Di Pekan Dan Pagoh Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Nanti !!

KOTA BAHARU 21 Nov - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) tidak akan meletak calon untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan dan Pagoh pada pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim. Ahli Parlimen Pekan disandang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sementara Ahli Parlimen Pagoh disandang oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Zaid berkata, walaupun KITA mahukan perubahan kepada rakyat, ia hanya akan meletakkan calon di kawasan yang difikirkan sesuai dan mampu dimenanginya. "Ini bererti kita tidak akan letak calon di Pekan atau Pagoh. Perubahan kepada saya bukan bererti Perdana Menteri baru atau tukar tampuk pemerintahan. "Kalau BN berubah kepada dasar lebih terbuka dan demokratik, ia akan mendapat sokongan parti KITA. Yang kita mahu rakyat mendapat manfaat daripada perubahan tersebut,” tambahnya. Beliau berkata, KITA akan mengumumkan calon secara berperingkat dan akan menumpukan untuk bertanding di kawasan di mana pengundi tidak berpuas hati dengan potensi wakil rakyat sedia ada.

[Keputusan yang dibuat oleh KITA itu adalah tepat kerana Parlimen Pekan dan Pagoh adalah kubu kuat PM dan TPM. Makanya BN pasti akan menggunakan sepenuh tenaga dan jentera yang ada untuk memastikan pemimpin utama mereka itu menang besar pada PRU-13 ini. KITA lebih sesuai meletakkan calon mereka di kawasan majoriti Melayu tetapi yang bertanding adalah kaum lain. Ini bagi memberi ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan yang lebih tepat dan adil tentang calon yang layak mewakili mereka pada PRU akan datang. KITA dilihat berpotensi menang anda ada calon yang berkaliber diletakkan oleh parti itu. Sokongan rakyat dijangka bertambah dan akan memperkuatkan lagi keazaman untuk membuat perubahan ke arah negara Malaysia yang lebih adil dan saksama].

PKR Dedahkan Lebih Banyak Penyelewengan NFC Suami Shahrizat Guna Dana Awam Tunai Umrah !

KUALA LUMPUR, 21 Nov - PKR hari ini mendedahkan lebih banyak berhubung apa yang didakwa mereka sebagai penyelewengan dalam pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada projek penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan. Kali ini, setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution (foto) berkata bahawa NFC memperuntukan RM31,580 bagi Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran menunaikan ibadah umrah. Saifuddin juga mendakwa dana awam itu juga disalurkan kepada dua syarikat yang mana Mohamad Salleh mempunyai kepentingan. Mohamad Salleh adalah suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Dalam bidasan terbarunya itu, Saifuddin berkata PKR mempunyai bukti kukuh bahawa arahan untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010 itu dikeluarkan oleh pejabat Mohamad Salleh, sendiri. "Ia (dana awam itu) juga digunakan untuk menubuhkan Biofuture Global (M) Sdn Bhd dan Meatworks Singapore Pte Ltd," katanya. Sehubungan ini, Saifuddin menggesa polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat transaksi dan urusniaga NFC dengan tumpuan diberikan kepada aktiviti perniagaan dengan National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) serta dua buah syarikat dari Singapura itu.

[Nampaknya, isu NFC ini bakal menjerat Ketua Wanita UMNO Sharizat Jalil. Walau atas apa jua keadaan sekali pun. memang rakyat perlu tahu bahawa Shahrizat terlibat dengan projek suaminya itu. Penyelewengan terus didedahkan bagu membuktikan bahawa memang terdapat rahsia besar disebalik projek itu sebenarnya. Soalnya, kenapa ada pihak yang beriya-iya mahu pertahankan isu ini sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawa memang ada penyelewengan yang nyata terhadap projek ini sebenarnya. Semoga rakyat dapat menilai dengan bijak isu ini dan melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang hendaknya].

Sunday, November 20, 2011

Lynas: Adnan, 'Kerajaan Luluskan' Projek Kilang Memproses Nadi Bumi Itu Kerana Tidak Bahaya !

KUANTAN, 20 Nov - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) berkata kerajaan meluluskan projek pembinaan loji nadir bumi di Kawasan Perindustrian Gebeng, kerana projek itu telah dikenal pasti tidak membahayakan nyawa orang ramai di kawasan itu. Beliau berkata pihak berkuasa dan agensi yang berkaitan sudah pasti tidak akan meluluskan projek terbabit yang dibangunkan Lynas Corporation Ltd (Lynas) sekiranya ia mengancam keselamatan rakyat. Adnan berkata sebagai Menteri Besar, beliau terlebih dahulu meneliti dokumen dan laporan mengenai pembinaan kilang itu sebelum ia diluluskan kerana khuatir ia bakal memberikan apa-apa kesan kepada rakyat. Kerajaan tidak akan membahayakankan nyawa orang ramai kerana loji itu dibina bagi tujuan pemprosesan sahaja, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Hari Berjalan Kaki Sedunia anjuran Nestle (M) Berhad di Taman Gelora, dekat sini hari ini. "Saya tidak akan membiarkan rakyat mati kerana merekalah yang memberi mandat (untuk kerajaan) memerintah negeri ini dan sebab itu pihak pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menggunakan isu ini bagi merebut kuasa," katanya. Mengenai dakwaan ada penduduk di kawasan itu ingin menjual rumah mereka di disebabkan pembinaan kilang itu, menteri besar berkata agensi kerajaan negeri sedia membelinya kerana masih ramai yang memerlukan rumah. "Pada pendapat saya, Lynas bukan isu tapi diperbesarkan untuk tujuan politik terutamanya Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh," katanya. Baru-baru ini, Pengarah Urusan Lynas Malaysia Sdn Bhd Datuk Mashal Ahmad berkata masih ada segelintir pihak yang mendapat maklumat salah mengenai projek loji itu menerusi individu tertentu yang mengaku sebagai pakar dalam bidang berkenaan. Katanya pihak syarikat sedia berdialog dan berjumpa dengan mana-mana kumpulan yang mahukan kepastian dan memahami apa yang dilakukan di loji Lynas.

[Sebagai Ketua Kerajaan Negeri, Adnan berhak mengeluarkan pandangan yang terbaik untuk mempertahankan isu ini. Namun, beliau juga harus berhati-hati serta tidak terlalu memperbodohkan rakyat hingga menganggap mereka yang menentang Lynas tidak tahu cerita sebenarnya. Ini bukan zaman "lampau", malah rakyat boleh dapatkan maklumat detail tentang "Rare Earth" melalui internet 24 jam sehari semalam. Berdasarkan sejarah, maka mereka berhak untuk menyatakan bantahan kerana bahan tersebut ternyata "mempunyai risiko". Biar pun risiko itu kecil, namun rakyat tidak mahu berhadapan dengan risiko. Kajian laporan berkaitan oleh agensi berkenaan juga tidak wajar dijadikan alasan bahawa Lynas tidak berbahaya. Sedangkan mengikut rekod bahan itu memang mendatang risiko yang amat buruk kepada manusia dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang. Inilah yg menyebabkan rakyat menolak Lynas. Mungkin sekarang ia tidka menjadi masalah kerana projek itu baru bermula. Bayangkan puluhan tahun akan datang dan ketika itu Adnan dan semua pemimpin yang ada sekarang mungkin sudah tiada atas muka bum ini. Maka, siapa yang harus dipersalahkan ketika itu nanti?. Inilah yang ditakuti oleh rakyat dan mereka tidak mahu jadi "bahan ujikaji" projek itu. Hak rakyat untuk bantah harus dihormati kerana mereka bukanlah bodoh].

PTPTN Tidak Ambil Tindakan Bangkrap Terhadap Pemimjam Yang Gagal Membayar Balik Pinjaman !

TEMERLOH, 20 Nov - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan mengambil tindakan bangkrap terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka, kata Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said. Beliau berkata pihaknya tidak merancang menjadikan tindakan tersebut sebagai langkah terakhir memungut kembali pinjaman kerana kaedah sedia ada telah menunjukkan perkembangan positif. "Langkah terakhir ialah menyenarai hitam nama peminjam dengan Jabatan Imigresen yang menyebabkan mereka tidak boleh ke luar negara...ini dilihat berkesan apabila mereka sanggup untuk berunding dan menyelesaikan hutang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Karnival Dewan Undangan Negeri Jenderak di Kuala Krau dekat sini, semalam. Beliau yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata tindakan bangkrap tersebut juga tidak boleh diambil kerana pinjaman mereka tidak mencapai jumlah RM30,000 seperti yang tertakluk mengikut Akta Kebangkrapan. Katanya kebanyakan pinjaman berjumlah antara RM15,000 hingga RM25,000. Sementara itu, Ismail berkata PTPTN meluluskan pinjaman berjumlah RM42.35 bilion kepada 1.9 juta pelajar sehingga Oktober lepas. Katanya bagi tempoh itu, seramai 999,689 orang perlu membayar balik pinjaman membabitkan nilai RM6.27 bilion, namun hanya 730,221 peminjam berbuat demikian melibatkan RM2.80 bilion.

[Semoga keputusan PTPTN ini dapat meredakan sedikit kegelisahan sebahagian besar graduan yang masih gagal membuat bayaran balik pinjaman mereka. Sememangnya masih ramai dikalangan mereka yang tidak dapat berbuat demikian kerana masing-masing tidak mempunyai pekerjaan yang sesuai dan memang tercari-cari peluang pekerjaan dibidang yang mereka pelajari. Apapun, jika mereka berkesempatan pinjaman tersebut perlulah dibayar secara beransur-ansur mengikut kemampuan masing-masing. Ini kerana ia akan digunakan untuk membantu pula pelajar-pelajar lain yang memerlukannya. Apapun, syabas dan tahniah kepada PTPTN kerana tidak membezakan fahaman politik ibubapa masing-masing dalam meluluskan pinajam pendidikan sebegini. Jika tidak sudah pasti ramai yang tidak dapat menyambung pelajaran masing-masing akibat kekurangan sumber kewangan. Apatah lagi jika mereka itu terdiri dari kalangan golongan yang berpendapatan rendah].

Saturday, November 19, 2011

Syabas: Malaysia Layak Ke Akhir Bolasepak Sukan SEA XXVI Di Jakarta, Bila Tewaskan Myanmar 1-0!

Tahniah, pasukan bolasepak negara akhirnya berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir acara bolasepak di Sukan SEA XXVI Indonesia bila berjaya mengalahkan Myanmar 1-0 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta petang tadi. Gol Malaysia dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-85 hasil hantaran silang Izzaq Faris Ramlan, yang kemudiannya disudahi beliau menerusi rembatan yang menewaskan penjaga gol Myanmar, Thihasthu. Malaysia yang agak tenggelam pada separuh masa pertama, menukar rentak dan berjaya mengekang kemaraaan pemain Mynamar pada babak kedua. Jaringan Fakri melegakan seluruh peminat bolasepak di negara kita dan ia berjaya membantu pasukan negara untuk mempertahankan pingat emas yang telah dimenangi dua tahun lalu.

[Pasukan negara akan bertemu dengan tuan rumah Indonesia pada perlawanan akhir, bila pasukan negara itu menewaskan Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir kedua malam tadi. Ini bermakna, ulangan perlawanan peringkat kumpulan yang menyaksikan skuad negara menewaskan Indonesia 1-0 dua hari lalu akan diulangi. Pastinya satu perlawanan yang cukup bersejarah akan dapat disaksikan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta nanti apabila dua musuh tradisi dipertemukan. Apa yang menarik, Malaysia berjaya berhadapan dengan dua pasukan tuan rumah pada dua perlawanan akhir Sukan SEA. Harapan rakyat Malaysia agar pasukan negara akan dapat mempertahankan pingat emasnya kali ini].

Sukan: Chong Wei Tertewas Kepada Lin Dan Pada Perlawanan Separuh Akhir Terbuka Hong Kong !!

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei gagal untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Hong Kong selepas tewas kepada musuh tradisi dari China iaitu Lin Dan dengan 16-21 dan 14-21 petang tadi.

Mazlan: PAS Mahu Pihak Polis Bebaskan Tahanan ISA Dan Menghormati Keputusan PM Najib Razak

KUALA LUMPUR, 19 Nov - PAS hari ini mengingatkan pihak keselamatan membebaskan segera semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah mengumumkan akta itu dimansuhkan. AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman (foto) berkata, tindakan terbaru pihak polis yang menangkap 13 orang di bawah akta itu di Sabah adalah satu penghinaan kepada Najib dan juga seluruh rakyat yang dijanjikan pemansuhan akta itu. "Kalau polis ada bukti, heret ke mahkamah, dakwa mereka, bukan guna ISA. "Kuasa polis 'lebih besar' dari Perdana Menteri nampaknya. Ini satu penghinaan kepada pengumuman PM," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam bahawa penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan, dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara. Ismail semalam juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah. Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan. Dalam pada itu, Mazlan yang kini berada di Sabah memaklumkan satu memorandum akan diserahkan kepada Suhakam Kota Kinabalu pada 21 November ini. Memorandum dari anggota keluarga tahanan itu menuntut Suhakam mendesak kerajaan membebaskan semua tahanan tersebut. Selain kepada Suhakam, pihak keluarga juga akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri di Parlimen. Pada masa sama, Mazlan turut mengalukan kenyataan Pengerusi Suhakam yang meluahkan rasa kecewa penangkapan terbaru di bawah akta ISA tersebut.

[Sementara itu, agak mengejutkan bila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab apabila mendesak supaya 13 individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Isnin lepas dibebaskan. Beliau berkata Suhakam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu tanpa mengetahui tentang latar belakang dan fakta tentang kesemua mereka yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah. Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Semberong menasihatkan pihak Suhakam supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu di mana kementerian bersedia berkongsi maklumat tentang penahanan individu itu. Persoalannya sekarang, Hishamuddin sebenarnya lupa bahawa Perdana Menteri yang juga sepupu beliau sendiri iaitu Najib Razak telah dengan beraninya mengumumkan pemansuhan ISA sebelum ini. Mengambil kira kepada menunggu ia dimansuhkan secara rasmi maka apa perlunya ada lagi tahanan ISA. Katanya, undang-undang baru akan digubal dan dibentangkan pada Mac 2012 nanti. Maknyanya, jika ada yang ditahan ISA sekarang maka mereka terpaksa dibebaskan pada tarikh itu. Untuk apa lagi ditahan, lebih baik 13 individu terbabit dibawa ke muka pengadilan. Nampak benar ISA tetap akan diteruskan sebenarnya!].

Suhakam 'Terkejut' Kerajaan Masih Gunakan ISA Sedangkan Najib Kata Akta Itu Sudah Hapuskan !

KUALA LUMPUR, 19 Nov -Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meluahkan rasa amat kecewa dan terkejut dengan penangkapan terbaru 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) atas kegiatan gerakan militan di Sabah. “Tindakan pihak berkuasa ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri yang berani dan bersejarah untuk mansuhkan ISA serta pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia serta perseimbangan antara hak tersebut dengan peraturan undang-undang dalam sistem demokrasi berparlimen negara yang telah lama dinantikan dan amat dialukan dengan sepenuh hati oleh rakyat,” kata pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam (foto) dalam satu kenyataan. Katanya, selaras dengan seruan yang telah dibuat sebelum ini agar undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan, Suruhanjaya menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam. Suruhanjaya juga, ujarnya menyeru kerajaan supaya menghentikan penggubalan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan agar menangani isu berkaitan keganasan di bawah undang-undang lain yang sedia ada; dan sementara pemansuhan ISA dibuat, tiada sebarang penangkapan wajar dijalankan.

Nilai sendiri kenyataan Najib ketika beliau umumkan pemansuhan ISA

[Dalam kes ini sebenarnya, bukan Suhakam sahaja yang terkejut malahan rakyat secara kesuluruhannya yang melihat kerajaan sebenarnya sekadar beretorik dalam hal ini. Sepatutnya, dalam proses mereka mahu menghapuskan akta itu maka tidak perlu lagi ada tangkapan yang dilakukan terhadap mana-mana individu. Langkah tidak wajar ini menyebabkan rakyat tidak yakin dan percaya apakah kerajaan benar-benar ikhlas untuk melakukan tindakan itu, atau sekadar mahu memancing undi pilihanraya yang dijangka bakal diadakan sebelum PRU-13 itu nanti. Kini rakyat boleh menilai, apakah kerajaan pimpinan Najib Razak benar-benar ikhlas dan jujur dalam menjalankan tanggungjawabnya. Nampak benar, beliau sebenarnya sekadar mahu meredakan kemarahan rakyat terhadap Akta Zalim itu. Maka, rakyat perlu bangkit lakukan perubahan dan jangan terpedaya lagi dengan dakyah mereka sekarang. Ubahlah sebelum parah!].

Sukan: Wee Wern Buat Kejutan Layak Ke Separuh Akhir Bagi Kejohanan Skuasy Terbuka Hong Kong

KUALA LUMPUR 19 Nov - Pemain wanita negara, Low Wee Wern (foto) meneruskan kejutan pada Kejohanan Skuasy Terbuka Hong Kong apabila berjaya melangkah ke perlawanan separuh akhir hari ini. Bekas juara remaja kebangsaan itu terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan pemain pilihan ketujuh Camille Serme dari Perancis 11-7, 9-11, 11-9, 5-11, 11-4 dalam masa 54 minit. Semalam, Wee Wern menyingkirkan pemain nombor dua dunia Jenny Duncalf dari England pada pusingan kedua. Wee Wern, pemain berusia 21 tahun dari Pulau Pinang itu akan berdepan dengan pemain pilihan ke-10 kejohanan, Raneem Wl Weleily dari Mesir pada perlawanan separuh akhir.

Friday, November 18, 2011

Panas: 'PAS Pahang' Di Berikan Tempoh Seminggu Siasat Dakwaan Ada Ahlinya Terlibat Projek Lynas

KUANTAN, 18 Nov - PAS Pahang digesa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap ahlinya yang dipercayai mendapat kontrak jutaan ringgit dengan Lynas Corporation iaitu kilang memproses rare-earth yang kini dibantah oleh parti itu. Jika sebelum ini PAS pernah mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr.Che Rosli Che Mat gara-gara tindakan beliau mengeluarkan kenyataan terbuka di TV3 yang bertentangan dengan dasar parti itu dalam isu Lynas. Maka, kini mereka wajar melakukan tindakan yang sama terhadap pihak terbabit. Aktivis Rakyat, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau berkata demikian kepada pihak kami pagi tadi. "Saya sudah memberi tempoh sebulan kepada pihak terbabit supaya menarik diri daripada berurusan secara rasmi dengan Lynas. Namun, dari maklumat .. tiada tindakan dibuat. Makanya, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan pihak terbabit jika mereka terus berdegil.", kata Shukri. Beliau yang merupakan salah seorang penentang Lynas yang bergeras atas nama aktivis kecewa dengan senario yang berlaku. "Saya sanggup menggadaikan nyawa beberapa kali untuk berhadapan dengan mereka. Malah, saya hampir dipukul serta digertak dengan bermacam-macam ugutan oleh mereka. Tanpa sebarang kewangan saya hadir, malah membuat liputan meluas isu Lynas di blog, facebook dan sebagainya. Tiba-tiba ada pula manusia yang hipokrit, depan menentang belakang sapu projek. Saya tidak boleh terima semua ini. Kita marah kerajaan apabila ada laporan menjalinkan kerjasama perniagaan dengan Israel yang kita tentang. Kini, ada orang kita yang tergamak mengadaikan maruah dengan membolot projek dengan Lynas. Sedangkan dibelakang mereka menentag projek tersebut. Saya juga ada maklumat mengenai anak-anak pemimpin PAS juga ada yang bekerja dengan syarikat terbabit. Kenapa ini berlaku?. Maka, saya harap PAS Pahang siasat kes ini dengan segera. Jika tidak sudah pasti ia akan jadi isu besar pada PRU akan datang", kata blogger terbabit.


Rakyat tertipu membantah Lynas bila ada orang tertentu tiba-tiba dapat
projek dan tergamak khianat kepada perjuangan mereka selama ini
[Pendedahan panas oleh blogger terbabit sememangnya amat dinantikan oleh rakyat. Mereka tidak mahu mereka yang tidak jujur, hipokrit dan khianat kepada kepercayaan rakyat mewakili mereka dalam memperjuangkan isu Lynas. Jika mahu main projek dengan Lynas, pihak yang berkenaan digesa meletakkan jawatan dan keluar dari parti itu demi maruah dan harga diri. Dikala rakyat sibuk berjuang menentang dan membantah Lynas, mereka bersama-sama berjuang dan mahu Lynas dihalau keluar dari bumi Pahang. Rupa-rupanya dalam masa yang sama mereka dapat untung besar atas projek tersebut. Apakah ini cara perjuangan Islam, menipu untuk kepentingan duniawi. Isu ini pasti akan menyentam semangat perjuangan mereka yang berkobar-kobar mahu Lynas dihentikan. Kini terdedah akhirnya ada pihak yang menipu dalam perjuangan. Isu ini bukanlah melibatkan parti tetapi hanya sikap individu tertentu semata-mata. Namu, harus diingat ada orang dalam kepimpinan PAS sendiri tahu tentang perkara ini dan kenapa mereka harus berdiam diri. Apakah mereka rela dana perjuangan PAS Pahang disalurkan daripada duit Lynas?. Maka, buat tindakan segera demi maruah parti serta kepercayaan rakyat terhadap isu yang cukup kontroversi ini hendaknya].