
(4) Bahawa Preliminary EIA untuk kilang Lynas diluluskan secara ekspres dalam masa tiga minggu oleh JAS Pahang. (Diterima 21 Jan 2008 dan mendapt kelulusan 15 Feb 2008.; (5) Bahawa Detailed EIA tidak pernah di pinta keatas Lynas oleh pihak JAS Pahang.; (6) Bahawa pada 20 Jun 2011, pihak JAS telah pun meletakkan aktiviti seperti kilang Lynas ini diantara yang memerlukan DEIA. (Aktiviti memproses bahan radioaktif dan mengeluarkan sisa buangan radioaktif) - fakta ini menunjukkan bahawa aktiviti kilang ini termasuk didalam aktiviti yang memerlukan penelitian dan kajian terperinci berkenaan kesan pemrosesan di kilang ini terhadap alam sekitar dan kesihatan awam. "Kesemuanya ini wajib di terangkan kepada orang ramai. Mengapa JASA perlu adakan taklimat tertutup? JASA juga telah tidak membenarkan sebahagian dari meraka yang hadir dan wartawan untuk masuk ke Dewan Auditorium RTM. Mengapa perlu JASA mengatakan bahawa isu ini isu sensitif dan juga mengatakan bahawa ada pihak yang cuba manipulasi fakta. Mengapakah Pengarah JAS perlu bersekongkol dengan JASA dalam taklimat tertutup? Bukan kah juga tanggungjawab Pengarah JAS ialah memberitahu perkara yang benar kepada rakyat dan tidak diperalatkan sebagai alat politik oleh pihak pemerintah yang mahu memutar belitkan fakta sebenar? Demi Rakyat, saya tuntut Pengarah JAS Pahang menjelaskan kebenaran kepada rakyat berlandaskan fakta sebenar", katanya.
[Ramai yang kecewa dengan tindakan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang yang mengadakan taklimat tertutup isu Lynas baru-baru ini. Sedangkan merekalah yang sepatutnya bertanggungjawab membantu kerajaan untuk memberi penerangan kepada orang ramai tentang isu ini. Apabila diadakan secara tertutup dan yang diundang pula ialah kakitangan kerajaan dan NGO yang terpaksa hadir atas arahan jabatan, maka apalah yang boleh mereka lakukan sangat dengan info tersebut. Malah, difahamkan kehadiran mereka hanya sekitar 80 hingga 100 orang sahaja. Kenyataan Pengarahnya, Yusof Jamaluddin bahawa taklimat itu diadakan secara tertutup kerana ia merupakan isu sensitif dan eksklusif adalah sangat melucukan sebenarnya. Ini bukti jelas bahawa mereka sebenarnya cuba menyembunyikan fakta sebenarnya untuk dimomokkan kepada beberapa kerat pemimpin dan mereka yang hadir pada hari itu. Tindakan ini jelas sekali tidak wajar, kerana kewujudan JASA itu adalah untuk memberikan penerangan dan memperbetulkan kekeliruan terhadap kerajaan kepada rakyat. Jika rakyat tidak dipanggil, maka apalah guna taklimat ini. Bukan semua yang hadir itu bersetuju dengan penerangan yang diberikan, maka mereka terpaksa jadi "pak angguk" dan mengiyakan apa jua dakwaan "palsu" yang dibuat pihak yang berkenaan tentang isu ini].















































