Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


January 23, 2012

Mengejutkan: Semalam 'Dua Mangsa' Mati Lemas, Hari Ini Seorang Lagi Mangsa Mati Di Pantai Sepat

KUANTAN 23 Jan - Pantai Sepat di sini hari ini meragut satu lagi nyawa apabila seorang remaja lelaki mati lemas ketika mandi-manda bersama ahli keluarga yang lain, petang ini. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP, Mohd. Jasmani Yusoff (foto) berkata, mangsa, R. Alvin, 16, dari Tanah Putih di sini meninggal dunia pada pukul 6 petang manakala saudara perempuannya R. Thanusa, 13, dari Batu Arang, Selangor berjaya diselamatkan daripada lemas. Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama empat keluarga yang terdiri daripada keluarganya dan saudara maranya berkelah di pantai itu sempena cuti Tahun Baru Cina. Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan Thanusa turut dirawat di hospital yang sama dan keadaannya dilaporkan stabil. Dalam kejadian petang semalam, dua beradik mati lemas di pantai yang sama ketika berkelah bersama keluarganya.

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]