PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Tuesday, January 31, 2012

Isu NFC: Tipu RM1,755 Juta Cepat Mahu Di Dakwa, Tapi Bila Tipu RM250 Juta Diam Membisu Sahaja !

KUALA LUMPUR 31 Jan - Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menetapkan dua hari bermula 4 April, untuk perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail, yang dituduh menipu pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta. Hakim Rozilah Salleh menetapkan tarikh itu apabila kes tersebut disebut di hadapan beliau. Ketua Unit pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil 15 saksi. Shamsulbahrin, 46, dituduh menipu Mohamad Salleh dengan sengaja menjanjikan khidmat perundingan dengan niat tidak ikhlas untuk memujuk mangsa (Mohamad Salleh) bagi bersetuju membayar khidmat berkenaan. Tertuduh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Resources Sdn Bhd dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini pada pukul 6 petang, 20 November tahun lepas. Dia juga dituduh menipu Mohamad Salleh dengan memperdayakan beliau bagi menyerahkan cek bernilai RM1.755 juta. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Solaris, Mont Kiara di sini antara 25 November dan 6 Disember tahun lepas. Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dirotan serta boleh juga kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Shamsulbahrin diwakili oleh Zarina Ismail.

[Memang sungguh memusykilkan bila kita melihat isu NFC ini. Bayangkan, isu lain yang dihebohkan tiba-tiba isu lain pula yang mahu dibawa ke mahkamah. Mana pegi persoalan pokok RM250 juta peruntukan kerajaan kepada syarikat milik keluarga Sharizat Jalil untuk projek lembu itu?. Mana pergi isu beli kondominium dan buka restoran mewah yang diperkatakan itu. Kenapa keluarga Shahrizat tidak didakwa sedangkan isu dibongkar menerusi Laporan Ketua Audit Negara dan bukannya oleh pembangkang ketika itu. Tiba-tiba isu wang RM1.755 juta pula yang cuba dihebohkan. Persoalannya, kenapa suami Shahrizat begitu bodoh boleh ditipu atau beliau memang layak untuk ditipu kerana dia telah awal-awal agi menipu rakyat Malaysia. Maka itu, kita wajar melihat isu ini dari kontek sebenar dan bukannya isu RM1.755 juta ini. Rakyat harus bijak menilai dan tidak wajar berdiam diri dengan isu ini. Jangan biarkan mereka sewenannya merompak wang rakyat sesuka hati lagi. Nyahkan mereka pada PRU-13 ini].

7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Tipu RM250juta????? Mcm mane ye?

Anonymous said...

Senang2 je kene tipu, agak2 nya banyak lagi kes ditipu, dah tak de pengalaman berniaga sebab tu senang je kena tipu, cam ni cepat le habis RM 250 juta tu.

Anonymous said...

zaman la ni juta2 tu perkara biasa jer.dulu aku dengar gaji PM puluh ribu aku kate banyaknya.tp rupanya bekas yb/yb/dll yang bilis je boleh dapat income ratusan ribu permonth.its really bro.jual bijih besi bro.800k sorang.ada yang 900k sorang dan ada yang 1juta sorang.pendapatan yang tak masuk akal sebabnya hanya jual hasil bijih besi pahang masuk poket sdn.sepatutnya hasil bumi pahang wajib masuk kedalam akaun kerajaan negeri bukan untuk individu.rakyat susah banyak bro.jangan ingt rakyat tak tahu/buta dengan apa yang berlaku.tp apadah jadi pada mereka kemewahan melimpah untuk kepentingan sdn dan anak beranak mereka.dulu aku kecik sekarang aku dah besar nampak sdn depan mata apa yang berlaku.pesanan untuk mereka jangan kerana tamak lupa berbakti kepada rakyat sebab sibuk mengumpul kemewahan.kesenangan itu bukan kekal untuk kita selamanya.jgn sampai PR perintah pahang dan masa tu kamu semua nak tido pun tak senang walau ada harta setinggi gunung kinabalu.

Anonymous said...

HATI2 LAKUNAN ISU TIPU INI..
NAMPAKNYA SAMALAH KES BUNUH ALTATUYA, LAIN ORANG DIDAKWA LAIN ORG. KENA GANTONG...
KES NFC NI PUN AKAN SAMA...
LAIN ORG. NAK DIDAKWA, ISU MAMAT NI PULAK DIBUAT & DIPUTAR BELIT..
ORANG YG NAK DI DAKWA TERLEPAS...!!!
INI LAH POLITIK U*** SEBENARNYA..
NAK TUTUP KES.. GUNA ISI LAIN..
AWASSSSSSSSS......

Anonymous said...

ada ke istilah `MENIPU SECARA YANG DI BENARKAN'

Anonymous said...

orang MAKAN Nangka tak kena GETAH....orang yang tak makan nangka kena getah.....macam Getah Burung aja...!he...he...Polis....dan Mahkamah....belajar x habis....!

Anonymous said...

APA YANG NAHGKA APA YANG GETAHNYA NI..GORENG CEMPEDAK PUN SEDAP LA