[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Panas: 'Duit Zakat Beli Hotel', MUIP Di Gesa Siasat Master Mind Di Sebalik Segala Urusan Berkenaan!

KUANTAN, 25 Jan - Gara-gara melantik "orang luar" menjadi Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) maka akhirnya kontroversi pembelian Hotel MS Garden terjadi. Menurut sumber, pegawai berkenaan dikenali sebagai Izhar Ahmad (foto) yang berasal dari "luar Pahang" itu dipercayai menjadi punca segala kekalutan yang melanda MUIP sekarang ini. Beliau yang bukan merupakan "orang agama" diberi kepercayaan sepenuhnya untuk menjaga hal ehwal ekonomi MUIP. Malah, menurut kariah di kawasan tempat tinggal beliau, kelibatnya tidak pernah dilihat bersama-sama jemaah yang lain di surau tamat perumahan terbabit. Justeru itu, pihak kami mendesak supaya Kerajaan Negeri Pahang menyiasat hal ini demi kepentingan agama Islam itu sendiri. Tindakan beliau yang mempengaruhi Timbalan Yang DiPertua MUIP, Dato' Sri Wan Hj.Abdul Wahid Hj.Wan Hassan untuk menggunakan "duit zakat" bagi membeli hotel terbabit amatlah dikesali. Malah, difahamkan beliau turut memanipulasi nama "pihak istana" untuk membolehkan urusan pengambilan wang zakat dipermudahkan. Tindakan yang mengelirukan ini tidak wajar berlaku sebenarnya, kerana wang zakat adalah bertujuan untuk kebajikan dan bukannya komersial. Menurut sumber, segala urusan pembelian hotel berkenaan kini hampir selesai sepenuhnya. Malah, bayaran deposit urusan pengambilalihan hotel terbabit sudah pun dilunaskan iaitu sebanyak RM5 juta. Difahamkan juga, hotel ini mahu dijadikan "Islamic Hotel" seleras dengan hala tuju MUIP yang mahu meningkatkan syiar agama Islam di negeri ini. Namun, apa yang meragukan ialah pembelian terbabit hanya atas namanya sahaja, sedangkan pihak pengurusan dikekalkan kerana MUIP langsung tidak punyai kepakaran untuk mentadbir sebuah hotel sehebat MS Garden itu sebenarnya. Inilah yang memusykilkan umat Islam andainya segalanya ini berlaku. Nama MUIP akan tertera pada hotel terbabit, sedangkan di dalamnya masih mengekalkan benda yang sama. Apakah Pegawai Hal Ehwal Ekonomi MUIP tidak boleh berfikir sebijak itu dan hanya mengejar komisyen dan keuntungan yang akan diperolehi atas pelaburan yang cukup menimbulkan kontroversi ini.


[Jika benar dakwaan pihak terbabit bahawa "Master Mind" di sebalik kontroversi ini ialah Pegawai Hal Ehwal Ekonomi MUIP sendiri, maka tindakan tegas wajar diambil. Beliau adalah "orang luar" yang telah dilantik ke jawatan itu dengan mengenepikan ramai calon-calon anak jati Pahang yang lebih layak sebenarnya. Siasatan telus perlu dilakukan siapakah "proksi" beliau di MUIP hingga membolehkan urusan menggunakan wang zakat untuk tujuan komersial ini. Justeru itu hala tuju MUIP perlu diperbetulkan jika mahu melihat masa depan agama Islam itu terbela. Jika duit zakat pun mahu dikomersialkan, maka apakah akan terjadi kepada Asnaf yang lapan itu gamaknya. Masih ramai asnaf yang gagal mendapat peruntukan wang zakat. Maka, kenapa mahu diselewengan ke jalan pelaburan?. Apa motif wang zakat sebenarnya?. Harap, Pegawai terbabit dapat menjawapnya agar ia tidak kelirukan umat Islam. Bekerjalah kerana Allah, bukan kerana mengejar keuntungan duniawi semata-mata].

62 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

SIASAT JANGAN TAK SIASAT...
BILA DAH SIASAT TU, BIAR IKHLAS DAN BERANI..WALAU TAHU KENA TUKAR KELUAR DARI NEGERI INI...
PAHANG NI ADA KUASA LANGIT.. SO JANGAN SEMBRONO!!
WALAU SALAH, KAU MESTI IKUT/KENA FAHAM..
SEKIAN ADANYA...

Anonymous said...

bukan Izhar saja di siasat dalam hal pembelian hotel MS GARDEN KUANTAN.SAiasatan menyeluruh melibat ketua jabatan MAIP sendiri harus bertanggongjawab.Apakah pembelian harta perniagaan menggunakan duit Zakat di rujuk kapada Mufti Pahang? Amat malang sekali duit zakat di salah guna bagi mencari keuntungan !!!

Din Mun said...

Hotel boleh beli, sekolah agama banyak yang kurang sempurna. Mana satu yang perlu diutamakan?

Anonymous said...

klu sekolah agama muip nk tanggung, dh tu ape peranan kerajaan negeri bwh exco agama. sekolah agama negeri adalah dibwh kuasa kerajaan negeri termasuk SAR, Sek Men Agama dsbg.Maaf lah, sy rse entry ini penuh dengan provokasi dan hasad dengki. TYT Melaka bukan org melaka. xde jd masalah pon. Ramai lg ketua2 jabatan kerajaan di phg bkn org phg. yg penting jujur dan ikhlas. jawatan dia peg.ekonomi mmg patut pon terlibat dlm urusan tu. xkan nk suruh pegawai pusat zakat pulak. tahniah..MAIP makin dikenali.

Anonymous said...

Anonymous 7:42, aku tak paham cakap ngko "xkan nak suruh pegawai pusat zakat pulak" Abis tu, selama ni sapa yg dok mengurus duit zakat ni? Maksud ngko betullah duit zakat ni diseleweng si izhar ni, gitu?

Anonymous said...

MUIP=yang senang berambah senang....yang miskin bertambah PAPAKEDANA....Allah akan membalas kerja JAHAT kamu...ammin...!

Anonymous said...

maip kan ramai peawai. masing2 dgn peranan masing2. pegawai agama jaga bab agama, pegawai sumber manusia jg staf, peg. kewangan jg akaun/duit, peg undang2 pastikan perkara/dasar yg dibuat mengikut rules. masing2 berperanan. beli hotel kan satu pelaburan..mesti peg ekonomi yg main peranan. sbg mnusia, jg hati dn perasaan org lain, jg lidah. jg amal.. yg lain, ngko tnyelah yg lebih arif.

Anonymous said...

Tertarik dgn jujur dan ikhlas sape kita bleh ukur tu hanya Allah yang mengetahui kalau btul2 nak tau suruh je SPRM masuk siasat pembelian hotel ni sekiranya betul....

Anonymous said...

aku dengar sebab campur tangan belebihan pegawai ni la klinik amin lingkup. ubat pun dia yg beli. apa kejadahnya

Anonymous said...

tak salah org luar nak tadbir negeri kita. masalahnya yg sorang ni suka over shadow. asyik2 beli aset. beli kete byk2. kata utk kemudahan asnaf. last2 eksiden. maybe peringatan allah.

Anonymous said...

MUIP ADA LADANG. NON MUSLIM URUSKAN. IZHAR YG DEAL.

Anonymous said...

orang Pahang tak ramai cerdik...kerja kat felda lah jawabnya...kihkihkihkih

Anonymous said...

Anonymous 8:57, sebenarnya, itu yg aku konfius, apsal pulak peg.ekonomi dok melebur duit zakat? Lagi satu, mufti mana pulak luluskan benda ni? Duit zakat mana boleh dilabur, berlambak lagi org miskin kat pahang ni. Tapi, kalau betul si izhar ni menyeleweng duit zakat, mari kita sama2 report kat sultan. Biar dikeratnya tangan si izhar ni.

Anonymous said...

ISU NYA. KENAPA GUNA DUIT ZAKAT
ENGKO ORANG NI PAHAM KE IDAK.
NAK MELABUR KE.
NAK BELI LADANG KE.
NAK BUKAK SPITAL KE.
KENAPA GUNA DUIT ZAKAT
KENAPA GUNA DUIT ZAKAT
KENAPA GUNA DUIT ZAKAT
KENAPA GUNA DUIT ZAKAT
KENAPA GUNA DUIT ZAKAT
KENAPA GUNA DUIT ZAKAT
KENAPA GUNA DUIT ZAKAT
KENAPA GUNA DUIT ZAKAT
KENAPA GUNA DUIT ZAKAT
KENAPA GUNA DUIT ZAKAT
KENAPA GUNA DUIT ZAKAT

Anonymous said...

Sy stuju. Muip kena jlaskan knapa mesti guna wang zakat???
Kenapa wang zakat???

Anonymous said...

Apa nak jadi negeri aku ni, nak labur duit zakat patut2 la....tanggung lah asnaf tu betul2, ada lebih baru nak melabur, labur pun tengok lah apa bende nya plok...dari atas sampai bawah sama je wehh.

Anonymous said...

ASNAF mana MUIP guna untuk beli hotel, ASNAF FISABILILLAH ke, hehehe..

Anonymous said...

org kelantan lg?habih punohlo negeri pahe ni weiy...

Anonymous said...

BN BONGOK! SILA UTAMAKAN ANAK JATI PAHANG UNTUK MENJAWAT JAWATAN DI NEGERI PAHANG!

Anonymous said...

wahhh..ramai betul asnaf yg komen kt sini. x usah bimbang, tidak siapa berani mengambil hak anda selagi anda masih berhak.

Anonymous said...

haiya..
jgn beli la...
aiyoo..gua mau beli..
duit gua manyak ni

Anonymous said...

aku cdgkan pemilik hotel xpyh jual kt muip. jual pd owner hotel lama. biar bukak balik pub2 kt situ. masuk balik patung2. blh kenakan syarat nk keje hotel x boleh pakai tudung. jual arak. boleh berzina sesuka hati kt hotel. time tu..tanggung lah dosa masing2.

Anonymous said...

u all ni komen mcm asnaf kt pahang ni x terbela. klu jumpa asnaf x terbela bg tau kt org muip biar disiasat dan bantu yg sepatutnya. ni meroyan x tentu pasal dok serang peribadi org. kena jg aib org jgk. ingt tuan2..Allah swt Maha Adil.

Anonymous said...

anonymous 5:24. lu cina ka?

Anonymous said...

lu melayu ka?

Anonymous said...

dedahkan lagi dan lagi!!!

Anonymous said...

SAYA YAKIN SEMUA YANG POST KAT SINI ADALAH ORANG ISLAM YANG PRIHATIN BELAKA. OLEH ITU BERHATI-HATI JIKA MENUDUH ORANG ISLAM LAIN BIARLAH ADA BUKTI SAHIH SEBAB JIKA KITA BERDOSA DENGAN ALLAH TIDAK SOLAT TIDAK PUASA TIDAK BAYAR ZAKAT KITA BOLEH BERTAUBAT DAN INSYAALLAH DOSA BOLEH DIAMPUNKAN TETAPI DOSA SESAMA INSAN HANYA INSAN BERKENAAN SAHAJA YANG BOLEH MEMAAFKAN JIKA TIDAK MAKA DIAKHIRAT NANTI AKAN DITUNTUT...WALLAHU'ALAM......

porahhh... said...

nnti mufti kata tak per beli hotel ..untuk fisabililah...huhuhu...macam mufti wilayah ...

Anonymous said...

MUIP Oh MUIP..Tolong jawap semua kemuskilan pembayar zakat berhubung pembeli: 1. Hotel MS Garden 2. Beli Wisma Bolasepak Negeri Pahang.3. Beli bangunan kormesial di Kuantan dan Pekan.
Apakah semua pembelian tersebut tanpa menggunakan wang zakat?

Anonymous said...

kalau x betol,muip sila buat laporan polis dan saman pihak yang terlibat..

Anonymous said...

siaplah korang..tunggu surat saman jelah. timbulkan provokasi..sape suruh??!!..

Anonymous said...

kalau muip x beli sape lg yg nk beli semua tu...nk suh org bkn islam jer yg beli...biar sume bangunan kat pahang jd milik org bkn islam semuanyee.. asyik duk mengata sampai bila nk maju...masa akn datang sok sume bgnan kat ktn jd milik bkn islam yg kite ni pandang jer larr sbb asyik duk mengata..org habuk pun xde..

Anonymous said...

setuju!

Anonymous said...

ingt..salah satu dr 8 asnaf adlah hak milik muip sbg amil. klu dpt 8 inggit maknenya singgit muip punya. klu 8juta? klu 80? 800? nk beli hotel? apelah sgt bg muip tu...

Anonymous said...

Hukum Melabur Wang Zakat??? memang dibolehkan dengan syarat,antaranya 1-Semua asnaf mendapat haknya 2-Perlaburan yang mematuhi syara' 3-Kurang risiko... Soalnya sekarang di Pahang beribu2 asnaf yang ada masih belum terbela,rujuk e-kasih & penerima bantuan maip sendiri,Urus M.S mampu ke maip? segi nak jaga semunya patuhi syara' dan andai M.S untung nape pemilik nak jual?..byk perkara maip kene jelaskan..pasni x ada alasan pemohon zakat x dpt bantuan krn itu lebih utama,andai betul ada ambil komisyen dan salah guna kuasa perlu disiasat oleh SPRM.

Anonymous said...

adoi...bukan sebelum ini kecoh beli Hotel Grand Continental ke?

Anonymous said...

Izhar tu bukan S/U ke? x silap pejabat khas di Kuantan,segala urusan melalui P.A dia.Makin keliru dengan komen sini.

Anonymous said...

awat belum jelas... isunya kenapa guna wang zakat..
belila apa bangunan pun.. yg org dok tanya ni pasal apa duit zakat..?
takkan la byk sgt peruntukan amil sampai puluhan juta adanya..
kan dlm pentadbiran Islam masih ada baitulmal, saham wakaf .. patut dulukan yg ni dulu.
selesai dulu asnaf2 zakat hingga akar umbi barulah boleh buat benda lain..
lagi cantik kalau dapat fatwa khusus ttg "beli hotel guna dana zakat" dari jabatan mufti..

Anonymous said...

Bro... pe kecoh2 ni! andai x silap...ni no H/P S/U Majlis 0199883726 Pejabat di Kuantan dan ini Penasihat Zakat Majlis Pekan (PKZ) 0129501361) mungkin boleh kita dapatkan info yang tepat.5178741/4221311/5171985.Selagi x ada statment dr MAIP aku x percaya ma...

Anonymous said...

bukan mau kecoh bro..
mau bagi cadangan saja..
aku pun potong gaji bulan2 bayar zakat..
nak bagi lauk tambah..
selain saham wakaf dan baitulmal kan ada lagi hasil ladang ratusan ekar, sewa bangunan dll.
kan tak timbul isu kalau pakai duit yg ini.

Anonymous said...

setuju beli supaya ada hotel orang islam dipahang...kalau nk harap jutawan islam ntah bila akan muncul

Anonymous said...

sy rase perbincangan dah dibuat dengan teliti. x salah untuk kita bertanya dan mendapatkan kepastian, tp biar kena ngan caranya. Islam menganjurkan kita untuk bertindak dengan berhemah. xtau bertanya. jgn nk tulis mem'khinzir' buta. peace

putera66 said...

saya setuju dengan anon 12.23
soalnya sekarang kenapa guna duit zakat..

pada yang menyokong muip, lu pikir la sendiri....

Anonymous said...

banyak duit muip ni bejuta yer.kenapa hanya pelajar yang belajar master pengajian islam jer dapat bantuan.bidang lain pun ilmu Allah juga.harap lepas ni bantulah rakyat pahang ni.service untuk pahang nak aply pun payah.personal loan la jugak akhirnya.tu pasal ramai golongan profesional tak ddk kat pahang ni.orang luor pulak yang ramai

Anonymous said...

YANG POSTING KOMEN KAT SINI NAMPAK MCM BIJAK. TAPI...
ENGKO ORANG NI PAHAM KE IDAK.
ISU NYA. KENAPA GUNA DUIT ZAKAT
NAK MELABUR KE.
NAK BELI LADANG KE.
NAK BUKAK SPITAL KE.
NAK LANTIK ORANG KELANTAN KE.
NAK LANTIK ORANG SIAM KE.
NAK LANTIK ORANG BURMA KE.
ISU NYA. KENAPA GUNA DUIT ZAKAT
ISU NYA. KENAPA GUNA DUIT ZAKAT
ISU NYA. KENAPA GUNA DUIT ZAKAT
ADA PAHAM KA

KMY ENTERTAINMENT said...

Kalau ia sekali pun nak melabur dibidang perhotelan, janganlah guna duit zakat

Anonymous said...

Setuju benar MUIP buat pelaburan dgn membeli bangunan/hartanah supaya semua tidak terlepas kpd bkn islam, yg dipersoalkan kenapa beli MS Garden dgn menggunakan wang zakat...kenapa tidak beli bangunan yang strategik ditengah bandar boleh beri sewa kpd orang islam untuk mereka berniaga dengan kadar sewa yang berpatutan tak perlu lah letak kadar sewa yang mahal...

Anonymous said...

skrg ni ustz azhar idrus ckp boleh guna duit lebihan zakat untuk beli hotel tu.......

Anonymous said...

so tak payoh nak baloh......janji duit keuntungan hotel tu diberikan balik pada asnaf zakat.......

Anonymous said...

Duit korparat tidak akan sampai kepada asnaf yang lapan, tapi akan dibolot oleh ALP. Bukan cerita baru nih, kemudian tak untung, yang ada hanyalah rugi, rugi, rugi dan rugi dan rugi, tapi masuuuuuuk poket tu yang rugi dunia dan akhirat... Jawab....

Anonymous said...

ISU NI AKU DAH AJU KAT UST. IDRUS, SOALAN NO.2 LAST... jengjengjeng, puas hatila..
1. BOLEH GUNA- JIKA ADA LEBIHAN.
2. PASTIKAN PULANGAN KEMBALI KE ASNAF SEMULA.
MAKNENYE -SEMUANYA HASIL/KEUNTUNGAN TU KENA KEMBALIKAN KE ASNAF. TOKSAH HASIL/-UNTONG NAK BELI PULAK MENDA2 LAIN.
PASTU - SHARE2/PERCENT2 TOKSAH LAH TOK2 KETUA AMBIK (HARAM).
TOK2 KETUA MENGENDALIKAN SAJA, TOKSAH NAK PANDAI2 BAGI KOMISEN2 KE CEO2 TUH.
KALU CAMTU..SIKIT BETOI LA..
MASALAHNYA... BILA KATA HOTEL, TAU JELAH..MALESIA NI BUKAN MACAM ARAB SAUDI...ADA FAHAM!!!
KEKADANG TU, ORG JAB.UGAMA KENA IGAK PONG, ADA TANGANG GHAIB GI LEPAS... huhuhuhu,tanya sama hud-hud!!!

Anonymous said...

hok ni asik rugi,poket,rugi,poket..
kalu masuk poket mintak la sprm ambik tindakkan...

nak burukkan ke ahli koprat ni supaya boikot zakat kot...jgn gitu boh...duit org Islam tu...

Anonymous said...

betul tu... tadi pun ustad azhar idrus pun da bagi jawapan... jgnla kita panjangkan perkara ini... insyaallah perkara ke jalan allah sentiasa ada kebaikannya... moga rezeki di negeri pahang bertambah untuk dikongsi mereka yang memerlukan nanti...

Anonymous said...

Kalau pulangan pelaburan itu akan menguntungkan memang di haruskan. tetapi biarla aktiviti di dalam hotel itu juga menepati hukum dan sunnah. Tiada penjualan arak, kakitangan berpakaian menurut syarak dan segalanya termasuk pentadbiran dan urusan jual beli mengikut spesifikasi HALAL.

Anonymous said...

pa khas izhar tu boleh than jga..25% kot..wakakaka...... klu dh tau mnda ni x btul muip bg la respon..press confrence la...wakakaka......

Anonymous said...

aku dgr dr audit negara akaun saham wakaf beberapa thun dlu ada seleweng jga.. ada desus desas mengatakan izhar ni bekas orang buangan bank kerana salah laku penyelewengan duit bank di daerah pahang ni...x sngka plak MUIP kutip penyangak ni.. sogop lak duit muip ye skrg,,

Anonymous said...

dalam blog tukulbesi ada kisah pegawai kanan zakat slh gune kuasa..wahhhh asal muip melahirkn org2 ginie........buke web tukulbesi..moh tgk....

Anonymous said...

MUIP beli hotel ni guna asnaf yang mana? Klu guna asnaf amil, aku rasa tak boleh juga... amil ni ialah pengurus zakat. klu amil itu individu ikut suka hati dialah nak guna beli apa2 pn... tpi klu MUIP (bukan individu) kena guna duit asnaf amil untuk pengurusan hal2 yang bersangkutan zakat juga. contoh, buka pejabat cawangan, lantik pegawai, beli alat2 untuk pengurusan zakat....Betul tak Dato Mufti pendapat sya ni? Klu beli duit baitulmal pn tak sesuai. Yang sesuainya gunakan "duit sendiri" beli hotel tu...hahaha

Anonymous said...

haru biru.......masih ramai yang layak dan memerlukan duit zakat....apalah wat abih duit beli hotel...klu dapat untung besar pn untuk siapa dan nak buat apa? Tak berfaedah kepada asnaf pn...mungkin jadi milik syarikt MUIP je nanti..

Anonymous said...

HA HA HA..KELAKORNYE CITER NI. CAMNE BUDAK TU BOLEH MEMPENGARUHI ORANG SEHEBAT DAN BERPENGALAMAN TU....DIA YANG NAK BELI KOT....

Anonymous said...

Rugi, rugi, rugi dan rugi, rugi, rugi lagi dan rugi lagi... Bukan org korporat tak tolong orang, tapi org korporat sememangnya begitu. Jika tak sampai 1.5 juta masuk poket bukan ahli korporat. Biarkan dia sandarkan kepada GLC bila, bila rugi kerajaang yang tanggun, utan kena bayaq, bila dah ada utan kenalah pengurusan bertanggun jawab. tup tup tup pihak pengursan yang dioersalahkan dan didakwa... Mentelati...

Anonymous said...

post ni diadakan oleh org yg dengki,,setahu aku..kat pahang ada asw(amanah saham wakaf)..apa salah guna duit tu beli bangunan..hanya org yg dengki sahaja...aku tahu la...

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]