
KUANTAN, 22 Jan - Belum pun kes penggunaan wang zakat yang melibatkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) reda, kini heboh pula berita Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pula menggunakan wang zakat. Jika Jamil Khir didakwa gunakan gunakan wang zakat sebanyak RM63,650.00 untuk kos guaman ke atas kes Qazaf membabit Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun, apa yang berlaku di sini sesungguhnya lebih mengejutkan umat Islam dan rakyat Pahang sebenarnya. Ini kerana, daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan MUIP dipercayai mahu menggunakan wang zakat mencecah puluhan juta ringgit semata-mata mahu mengambil alih pengurusan (membeli) hotel MS Garden Kuantan (foto) . Difahamkan, pihak berkenaan telah pun membuat bayaran pendahuluan terhadap hotel terbabit sebanyak RM5 juta dan bakinya akan diambil melalui wang zakat. Apa yang lebih mengejutkan ialah urusan yang berkaitan telah dibuat secara "mengelirukan" hingga menyebabkan ramai pihak kini berada dalam dilema sebenarnya. Ini kerana urusan yang berkaitan dikatakan "memanipulasi" nama pihak istana demi kepentingan beberapa kerat individu di agensi terbabit sebenarnya. Justeru itu, ramai yng terkejut dengan isu ini kerana jika benar dakwaan MUIP mahu menggunakan wang zakat untuk mengambilalih pengurusan sebuah hotel maka ia jelas sekali "lari" daripada matlamat asal zakat itu sendiri. Malah, ia juga tersasar daripada misi MUIP iaitu "Memperkasakan Ummah Melalui Peningkatan Taqwa, Pembentukan Akhlak Yang Terpuji, Pengurusan Sosio-Ekonomi Yang Mampan, Dakwah Yang Berkesan, Pembudayaan Ilmu, Pemartabatan Adat Resam Melayu dan Perundangan Yang Berlandaskan Syariat". Justeru itu, seluruh umat Islam di Pahang digesa bertindak untuk memastikan urusan ini tidak berlaku. Amatlah malang sekali, dikala begitu ramai asnaf (mereka yang layak) menerima wang zakat masih memerlukannya tiba-tiba wang tersebut digunakan bagi tujuan perniagaan (komersial). Maka itu, Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob digesa bertindak untuk menghalang urusan tersebut.
Jom sertai debat panas isu ini di ruang sembang popular cari malay forum
[Kami akan melaporkan perkembangan terkini isu ini dalam masa terdekat selepas siasatan rapi berkaitan siapakah "orang dalam" yang terlibat dengan urusan yang berkenaan. Sebelum ini, PDO juga telah membongkarkan kes khalwat melibatkan bekas Setiausaha MUIP sehingga diambil tindakan oleh Yang DiPertua MUIP sendiri iaitu KeBawah Duli Yang Teramat Mulia, Tengku Mahkota Pahang. Difahamkan pegawai terbabit telah ditukarkan ke Jerantut dan kes beliau masih dibicarakan hingga ke hari ini. Oleh itu, kami tidak teragak-agak untuk mendedahkan nama dan gambar beberapa individu yang dipercayai memainkan peranan dalam pelaburan yang cukup "memalukan" ini. Apa yang lebih menyedihkan, kini urusan zakat difahamkan diuruskan terus oleh MUIP dan Pusat Kutipan Zakat hanya sekadar menjadi "pengutip wang zakat" semata-mata, sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mengagihkan wang tersebut kepada pihak yang memerlukan. Jika benar dakwaan ini, maka ia merupakan satu episod malang dalam sejarah zakat di Pahang. Apakah cerita lembu Fidlot yang melibatkan Shahrizat Jalil akan berlaku pula di negeri ini. Tindakan guna wang ke jalan yang tidak sepatutnya amatlah mengecewakan umat Islam. Semoga isu ini dapat dipantau dengan sebaik mungkin demi "masa depan Islam" hendaknya].












42 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
patut la DERMASISWA sy x lulus.. abih duit zakat gi beli hotel.. Allah..
elok lah lepas ni lagi ramai org melayu miskin akan berpusu2 ke gereja meminta ehsan paderi2
agaknya ni lah cara nak meningkatkan ekonomi umat Islam hasil dari keuntungan hotel tu sesiapa blh respon psl risiko dan pulangan industri hotel ni.....
Kalau betul, siapa yang paling bersalah? Ulama, mufti, ustad umeno lah jawapnya..
MASYAALLAH...!!
APAKAH PEKARA INI BENAR2 TERJADI..??
MANAKAH DIA KADZI/MUFTI YG BERTANGGONG JAWAB SOAL AGAMA..??
APAKAH INI YG DIPELAJARINYA SELAMA INI..??
PATUTLAH DALAM AGAMA "GOLONGAN" INI YG DAHULU KE NERAKA..??
TAK TAHUKAH MEREKA, RAMAI LAGI "ASNAF",ANAK YATIM,ORANG SAKIT,WARGA EMAS YG LEBIH MEMERLUKAN..??
TAHUKAH MEREKA BERAPA RAMAI RAKYAT NEGERI INI.. BERHUTANG UTK SEKOLAHKAN ANAK2 MEREKA..?? SEHINGGA MENGALIRKAN AIR MATA, MEMIKIRKAN MENCARI SESUAP NASI DAN MEMBERI PELAJARAN ANAK2..??
PAHANG KUTIP... 90 JUTA ZAKAT TAHUN 2011 (kalau tak silap).
INSAFLAH,MUHASABAHLAH DIRI MEREKA YG DIBERI KEPERCAYAAN OLEH RAKYAT NEGERI INI UNTUK MEMERINTAH...
HOTEL MS GARDEN TU.. TEMPAT SEGALA MAKSIAT ADA DISITU (zina,arak-sure dah). INI KAH YG DINANTI2KAN..??
APABILA DIBELI..SHARE TU SAPE PUNYA..?? TENTUNYA PEMBESAR2 NEGERI AKAN DAPAT- NAUZUBILLAH, HARAM BAGI MEREKA.
INSYAALAH, DIHARAPKAN PEKARA INI KHABAR2 ANGIN SAJE.. SEKIRANYA BERLAKU JUGA,KITA LAKUKAN SEMBAHYANG HAJAT, MUGA2 MEREKA INI INSAF DAN TIDAK KE NERAKA JAHANNAM.
SEBELUM ALLAH MENURUNKAN LEBIH BANYAK BALA KE NEGERI KU YG TERCINTA INI...AMIN!!!
apa nak heran jika umno/bn terus memegang tampuk pemerintahan....
duit zakat adalah satu sumber duit yg tak akan pupus seperti balak dsbnya...
duit zakat pulak free....dan umat islam akan terus membayar zakat atas kesedaran iman umat islam...
semakin ramai org membayar zakat semakin byk duit dia org dapat dan dipergunakan sesuka hati mereka...ini ka yg dinamakan umno itu satu2nya parti yg mampu menjaga kebajikan org2 melayu dan islam?...
oleh itu..untuk menyelamatkan umat islam dan melayu..umno itu harus dikapankan dahulu...
mereka ini tidak merakyatkan ekonomi tetapi mengkronikan ekonomi.....
tu la kalu Tim. Yg Dipertua MUIP dilantik drp kalangan bukan yang berpendidikan agama dan juga lantik Pegawai ekonomi plak orang kelantan, dia dah tak fikir duit zakat tu patut diagihkan kpd asnaf yang layak, yang dia tahu dapat komisyen 10%
MUIP bukan tak ada ustaz2 yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, ada pegawai agama lepasan drp timur tengah, daripada lepasan uni. Madinah/Mekah tapi tak berani nak menegur atau menasihati TYDP MUIP.Sebab apa nak jaga jawatan takut tak dapat naik gred bagi yang tetap dan yang bertaraf kontrak pulak takut tak disambung kontrak tu la yang dok ngampu aje kerjanya. Tapi kalu kena pada orang bawahan semuanya buat kerja betul.
Yang paling sedih bila Sek Agama Rakyat minta bantuan peruntukan zakat untuk menaik taraf sek. dan sebagainya tidak diluluskan tetapi apabila beli hotel MS Garden 50/60 juta, baik pulih hotel sri emas 5/6 juta dan beli bangunan beratus ribu guna wang zakat diluluskan pula. Inilah apabila agama diketepikan sendiri oleh Intitusi yang sepatutnya menjaga kebajikan umat islam.
ada sorg dua staff majlis agama ni. bermegah je dpt beli MS Garden. bila tanya psal derma siswa anak aku mohon tahun lepas.. asyik2 dlm proses. hampeh
M.S Garden boleh tukar ke MUIP Garden la pasni...ini satu transformasi...merasalah asnaf-asnah Negeri Pahang tidur dan menginap di Hotel Bertaraf Bintang. Tahniah Majlis Ugama Islam Pahang!Sejarah akan terukir Hotel Bertaraf Bintang pekerja-pekerjanya menutup aurat dan tiada kelab dan minuman memabukkan,Syabas!
MashaAllah..kenapa ulama' duduk diam je..mana dia amal maaruf nahi mungkar...ini bukan pasal politik atau ekonomi tapi aqidah..
Moh ramai-ramai kita pakat hubungi 09-5178741 Office Setiausaha Majlis Ugama Islam Pahang Kuantan / 09-4221311 Pegawai Kanan Zakat Pekan 09-4221311 untuk mendapat penjelasan. Moga ianya tida benar!
Bro... andai x silap...ni no H/P S/U Majlis 0199883726 Pejabat di Kuantan... dan ini Penasihat Zakat Majlis Pekan (PKZ) 012-9501361 mungkin boleh kita dapatkan info yang tepat...
BILA BELI MS GARDEN NANTI..
PEGARAH JAIP/MUIP KE, BOLEHLAH MOHON JADI CEO/EXCEC/MANAGER KAT SITU..LUMAYAN GAJI/ELAUN/BONUS.
MAT2 TU TAK LAMA LAGI PENCEN LA..
..NERAKA DI DAHULUKAN.. RAKYAT YG SEKONGKOL JUGA DAPAT SHARE... NAUZUBILLAH...
Masaalah besarnya ialah MUIP berada di bawah kuasa SULTAN, di sinilah kejayaan penjajah inggeris yang memberikan kuasa berkaitan Ugama Islam kepada Sultan.
Kalau pun kerajaan BN tumbang dan di gantikan oleh kerajaan PR, masaalah MUIP ini tidak akan selesai.
Siapakah yg mampu merubah keadaan ini?
Beli hotel..beli Botol araknya....beli penari Tiang Licin....nya....inilah kerja orang yahudi LTL....ketua agama hapa....!porrah.....!cuittt...!
Tahniah Unit Ekonomi/Pelaburan MUIP, semoga dgn Pembelian Hotel MS Garden ini akan menaikkan lagi martabat/syiar islam di Negeri Pahang Darul Makmur.Kalu boleh setiap daerah ada hotel setanding dengan MS Garden nanti bolehlah asnaf zakat terutama fakir miskin merasan bermalam di Hotel MS Garden, kalu MUIP tak beli hotel bertaraf 5* tak merasalah fakir miskin bermalam di Hotel 5* yeeeek....
saya akan melihat dari jauh perkembangan ini tampa prajudis.sekiranya ia benar maka saya akan menarik balik penyaluran bayaran zakat pendapatan rm6000 /setahun kepada MUIP.
apa kaitan majlis zakat mahu membeli hotel pula? tumpukanlah pada 8 asnaf.
saya harapkan berita ini cuma spekulasi...
saya akan melihat dari jauh perkembangan ini tampa prajudis. saya akan menarik balik penyaluran bayaran zakat pendapatan rm6000 /setahun kepada MUIP dlm tempoh kurang 24 jam sekiranya berita ini benar.
apa kaitan majlis zakat mahu membeli hotel pula
Untuk sebarang urusan tempahan Hotel MS Garden bolehlah menghubungi talian bebas tol 09-5165120 atau menghubungi Peg yang berkaitan. Besar Hotel MUIP.Satu lagi mercu tanda kejayaan umat islam di Negeri Pahang Darul Makmur
kalau betul..ini satu pelaburan yang bijak. menangislah puak2 'ca ya nun alif' dan sekutu2 nya lepas nih. fight for the right. syabas MUIP.
yes fight for the right tapi dengar cerita kerja2 ladang muip beri juga ke ca ya nun aliff...mana yang betul ni mungkin pengadilan Allah diakhirat yang benar
what the ****...aih duit zakat tu..muip ade pngalaman ke mngurus hotel??..silap2 lingkup mcm sesetangah hotel..hbs duit zakat gitu je..amboi!!sedapnye mngabis duit gitu....8 asnaf lg pnting dr beli hotel tu der..keluarkan dulu mereka dr kpompong mereka..kalo diorg thu,mngis diorg..apa salahnye bri knaikan kadar bantuan kt diorg..korg jawab lah dgn Allah ape korg buat dgn amanah tu..jgn sbb beli hotel,umat islam negeri pahang berpecah belah..come on lah..sblm buat keputusan rujuk dulu al-quran n hadith..rujuk dulu ulamak..jgn mnurut nafsu yg punah..saya mnegur sbb saya sayang umat Islam..
xpelah, MUIP beli hotel, nanti dapat ler peluang fakir miskin, warga emas seperti poleh2, pegawai2 kerajaan pencen dan warga emas yang selama ini menjadi penyokong kuat UMNO merasa dok hotel taraf ?? bintang secara percuma. Juga kepada penyokong2 membuta tuli UMNO harap mereka dapat tinggal dalam hotel itu secara 'free'. Nanti persidangan UMNO boleh ler buat disini. Untung Raja Gopal yang akan mentadbir hotel ini. hahahaha
Jika benar, ia sesuatu yg amat dikesali! PKR Pahang disiasat segera cadangan pembelian tsb!!!
PKR Pahang meminta supaya siasatan segera dilakukan terhadap cadangan tsb!!!
pada saya perkara ini kalau betul tak perlu dipolitikkan tetapi perlu disiasat dan diambil tindakan oleh semua umat Islam di negeri Pahang sebab ini melibatkan duit zakat yang merupakan hak asnaf yang 8 dan semua kita bertanggungjawab utk menegur sebarang "misleading" seterusnya membangun bersama Islam
Asnaf yg 8?..maknenya duit zakat bkn sahaja utk fakir dan miskin jelah ye..dh tu..sape lg yg layak dlm 8 tu?
Majlis agama islam negeri lain ade gak hotel. X kecoh pong. Sy percaya maip mesti dh rujuk majlis fatwa sblm keputusan pembelian hotel ni dibuat. wallahua'lam..
Baru g kursus di ms garden. Mne ade bar mcm dlm gmbar tuh. Dh tutup sejak company lain amik alih. Patung besar dh xde. Surau pun dh cantik. Luas dr yg dulu. Ade jgk dgr kbr maip nk beli. klu betul maip beli, harap sgt dpt tukar cara kakitgn hotel berpakaian. Dahlah x bertudung, ade yg berskirt pulak tuh. Satu lg klu boleh jdkan hotel zon sifar zina.
'PKZ nk agih zakat? Bukan ke PKZ tu anak syarikat MUIP yg dilantik khusus untuk mengutip je ke'. Xpe nnt kita mintak muip tukar pkz jd PKAZ..pusat kutipan dan agihan zakat.
PKR dan PAS pahang ni bukan reti main isu..jangan harap la..isu belambak..tapi habuk pun tarak..ni pun harap kat PDO..kalau haraap tontowi dan sewaktu denganya..ketua penrengan Pas lak malu malu mata nak main isu..hmmm dok rok cetong
sedangkan sebuah hotel kat astaka tak terurus...jadi tempat penagih...tuan tuan bolih tengok dan ambik gambar sebelum diruntuhkan....!
Gini...kita pakat tak payah bayar zakat tahun 2012 ke atas....kalau dia guna duit untuk beli hotel....kalau beli Masjid kita bayar....apamacam? bukan kena Jel...!
apa akan jd pd MS Garden 10-20 thun akan dtg ye??just wait see..maju or lingkup, Allah lagi maha mengetahui..semoga Umat Islam di Pahang dilindungi bala dan kesusahan..amin..manusia punye akal dan ilmu,maka gunakan akal dan ilmu dgn sebaik2nya..fikir dulu baik n buruk sblm mmbuat kputusan..
anonymous 3:37, beristighfar byk2. jgn kerana marah x tentu pasal sampai hukum ditolak tepi. zakat itu wajib, ianya sudah termaktub. urusan agihan tu terserah kpd kebijaksanaan pihak yg berkenaan. the rest.. kita serah saja pada Allah swt. yg berbuat kejahatan tidak akan terlepas kerana balasan akan tetap dtg.wallahua'lam..
ade kt sini yg lebih rela masuk jel dr terima hukuman Allah swt. Berzakat tu wajib lh. ape punya statement daa...tulah klu ht byk busuk. dh lupa dosa pahala.
eh..entry yg ade muka org tu dh xde. nasib baik dah print.. bley buat bukti..jaga2..ade yang memerhati!!!...
staff ms garden sesksi la...huhu
teruk sggh la org2 berkedudukan le ni..rosak akhlak.. depa x caya AZAB ALLAH... depa xcaye KUASA ALLAH...depa x sdr depa sdg diuji...
xdpt la dermasiswa thn ni...nasib la thn ni byr zakat pd bdk tahfiz (fi sabilillah)...
tkt ALLAH trnkan BALA' je...
maklumat berkenaan ini adalah tepat kerana ramai org MUIP juga yg komen... hehe...
jgn hrp la asnaf nk bermalam kt sane... mtk borg bntuan pon da kne halau... hahaha
Post a Comment