
KUANTAN, 31 Jan - Orang ramai yang melalui Jalan Hj.Ahmad ke Semambu, musykil dengan kewujudan pembinaan sebuah pusat perniagaan komersial dalam kawasan "berpagar" dekat Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali dekat sini. Pembinaan kedai pejabat tiga tingkat berkualiti di atas tapak "rizab kubur" itu dilihat amatlah tidak wajar sama sekali. Ini kerana, bersebelahan dengan kawasan perkuburan Islam itu terdapat juga perkuburan Cina dan India di dalam kawasan terbabit. Maka itulah kawasan berkenaan dipagar dengan "ikatan bata berwarna merah". Namun, apa yang memusykilkan, kenapa ada projek pembangunan dalam kawasan terbabit?. Tinjaun krew kami ke lokasi berkenaan baru-baru ini ternyata membuktikan pembinaan bangunan terbabit diragui dan jelas melanggar syarat-syarat penggunanan tanah di kawasan berkenaan. Soalnya, kenapa ada pihak yang boleh membina bangunan komersial dalam kawasan yang dirizabkan untuk tanah perkuburan?. Kami cuba mendapatkan info lanjut daripada beberapa orang penduduk setempat, namun mereka sendiri juga "bingung" melihat apa yang berlaku. Masing-masing tidak dapat memberikan kenyataan kerana kecewa dengan situasi itu. Difahamkan, projek berkenaan adalah "Cadangan Pembangunan Kedai Pejabat Yang Mengandungi Enam Unit Kedai Pejabat Di Tingkat Atas Sebahagian Daripada Lot 338 Sek.33 (PT 85836-8584) Mukim Kuala Kuantan Untuk Tetuan Yuan Lee Development Sdn Bhd". Apa yang mengejutkan ialah terteranya logo Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada papan tanda projek berkenaan. Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana projek swasta sebelum ini. Soalnya sekarang, apakah status asal tanah berkenaan?. Kerana ia terletak dalam pagar kawasan rizab kubur, malah pagar berkenaan masih tersergam indah sehingga sekarang. Harap, pihak MPK dapat menyiasat dan memastikan apakah kelulusan projek berkenaan mengikut peraturan atau ada unsur-unsur menyeleweng. Ini kerana, terdapat laporan bahawa tanah terbabit diambil secara "simbolik" oleh pihak yang berkenaan dan logo MPK digunakan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Jika benar dakwaan itu, maka siapakah "orang dalam" yang terlibat dan mereka wajar dikenakan tindakan kerana telah ubah status tanah rizab kubur kepada komersial dengan sewenangnya.

Mengelirukan, logo MPK kelihatan tertera pada papan tanda projek swasta


Inilah kawasan Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali yang diperkatakan


Bukti, cuba lihat pagar bata merah yang terus bersambung ke tapak projek


Kelihatan kerja-kerja pembinaan kini sedang dilakukan oleh pemaju terbabit
Mengelirukan, logo MPK kelihatan tertera pada papan tanda projek swasta
Inilah kawasan Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali yang diperkatakan
Bukti, cuba lihat pagar bata merah yang terus bersambung ke tapak projek
Kelihatan kerja-kerja pembinaan kini sedang dilakukan oleh pemaju terbabit
[Difahamkan tanah tersebut sememangnya hak milik pemaju berkenaan, cuma ia mahu diambil oleh kerajaan sebagai Tanah Rizab Kubur. Anehnya, pagar bata merah telah terbina di kawasan itu sejak awal lagi. Malahan pagar terus bersambung ke kawasan perkuburan Cina (jirat) di sebelah belakang kawasan terbabit. Menurut sumber, pemilik mahu kerajaan menggantikan tanah terbabit dengan kawasan yang lain. Namun, urusan itu tidak diendahkan oleh pihak kerajaan. Maka itulah pembinaan tersebut terus dijalankan atas tanah berkenaan. Masalahnya, ia mengelirukan orang ramai yang lalu lalang di situ. Bahkan, ramai yang mahu kerajaan bertindak segera menghalang projek pembinaan ini. Kenapa perlu korbankan tanah di kawasan kubur untuk pembinaan projek komersial seperti ini. Malah, apa motif ada logo Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada papan tanda terbabit. Bukankah ini projek swasta dan bukannya projek MPK. Nampak sunguh mengelirukan kerana logo terbabit tertera dengan jelas sebenarnya. Harap, pihak berkuasa pantau dan membongkarkan isu ini].












16 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
SAPE KATA TANAH TU REZAB KUBUR??
INFO DARI MANE ??
SETAHU AKU LA..TANAH TU, TOKEY CINA PUNYA LA.. MEMANG CADANG SAJA NAK BUAT REZAB KUBUR...TETAPI..
DEPA MINTA GANTI DGN TANAH TEMPAT LAIN..!! TANAH NO.1 TU,BANG!!.. MAHAL!!!
SO, WHAT HAPPEN...??
GOMEN PAHANG TAK NAK GANTI..?? DAN ADA SYARAT2 LAIN?? MUNGKIN KERJASAMA GOMEN PAHANG PUN XDE..
CUBALAH YOU ORANG SELIDIK.. ITU JE INFO YG AKU TAHU...
BERTINDAKLAH SBLM TERLAMBAT SBB AKU XMAU KEBUMI KAT SITU...hehehe
TENGOK TU, NAMA DAH HUTAN SETALI..
MASA KECIK2 DULU MEMANG KAT SITU HUTAN BESAR, RIMAU PUN ADE, SERAM AMAT KAT SITU!!
BIASA LA KITA ORG MELAYU IKUT SUKA HATI JE, BUAT JE KERJA2 MEMAGAR NI-FORM TANAH PUN TIDAK..
SEDAR2.. TOKEY CINA DAH FORM. ITU LA MASALAH NYA.
...JUMPA MB LA MINTA SETTLE!!!...
TANAH KUBUR, MB MATI PUN MASUK KUBUR JUGAK... KOT2 DIA NAK TANAM KAT HUTAN SETALI, MANA TAHU!!
INSYAALLAH..DAPAT BALIK TU
Adun kawasan tu kena bangkitkanlah dalam mesyuarat JKTD. Kalau dah lulus kat tokey..kena cari tanah lain je lah. Cadangan rizab selagi tak lulus peringkat MB, tinggal cadangan je lah. Cuma mungkin orang kg tak dimaklumkan itu je.
kan dah terjadi dah x boleh buat apa apa cuba tanya kadhi sebelum yg sekarang dan pegawai pegawai nya yang pernah hadir ke mesyuarat agung khairat pkg cenderawasih. pernah ada usul supaya di ambil tindakan warta. skrg apa dh jadi?
nampaknya tak lama lagi aku tak boleh lah melawat kubur arwah atuk aku. dah jadi shoplot.
Sebab Layan selera CUKUNG....kubur pun tak nampak/buta...!
yg aku tau tanah tu mmng hakmilk c*&a..so..mcmana c*$a tu dapat tanah tu kena tnya pbn..lg satu aku rasa lokasi tanah tu melintang bukan memanjang tepi jalan..dalam pelan jupem pn dah ader penandaan sempadan..jgn wat restoren b*&i dah ler
Itulah kelemahan orang islam, nak harapkan MUIP menyelesaikan masalah ni lambat la... Peg. yang bertanggungjawab tak buat kerja sebab tu tanah rezab kubur boleh terlepas kpd taukee cina..dok asyik fikir nak beli hotel daah terlupa nak selamatkan tanah kubur....
sebelum nak salahkan MUIP, cuba semak dulu sejarah tanah kubur disitu..kalau tak tau jangan nak tuduh melulu..ke MUIP boleh keluarkan suratan hakmilik ke cina..
Tanah ini mesti diambil tindakan supaya ianya kekal sebagai rezab kubur. Terpulang kepada kerajaan Pahang cara mana mereka nak selesaikan masalah ini tapi kami rakyat Pahang khususnya pennduduk Kuantan orang Islam ler pula mendesak agar PDO menganjurkan demostrasi besar-besar supaya tanah ini kekal sebagai rezab KUBUR. ORANG UMNO PUN MATI JUGA. Nak kebumi dimana. Pembangunan ini mesti diberhentikan serta merta. Adakah orang2 Islam tidak suka melihat pusara mereka yang kita kasihi termasuk kita satu hari akan kesana juga dipelihara dalam keadaan sekelilingnya cantik dan tersusun. Cuba lihat tanah perkuburan orang Kristian. Tidak kah kita rasa cemburun. OLEH ITU MARI RAMAI2 PROTES DAN DESAK KERAJAAN PAHANG HENTIKAN KELULUSAN DAN PEMBANGUNAN INI. KALAU TIDAK PRU 13 KITA CARI ABUABUABUABUABUABUABUABUABUABUABUABU
Bak pe mu bengong sangat nak ajak orang buat demo.mu tahu tak tanah rizab kubur tambahan tu cina tu yang bagi.mu patut terima kasih kalu harap orang melayu ade ke yang serah balik tanah milik sendiri untuk buat kubur?kalau naktahu detailnya pegi tanya pegawai yg lama lama kat pejabat tanah Kuantan.Jangan main bantai je.
BETOI-BETOI-BETOI...
KEPADA MELAYU TG BUTA SEJARAH KUANTAN... DENGOR SINI BAIK2, ATOK NAK CITE..
SBB TU JGN PANDAI2 NAK NYOKONG JE, APE YG AMUNO TU KATA
ATOK NAK CITE NIH...CITE.....
KIRA2 20TAHUN LEBIH DULU2 .... *******
MUJURLA CINA TU KESIAN, hukhukhuk ,,, hukhukhukh...
NAK TANAM MAT/MINAH MELAYU NI, TAK LEH DAH..hukhuk**
habih dah tanah..hukhukhuk, dia kesian..hukhukhuk..
MAKA DIA BAGI SIKIT LAGI, LEBIH SEKAR..hukhukhuk..
BUKAK 50' SELARI JALAN, TERUS MEMANJANG KEATAS..BOLEHLA TANAM JENAZAH ANAK CUCU ATOK... hukhukhuk
weiii, mung nak tambah lagi ke?? Gantilah tanah lain, DIA nak idup jugak weii..
ITULAH KISAHNYA...hukhukhukhuk!!!!
nasib baik atok tak mati lg...blleh gok citer
Wahai atok, cina tu bukan bagi sekar tapi tiga ekar.ulang tiga ekar.tak caya tanya cina tu,dia idup lagi.tinggal kat Gambang.
hukhukhukhuk...
JANGAN MARAHKAN ATOK GITU.. KECIK ATIE ATOK, MUJOR JJE ATOK CERITA NIH.. DEME TAK BAYOR PUN, MACAM CERITA novel OMBAK RINDU.. hukhukhuk..
TENGOK APA ATOK KATA..??? 1 EKORR LEBIH, SO 3 EKORR TU, LEBIH SEKORR LA..!!.
ATOK MENANG JUGE WEH, KALU ATOK SAMAN MALU NIH, DAPAT DUIT BELANJOR.. XPE LA, BELAJOR!! NANTI JADI PANDAIII....!!!
Sayang atok.muah..muah.
Post a Comment