PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, February 3, 2012

AELB "Meluluskan" Pemberian Lesen Kendalian Sementara (TOL) Setelah Ambil Kira Semua Aspek

DENGKIL 3 Feb - Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) hari ini menegaskan bahawa keputusan meluluskan pemberian lesen kendalian sementara (TOL) kepada Syarikat Lynas dibuat selepas mengambil kira semua aspek. Ketua Pengarah AELB, Datuk Abdul Aziz Raja Adnan (foto) berkata, antara perkara yang diberi perhatian ialah aspek keselamatan, standard dan peraturan serta garis panduan yang ditetapkan oleh negara dan antarabangsa. Operasi syarikat itu akan dikawal rapi memandangkan lesen itu adalah sementara dan bukannya lesen terbuka kepada Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) untuk beroperasi di Gebeng, Pahang, katanya pada sesi taklimat media di sini, hari ini. Beliau berkata, TOL boleh digantung atau dibatal jika syarikat itu tidak memenuhi syarat atau garis panduan yang ditetapkan serta permohonan lesen seterusnya juga tidak akan dipertimbangkan oleh lembaga itu. "Mengikut syarat itu, mereka mesti memenuhi beberapa syarat sebelum kami keluar lesen. Pada masa ini, lesen belum dikeluarkan,” katanya.

[Walau apa jua alasan yang diberikan oleh AELB, namun rakyat tetap mempertikaikan kelulusan yang diberikan kepada Lynas ini. Aspek apa yang diambil kira agaknya?. Sedangkan kontraktor utama dari Belanda menarik diri kerana tidak yakin dengan aspek keselamatan dan kesihatan kilang terbabit. Maka, sepatutnya AELB menangguhkan dulu pemberian lesen berkenaan dan menyiasat dakwaan tersebut. Tindakan memberikan lesen dengan penuh kontroversi ini seolah-olah mengesahkan bahawa memang ada unsur-unsur "meragukan" dalam keputusan ini. Maknanya AELB terpaksa akur dengan kehendak orang atas, sedangkan mereka sendiri tahu banyak syarat yang tidak dipatuhi oleh Lynas itu sendiri. AELB sepatutnya membatalkan operasi Lynas kerana mereka terus menjalankan kerja biar pun kajian demi kajian masih dilakukan. Jika ini keadaannya, maka rakyat terus ditipu dengan tindakan mereka. Meluluskan lesen ketika kontroversi sampai ke kemuncaknya, bermakna AELB sengaja mengundang bahaya dan bakal berhadapan dengan penentangan rakyat yang lebih besar selepas ini. Rakyat pasti akan menjatuhkan kerajaan UMNO BN pada PRU-13 ini, gara-gara kesilapan ini].

7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

cucu tok ayah said...

Bolih percaya ke jaminan dri Ketua pengarah AELB tu......kot ..kot nak sedap hati orang kuantan aje.Beri perhatian dri aspek keselamatan apa? apa kata sisa buangan nanti kita longgok dan tabor keliling rumah D AZiZ ,D Nan MB untok jadi baja tanaman dan landscaping.Tentu tanaman bunga dan sayuran nanti cantik menghijau di makan keluarga tu nanti.Sama sama kita lihat kedua datuk tu sihat walafiat......

Anonymous said...

MACAMMANA LAH DRONE "LYNAS" NI TAK SELAK/EXCITED..
CUBA ANDA KIRA/BUAT KIRA2..
1kg PRODUCT "rare earth" harga = RM45,000
1month product 30ton/30,000kg = RM1,350,000,000 (1.35billion)
1year hasil kasar =RM 16.2 billion.
(congak atas kertas, kalu info ni betul la..)
SEBAB tu LYNAS BOLEH JANA PENDAPATAN MALAYSIA RM5.0 BILLION/YEAR.,banyak tu..!!
hehehe...tanyala Pror.Dr.Ismail Bahari nie, dia lebih tahu kiraan sebenar.

Anonymous said...

lynas safe!!!!start lynas!!!buktikan pada semua yg korang benar!!cabaran bagi warga lynas utk buktikan pada masyarakat!!Insya Allah..ALLAH Maha Mengetahui.Amin

Anonymous said...

LYNAS safe sapa plak kata LYNAS tak safe, aku setuju dan semua pun setuju, masalah nya Australia yg tak setuju sisa radioaktif tu dibawa balik ke negaranya. Dia hantar barang kesini - sisa jangan nak memandai hantar balik kenegara nya, itu perjanjian yg dah dipersetujui... aku cadang - yg beria sangat nak dpt untung Rm5 bilion setahun hanya kalangan Amno jer. MCA dah tunjuk protes, Amno pun tahu... jadi sekarang yg benar2 suka dan pandai Amno jer, elok ler sisa2 ni Amno ambik sorang sikit dibagi bagi kan sesama Amno, mana2 Amno yg sanggup simpan lebih kg - sisa radioaktif kat rumahnya aku cadangkan diberi imbuhan hasil dari keuntungan LYNAS - sebahagian dari RM 5 bilion tu tadi, jadi 2 juta ahli Amno dibagi 2 bilion setahun 1000 ringgit sorang dapat tu amacam ahli Amno > setuju ? Tentu setuju punyer... duit beb...Mintak ler macam Brim tu..bukan senang - pengorbanan Amno dah ler susah payah menerangkan LYNAS safe tapi tak ada siapa pun nak terima ianya safe, bukan kalangan ahli Amno bahkan MCA komponen Amno pun menolak, jadi apasalah nya kalau Amno jer berkorban menyimpan sisa2 tersebut disamping menerima ganjaran setiap tahun, baru ler betul....Kami kat luar ni pun tentu semua setuju.

Mat Lipan said...

Apa? wokme ingat kome ni tikus makmal ke nak buat ujikaji pulak. ada ke pulak main TOL-Tol pulak...

Kalam said...

Apa pasal kamu dok sanjung sangat kat MCA? Dia Orang Ahli sufi belaka ke?....

Sedih said...

Untuk Pengentahuan kamu, Syarikat dari Belanda tu bukannya tarik diri, dia tak dapat project.. biasalah dia orang hati busuk bila tak dapat project tuduhlah macam-macam, Sama semacam geng-geng PDO gak, tak dapat jadi kerajaan.. lepas tu, tuduh kerajaan macam-macam. Sedarlah.. insaflah.. kubur sentiasa menanti kita.. ingatlah selalu pada Mati..mati...mati..mati dan berdoalah supaya diakhir hayat dapat menyucap 2 kalimah syahadat.