PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Thursday, February 2, 2012

Biar Pun Dapat Bantahan Rakyat, Kerajaan Tetap Berikan Lynas Lesen TOL Untuk Mulakan Operasi

KUALA LUMPUR, 2 Feb - Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) untuk projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng, Kuantan. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh setiausaha eksekutif lembaga itu, AELB pada mesyuarat 30 Jan telah meneliti dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada AELB dan memutuskan untuk meluluskan permohonan lesen TOL. Lesen berkenaan akan membolehkan Lynas untuk memulakan operasi memproses nadir bumi di lojinya yang sudah hampir siap. Sepanjang dua tahun lesen TOL itu, Lynas dikatakan akan berada di bawah pengawasan yang ketat daripada pihak berkuasa dan dengan batasan tertentu mengenai kapasiti pengeluaran. Walau bagaimanapun, kelulusan itu diberikan berdasarkan lima syarat lain yang mesti dipatuhi oleh Lynas. Lima syarat itu ialah, Lynas perlu kemukakan semua aspek berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF); Pelan dan lokasi PDF perlu dikemukakan tanpa mengambil kira hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengkomersilan, pengkitaran dan penggunaan semula bahan residu; Pelan dan lokasi PDF perlu dikemuka dan diluluskan dalam tempoh masa lesen dan tidak melebihi 10 bulan daripada tarikh pengeluaran lesen TOL; Lynas perlu mematuhi syarat jaminan kewangan dan membayar Kerajaan Malaysia sebanyak USD50 juta secara ansuran; Lembaga berhak melantik perunding bebas untuk menilai kepatuhan Lynas terhadap standard dan peraturan yang ditetapkan dan kosnya ditanggung oleh pemegang lesen.

[Ramai yang terkejut dengan keputusan kerajaan untuk memberikan lesen TOL kepada Lynas ini sebenarnya. Ini kerana kelulusan itu dibuat dengan tidak mengambilkira bantahan rakyat yang selama ini berjuang untuk masa depan mereka. Apa saja keputusan kerajaan, kini sememangnya ia amat diragui oleh majoriti rakyat. Hanya sebahagian kecil sahaja penyokong kerajaan yang beriya-iya mahu kilang itu wujud di negara ini, sedangkan majoritinya tidak mahu berhadapan dengan risiko radioaktif yang akan terhasil akibat sisa buangan bahan rare earth terbabit. Kini, rakyat terpaksa menerima takdir dan kenyataan bahawa apa jua yang dilakukan oleh mereka namun kerajaan akan tetap bertegas mahu kilang itu wujud di negara ini. Jalan terbaik ialah melakukan perubahan pada pilihanraya umum akan datang. Hanya itu sahaja cara untuk membolehkan nasib mereka didengari dan terbela sebenarnya. Fikirkanlah untuk masa depan].

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

LYANAS: Ialah Penganas....!