
MARAN, 5 Feb - Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto), membidas kegagalan kerajaan BN meluluskan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah sebaliknya memberikan tanah kepada syarikat swasta. Katanya, jika Pakatan Rakyat berkuasa, Kerajaan Negeri akan memberi keutamaan kepada rakyat dengan menyelesaikan isu tanah yang kini menjadi isu besar bagi rakyat Pahang terutama golongan muda. Menurutnya, seperti yang dijanjikan didalam buku jingga, Pakatan Rakyat akan menutup Felda Plantations dan tanahnya akan diagih-agihnya kepada rakyat yang layak. Di Pahang , kata beliau terdapat lebih kurang 134 ribu hektar ladang Felda Plantations yang mampu mengisi ribuan peneroka. “Kita akan agih-agih tanah tersebut kepada rakyat yang berkeyakan dan sudah tentu ia mampu menyelesai sebahagian besar masalah itu,” katanya ketika berucap pada majlis dialong sempena Program Hi-Tea anjuran Keadilan Cabang Maran di Felda Jengka 2 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul dekat sini Jumaat lalu. Katanya, dasar kerajaan negeri sekarang dilihat lebih mengutamakan pelabur asing dan syarikat korporat untuk mendapat tanah. Beliau memberi contoh bagaimana syarikat Lynas yang penuh kontroversi itu telah beri tanah kira-kira 200 ekar sedangkan masih ramai rakyat Pahang belum punyai tanah untuk tapak rumah.


Sebahagian daripada orang ramai yang memenuhi lokasi program terbabit


Kaum Tionghua juga hadir, bersama team ABU promosikan T-Shirt mereka
[Turut hadir dalam program tersebut ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang), YB Fuziah Salleh (Naib Presiden PKR), Boestamin Bakar (Ketua Cabang Maran) dan lain-lain. Turut bersama ialah team "Asal Bukan UMNO" yang mengadakan promosi T-Shirt kepada orang ramai. Nampaknya, Pakatan Rakyat terutamanya PKR sudah mula "menyerang" kawasan Felda di Pahang sekarang. UMNO perlu lebih bersedia untuk terus menarik perhatian masyarakat peneroka, ini kerana sebahagian besar mereka kini sudah mula membenci Felda gara-gara penipuan isu KPG minyak sawit. Malah, difahamkan ramai ahli-ahli UMNO dan penyokong kerajaan sendiri sudah mula mengusahakan ladang mereka secara sendiri dan tidak mahu lagi Felda menguruskannya. Semua ini jelas membuktikan yang mereka sudah mula hilang kepercayaan kepada Felda atas isu ini. Jika pembangkang berjaya menyakinkan mereka bahawa Felda yang dinaungi oleh Kerajaan UMNO BN itu kini sudah mula untuk menipu , maka kemungkinan pengaruh BN di Felda akan terhakis dari masa ke semasa. Jika ini berlaku, maka peluang pembangkang rampas Pahang makin cerah].
Sebahagian daripada orang ramai yang memenuhi lokasi program terbabit
Kaum Tionghua juga hadir, bersama team ABU promosikan T-Shirt mereka













3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
ayuh rakyat Pahang........bangkit dan bangun untuk memberi kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.54 tahun Umno/Bn di beri peluang menerajui negara M'sia.......
BAGILAH "MP-BN" PENCEN AWAL.. CUKUPLA SEPENGGAL DUA...
KASI CAN " mp-PAS" pulak PERINTAH MALAYSIA... KITA PERLU HIJRAH.. SYABAS WARGA FELDA!!!
HEBAT2NYA "BARRACK OBAMA" -RAKYAT AMERIKA PUN NAK KASI DIA PENCEN AWAL.. WARGA FELDA/MALAYSIA PUN KENA LAH PROFESONEL.. BUATLA MACAM TU GAK..!!! SETUJU....!!!
Jangan buat lawaklah nak bagi semua rakyat pahang tanah. Hakikatnya sekarang ni anak jati pahang sendiripun sekarang macam menumpang di negeri sendiri. Tanah-tanah kat pahang ni semua orang luar sapu. Pegilah mana-mana terutama felda2. Semua orang luar punya tanah. Dia orang senang je dapat tanah. Ni nak bagi setiap orang tanah. Yang banyaknya kat pahang ni orang luar. Boleh blalah.
Post a Comment