Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Seramai "148,196 Orang Layak" Mengundi Belum Daftar Sebagai Pemilih Di Seluruh Negeri Pahang

KUANTAN 8 Feb - Seramai 148,196 orang yang layak mengundi dikesan belum mendaftar sebagai pemilih di Pahang. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Othman Noh (foto) berkata, bilangan itu mewakili 17 peratus jumlah pengundi yang belum berdaftar di seluruh negara. "Bagaimanapun pendaftaran sebagai pemilih di Pahang menunjukkan pertambahan seramai 36,248 orang daripada 662,225 pada tahun 2010 kepada 698,473 orang sehingga suku tahun ketiga pada bulan November lepas. "Kami akan menjalankan pelbagai program selain usaha yang dibuat parti-parti politik untuk mendaftarkan pemilih baru," katanya di sini hari ini. Beliau berkata, lebih 18,000 nama pemilih telah dibersihkan daripada senarai daftar pemilih atas sebab kematian dan sebagainya. Sementara itu, SPR Pahang telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. "Seramai 12,343 orang telah dikenal pasti untuk dilantik sebagai petugas pada pilihan raya umum akan datang. "Setakat ini semua persediaan besar telah kami sempurnakan dengan baik cuma perkara-perkara kecil yang masih dalam tindakan", katanya. Mengenai latihan untuk petugas, Othman berkata, ia telah dilaksanakan di empat kawasan Parlimen manakala selebihnya dijangka dapat disiapkan April ini. Beliau berkata, terdapat 515 pusat mengundi di Pahang dengan 1,528 saluran. Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan di Pahang ialah 42 kerusi, manakala Parlimen 14 kerusi.

[Begitu ramai yang belum mendaftar sebagai pengundi di negeri Pahang rupanya. Persoalannya, kenapa pendaftaran itu tidak dilakukan secara automatik untuk membolehkan mereka yang tidak berdaftar terus pergi ke pusat-pusat mengundi bagi membuat pilihan mereka. Apa yang berlaku sekarang ialah pendaftaran pengundi baru itu terkadang sengaja dilengahkan untuk menghalang mereka mengundi. Ini kerana kerajaan tahu bahawa majoriti pengundi muda memang akan menolak BN pada pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Apapun, kita amatlah berharap mereka yang masih belum berbuat demikian, bertindak segera!].

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]