PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, February 3, 2012

Gempar: Rumah Pemimpin PAS Johor Di Bakar, Di Percayai Perbuatan Khianat Musuh Politik Beliau!

JOHOR BAHRU 3 Feb - Rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad (foto) di Jalan Kemajuan Taman Universiti di sini sekitar jam 3.30 pagi terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat. Dzulkefly ketika ditemui berkata, dia yakin kejadian itu lebih kepada motif politik kerana tidak mempunyai sebarang musuh perniagaan. Difahamkan, dalam kejadian itu rumahnya telah terbakar teruk dan kereta BMW beliau dipercayai diletupkan. Walau bagaimana pun semua ahli keluarga beliau dipercayai berada dalam keadaan selamat. "Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah. "Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," katanya. Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak. Ekoran kebakaran itu kereta BMW miliknya itu keseluruhannya hangus manakala bahagian ruang tamu tingkat bawah juga turut terbakar. "BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki. "Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya sambil memaklumkan telah membuat laporan polis. Sementara itu, Mazlan Aliman dalam respons segeranya memberitahu, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh. "Badan Perhubungan PAS Johor dukacita dengan insiden ini. "Saya mengesyaki ini cubaan membunuh, bukan perbuatan khianat biasa lagi ni. Nasib baik Haji Dzul dan keluarga sempat melarikan diri," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.


Dzulkefly sebelum ini menurut Mazlan, banyak mendedahkan isu-isu panas di negeri Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau. Sehubungan itu, beliau yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan. "Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis jalankan siasatan terperinci," katanya.

[Pahang Daily Online (PDO) ucapkan salam tazkiah kepada beliau atas kejadian ini. Semoga semangat perjuangannya akan bertambah dalam memartabatkan Islam di atas muka bumi ini hendaknya. Sesungguhnya tragedi yang berlaku ke atas mangsa adalah sungguh memalukan sama sekali. Ada manusia tergamak melakukan perbuatan khianat seperti ini terhadap seteru politik. Apakah ini caranya berpolitik alaf baru?. Selepas episod fitnah dan tuduhan skandal seks, maka kini sudah menghampiri episod yang lebih ganas apabila ada yang tergamak melakukan perbuatan khianat seperti ini. Apapun, kita amatlah berharap agar pihak polis dapat melakukan siasatan yang rapi secara profesional tanpa ada unsur-unsur politik. Semoga mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini akan dapat dibawa ke muka pengadilan dengan kadar segera].

6 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Redha jelah. Jgn duk tuduh-tuduh orang. Manalah tau umah ngan kereta tu bukan milik kita. Setiap terjadi tu ada sebabnya.

Anonymous said...

Sdra Dzulkefli Ahmad, harap bersabar, sesuatu musibah itu ada kebaikan yang tidak diketahuai, hanya ucapan takziah pengganti diri.

Anonymous said...

Redha jelah. Jgn duk tuduh-tuduh orang. Manalah tau umah ngan kereta tu bukan milik kita. Setiap terjadi tu ada sebabnya.

Friday, February 03, 2012 5:14:00 PM

...memang laa setiap kejadian hikmah nya ... tapi kene jugak siasat punca ... klau perbuatan khianat , maka siapa punya angkara ? ... sebab tuu laa ada undang2 dan polis ... komen mcm tuu dah tak laku zaman laa nii ... patut la org melayu mudah kene tipu kerna terlalu berserah tanpa mengkaji terlebih dahulu ... bumi_asli , indera mahkota

Anonymous said...

LYNAS safe sapa plak kata LYNAS tak safe, aku setuju dan semua pun setuju, masalah nya Australia yg tak setuju sisa radioaktif tu dibawa balik ke negaranya. Dia hantar barang kesini - sisa jangan nak memandai hantar balik kenegara nya, itu perjanjian yg dah dipersetujui... aku cadang - yg beria sangat nak dpt untung Rm5 bilion setahun hanya kalangan Amno jer. MCA dah tunjuk protes, Amno pun tahu... jadi sekarang yg benar2 suka dan pandai Amno jer, elok ler sisa2 ni Amno ambik sorang sikit dibagi bagi kan sesama Amno, mana2 Amno yg sanggup simpan lebih kg - sisa radioaktif kat rumahnya aku cadangkan diberi imbuhan hasil dari keuntungan LYNAS - sebahagian dari RM 5 bilion tu tadi, jadi 2 juta ahli Amno dibagi 2 bilion setahun 1000 ringgit sorang dapat tu amacam ahli Amno > setuju ? Tentu setuju punyer... duit beb...Mintak ler macam Brim tu..bukan senang - pengorbanan Amno dah ler susah payah menerangkan LYNAS safe tapi tak ada siapa pun nak terima ianya safe, bukan kalangan ahli Amno bahkan MCA komponen Amno pun menolak, jadi apasalah nya kalau Amno jer berkorban menyimpan sisa2 tersebut disamping menerima ganjaran setiap tahun, baru ler betul....Kami kat luar ni pun tentu semua setuju.

Anonymous said...

Senang cerita. Api itu telah bersekongkol dengan 'musuh politiknya' untuk menjahanamkan rumahnya.

Tak begitu??

Anonymous said...

DIBAKAR atau TERBAKAR?