PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Tuesday, February 21, 2012

Lynas: NGO Bergabung, Adakan Juga Himpunan Hijau 2.0 Di Luar Kuantan Pada 26 Februari Ini !

Sekumpulan NGO sedang mengenal pasti beberapa lokasi di negeri-negeri lain bagi menyokong Himpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan di Kuantan pada Ahad ini bagi menjadikan bantahan terhadap pembinaan pusat memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang itu acara seluruh negara. Antara tempat-tempat yang sedang dikenal-pasti bagi membantah kilang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) itu adalah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Kota Kinabalu. Perhimpunan di lokasi-lokasi itu akan bermula serentak pada jam 9.30 pagi bersamaan dengan Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di padang MPK1 di Kuantan. Menurut pihak penganjur, himpunan itu akan diadakan dalam suasana seperti pesta. "Ini adalah untuk manfaat orang ramai dari negeri-negeri lain yang tidak mempunyai masa atau cara untuk datang ke Kuantan. Mereka boleh datang ke lokasi-lokasi berkenan," kata seorang ahli jawatankuasa penganjur. "Terpulang kepada setiap individu untuk memilih sama ada datang ke Kuantan atau mana-mana lokasi yang lain," katanya. Kempen di seluruh negara itu adalah anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Saya Anak Bangsa Malaysia, Asalkan Bukan UMNO (ABU), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) , Pasukan Bertindak Interlok Kebangsaan Interlok dan juga NGO Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan.


Upacara gondolkan kepala beramai-ramai diadakan sebagai tanda sokongan
Sementara itu, sekumpulan penduduk Kuantan pada Ahad lalu secara beramai-ramai menggondolkan kepala mereka bagi persiapan menyertai perhimpunan Ahad depan. Kira-kira 16 daripada mereka berkumpul di sebuah pasar di Kuantan sewal jam 8 pagi. Menurut kumpulan itu, mereka mahu kerajaan memastikan kilang memproses nadir bumi itu tidak didirikan di bumi Malaysia. "Isu Lamps ini menjadi kebimbangan alam sekitar yang utama, jadi peserta ingin merakamkan kebimbangan dengan tindakan mencukur rambut mereka," kata penganjurnya, Winson Ooi. Antara mereka yang membotakkan kepala adalah seorang budak lelaki berusia dua tahun. Pengkritik loji kontroversi itu bimbang, kilang yang akan memulakan operasinya lewat tahun ini, akan hasilkan pencemaran radiasi dan mungkin menimbulkan masalah kesihatan kepada penduduk sekitar. sumber

[Nampaknya, sokongan rakyat terhadap bantahan Lynas kini sudah mula bergema di seluruh negara. Jika dulu hanya warga Kuantan sahaja yang berjuang ke arah itu. Sokongan ini diharap akan menyemarakkan semangat rakyat untuk menghalau Lynas keluar dari bumi Pahang ini. Projek yang jelas sekali bertunjuang untuk keuntungan semata-mata tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung oleh rakyat itu jelas mengecewakan sebahagian besar rakyat Kuantan. Hanya ada segelintir penyokong Lynas yang terkinja-kinja mempertahankan kilang tersebut. Itu pun selepas mendapat upah daripada pihak berkenaan agar mereka menunjukkan tanda sokongan mereka. Ia berbeza dengan pihak yang membantah Lynas, mereka lengkap dengan segala jentera dan aktiviti yang berkaitan untuk menunjukkan tanda bantahan tersebut. Apa yang penting, rakyat perlu hidup selamat buat selamanya. Maka itu, mereka ada hak membantah].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Hot..very hot..

Terkini RPK mendedahkan bhw Tun Zaki Azmi dan Dato Hafarizam (peguam UMNO) telah diberi konsesi pembinaan Lebuh Raya
Kinrara-projek Lebuhraya Damansara (KIDEX)sbg balasan kerana mengembalikan Perak kpd UMNO dalam rampasan kuasa di perak 2 tahun lalu...

Projek itu bernilai lbh kurang 2.2 bilion ringgit..

nak baca lanjut..carilah dlm mana2 blog..

harap PDO siarkan sekali pendedahan RPK ini betapa jahatnya UMNO...

hitch said...

KAH..KAH..KAH..KAH...KAH..BEROK PaRia MEROYAN LAGI.....KAH...KAH...KAH..KAH...BILA RPK TULIS TENTANG SKANDAL PASIR DISELANGOR KORG KATA RPK KENA BELI OLEH UMNO...KAH..KAH..KAH..
BILA RPK KATA DIA XDE BUKTI PASAL ROSMAH ADA SEMASA PEMBUNUHAN ALTANTUYA KORG KATA RPK KENA BELI DGN UMNO GAK
BILA RPK TULIS PASAL ANWAR MINTAK JOHN SOH 300 JUTA NAK BELI MP UMNO..KORG KATA RPK DAH GILA....KAH..KAH..KAH..
TAPI...

TAPI...

TAPI...

TAPI...

TAPI..

TAPI....

TAPI...

TAPI...

TAPI...

BILA RPK TULIS PASAL ORG UMNO ADA SKANDAL MCM DIATAS...CEPAT2 BEROK2 NI PERCAYA...XDE PUN KATA RPK KENA BELI DGN UMNO...KAH..KAH..KAH..KAH.....WOOOOIIIII KORG NI BUAT TALI BURIT AKU PUTUS LA...KAH...KAH..KAH..KAH...

KALO DAH BEROK TU BEROK JUGAK LA WEEEEEEEIIIII.......

duta said...

PDO cut n paste je ke ko mampu? ulas la sikit.... hahaha

Anonymous said...

BEROK MAT YEH.....(kata orang Kelate)...