PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, February 4, 2012

"Majlis Perbandaran Kuantan", Bercadang Untuk Ambil Kakitangan Baru Dalam Tempoh Terdekat !

KUANTAN 4 Feb - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bercadang mengambil kakitangan baru bagi memenuhi beberapa jawatan dalam tempoh terdekat ini. Ketua Pegawai Perhubungan Awam MPK, Haslinda Hassan berkata, pengambilan tersebut dibuat bagi meningkatkan mutu perkhidmatan di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu. Menurutnya, antara perkhidmatan itu adalah bagi mengutip cukai taksiran yang tertunggak selain menyelesaikan aduan penduduk. Jelasnya, dalam hal berkaitan pihaknya terpaksa menambah kakitangan untuk jawatan Pembantu Penilaian yang akan ditugaskan mengutip bayaran cukai taksiran tertunggak sehingga kini mencecah kira-kira RM18 juta. "Kami terpaksa mengutip cukai itu kerana ia dilihat tidak adil kepada mereka yang membayar cukai setiap tahun. "Mereka yang tidak membayar cukai itu turut mendapat perkhidmatan daripada MPK sedangkan ia diberikan kepada mereka yang membayarnya sahaja. Jadi ini dilihat tidak adil dan mahu tak mahu kita kena kutip juga," katanya di sini baru-baru ini. Haslinda berkata, MPK juga memerlukan kira-kira 20 orang untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pekerja Awam dan 12 lagi sebagai Pembantu Kesihatan Awam. Tambahnya, antara tugas lain dilakukan adalah menjalankan kerja-kerja di bawah unit tindakan khas dengan kebanyakannya berkaitan aduan penduduk di dalam kawasan pentadbiran MPK seperti pokok tumbang, banjir kilat, jalan rosak, kerosakan lampu isyarat dan sebagainya. "Kesemua jawatan itu akan diiklankan dalam masa terdekat ini dan sesiapa yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari www.mpk.gov.my," katanya.

[Tindakan MPK untuk mengambil kakitangan baru bagi memudahkan urusan yang berkenaan adalah wajar, namun dalam masa yang sama mereka haruslah meningkatkan kualiti perkhidmatan itu sendiri. Banyak aduan rakyat berkaitan pokok tumbang, sampah tidak dipungut dan jalan rosak di sana-sini begitu lambat untuk diperbaiki oleh pihak berkenaan selama ini. Maka itulah, jika penambahan ini bertujuan untuk melancarkan urusan mereka maka warga Kuantan amatlah menyokong. Namun, jika penambahan itu bertujuan untuk mendera rakyat maka mereka akan terus bangkit menentang. Namun, dalam masa yang sama, MPK digesa menyelesaikan segala masalah yang berkaitan sebelum mahukan rakyat mengikut undang-undang yang telah mereka tetapkan. Perkhidmatan berkuali akan menyebabkan sesebuah Majlis Tempatan itu terus dihormati. Justeru, lakukanlah perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

lagi banyak staf utk saman parking? hehehe

Breakeven said...

~ hhahahaha...nakal ...!

Anonymous said...

Saya baru baca website MPK, utk cari phone number kawan lama satu sekolah dgn saya yg dilantik jadi ahli majlis MPK iaitu Saudara Wan Solihi Wan Hassan. Saya terkejut bila baca kelulusan dia ada sijil SPM. Setahu saya dia cuma lulus tingkatan tiga je (SRP)..sebab dia lari drpd sekolah SMKA thn 1987..saya sekelas dgn dia dulu. Saya juga bangga sebab dia dah jadi manusia juga akhirnya..Dia sekarang dah jadi Pegawai Khas kpd exco Kerajaan Negri ( baca profil dia ). Harap Pahangdaily tolong sahkan...

Mat Lipan said...

hah elok la nak iklankan jawatan kosong...kome dah lama jadi pengurus ni...pengurus penganggur!!!