PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Thursday, February 2, 2012

Pembayar Cukai Taksiran, Di Gesa Jelaskan Cukai Mereka Sebelum 29 Feb Untuk Elak Tindakan MPK

KUANTAN, 2 Feb - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memaklumkan pembayar cukai taksiran diminta supaya menjelaskan cukai sebelum 29 Februari dan menggelakkan pembayaran di saat akhir. Ketua Bahagian Perhubungan dan Khidmat Pelanggan MPK, Haslinda Hassan (foto) berkata, tempoh bayaran cukai taksiran am bagi setengah tahun pertama kini sudah bermula dan bil cukai sudah diedarkan kepada pemilik harta di daerah ini mulai 15 Januari lalu. Bagaimanapun, katanya, pemilik premis yang tidak menerima bil boleh terus ke kaunter bayaran MPK untuk mencetak dan membuat sebarang semakan. "Bagi pemilik yang mempunyai tunggakan dan menerima notis E, bayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 15 hari daripada tarikh notis diterima", katanya. Beliau berkata, operasi cukai taksiran akan dilaksanakan mulai awal Februari bagi menggalakkan pembayar cukai melangsaikan tanggungjawab mereka. Selain itu, katanya, Bahagian Perlesenan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan sedang melaksanakan pemeriksaan secara menyeluruh ke atas premis perniagaan atau iklan yang ditampal di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu. Katanya, semakan kepatuhan syarat babitkan beberapa aspek termasuk meletakkan sticker kelulusan lesen, syarat iklan satu sepanduk dan syarat di kaki lima.

[Mulai hari ini, kami akan paparkan beberapa info terkini yang membabitkan pihak berkuasa tempatan untuk diwar-warkan kepada orang ramai. Justeru, kepada pihak berkenaan yang mahu paparan dibuat sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com. Paparan yang kami siarkan adalah khas untuk umum dan tidak bertujuan komersial. Kami amatlah mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk menambahkan lagi trafik blog ini agar ia benar-benar menjadi portal rakyat Pahang yang paling popular di alam maya. Kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan berharap agar isu-isu yang kami dedahkan serta bongkarkan dapat dipantau atau disiasat oleh pihak yang berkenaan. Kepada seluruh rakyat Pahang yang mempunyai sebarang maslaah berkaitan perkhidmatan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga boleh menghantarkan masalah anda untuk dipaparkan di blog ini. Kami berharap dengan cara ini masalah boleh diselesaikan dengan lebih mudah apabila pihak yang berkenaan mengambil berat akan hal-hal ini. Semoga kita akan dapat hidup dengan lebih aman dan selesa di masa akan datang].

9 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

HADI AWANG SEMAKIN HAMPIR KELUAR PAS!!!

Ketua Dewan Ulama yang semakin membisu dan kurang berperanan, Harun Taib menyatakan, sekiranya Abdul Hadi Awang keluar dari PAS, bukan sahaja kaum Dewan Ulama akan bubar dengan pengunduran kesemua ulama PAS, bahkan akan berpalinG dari PAS. Dan amaran yang paling keras ialah, jikalau Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Umum Ke-13, hak menjadi Perdana Menteri perlu diberikan kepada Abdul Hadi Awang, bukannya si meroyan yang membedal China Doll, Anwar Ibrahim.

Ketika Hasan Ali dipecat, PARASIT dalam PAS menyatakan, pemecatan tersebut tidak akan mencacatkan PAS kerana kononnya, pengaruh Hasan Ali tidaklah sebesar mana di dalam PAS. Pun begitu, dalam perkembangan terbaru menyaksikan, Hasan Ali bukan sahaja mempunyai pengaruh di kalangan ahli-ahli PAS tetapi juga di kalangan ahli-ahli PKR berbangsa Melayu.

Tidak lagi dapat disorokkan ialah perkembangan 'tidak sihat' dalam PAS yang menyaksikan ahli-ahli parti tersebut sedang berbalah sesama sendiri. Biarpun telah diperingatkan berulang kali tentang bahayanya kehadiran kaum PARASIT yang menyembah Anwar Ibrahim dan DAP, ingatan-ingatan tersebut dianggap sebagai niat jahat UMNO untuk memecahbelahkan PAS.

Kata dua yang diberikan oleh Harun Taib akan menambahkan lagi kehangatan kedua-dua kem besar dalam PAS. Hadi Awang yang kelihatan semakin tertekan dilihat sekarang ini berseorangan dan bersendirian, manakala Majlis Syura dan Dewan Ulama yang selama ini menjadi kebangaan PAS, tidak ubah seperti berhala berserban bisu dan pekak semata-mata.

Siapakah di kalangan PARASIT PAS yang akan kata Hadi Awang boleh berambus dari PAS kerana PAS tidak lagi memerlukan Hadi Awang?

Kita tunggu sama-sama... Yang pastinya, Harun Taib akan menjadi figur baru yang menghangatkan lagi kaum PARASIT yang terus kepanasan kerana pendedahan demi pendedahan!!!

Anonymous said...

BUKAN TEMPATNYA UNTUK MASUKKAN ISU INI BRO.. SILAP BLOG. KEPADA (anon 9.20pm)
BACA & FAHAMKAN.. NANTI ORG. KATA YOU BANGANG.. (maaf)

Anonymous said...

memang bangang pun anon 9.20.. aku rasa dia ni parasit gila umporno tiba2 masukkan isu yang tak betul tentu sahihnye cerita tu.. stupid!!

Anonymous said...

banggang tak banggang tetap kena byara tax jugak

Anonymous said...

banggang tak banggang tetap kena byar tax jugak

Anonymous said...

Saya baru baca website MPK, utk cari phone number kawan lama satu sekolah dgn saya yg dilantik jadi ahli majlis MPK iaitu Saudara Wan Solihi Wan Hassan. Saya terkejut bila baca kelulusan dia ada sijil SPM. Setahu saya dia cuma lulus tingkatan tiga je (SRP)..sebab dia lari drpd sekolah SMKA thn 1987..saya sekelas dgn dia dulu. Harap Pahangdaily tolong sahkan...

Anonymous said...

lantak dialah. Yang ko sibuk bakpe.

Anonymous said...

Yang ko apa jadi

Anonymous said...

Org org bangang lantikan UMNO dungu inilah yang merosakkan harta rakyat....