PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, February 13, 2012

MPK Anjur Aktiviti Program "Kami Ambil Berat", Dengan Kerjasama Penaja Di Daerah Kuantan !!

KUANTAN 13 Feb - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menganjurkan satu aktiviti berkonsepkan 1Malaysia iaitu program 'Kami Ambil Berat' melalui kerjasama bersama penaja di daerah ini. Program yang pertama kali diwujudkan akan diadakan sebanyak empat kali setahun iaitu sambutan Tahun Baru Cina, ziarah Ramadan, perayaan Deepavali dan bantuan persekolahan. Menurut Ketua Pegawai Perhubungan Awamnya, Haslinda Hassan (foto), semua kutipan akan dimasukkan ke dalam akaun Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) untuk rekod penerimaan dan pengeluaran semula. "Cadangan konsep ialah 'situasi menang-menang' iaitu penaja akan ditawarkan untuk mendapatkan keistimewaan menggunakan kemudahan serta perkhidmatan MPK. "Perkhidmatan tersebut akan ditentukan mengikut jumlah sumbangan yang diberi berdasarkan kepada empat kategori terbabit," katanya, di sini baru-baru ini. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada Pusat Jagaan Kanak-Kanak Terencat Akal di Alor Akar di sini yang disampaikan oleh isteri kepada Yang Dipertua MPK, Datin Harlina Arshad. Jelasnya, kategori pertama ialah platinum iaitu sumbangan penaja melebihi RM10,000 diikuti kategori gold (RM5,000), seterusnya kategori silver (RM3,000) dan bronze (RM1,000-RM3,000). Dalam perkembangan lain katanya, sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, MPK bersama Persatuan Pemaju Perumahan Kuantan menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada pusat tersebut. "Bantuan berupa makanan asas turut diberikan seperti beras, gula, tepung dan lain-lain. "Selain itu, seramai 30 kanak-kanak pusat terbabit turut menerima sumbangan duit raya sempena perayaan tersebut," kata Haslinda lagi. sumber

[Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) atas daya usaha yang akan memberi kebaikan buat rakyat. Segala yang baik harus di sokong. Kerjasama daripada pihak swasta (penaja) dalam menjayakan apa jua program kerajaan amatlah digalakkan bagi mewujudkan hubungan yang lebih erat pada masa yang akan datang. Dalam pada itu, rakyat juga haruslah memberikan sokongan padu terhadap apa jua program yang diusahakan oleh kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Harapan kami semoga hubungan erat antara rakyat dan Majlis Perbandaran Kuantan dapat diwujudkan lagi di masa akan datang].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/02/gempaarr-dari-batam-gambar-gambar-panas.html

Anonymous said...

RASANYA TAK PERLU DAH MPK "MENAMBAH" BEBAN KERJANYA.
PROGRAM SEDIA-ADA.. MENGINDAH BANDAR, KUTIP SAMPAH, LONGKANG TERSUMBAT, PARKING,GERAI.. MASIH TAK SEMPURNA & TAK TERBUAT..
BERLAMBAK ISU/MASALAH LAIN BELUM SELESAI LAGI..!!
MASIH MISKIN LAGI KE WARGA KUANTAN..?? SERAH PADA MUIP SAJE KALU ADA..DUIT KUTIPAN ZAKAT ADA LEBIH 100JUTA, BOLEH DIGUNAKAN.
ATAU BERI PADA AGENSI LAIN URUSKAN..
BIMBANG... NANTI SALAH URUS DUIT SUMBANGAN/ SALAH GUNA KUASA2, AKAN BERLAKU.. PERCAYALAH!! SPRM PERLU MEMANTAU PERKARA INI!!!

Anonymous said...

SUMBANGAN2 SEBEGINI TDAK SEHARUSNYA BERLAKU KPD.PIHAK2 SEMI-GOVERNMENT INI.
TAMBAH LAGI BERSIFAT "PERMANENT DONATION" SAVING. AKAN BERLAKU SESUATU YG KURANG BAIK DIBELAKANG TABIR, TERUTAMA SUMBANGAN2 DARI PEMBORONG2/KONTRAKTOR.
PERCAYA ATAU TIDAK SIFAT RAKYAT M'SIA, ADA UBI ADA BATAS, ANDA MEMBERI KITA MERASA, PASTINYA AKAN BERLAKU..!!
SEHARUSNYA "MPK" KAJI DULU, PRO-KONTRA/BAIK-BURUK, SKIM/PROGRAM YG AKAN MENJADI "KONTROVESI" SEBEGINI.
PASTINYA AKAN BERLAKU & MENJATUHKAN MARTABAT MPK SENDIRI.

Anonymous said...

Oklah tu daripada takde keje nak buat.