
SHAH ALAM, 21 Feb - Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali (foto) menegaskan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu diwujudkan tanpa mempunyai sebarang agenda tersembunyi, seperti didakwa pihak tertentu. Menurutnya, JATI tidak mempunyai agenda hanya untuk kemajuan orang Melayu semata-mata, sebaliknya kepentingan kaum lain juga dipelihara berdasarkan ajaran Agama Islam. Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, sekiranya wujud dakwaan sedemikian, beliau menganggapnya sebagai satu fitnah dan menggesa orang ramai tidak mempercayainya. “Agenda saya adalah untuk umat Islam dan bangsa Melayu, walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepada saya, namun berdoa agar sebutir cahaya diberikan mereka. “Saya juga akan memaafkan kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya penubuhan Jati ini,” katanya dalam ucapannya sempena Majlis Pelancaran Jati di SACC, di sini, semalam. Turut hadir, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Timbalan Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali dan Senator Ezam Mohd Nor. Beliau turut mengulas bahawa JATI ditubuhkan bukan untuk terlibat dalam dunia politik, namun ahli-ahli dalam NGO terbabit masih dibenarkan berpolitik, selagi tidak membawa nama JATI. “Ahli JATI boleh terlibat menerusi organisasi tertentu yang dibenarkan berpolitik, tetapi untuk membawa JATI ke dunia politik, itu tidak boleh dan ROS sendiri tidak membenarkannya,” katanya. Menurutnya, beliau sendiri selaku ahli politik juga tidak akan menggunakan JATI sebagai bahan kempen untuk berpolitik kerana barisan pimpinan JATI telah memberi nasihat kepadanya berhubung garis panduan ini. Hasan berkata, sehingga kini jumlah permohonan ahli JATI telah mencecah lebih 1,000 orang sejak NGO itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan minggu lalu. Ketika ditanya sama ada beliau akan bertemu dengan PAS berhubung dakwaannya berkaitan parasit dalam parti itu, Hasan berkata, sehingga kini tiada sebarang keperluan untuk berbuat demikian. “Semua pihak telah mengetahui tentang perkara ini, dalam Internet juga banyak maklumat berhubung dakwaan ini, bagi saya tiada keperluan untuk bertemu dalam isu ini,” katanya. Dalam majlis yang dihadiri hampir 1,000 orang itu turut diserikan dengan persembahan multimedia khas penubuhan JATI dan nyanyian nasyid Asma Husna menggunakan alat muzik angklung.

Dr.Hasan Ali melihat logo JATI ketika lancarkan NGO itu di Shah Alam

Dr.Hasan Ali melihat logo JATI ketika lancarkan NGO itu di Shah Alam
[Ramai yang kurang yakin dengan dakwaan Hasan Ali kononnya JATI tidak mempunyai agenda tersembunyi. Tambahan pula kini beliau sering diusung ke sana sini di atas pentas UMNO sekarang. Hasan boleh menipu sesetengah orang, namun beliau harus sedar ramai lagi orang lain yang mula melihat kebobrokan dirinya. Malah mereka mula percaya bahawa memang Hasan telah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin UMNO untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan seperti yang telah diwar-warkan selama ini. Hasan sengaja membuka "pekung didada" apabila dilihat bertindak menyerang PAS yang baginya sudah terlalu kotor berbanding dengan UMNO. Namun, anehnya beliau mahu bekerjasama pula dengan Ibrahim Ali (Perkasa) dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Inilah yang mengelirukan rakyat sekarang ini, kerana Ibrahim Ali tidak layak untuk melakukan itu semua kerana imej dan penampilan beliau jauh terpesong daripada apa yang ingin diperjuangkan itu sebenarnya].












4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
woooi....lambang BLACK MATEL....dia pakai....Tabik AH CHAN AH LEE....Tabik AH LUN SAN NEE....bolih kita karoke sampai pagi....kah...kah...Rosak 1 MALAYA....!
comel sungguh AHSANG brepakaian Baju melayu warna merah....sama warna logo PUTAR ALAM.Ingat ye.....
niat busuk dalam hati hassan ali tuh
kah..kah..kah..berok2 PaRia kepanasan...sedikit demi sedikit rahsia PaRia dah terbongkar...kah..kah..kah..weeeii berok kata x kesah sihasan nak cakap apa pun..tetapi nape ada dewan PASial kepanasan buat report polis..kah..kah..kah....
Post a Comment